...Kerana iman tetap dihati...Demi akhirat betapa berat ditempuh jua...

Diari anak sulung...
 
 
Anjung::Masuk
login::signup
we::blog
Contact Me
AuRuM
Aben
Abg Dwen
Adik Nurul
TokRimau
UnsungHero
Kak Qmar
Linda
Leonz
Rudy
Abg Adi
Wanzu
ArcaKasih
Wsyahida
Selendang Biru
Utiefah
Kak Nad
Kak Sarah
Kak Ita
Kak Iza
Putra
Kak Shima
Abg Syah
Kak Am
Sya
Institusi Usrah
Jom Wayang
Kaki Seni
Geng Jurnal
Geng Nasyid
Update News
MMU
Friendster
Photobucket

pesanan buat diriku...beristiqamalah di dalam perjuanganmu...

buat yang teristimewa... 
||~Happy moments, praise Allah.Difficult moments, seek Allah.Quiet moments, worship Allah.Painful moments, trust Allah.Every moment, thank Allah...~||  
-Life is beautifuL iF...-

last modified Dec 8, 2004 at 0:24


Wednesday, December 29, 2004

Madu dan Racun

assalamualaikum


aura yg mencas semesta
menyampaikan pesan kesunyian kanda sendiri
kesepian yg menyelubungi hari hari ku
disajikan doa-doa ku kerana rindu
yg menanti kau datang dan pergi seperti mimpi-mimpiku,fantasiku,
bukan dongeng lagi sayup kedengaran
disisi cuping,disetiap corong,lorong,yg lohong...
benar!ku tak bohong,
bila hati menyanyi...


waktu sekarang menunjukkan waktu 1:39am. Dah pagi kan..? tapi aku masih belum nak terlena..mungkin kerana hari ini aku kurang penat..takpun aku rasa seronok. Biasa orang cakap kalau rasa seronok susah nak tido. Nothing much..cuma sejak akhir-akhir nih aku rasa lapang sikit.Maybe ade bende yang dah 'setel' takpun baru-baru ini aku telah menanam satu semangat dan 'azam' baru yang entah dapat ntah tidak.

Esok pagi ade class tutorial..kul 10.Petang ada class gak kul 5.Jauh gak gap tuh kan..? Maybe aku balik jap petang tuh..nak rehat-rehat badan. Malam tuh plak ade dinner aidilfitri. Ntah, dengar macam best je event diorang,esok kita tengok je la..

Ape lagi ek..tak sabar plak nak balik jumaat nih...eh macam mana ek rasa seronok tapi ade gak rasa sedih campur serba salah. Lately banyak sangat kot berfikir. Dulu ade orang kata " berfikir ni lagi penat dari mendayung sampan" hihi, nilah kata-kata seorang scorer dan bukan orang terer cam aku.

Hari ni satu hari gerimis..mendung je..berkabus. Nak jemur kain..? kim salam..terpaksa aku melupakan hasrat nak mendobi dek cuaca yang sebegitu. Bila tgk dari tingkat atas hostel rasa mcm dekat New Zealand walaupun aku tak pernah jejak tempat tuh. Sejuk je sepanjang hari atau mungkin tempias angin Tsunami melanda Melaka.

Malam tadi ade tayangan From Over River with Love mengisahkan kisah mengenai peristiwa di Tak Bai.Bukan dilakonkan semula..tapi ni real video.Perasaan..? Bercampur..tau tak perasaan bercampur nih macam mana? Korang rasa macam hidup dalam dunia korang je..sendiri rasa seronok.Bukan la kata tak ingat dunia..tapi Alhamdulillah ingat akhirat..but you keep on thinking something that make your heart fell very comfortable. Adakah ini salah satu cara psychology? Pandai-pandai je kan..

Argh..rindunya saya. Rindu aa zaman sekolah dulu..bila laa nak jumpa budak-budak nih. Sian diorang bila ajak manjang aku tak free..nak ajak keuar kene set appointment ngalahkan menteri..amik! kene perli baik je..

Sekarang nih gejala nak tuko ke nak tambah nama semakin menjadi-jadi. Tengok je laa kat frenster macam-macam...eleh kata orang..diri sendiri pun bakal sama gak =p

Tak tau ape sebenarnya yang aku tengah fikir...ada sapa2 boleh tolong aku tak?

wasalam

sakura says: dia makin sihat..! cita-cita nak jadik manager artis..mentara aku nak jadik diorang dah tua..hehe!

132762 | hasil nukilan dari wanie at 23:45 | 1 comments

Malam

assalamualaikum..

jam menunjukkan jam 12:10 malam..tapi aku masih belum tidur.di keheningan malam, aku termenung seorang. Aku masih seorang hanya sendiri di bilikku. Kak lina, menyerah diri di minit ke-30 selepas menonton perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Tiger antara Malaysia dan Indonesia. Syabas aku ucapkan kepada pemain Malaysia kerana berjaya menewaskan Indonesia 2-1. Corak permainan yang agak menarik tetapi agak berbahaya. Aku dan kak lina ibarat menonton cerita seram dengan gaya masing-masing menekup muka dengan bantal kerana tidak sanggup melihat pihak lawan menerobos gol Malaysia. Kalau 10 game berturut-turut, aku rasa peningkatan dalam statistik pesakit jantung di Malaysia, hihi.

