Ukhti Ani
masuk::daftar
weblog induk

Weblog Ukhti Ani..Proud To Be Muslimah..

ra.jpg

last modified Apr 15, 2008 at 23:32


Wednesday, October 1, 2003

Betapa pentingnya wanita...

Betapa pentingnya wanita disisi lelaki. This article, saya ceduk dalam internet...sekadar renungan.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri.Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus,tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah,kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka.Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

"Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,nanti mereka semakin liar,jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah,kenalkan mereka kepada Allah,zat yang kekal,di situlah kuncinya.Akal setipis rambut,tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan.Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia,presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator.Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah:negarawan,karyawan,jutawan dan wan-wan yang lain.Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu,iman dan akhlak,mereka bukan saja tidak lurus,malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka,dunia akan huru-hara.Bila tulang rusuk patah,
rosaklah jantung,hati dan limpa.Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya.Jinakkan diri dengan Allah,nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

75308 | posted by ukhtiani at 3:07 | 1 comments

Istimewanya menjadi wanita

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah bahawa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita.

1.Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah saw akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1 000 lelaki yang tidak soleh.

3.Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.

4.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

5.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan haramnya api Neraka ke atas tubuhnya.

6.Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti sedekah. Dan hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7.Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah" yang bermaksud: "SegAla puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."
Maka, Allah menetapkan dia bebas dari Neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim, aman dari seksaan, bahkan Allah mengangkatnya ke atas darjat seperti 40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

8.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah saw di dalam syurga

9.Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua anak saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dengan mendidik dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka
baginya adalah syurga.

10.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu ia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Nereka."

11.Syurga di bawah telapak kaki ibu.

12.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu Neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, Malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredainya (serta menjaga sembahyang dan puasa).

15.Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah saw siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" jawab baginda. "Suaminya" "Siapa pula yang berhak terhadap lelaki?" jawab baginda "Ibunya."

16.Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk Syurga dari mana saja yang dia kehendaki.

17.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

18.Apabila sesorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1000 kejahatan.

19.Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20.Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.

21.Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat pada malam hari.

22.Apabila seseorang perempuan mula jatuh sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatakan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

23.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah kurniakan satu pahala haji.

24.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

75306 | posted by ukhtiani at 3:04 | 0 comments

Celoteh yang tak sudah...

Hari ni...seharian saya di KB, menguruskan banyak perkara yang tak sudah-sudah. Jam sekarang dah pukul 4.29, baru lepas azan. Saya baru balik dari KB dan sekarang kat CC Machang dengan Anjang.

Tadi, masa kat KB, saya sempat borak-borak ngan orang gila. Ya Allah, tak sangka orang gila ni pandai...siap keluar dalil lagi. Hi..hi..hi...sekali teringat, rasa luculah pulak.

Tahniah untuk Acu sebab dah dapat kerja baru...mengajar di sekolah YIK, Alhamdulillah. Tahniah untuk Ude, sebab dah selamat..selamat jadi isteri orang...sorry banyak-banyak sebab tak dapat hadir walimah Ude. Kebetulan sekarang ni tgh sibuk dgn tesis dan final. Apapun, Wan doakan semoga Ude bahagia dunia dan akhirat. Nampaknya, makin bertambahlah anak sedara Wan nanti...tahun depan ye Ude...tahun depan nak anak sedara sorang!...He..he...he...jangan marah!.

Rasanya...tak banyak masa untuk web ni. Kesian kat web saya, tuannya tengah sibuk. Apapun, ada banyak benda yang nak dikongsi bersama dalam web ni, Insya Allah.

75300 | posted by ukhtiani at 2:40 | 0 comments

Kata-kata untuk hari ini:

Ketidakmampuan itu adalah malapetaka, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah kekayaan, pengendalian diri adalah perisai (terhadap dosa) dan sahabat terbaik dalam penyerahan (kepada Allah)-Saidina Ali.

Istiqamah dalam mujahadah
Ramai yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Sayangnya, selalu gagal untuk melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tapi sering terdorong melakukannya. Mengapa?

Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh dua musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu.

Bagaimana kita hendak mengalahkan dua musuh ini demi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri? Samalah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan 'berperang' dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada musuh batin.

Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Mengapa dikatakan demikian?

Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya.

Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan. Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas.

Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu. Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.

Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya. Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut 'mood'. Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hinggal malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman. Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala&ldots;. ia umpama m!
encuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala. Sudahlah jarang di cuci, k
oran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas 'dibasuh' dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi.

Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam 'peperangan' dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.

Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.

Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten.

Firman Allah : " Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau di perintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka." (As-Syura :15)

Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.

75299 | posted by ukhtiani at 2:29 | 0 comments