|
Share resepi
Sup Bubur Lambuk bertulang Bahan-Bahan untuk bubur: 1 pot beras 2 cm halia (ditumbuk kasar) 4 biji bawang putih (ditumbuk kasar) 5 biji bawang merah (ditumbuk kasar) 2 camca besar udang kering (ditumbuk) 1 Kentang dipotong dadu 1 lobak merah dipotong dadu 1 camca teh lada putih 1 camca teh lada hitam Garam secukup rasa Daun sup 4 pot air Untuk Sup tulang 1 kilo tulang Rempah tumis sekampit 5 biji bawang merah 4 biji bawang putih 3cm halia 2 camca teh serbuk sup 2 camca besar rempah kurma Bubur lambuk 1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan. 2. Tumis bawang merah, bawang putih,halia dan udang kering di dalam periuk yang sederhana besar dengan sedikit minyak. 3. Masukkan beras dan air. 4. Masukkan lada putih, lada hitam dan garam secukup rasa. Masak dengan api sederhana. 5. Selepas 15 minit masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga nasi menjadi bubur. Sup tulang 1. Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk halus bersama serbuk sup sehingga naik bau. 2. Tumiskan rempah tumis, serbuk sup dan rempah kurma. 3. Masukkan tulang dan air secukupnya. 4. Masak sehingga daging empuk. Jus Buah-Buahan Sihat Bahan-Bahan: 1 mangkuk buah tembikai 1 mangkuk nenas 1 mangkuk betik 1 biji belimbing besi Air gula secukupnya (tanpa gula pun tidak mengapa) Cara membuatnya 1. Kesemua buah-buahan dipotong dadu. Campurkan buah-buahan dalam sebuah mangkuk dan tuangkan air gula. 2. Kisar kesemuanya. 3. Sejukkan.
last modified Oct 22, 2005 at 19:41
[ add a comment ]
|