Mungkin sekarang lagu berus gigi yang sunyi agak mengisi corong-corong speaker winamp setiap orang. Best ke? Pada aku best walaupun aku tak memahami maksudnya..cuma di winamp aku hanya tertera tajuk lagu Bila Rindu..selagi aku belum bosan. Petang tadi beristirehat di bilik cik aurum sambil menonton cerita SH3 The Movie. Okay la, aku briefkan sedikit tentang latar belakang cerita tu. Dilakonkan oleh Fasha Sandha dan Ashraf Sinclair serta Ruffedge sebagai penyedap cerita. Secara keseluruhan cerita pasal budak-budak 'skaters' dan yang paling menarik budak2 MMU Cyber.Mungkin kerana lokasi yang menjadikan cerita itu agak menarik bagi kami.Aku boleh katakan cerita itu tiada motif yang tersirat cuma hanya membibitkan perasaan cemburu atau 'jeles' sbb tak tahan tgk bebudak perempuan menggedik dengan budak2 Ruffedge apetah lagi dengan Zain, dan mungkin Amer pada cik miza. " Aku jeles" kata-kata yang tulus dan mulus.

Hihi, macam mane nak berkawan dengan artis..bak kata cik aurum pada aku..ape kes, belum jumpa dengan Ichiro. Haha, aku memang orang yang kuat cemburu...aku rasa ramai dah tau aku memang suka cemburu kan? Erk, cemburu tanda sayang kah..?

Cadangnya petang ni aku nak ke melaka sentarl untuk beli tiket pulang ke KL hari Jumaat. Tapi dah tersangkut dengan acara lain..esok mungkin. Tutorial masih belum bermula..pagi tuh rasa macam nak ke sana. Harap-harap masih ada tiket. Kalau tidak tak baliklah aku..atau ada yang sudi hendak menjemput. Dah berjanji..kalau tak janji tak balik pun takpe. Ade agenda menarik..seperti aku katakan, kalau tiap-tiap di KL pun seronok.Sambut tahun baru..? tengok keadaan..biasa lepak kat rumah je. Aku malas nak keluar walaupun sering menerima undangan rakan-rakan. Baru-baru nih ade orang kata aku dah jarang 'berkomunikasi'. Ye ke? Bukan aku rasa skrg aku lagi banyak bercakap dan lebih bersemangat..betul tak cik aurum? Biasanya barang lama lebih baik dari barang baru kan..? Sbb tuh barang antik orang jual mahal..dan pada aku barang lama laa sayang nak buang sbb susah nak dapat.erm, ape kaitannye aku nak kaitkan dengan barang baru dan lama ye?

Umur dah 20 tahun, perangai macam budak form 3. Entah bila aku nak matang..suka sangat hidup dalam angan-angan. Ingat cerita jepun ape? Cerita..takpe aa..nak happy ending? sad ending? unpredictable ending..tak suka, boleh forward. kalau suka rewind balik..ulang sampai 40-50 kali. Kita hidup kat dunia hanya sebagai 'pelakon'. Skrip telah tersedia dan 'pengarah' hanya satu iaitu Allah yang Esa. Setiap perjalanan hidup kita dah Dia susun. Terpulang kepada kita untuk menghadapinya. Setiap pelakon ada cara tersendiri untuk menjadikan cerita itu menarik, mudah dihayati. Kita? Diri kita mencorak kehidupan..dengan bantuan Dia.Kalau nak mengadu, hanya pada Dia. Segala yang dia susun semuanya terbaik untuk kita..

Sejak akhir-kahir ni aku gemar bermonolog sendirian. Dah nama pun monolog mestilah sorang kan? Mungkin untuk menyedapkan hati sendiri, dulu kalau ada cik aurum rajin jugak kami 'bercerita' dan kemudian berlalu begitu sahaja. Menjadi ingatan hanya pada kami,tidak pada yang lain.Takde siapa boleh faham, mungkin juga kerana kami tidak bercerita.Tapi kadang-kadang aku tak rasa aku berfikir tapi sebenarnya aku mengelamun. Nampaknya aku sudah mula merepek sambil dengan Abang Azan merepek dengan sajaknya di corong lorong yang lohong..aku tidur dulu.

aku tamat menulis - 12:45am

wasalam

sakura says: benar aku tak bohong..!

132760 | hasil nukilan dari wanie at 23:25 | 4 comments

jAtUh cInTa....


