Ukhti Ani
masuk::daftar
weblog induk

Best cuti

Cuti hujung minggu ni...waktu yang paling best. Release tension rasanya. Masa ni lah nak masak sedap-sedap sikit. Kemas-kemas rumah...luar dalam. Having lunch and dinner with family..bestnya.  
 
Pagi Jumaat tu...ayah, mak, Wah and me...having breakfast kat luar. Pagi-pagi lagi dah kuar. Lepas breakfast, pi pasar cina...beli lauk. Pastu, startlah keje siang-menyiang ikan itu ini... Masak sama-sama ngan mak.  
 
Hari Jumaat, ayah tiba-tiba nak makan budu ngan ulam. Selalunya, aku sorang aje yang makan budu. Best jugak...masing-masing nak try budu. Apa lagi, perah limau nipis, tumbuk cili api, hiris serai, dgn durian and ikan bakar...satu family makan budu. Hi..hi..hi.. Nampaknya dah berjaya luaskan empayar budu kat rumah
 
Hari Sabtu...Man balik malamnya...naik bas ke Johor. Sakinah pulak balik dari kem LKDnya. Dah gelap dah sikit adik aku ni lepas balik dari tamrin.  
 
Malam...dah mula tension fikirkan research. Mana taknya, questionnaire tak betul-betul siap lagi. Selalunya, macam nilah aku bila dah nak mula buka cuti. Hakikatnya...cuti memang best. Weekdays vs weekends...mana yang paling best?. Cubit pipi sikit...sedar sikit..keje awak tu banyak yang tak settle lagi. Keyla..nak stop dah ni...
 
Mvc-011fA.jpg Mvc-011fA.jpg

last modified Aug 20, 2003 at 6:56



[ add a comment ]