|
Renungan Hari ini....wanita dan cinta
Cinta adalah perasaaan yang dicampakkan oleh Allah s.w.t ke dalam hehati semua manusia. Semua manusia samada tua atau remaja, kaya atau miskin , mulia atau hina pasti mempunyai perasaan untuk dicintai dan mencintai. Daripada cinta akan membenihkan perkahwinan dan seterusnya akan berkembangsubur sehingga melahirkan satu masyarakat. Kekecewaan, kegembiraan, perpisahan, perkahwinan dan kematian sering dikaitkan dengan cinta. Alamat cinta kepada Allah ialah: 1. Merindui pertemuan denganNya 2. Banyak mengingatiNya 3. Tunduk kepada perintahNya 4. Penerimaan total kepada kalamNya 5. Cinta kepada apa yang dicintai oleh Allah Rasulullah s.a.w bersabda -Akan datang satu zaman, dimana umatku akan: 1. Cinta kepada kehidupan lupa kepada kematian 2. Cinta kepada mahligai lupa kepada kubur 3. Cinta kepada harta lupa kepada hisab 4. Cinta kepada dunia lupa kepada akhirat 5. Cinta kepada makhluq lupa kepada Khaliq Anas r.a berkata sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda tiga golongan manusia yang akan mendapat halawatul Iman ( Kemanisan Iman ): 1. Golongan yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segalanya 2. Golongan yang tidak mencintai seseorang melainkan hanya kerana Allah 3. Golongan yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana beliau benci untuk dilemparkan ke dalam neraka.

last modified Aug 15, 2003 at 2:33
[ add a comment ]
|