-kalau melantak..memang no satu-

dikeheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yg di sayang
bagai kau didepan mata
ku capai tapi tak kenal
sukarnya memendam rasa
ingin ku luahkan ....bila rindu

aku sediakan gambar ini buat tatapan cik miza..amcam miza..ok tak? kire gambo ni mcm kau dan aku..hahah

sebenarnye tadi dah susun ayat baik punye..tapi dh terdelete..teruk tak?? takpe laa kan..sebenarnye aku tgh jeles..ekceli nak posting blog yang aku tulih semalam..tapi memandangkan aku berada di bilik cik aurum..jadi tak dapatlah aku nak copy...esok2 laa yek.

esok nnt aku nak membongkar rahsia atau mister di sebalik 'kacang tanah' =)

pulang dulu ya..!!

wasalam

sakura says: friendster oh friendster!! x-rumet aku bengang..hehe

132645 | hasil nukilan dari wanie at 2:52 | 1 comments

Monday, December 27, 2004

Dikeheningan malam..

assalamualaikum..

salah satu teknik baru iaitu dipanggil update blog secara 'live telecast'. aku rasa cara yang paling berkesan di kala aku ingin mengomel..kadang-kadang tuh bila tiba malam banyak yang aku nak luahkan..bersemangat. tapi bila tiba esok hari segala-galanya berubah..sambil menulis aku ditemani lagu 'Bila Rindu' dendangan Ruffegde. Mungkin aku di antara orang yang terlambat untuk mengetahui tentang kewujudan lagu ini. Tapi aku rasa lagu ni dah lama wujud cuma aku 'kurang' berminat untuk mendengarnya..walaupun ada seseorang telah 'mengesyorkan' aku lagu ini.Pada aku anda memang orang yang hebat kerana telah berjaya. Lagu yang berbentuk 'selambe' pada aku. Jika diikutkan aku rasa lagu ni berasal dari sajak( nnt kita tanya azan ek)..maksud aku jika dibaca dari segi bahasa..mungkin. Dulu aku suka jugak 'menlagukan' sajak-sajak..cuma ianya disimpan sebagai 'rekod' aku sahaja (yer laa sangat)

Sejak akhir-akhir aku rasa aku menjadi orang yang agak mudah. Mudah tersenyum, mudah tertawa, mudah mengangis, mudah tersentuh, mudah marah..segala-galanya mudah. Kenapa? aku sendiri tak pasti apa puncanya..mungkin sejak 'permainan' ditamatkan. tapi ade orang kata aku menjadi sedikit pendiam berbanding dulu..agak senyap. Jiran-jiran kat melawis pun tak tau same ada aku wujud atau tak dalam rumah. Dah nama pun hidup single..takkan nak bising sorang-sorang kat rumah kan? Hihi..entahlah sejauh mana aku bertahan dengan sikap begini wallahualam..

Aku rasa pernah dengar orang kata bahawasanya hati perempuan lebih tabah dari lelaki..maksudnya perempuan lebih pandai menyembunyikan perasaan. Ye ke? Kita tak tau sama ada gelak tawa dia benar-benar gembira atau hanya berselindung..adakah air mata dia menunjukkan kesedihan atau kegembiraan..masakan wanita boleh menangis sambil tertawa. Only womens knows, betul tak cik aurum..aku sendiri tak tau sama ada aku hanya berpura-pura gembira atau aku sedang gembira. Ada seorang sahabat pernah berkata senyumlah engkau ketika duka..susah jugak kan.Cuma yang aku sedar aku sedang mengelak dari 'sesuatu'. Saja aku meletakkan jarak yang agak jauh..semoga aku berjaya. Gambatte ne..!!



saya menunggu..
dah lama saya tunggu..
tapi kenapa masih belum muncul..
saya masih menunggu..
benar kata orang..penantian memang menyeksakan.
ya, aku setuju tapi hasil penantian sangat indah bukan?
jika tidak kenapa kita harus tunggu..
jadi saya terus menunggu..
dan masih juga tidak muncul..
masa berlalu..arghh terlalu lama..
berapa lama lagi aku harus menunggu..
tapi..kenapa aku masih menunggu..
dan siapa yang aku tunggu..?
oh ya, aku tidak berjanji dengan siapa2 pun..
tidak ada sebab aku harus menunggu..
baiklah..aku beredar dahulu..

wasalam

sakura says: rindu? mungkin dulu pernah..

132486 | hasil nukilan dari wanie at 20:42 | 1 comments

Berus gigi yang sunyi


Hitoribotchi no Haburashi
nee, kimi wa ai no tsuzuki o
nee, dare to shiteru?

tashika ni ore wa
ikenai tte koto o ima ja mitometeru yo
ano hi no ore wa
sukoshi naze dake dou ka shitetanda

"ai shiteru" sono kotoba shika
omoi tsuka nai Uh

yume no naka sae kimi wa kitekurenai

haburashi wa itsumo you ni
kagami no mae niko narande
Ah matsu yo ore wa matteru
shinjite matsu yo

tashika ni ore wa
sonna kiyou ni konnasu hou ja nai shi

ima demo ore wa sonna jouzu ni jouku mo ienai

"ai shiteru" kono kotoba ga
ano hi iezu ni Ah
mirai made todoku you na
ai tsutaetai

haburashi wa ore no dake ga
itande yuku naze nan da
nee, kimi wa ai no tsuzuki o
nee, dare to shiteru?

haburashi wa itsumo you ni
kagami no mae niko narande
Ah matsu yo ore wa matteru
shinjite matsu yo

haburashi wa ore no dake ga
itande yuku naze nan da
nee, kimi wa ai no tsuzuki o
nee, dare to shiteru?

ps: sya, leh tolong translate tak? hihi..
**************
urm..Mukodono ataupun citer Son in Law lakonan Nagse Tomoya dengan Takeuchi Yuko..satu-satunya cerita jepun yang aku tengok berjaya mememcahkan empangan air mata aku berturut-turut sebanyak 8 cd..huhu. Citer dia takde laa sedih mana tapi bak kata cik aurum, terharu. Ne..nak tau kenalah tgk sendiri.

