Ukhti Ani
masuk::daftar
weblog induk

Weblog Ukhti Ani..Proud To Be Muslimah..

ra.jpg

last modified Apr 15, 2008 at 23:32


Thursday, November 24, 2005

Mutiara Kata Hari Ini

"Research means that you don't know, but are willing to find out"

Mvc-011fA.jpg

150456 | posted by ukhtiani at 0:12 | 0 comments

Tuesday, November 22, 2005

Kelalaian Dalam Mendidik Anak

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama : Kurang berdoa
A. Kurang berdoa semasa mengandung.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib(dorongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti :
- menakutkan anak-anak dengan sekolah.
- menakutkan dengan tempat gelap.
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani,rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik. Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapanya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.
Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.

Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita
untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber: light of islam
Org yg b'fikiran besar byk m'perkatakan ilmu,Org yg b'fikiran sederhana byk m'perkatakan peristiwa,Org yg b'fikiran rendah byk m'perkatakan diri sendiri.

150414 | posted by ukhtiani at 23:20 | 0 comments

Persaudaraan Dalam Islam

Persaudaraan dlm Islam itu sangat indah.Islam
sendiri membahagikan persaudaraan itu mengikut
katogerinya yg tersendiri.Namun tidak wajar jika
sesuatu urutan hidup ini dilalui membuta tuli.Tanpa
ilmu kita akan mudah tergelincir.Tanpa nasihat kita
akan mudah melatah...tiada nasihat yg paling bermakna
melainkan nasihat dari diri sendiri.Walau sewarak mana
nasihat yg diberikan kpd kita namun jika hati kita
tidak terbuka menilai dan menerimanya maka sudah pasti
kita akan menolaknya.Persahabatan ini bukan hanya satu
ungkapan yg mudah utk direalisasikan. Ia memerlukan
tunjang keikhlasan,kasih sayang dan
kejujuran.Berdasarkan tunjang yang kuat dan jelas itu
akan membentuk satu batang pokok yg dilapisi kulit
kesabaran.Cuba kita imbas,apb kita diuji dgn karenah
sahabat yg krg kita gemari namun berdasarkan tunjang
kasih sayang,kita mampu bersabar.Dgn tunjang
keikhlasan juga kita mampu menasihatkannya.Dgn tunjang
kejujuran,kita yakin dgn setiap tindak tanduknya bukan
kepuraan.
Islam itu membahagikan 4 katogeri persahabatan:
1)sahabat jalan
2)sahabat pintu pagar
3)sahabat pintu rumah
4)sahabat ruang tamu
5)sahabat bilik tidur.

jika kita perhatikan begitu teliti perancangan
Islam.Sememangnya Islam menggalakkan persaudaraan
namun kita dituntut mendalami ilmu agar dapat meneliti
intipati yg diterangkan.Tidak semua sahabat kita itu
sama...apa yg penting istilah sahabat bilik tidur itu
bermakna yg betul2 boleh dipercayai dan
diharapkan.Tiada hasad dengki dan mempunyai tunjang
asas persahabatn.

Selain itu Al-Islam membahagikan persaudaraan ini
di dalam 2 katogeri:

1)persaudaraan am- memberi nasihat yg ikhlas,
membalas salam, menziarahi org yg sakit,menyambut org
yg bersin dgn ucapan'yarhamkallah' dan menyempurnakan
hak2 org yg hidup dan mati.

2)persaudaraan khas- ziarah, cintai mencintai,
mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya,bersegera
menunaikan hajatnya,menyebutkan kebaikan
saudaranya,membela kehormatannya tatkala dia tiada dan
menyembunyikan rahsianya,tidak bertengkar
dgnnya,mengampuni kesalahannya,mendoakan baginya
semasa hidup dan setelah matinya.setia
kepadanya,ikhlas menepati janjinya,tidak menyusahkan
dia dan lain2 adab dan hak.

Mvc-011fA.jpg

150385 | posted by ukhtiani at 18:17 | 0 comments

Tahniah untuk suami tercinta

Alhamdulillah, suamiku dah tamat pengajiannya. Sedar tak sedar, dah grad suami aku rupanya... .Semalam, ingat nak sambut gak atas kejayaannya habiskan degree dia. Tapi, tak sempat sebab ayah mak balik semalam dari KL. So, kena siap2kan apa2 yang patut. Hanya sempat buat kek coklat sebiji. Itu pun, tak sempat nak bubuh chocolate topping atasnya. Balik ofis nanti, ingat nak siapkan decorate kek tu, nak masak special sikit malam ni. Hihihi...entah jadi ketidaknya .

So, sekarang ni duk sibuk cari kerja untuk hubby. Dia kata nak kerja dengan accounting firm dulu dalam setahun dua ni...ambil pengalaman. Tapi, tak tahulah camne. Hari Isnin baru ni...pergi interview kat Pengkalan Chepa...entah dapat ke tidak. Tawakkal dan tawakkal .

Mvc-011fA.jpg

150382 | posted by ukhtiani at 18:02 | 0 comments

Sunday, November 13, 2005

Selamat Berjuang

Panggilan jihad bergema lagi. Haiyya bil Jihad!!..Persiapan demi persiapan…terasa bagai banyak benda yang perlu dibuat. Di saat-saat mereka yang lain asyik dengan kehidupannya, namun tidak bagi pejuang-pejuang ini. Setiap saat dilalui dengan penuh bertafakur. Mengatur langkah dan strategi dengan teliti dan berhati-hati. Kerahan demi kerahan…ayuh sumbangkan sesuatu. Amal Jamai’ perlukan kesatuan yang utuh dari semua.

Didoakan semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus bersama-sama bil jihad. Namun, dalam kesibukan ini, janganlah ditinggalkan amalan-amalan rohani kita. Kekuatan kita bukan pada strategi yang diatur. Kekuatan kita pada hati yang sentiasa taqarrub billah..ikatan yang tidak putus-putus padaNya. Amalan solat tahajjud, solat dhuha, solat sunat rawatib, bacaan Al-Quran, zikir, al-mathurat….wajib diamalkan. Moga ada keberkatan.

150127 | posted by ukhtiani at 17:16 | 0 comments