|
Persaudaraan Dalam Islam
Persaudaraan dlm Islam itu sangat indah.Islam sendiri membahagikan persaudaraan itu mengikut katogerinya yg tersendiri.Namun tidak wajar jika sesuatu urutan hidup ini dilalui membuta tuli.Tanpa ilmu kita akan mudah tergelincir.Tanpa nasihat kita akan mudah melatah...tiada nasihat yg paling bermakna melainkan nasihat dari diri sendiri.Walau sewarak mana nasihat yg diberikan kpd kita namun jika hati kita tidak terbuka menilai dan menerimanya maka sudah pasti kita akan menolaknya.Persahabatan ini bukan hanya satu ungkapan yg mudah utk direalisasikan. Ia memerlukan tunjang keikhlasan,kasih sayang dan kejujuran.Berdasarkan tunjang yang kuat dan jelas itu akan membentuk satu batang pokok yg dilapisi kulit kesabaran.Cuba kita imbas,apb kita diuji dgn karenah sahabat yg krg kita gemari namun berdasarkan tunjang kasih sayang,kita mampu bersabar.Dgn tunjang keikhlasan juga kita mampu menasihatkannya.Dgn tunjang kejujuran,kita yakin dgn setiap tindak tanduknya bukan kepuraan. Islam itu membahagikan 4 katogeri persahabatan: 1)sahabat jalan 2)sahabat pintu pagar 3)sahabat pintu rumah 4)sahabat ruang tamu 5)sahabat bilik tidur. jika kita perhatikan begitu teliti perancangan Islam.Sememangnya Islam menggalakkan persaudaraan namun kita dituntut mendalami ilmu agar dapat meneliti intipati yg diterangkan.Tidak semua sahabat kita itu sama...apa yg penting istilah sahabat bilik tidur itu bermakna yg betul2 boleh dipercayai dan diharapkan.Tiada hasad dengki dan mempunyai tunjang asas persahabatn. Selain itu Al-Islam membahagikan persaudaraan ini di dalam 2 katogeri: 1)persaudaraan am- memberi nasihat yg ikhlas, membalas salam, menziarahi org yg sakit,menyambut org yg bersin dgn ucapan'yarhamkallah' dan menyempurnakan hak2 org yg hidup dan mati. 2)persaudaraan khas- ziarah, cintai mencintai, mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya,bersegera menunaikan hajatnya,menyebutkan kebaikan saudaranya,membela kehormatannya tatkala dia tiada dan menyembunyikan rahsianya,tidak bertengkar dgnnya,mengampuni kesalahannya,mendoakan baginya semasa hidup dan setelah matinya.setia kepadanya,ikhlas menepati janjinya,tidak menyusahkan dia dan lain2 adab dan hak.

last modified Nov 23, 2005 at 1:06
[ add a comment ]
|