Jumaat sampai ahad aku berada di KL. Best sbb semua sekali ada masa tuh..ala-ala family reunion. Keputusan yang diambil nampaknye berbaloi dengan hasil..so minggu nih insyaAllah akan pulang kembali. Ade agenda lain plak..yossh! Bestkan..?

Selama seminggu aku hidup 'single' ibarat berus gigi yang sunyi..kini kembali berteman setelah kak lina dah balik..!! lega sikit..berani aa sket aku nak tido..haha. Kami sama-sama tgk xplorace 3R semalam dan bersepakat untuk menyokong team rojak!! Sib baik menang..dan malam tuh kami agak terkejut dengan laporan berita mengenai kejadian gempa bumi ataupun angin Tsunami yang melanda bahagian utara semnanjung. Ya Allah..macam mana ye agaknya kalau aku berada kat tempat kejadian..dah la baru-baru ni kitorang plan nak ke sana. Risau plak..malam tuh plak, lepas tengok smallville..kami bersama menyakitkan hatis endiri dengan menonton rancangan realiti tv The Apprentice. Sambung minggu depan plak final..arghh. Sabar je laa..

Ape pun..aku terasa seperti ingin menonton kembali citer Mukodono tuh..sbb nak dengar lagu berus gigi yang sunyi..sugoii ne..!!

wasalam

sakura says : esok bola..!!

132434 | hasil nukilan dari wanie at 1:21 | 2 comments

Thursday, December 23, 2004

Stone

assalamualaikum..


Nampaknya agak susah ingin mengekalkan kekosongan pada hari jumaat sebab akhirnya aku terpaksa menempuh class hari jumaat pagi. Tangan saja gatal nak pergi add subject business law walhal aku dah tau class tuh penuh, sekali boleh pulak. Alang-alang aku register sekali dengan class arab (seriess?). Ikutkan nak jugak aku amik class mandarin ke..spanish ke..tapi kurang berminat lagipun kekurangan tenaga pelajar luar. Kalau arab tuh bleh gak tanya sape-sape kan..?

Esok class pertama aku untuk business law dah dibatalkan (nasib baik). Plan untuk pulang ke KL diteruskan dan semoga tiada halangan..bas pukul 10.30 jadi mengikut rancangan aku nak bertolak dari rumah jam 8.30-8.45am. Kalau boleh aku nak tunggu bas bagi menjimatkan kos yg sebanyak RM9 iaitu perbezaan yang sgt ketara kalau aku naik bas dan teksi. Bas RM1 mengkala teksi RM10 bergantung kepada keadaan semasa. Esok insyaAllah sampai ke destinasi dalam pukul 12.30, mama amik dekat stesyen and then hantar mama gi kerja pastuh amik adik kat nursery balik rumah. Kil 4 amik mama kat opis..tapi macam ada harapan je aku keluar awal..leh gak lepak-lepak kat Alam Sentral usya barang.

Sabtu ada makan-makan kat rumah acik kat Sentul. Dari hari tuh kata nak buat makan-makan hari Krismas ganti jamuan raya. Tak kisah pun..janji ada makan.Hihi..menu utama, laksa johor. Dah lama aku tak makan..maksud aku laksa johor ye.

So, balik ni packing sikit-sikit. Hajat di hati nak tengok citer Jepun. Erk, tak abih-abih lagi..dah duk sorang tuh je laa yg aku layan sementara belum ade mid term ngan assigment =)

wasalam

sakura says: wakarimashta..!!

132078 | hasil nukilan dari wanie at 1:00 | 0 comments

Tuesday, December 21, 2004

Setenang air dikali..

assalamualaikum..


Cuaca di melaka tak elok..kata cik aurum pada aku pagi nih. Aku rasa ade seidkit kebetulan dengan ayat beliau..sbbnya aku demam sejak tiba di melaka. Kalau dulu arwah atok aku cakap tak serasi ngan air melaka. Erk, mungkinkah air di melaka telah dicampur lebih klorin? Merepek..cubalah jadi series sikit. Aku mungkin tidak boleh jadik series tapi aku boleh jadi blur barangkali. Nak tunggu aku senyap..masa aku tidor.

hari ni takde class sebab ade tutorial je. Lecturer kata tutorial start week 3..so free 2 minggu ni. Saje menapak ke lab untuk tgk-tgk ape yang patut. Telepon kat rumah telah diberhentikan buat sementara, tapi alhamdulillah semalam pakcik azmi (tuan rumah) kata dia nak masukkan line telefon sekali dengan streamyx. Baguslah sbb sekali ngan duit sewa..jadi takperlu kami nak keluar modal. Dan katanya ade lecturer baru nak masuk bulan satu..FBL lak tuh. Dah le aku pun FBL (Faculty Business & Law). Takpe laa..aku ni pun bukannye jenis amik tau hal orang pun..takde keje duk dalam bilik buat hal sendiri. Nak pulak sorang..kalau sakit demam tuh bglaa tau ngan aku ye..sbb aku nih bukan jenis "caring" sangat.

