|
To my beloved friend...
Kita bangkit dari kegagalan Kita belajar dari kekecewaan Dan kita mesti mengerti dan memahami Apa yang kita alami hari ini Bukan bererti matinya semangat Berkubur keyakinan begitu sahaja Tapi dari rebahnya sekeping hati Akan bangkit seorang insan Mengangkat martabat maruahnya Yakin akan dirinya Menjulang kembali kekuatannya Menggegar kembali jeritan dan laungannya Dalam perjuangan ini Penderitaan yang kita hadapi Terletak kebahagiaan yang kita impikan Semakin besar penderitaan yang kita alami Semakin besar tingkat kebahagiaan yang kita dapat Kerana yang jatuh dan rebah itu Bukan tersungkur mati Malah kehidupan berselimut kelesuan Akan bertukar menjadi jaring-jaring Perkasa menerkap kembali dunia baru Dan pada masa itu Kita adalah seorang insan Yang paling bertuah di bumi ini Tempat kaki berpijak dan bertunjang Apa yang penting adalah kesabaran Kesabaran dalam perjuangan Mendapat sesuatu yang diimpikan Tuhan jangan dilupakan Susah dan senang berserahlah pada tuhan, Kita insan hanya mampu Berusaha, berdo’a & bertawakkal pada tuhan Yakinlah akan kebesaran-Nya Kerana keperitan yang kita alami Akan beroleh kebahagiaan yang tidak disangkakan Dan ianya menjadi Satu corak dan simbol kejayaan diri sendiri Suatu hari nanti..Insya'Allah
last modified Aug 11, 2003 at 0:22
[ add a comment ]
Comenyaa kucing!!...Geramnyaaa!!...Macam orang aje. Maknya tidurkan anaknya. Pastu maknya tertidur sekali ngan anak 

|