|
Alahai suamiku...
Alhamdulillah, usia perkahwinanku dah masuk 2 bulan. Rasanya baru semalam kami diijabkabulkan Rupa-rupanya dah 2 bulan . Masih banyak yang perlu dipelajari dalam pendidikan rumahtangga. Bergelar seorang isteri bukannya mudah…terlalu berat amanah ini dipikul. Saat-saat bahgia dirasai bergelar isteri apabila melayani karenahnya, makan minumnya, pakaiannya…lengkap sebagai seorang setiausaha sulit. Mula-mula kahwin dulu, terasa kekok juga untuk memanggilnya “abang”. Selepas dua tiga minggu, barulah terasa serasi dan indahnya panggilan itu. Huh!...baru lepas stage satu…hihihi. Dalam pendidikan rumahtangga, banyak yang perlu dipelajari. Nak memahami tugas sebagai isteri dan suami memakan masa jugak. Ada sekali tu…teruk betul Ani nih. Masa makan malam (makan pukul 6.30), tak ingat dah kat suami. Sebab masa tu, bukannya nak makan nasi lagi…saje-saje teman mak makan. Pastu, dah rasa kenyang lah pulak. Lepas selesai solat Isya’…suami kata dia lapar. Masa tu baru ingat yang dia tak makan lagi….Kesiannya dia. Hihihi…kalau maknya tahu, mesti marah sebab menantunya tak pandai jaga suami. Bulan-bulan puasa ni…semangat rasanya bila time nak sediakan juadah berbuka untuk suami. Hari-hari tanya dia nak makan apa. Tapi, katanya…”abang tak kisah Ani masak apa-apa pun. Abang makan je”…Jadi, pening gak Ani nak sediakan makanan untuk dia. Hari-hari kat ofis, sebelum balik…pening fikir menu apa hari ni. Alhamdulillah, suamiku tak memilih dalam bab makan. Semua yang Ani masak, dia makan. Hihihi….target Ani tahun ni, dia berisi sikit…3 kilo. Bukannya apa, badannya kurus sangat. Ani lak…macam belon.
last modified Oct 24, 2005 at 21:23
[ add a comment ]
|