Tinggal lagi sehari aku bakal pulang ke KL. Nak tanya..pelik sangat ke kalau kerap balik? (sy tidak memaksudkan awak ye) Memang laa aku tak nafi baru seminggu balik melaka dah nak balik KL balik. Tapi pelik ek..? Bukannya aku rasa KL-Melaka tuh mcm KL-Penang ke KL- Kuala Krai ke kan..? Cik aurum..bila nih..takkan permintaan tuh berat sgt kot.. Bawakle dia datang beraya umah saya..har har har.

OKlah..nak pi makan, pastuh pulang deh. Malam karang ade perjumpaan..kalau kerajinan. Daa~

wasalam

sakura says: clear water dont think no boya noo..!

131951 | hasil nukilan dari wanie at 21:51 | 1 comments

Monday, December 20, 2004

Cyber-P

assalamualaikum..


2nd day of school camtuh laa kiranya..still takde apa-apa yang membebankan except dah ade project tuk subject Cyber-P atau bahasa melayunya usahawan cyber. Alhamdulillah..topic projek kali agak ringan kalau nak dibandingkan ngan sem-sem lain. Rezeki kot..50% projek balance bergantung kepada final. Group pun dah ade..gabungan para pelajar senior dan junior.

Esok takde class sbb aku ade tutorial je..kesimpulannya aku bakal bermastautin di rumah. Hari jumaat dah beli tikat balik KL. Minggu depan tahun baru..balik jugak ke?Huhu, semalam kak asma tak balik..ke dia balik bulan satu? Kak lina pun kata nak balik semalam..tak balik gak. Tidur sorang lagi..erk lama-lama berani lah kot..cuma semalam angin kuat sangat..sampai pintu dapur kat belakang tuh rasa cam kene ketuk je..takpe-takpe aku kuatkan semangat!

Penakut jugak aku ni yek..? hehe..dari dulu pun..kira okay laa tuh dah boleh duk dalam gelap. Masa kecik-kecik dulu tidur pun pasang lampu..tapi yang tak bestnye asal tiba malam je demam..perubahan cuaca di melaak barangkali mungkin.

Takpe laa..sekurang-kurangnya malam nih aku ade gak planning, dari pukul 9 sampailah kul 11.Planning ngan tv membuatkan aku tidak keluar rumah. Malas plak rasanya..dulu rajin gak. Malas oh malas...jangan nnt aku malas gi class dah laa.

Allah Knows Best
Allah knows what's best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our heart will lose their tenderness
If we never shed a tear
Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengthened
if they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form
Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we're patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel
That anything is going wrong
It is just Allah's way
To make our spirit strong


So, masih ade keraguan..?

wasalam

sakura says: takde plak nak kata malas tidur ngan makan...

131857 | hasil nukilan dari wanie at 21:17 | 0 comments

Sunday, December 19, 2004

Keputusannya

Aku, dia dan kamu

Betapa bodohnya diriku
Mau diduakan dirimu
Namun bila hati berbicara
Aku sayang padamu
Kau takkan pernah tinggalkannya
Di hatimu cuma dia
Tetap juga kau inginkan ku
Kini apa dayaku

Putuskan dia, oh, kasih
Agar ku tak disaingi
Sungguh ku benci dirimu yang
Tak bisa memilih

Namun harus kuakui
Sukar untuk lepaskanmu
Akhirnya aku undur diri
Demi dia dan kamu

Betapa bodohnya kau
Mau diduakan dirimu
Namun bila Hati bicara
Aku Sayang padamu

Bilang saja terus terang
Apa yang kau ingin
Muak diriku dengan sikapmu


***********
tamat class pertama untuk hari ini, diidjinkan untuk keluar awal oleh lecturer kesayangan Gmah. Patutnya habih kul 2 tapi abih kui 1..ape lagi teruskan destinasi anda ke CITS. Lepas nih pukul 2 dah jnaji ngan budak-budak gi lunch kat PS. Lepas tuh aku terus balik dan keluar pada keesokan harinya. Malas aku nak keluar kalau dah balik, nak nak tinggal sorang. Mujur jiran sebelah dah balik..kalau jadi apa-apa pun ade gak orang. Tuh laa kan, nak buat camne tak de 'orang' nak jaga..kene laa jaga diri sendiri. Bak kata cik aurum, bukan takde..tak layak diorang nak jaga kita.Hihih..betul-betul.

