|
Hari yang relaks
Kak Zai, happy birthday!!!…Hari ni birthday Kak Zai (my supervisor). Sepatutnya dia cuti hari ni. Tapi, dia datang jugak sebab banyak benda nak kena settle kat office. Paginya…saya asyik borak aje dengan Farah (student Politeknik-praktikal sekali) . Banyak pulak ceritanya hari ni. Asyik gelak aje kami berdua…sampai kak Zai kata, “apa bendalah budak berdua ni gelakkan”. Lunch hour, kami tak makan sebab dah makan pada pukul 10.45 pagi tadi…So, kami lepak-lepak, guling-guling kat bilik solat dengan ibu-ibu mengandung (staff yang pragnant). “Wan !…nanti Wan ngan Farah kena ikut Kak Ti pergi Terengganu…boleh ke?”…Kak Ti. “Boleh!!…”…me. Nak menjerit rasanya bila dapat ikut diaorang pi Terengganu. Boleh ceduk pengalaman buat marketing kat Terengganu and Kuantan. So, mulalah keje confirm-mengonfirm klinik-klinik di Terengganu untuk kami visit (buat marketing). Pengalaman baru. Yang perginya me, farah, Kak Ti, Abe Di, and Abe Din. Staff pompuan yang lain tak dapat perg. Takpe, faham…bila dah ada suami ni…berat hati rasanya nak ditinggalkan. So, kami yang masih bujang ni…akan meneruskan perjuangan ini. Secara drafnya, kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dari KB dan akan tiba di Jerteh pd pukul 10.00 untuk destinasi pertama (Klinik Dr Sapiah)…dan seterusnya…sampai petang. Malamnya, kami akan bertolak ke Kuantan untuk marketing di Kuantan. So, sampai KB pada hari Jumaat tengahari…letihnya. Tapi, best jugak…pengalaman baru. Begitulah ceritanya seharian di tempat kerja. Hari ni, tak sibuk sangat. So, banyak masa digunakan untuk buat research. Bilalah nak habis research aku ni. Nak loya dah rasanya. Buat research ni, ambik masa jugak. Siang hari, dah letih dengan kerja. So, kenalah kumpulkan tenaga untuk malamnya…stay up buat research. Apa lagi…kopi satu cawan, telan cod liver oil sebiji, Pharmaton ginseng sebiji. Macam nilah hari-hari. Kalau tidak…pukul 9 malam dah rasa kuyu mengantuk.

last modified Aug 25, 2003 at 7:28
[ add a comment ]
|