|
Weblog Ukhti Ani..Proud To Be Muslimah..

last modified Nov 14, 2008 at 3:47
Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan,tetapi Al-Jenazah ATAU AirJenazah
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton
Di mana pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi air mawar dan cendana
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailahaillah'
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain
Di mana layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonmi, sekadar kain yang diwangikan
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam, gelap gelita
Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas atau dibom, oleh itu tidak perlu bimbang
Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,anda telah hilang selera bersuka-ria
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu
Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh! Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan... ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
Dah 5 hari abang ke pondok Pulau Manis. Katanya abang...dia ada program kat sana, khusus untuk bulan Ramadhan. Mula-mula nak lepaskan abang pergi dulu, sedih gak. Sebab masa tu...duit dalam poket dia tak berapa ada. Tapi, abang kata, masa dia tengah takde kerja ni lah bebas nak ke mana-mana. Bila dah dapat kerja nanti, banyak komitmen pulak.Keyla...ani redha abang pergi. Lagipun, ani pun dapat pahala jugak kan abang...
Hujung minggu ni baru abang balik. Katanya abang, dia pergi untuk seminggu. Nanti abang balik...kita buat biskut raya sama-sama ye...Rindunya kat abang .
Success is one thing you can’t pay cash for. You’ve got to buy it on the installment plan and make payments everyday.
.......Raudhatul Amni....... 
Alhamdulillah, usia perkahwinanku dah masuk 2 bulan. Rasanya baru semalam kami diijabkabulkan Rupa-rupanya dah 2 bulan . Masih banyak yang perlu dipelajari dalam pendidikan rumahtangga. Bergelar seorang isteri bukannya mudah…terlalu berat amanah ini dipikul.
Saat-saat bahgia dirasai bergelar isteri apabila melayani karenahnya, makan minumnya, pakaiannya…lengkap sebagai seorang setiausaha sulit. Mula-mula kahwin dulu, terasa kekok juga untuk memanggilnya “abang”. Selepas dua tiga minggu, barulah terasa serasi dan indahnya panggilan itu. Huh!...baru lepas stage satu…hihihi.
Dalam pendidikan rumahtangga, banyak yang perlu dipelajari. Nak memahami tugas sebagai isteri dan suami memakan masa jugak. Ada sekali tu…teruk betul Ani nih. Masa makan malam (makan pukul 6.30), tak ingat dah kat suami. Sebab masa tu, bukannya nak makan nasi lagi…saje-saje teman mak makan. Pastu, dah rasa kenyang lah pulak. Lepas selesai solat Isya’…suami kata dia lapar. Masa tu baru ingat yang dia tak makan lagi….Kesiannya dia. Hihihi…kalau maknya tahu, mesti marah sebab menantunya tak pandai jaga suami.
Bulan-bulan puasa ni…semangat rasanya bila time nak sediakan juadah berbuka untuk suami. Hari-hari tanya dia nak makan apa. Tapi, katanya…”abang tak kisah Ani masak apa-apa pun. Abang makan je”…Jadi, pening gak Ani nak sediakan makanan untuk dia. Hari-hari kat ofis, sebelum balik…pening fikir menu apa hari ni. Alhamdulillah, suamiku tak memilih dalam bab makan. Semua yang Ani masak, dia makan. Hihihi….target Ani tahun ni, dia berisi sikit…3 kilo. Bukannya apa, badannya kurus sangat. Ani lak…macam belon.

Sup Bubur Lambuk bertulang
Bahan-Bahan untuk bubur: 1 pot beras 2 cm halia (ditumbuk kasar) 4 biji bawang putih (ditumbuk kasar) 5 biji bawang merah (ditumbuk kasar) 2 camca besar udang kering (ditumbuk) 1 Kentang dipotong dadu 1 lobak merah dipotong dadu 1 camca teh lada putih 1 camca teh lada hitam Garam secukup rasa Daun sup 4 pot air
Untuk Sup tulang 1 kilo tulang Rempah tumis sekampit 5 biji bawang merah 4 biji bawang putih 3cm halia 2 camca teh serbuk sup 2 camca besar rempah kurma
Bubur lambuk 1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan. 2. Tumis bawang merah, bawang putih,halia dan udang kering di dalam periuk yang sederhana besar dengan sedikit minyak. 3. Masukkan beras dan air. 4. Masukkan lada putih, lada hitam dan garam secukup rasa. Masak dengan api sederhana. 5. Selepas 15 minit masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga nasi menjadi bubur.
Sup tulang 1. Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk halus bersama serbuk sup sehingga naik bau. 2. Tumiskan rempah tumis, serbuk sup dan rempah kurma. 3. Masukkan tulang dan air secukupnya. 4. Masak sehingga daging empuk.
Jus Buah-Buahan Sihat
Bahan-Bahan: 1 mangkuk buah tembikai 1 mangkuk nenas 1 mangkuk betik 1 biji belimbing besi Air gula secukupnya (tanpa gula pun tidak mengapa)
Cara membuatnya 1. Kesemua buah-buahan dipotong dadu. Campurkan buah-buahan dalam sebuah mangkuk dan tuangkan air gula. 2. Kisar kesemuanya. 3. Sejukkan.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
http://www.yabdoo.com/qr.swf
Setelah sekian lama berehat, akhirnya muncul kembali. Dapat gak mencoretkan sesuatu dalam ni.
Emmm...baru-baru ni menyepi sebab apa ye... Pertamanya, sebab kat umah dan ofis tak dpt guna internet. Nak ke CC pun takde masa. Tiba-tiba jadi sibuk semacam je...kononnya...hi hi hi.
Keduanya, sama gak macam no satu tadi. Sibuk nak kawin baru-baru ni... Ha, nak share dgn semua sahabat sahabiah, gambar kawin kita. Simple je...
So, harap-harapnya, dapatla diteruskan usaha-usaha murni penubuhan weblog ni...
|