Tadi singgah blog kak selendang..ade citer pasal kek coklat ngan cheese kek. Kita sama laa..dulu suka kek coklat je..tapi sejak diperkenalkan cheese kek secret recipe pada tahun 2004 (ade orang belanje) aku makin menyukai cheese kek. Paling aku suka, plain cheese of course yang original. Nak-nak lagi aku suka kalau ade orang belanja aku makan kek kan..?

Erk, gila tak kalau tergelak sorang-sorang? Semalam masa tgk citer jepun tuh, braper kali aku terkekek sorang-sorang. Aku suka tgk citer jepun sbb dia banyak guna emosi. Tapi ade orang tak suka sbb citer dia lembab. Lain orang lain ragam kan..Lagi satu aku suka citer jepun, ending dia mesti kita susah nak predict. Paling aku suka citer PRIDE. nanti korang free tengok la..Takuya berlakon. Walaupun 8-10 cd tak bosan..agaknya kalau cerita melayu wat camtuh bosan tak..?? Tapi kalau wat camtuh dah takde keasliannya..dah kire meniru plak kan..? Trade mark citer jepun mesti ade 'titik sentuhan' yang aku rasa bende tuh selalu je jadik in real life..terpengaruh sungguh aku nampaknya =p

Kesimpulannya, korang sendiri buat permerhatian dan kesimpulan dengan terteranya lirik kat atas. Tak ada ape lagi aku nak cakap..kira korang paham-paham sendiri..yang mana tak paham..tolonglah buat-buat paham.Erk, kalau kita baru jumpa orang tuh sekali secara kebetulan..agak-agak kita bleh jumpa dia lagi tak..? ape yang aku merepek nih..? hehehe...

ps: cik aurum, bilakah cute croc dan sweet croc akan diperketemukan..bila lagi kita akan bersaudara..hehe

wasalam

sakura says: setel!

131765 | hasil nukilan dari wanie at 22:34 | 1 comments

Back to School

dah sampai melaka dah..? itulah ayat aku bila bahgaian hadapan kereta telah melepasi palang di Plaza Tol Ayer Keroh. kejap je plak rasanya. Sampai sahaja di melaka terus singgah di rumah kawan mama dekat Jasin..makan-makan..lama jugak kitorang lepak kat sana. Lepas tuh baru hantar aku balik rumah..malam tuh keluar makan asam pedas dekat Asam Pedas Malinja area2 Hotel Straits Meridian. Best..lepas tuh balik tinggal sorang-sorang kat rumah. Terasa diri ini sedikit "berani", telefon cik Aurum untuk temankan aku. Hihih..ye aku memang 'berani'! Kami bersembang macam setahun tak jumpa..tidor balik time orang dah nak bangun tahajud.Paham-paham je la..

Esoknya,pergi membeli-belah dekat Jusco. Dah lama tak pergi..serabut sikit sbb ramai orang. Kenapa ramai yek? Tapi rata-rata aku tengok banyak budak intake december. Biasalah beli rak, bantal..mcm nak pindah rumah. (aku dulu pun camtuh gak) Teringat plak zaman-zaman baru masuk sini...mcm tuh la..tapi lagi happening..hihi

Semalam tido sorang..erk, nak buat camne. Aku layan citer jepun baru beli semalam "Practical Doctor". best jugak..lawak selamba..tuh yg tak tido. Tapi akhirnya aku tertewas juga..ngantuk! Aku dengan tabiat lama..tidor sambil pasang radio.

Hari ni dah start belaja..semangat jugak. MOga-moga semangat nih berkekalan..yer laa..serba serbi baru. Semester 3 sem panjang..mesti berlamabk assigment ngan course work. Uhuk..dah beli tiket nak balik ari jumaat..ngalahkan orang sambut krismas..!! okay laa adieu..class kul 12..stactistic..class kegemaran gmah!!


-kembali ke sini..-

wasalam

131756 | hasil nukilan dari wanie at 20:43 | 0 comments

Thursday, December 16, 2004

Welcome to the 20's


-chocolate cookies cheese cake yummy~

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya dan inayahNya aku masih lagi bernafas dan berpijak di bumi Allah untuk tahun yang ke 20. Mungkin aku rasa 'sambutan' kali ini agak berbeza dari sebelum-sebelum ni kerana kali ni aku meraikan di rumah. Dah maknanya kat rumah tu faham-faham je laa. Hihi..tapi aku takkan lupakan sampai bila-bila sambutan tahun lepas di mana kene simbah dengan air sarsi yang best! Kat rumah ni surprise tu takde laa tapi alhamdulillah..ada makan-makan secara ala qadr.

