|
Mawaddah 2004
Alhamdulillah...! kemunculan 2004 telah menjelma dengan seribu harapan semoga kejayaan demi kejayaan mengiringi setiap pekerjaan yang dilakukan. Rasanya web log ini tidak terurus dengan baik memandangkan kesuntukan masa yang ada dan peruntukan masa yang begitu terhad untuk berada di hadapan internet. Namun, usaha cuba jua untuk dilakukan supaya komunikasi ukhwah ini tidak terputus begitu sahaja. Bagi yang telah melayari laman web saya ini shukran jazilan diucapkan dan ahlan wa sahlan bagi sahabat sahabiah yang baru menemui medan coretan saya ini. Tahun baru menjelma menandakan meningkatnya umur kita. Rasanya 2004 ini penuh dengan azam dan harapan yang baru buat saya. Mungkin jua buat sahabat. Semua manusia inginkan kesempurnaan didalam hidupnya. Cuma lagi bagaimana bentuk garapannya........ Paling utama didalam hidup ini ialah taklifan kita selaku hamba Allah untuk mengabdikan diri kepadanya dan jua untuk memperjuangkan kesucian dan keutuhan ISLAM yang tercinta. Untuk sahabat semua, teruskan perjuangan demi mengeakkan Islam. Salam ukhwah buat semua dari saya di bumi serambi Mekah. "BE A GOOD MUSLIM OR DIE AS SYUHADA"
last modified Jan 24, 2004 at 22:42
[ add a comment ]
|