|
Along dah bulat!!
"Eh!!, Along!...bulatnya Along. Jomlah gi rumah sewa. Lama dah Along tak singgah rumah sewa."...Alang. "He..he..he..memang dah bulat. Singgah...emm Along nak kena settlekan banyak benda hari ni. Nak kena printkan assignment dan jumpa Advisor. Nanti, lain kali ye.."...Along. "Along...Alang nak jumpa Along boleh?...Kita jumpa masa cuti ni ye.."...Alang. "Beresss!!...nanti Along belanja Alang makan tengahari kat kedai Abe Mi. Apa-apa nanti, call lah dulu ye.."...Along Along, Angah, Alang, Anjang, Uteh, Ude, Achik, Acu....adik beradik BQ. Sekarang ni...Ude dah balik negerinya. Tinggallah kami bertujuh. Uteh ngan Alang masih dikampus. Ni lah dia adik beradik kami...tempat bermanja, tempat mengadu, tempat lepas geram. Sodihhhnya...miss you all. Segala suka duka kita bersama masih segar diingatan. Hari ni, pergi Machang settlekan banyak urusan. Sempat pulak terserempak dengan member-member lama. Jumpa dengan Uteh, Alang, Na, Fiza, Mira, ramai lagi (adik-adik junior). masa borak-borak ngan Mira, terkejut jugak bila dia kata ayahnya baru meninggal dunia...Innalillahi wainna Ilaihiraji'uun. Tenang aje mukanya. Kita pulak yang rasa sebak bila dia tersenyum masa citer hal ayahnya. Mira, akak doakan moga Mira tabah dengan segala ujian hidup. Happy rasa hari sebab dapat jumpa adik-adik kampus. Dah besar-besar semuanya. Terasa diri dah tua aje. Ish...muda lagi...Teringat sajak dalam buku Tasauf Moden (Dr Hamka). Tajuknya Senangkanlah Hatimu...oleh Al Anisah Mai. Katanya; kalau engkau muda remaja, senangkanlah hatimu kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun..Tujuan kenang-kenangan masih jauh. sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenarnya...Fuh...dalam maksudnya tuh !. Kalau tua lak, katanya; senanglah pula hatimu kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Haa...gitu!. Kan bahagia rasanya bila hidup sentiasa dalam ketenangan, redha dan pasrah atas segala ketentuannya. So, think twice to what ever you do...make it usefull to your life as life is not always be on the top...
last modified Aug 16, 2003 at 9:17
[ add a comment ]
|