Tapi sebelum terlupa, tujuan sebenar aku menulis kali ini walaupun terpaksa curi-curi masa time orang semua pergi solat jumaat. Aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga

1)yang terutama my family especially adik, abah and mama..thanks for everything

2) and the most important my friends:
Cik Aurum, Gmah, Shaira, Dahlia, Cik Miza,Wan Safra, Farah Diyana, Cik Farah (my twins happy bday to you too), Izura (ur the last one), Kak Shima (org 1st kul 10 dg wish sbb nak tido), Kak Nida and Abg cord (live from Langkawi), Shahrul (my junior) Aben (teringin nak jadik the last person), Rahim, Abg Syah ( hadiah jgn lupa ek..), Zulaiha (gathering bile?) ,Syahida , sahabat bloggers and yang lain..aku minta maaf kalau ada mana-mana yang tertinggal

tak kira laa korang wish through call (siap nyanyi2 lagi),SMS, YM, Friendster, e-card and ape-ape je cara yang ada. Tapi aku rasa tahun ni pun berbeza sbb ramai yang berebut-rebut ingin menjadi orang terakhir untuk wish..kenapa ek..? Hehe thanks again..i really appreciated it!


-the happiest person on my birthday..semangat..hihi-

Dengan ini secara rasminya aku telah resign dari teen club dan memasuki the 20's club..huhu terasa tua plak rasanya.Tahun depan dah boleh daftar!

okay laa..kene berunudur dahulu..insyaAllah kita jumpa di Melaka.

ps:Al-Fatihah kepada kakak ipar abg fahmi (ex-mmu) yang telah pulang ke rahmatullah semalam..innalillah..DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali..begitu singkat kehidupan dunia ini...

wasalam

sakura says: terima kasih!! dan selamat hari jadi kepada budak-budak bulan 12 yek!!

131589 | hasil nukilan dari wanie at 23:01 | 2 comments

Wednesday, December 15, 2004

Half Time







"Penyokong yang setia sentiasa di belakang pemain-pemainnya"-kata-kata siapa ya?

Di rumah daripada 4 penonton yang setia hanya dua selepas separuh masa.Sampai ada orang call kata nak tuko baju merah.. Expect unexpected!! Alhamdulillah..tengok gamba je dah tahu kan..hihi sape kata pompuan tengok bola..bukan tgk cara main..tapi tgk pemain..erk, kenalah tgk pemain jugak..barulah kita tahu cara permainan kan..? apepun..aku rasa player no. 7 ade mirip dan gaya seseorang..pastuh aku simpati ngan striker "kecik" no. 9 yg hampir lunyai 'dibelasah' dan aku rasa cam nak cakap syabas je kat kapten jersi no.19 diorang..!! semalam punye game tak lawak..tapi makan jiwa..anyway..berusahalah tuk semi final..!! aku rasa sedikit konpius..agak meminati bola secara series sejak akhir-akhir nih..kenapa ya?

wasalam

sakura says : kita pun pakai baju kuning...

131352 | hasil nukilan dari wanie at 1:21 | 0 comments

Monday, December 13, 2004

What a man sould realize...


Man thinks he is free to do and say what he likes in this world. He accumulates wealth and thinks it will ensure his future security. He wields power fearlessly, certain that it will never be taken away from him. People are sure of themselves in this world they have no idea of the fate that is in store for them. Eventually death will put paid to the false security they feel in this world. They will be transported, in a helpless state with dreadful suddenness to the next world.

No one can escape this fate. When death comes, we will realize, with terror in our hearts, how wrong we had been about things in this world. What seems real to us in this world is, in fact, only a deception; the reality of things will only be revealed to us after death.

A person’s attitudes will suddenly change when he perceives reality. “Lord”, he will cry, “I thought I was free in the world, but my freedom was only an illusion. I thought I was rich, but I have turned out to be destitute. I considered myself powerful, but now I have been exposed for the helpless creature that I was. I though I had many friends in the world, but they have all deserted me; there is no one to help me now.”

This is what man should realize. But unfortunately man has forgotten that this is the reality that is going to affect him more than anything.

**************************
Hari ini hari selasa, the second day or the week. Tinggal beberapa hari sebelum menghabiskan sisa-sisa masa di rumah, buhsan...ikutkan hati nak je aku amik study leave tapi bila zaman plak aku nak habis belajar? Bak kata bobo kat aben "terkene sumpahan Bukit Beruang nampaknye.." Cik Aurum khabarnye telah selamat pulang ke kampung halaman di Pengakalan Chepa..esok mungkin mama dan abahnya akan berangkat menunaikan haji..aku doakan semoga mereka selamat pergi dan balik..(erk cik diqq, dah pesan kat mama hang aku kirim doa..) Dan kami bakal pulang untuk ke medan jihad pada hari sabtu ni insyaAllah...semoga sem 3 ini berjalan dengan tenang dan lancar.

Tadi saja cek2 kat friendster..cik aurum igt nak wish as the first person..tapi dah ade 2 orang wish dulu..anyway aku suka ayat yg mengatakan bahawa aku telah matang..hihih tulus ke mulus tuh? So hanya tinggal 2 hari untuk aku meninggalkan "the teens years"...will it be different or it still be the same me..? Berdebar2 macam nak tunggu orang masuk meminang...nampaknya aku orang terakhir melangkah ke alam dewasa jika nak dibandingkan ngan sahabat2 lain...huhu.

Semalam tgk citer Jet Li kat TV3, tak sangka aku masih meminatinya walaupun telah lama tidak bersua..mungkinkah ini menunjukkan bahawa aku orang yg bukan cepat bosan..? Aku masih merindui saat-saat dulu...

wasalam

sakura says: "dia ni memang terkenal dengan kerajinan masa kat campus dulu.." -> kata big boss kat mama (atau "kerajinan"?)

131187 | hasil nukilan dari wanie at 23:45 | 0 comments

Sunday, December 12, 2004

Buat Puteri-puteri Islam


Saudariku...
Artikel ini ku tulis dengan rasa kasih di hati. Renungkanlah isinya, hayati maknanya, aplikasikanlah ilmunya dan sematkanlah di kalbumu selamanya. Jadikanlah pesanan ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu, untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah. Insya-Allah...

Saudariku...
Sesungguhnya kejadianmu sungguh unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.

Kau umpama sekuntum bunga, harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya.

Umpama mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang melingkar bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali unutk mendekatinya.

Saudariku...
Aku suka sekiranya kau seperti mawar inspirasi setiap mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk.

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah.

Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dengan dalam dirimu, lebih-lebih dengan title gadis yang kau miliki, Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.

Namun ingatlah saudariku...
Sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting gadisku... engkau mesti punya, azam, usaha dan istiqamah...

Saudariku...
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kamu tanggalkan dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.

Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahawa dirimu :
"Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelai selain fitnah yang berpunca daripada wanita"...
Oleh itu saudariku...
Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu unutk kepentingan tertentu...

Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan Ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunis dengan sentuhan lembut tanganmu.

Saudariku...
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insani, namun ramai di antara kamu tewas kerana cinta.

Bercinta tidak salah tapi memuja cinta itu salah. Kerana cinta, manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad sera keruntuhan akhlak remaja sebahagian besarnya kerana sebuah cinta. Benarlah sabda Rasulullah S.A.W :

Sesungguhnya cinta itu buta?

Cinta mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil pabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak berlandaskan kepada agama Allah semata-mata.

Saudariku...
Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak, apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi apabila hatimu diserahkan kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.

Dalam usia mu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampi membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati org yg melakukan maksiat.

Buat akhirnya, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama :

"Cintakan menusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seseorang itum gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia sendiri"
ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH CEPAT PERKAHWINANNYA, CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN PULA MAHARNYA.

Wallahu A'lam...

sakura says: terima kasih...

131018 | hasil nukilan dari wanie at 21:40 | 0 comments

Behind the name..

Cahaya Pemberianku...makna nama aku..entah tiba-tiba malam tadi dapat ilham nak mengungkap makna di sebalik nama. Kira malam tadi aku berpuisi seketika laa..kunon. Cik Hazwani, aku suka orang panggil aku nama tuh..ringkas dan comey, (perasan..) tapi jarang orang panggil aku dengan nama tuh...only certain2 people...or aku patut kata yang betul-betul rapat ngan aku. Ada apa dengan nama..pada aku nama represent everything termasuk perangai kita (ye ke?) aku tak tau laa, tapi ni biasa orang tua-tua kata..perangai kita akan biasa terikut dengan nama panggilan kita..contoh laa kalau budak tuh nakal giler..mesti ade orang kata.."patut laa..budak nama ****** memang nakal lagu nih" hihi, no komen..tapi memang nakal pun..baik yg kecik mahupun dah besor!

Boleh dikatakan 3 hari aku tak berblogging..bukan tak nak tapi tak sempat. Kadang-kadang tuh alangkah bagusnya kalau aku boleh posting mcm kita hantar SMS. Cepat, ringkas dan tangkas..agak kesibukan 2-3 hari nih..hari sabtu lepas family aku ade laa buat sedikit jamuan makan-makan..nak kata open house tak jugak..sbb umah aku tetiap hari open. Lagipun takde laa jemput hebat sangat..yg rapat-rapat je..last minit planning maa..sedara-mara ngan kawan-kawan. Jadi dengan ini aku memohon seribu ke sejuta kemaafan sebab aku bgtau pasal jemputan pun one day before..jadi yang mana-mana ade "merajuk" tuh saya minta maaf banyak-banyak laa ye..

Orang yang datang hari tuh ade laa dalam 40 orang..semangat jugak. Budget makanan kalah masa first day raya..hihih tapi seronok, aku lagi suke tgk org datang makan tak segan-segan..kita nak layan pun mudah kan? hehe..kawan-kawan aku..? erk sejak dari dulu belum ade yg pernah jejak rumah aku except yang duk kat shah alam and yg duk wangsa maju pun ade yg terlepas..haha.Kawan masa sekolah ade 3 orang je yg pernah datang dulu...and kawan MMU..erk, cik Aurum orang pertama jejak..tahniah!! Kejauhan negeri tidak menjadi batasan ek..eheks..pastuh zurin,kak wan orang kedua..pun masa raya dulu. And hari sabtu lepas, Abg Cord, Kak Nida ngan Kak Kemar sudi datang walaupun last minit called..Seronok jugak hari tuh atau should i say memang seronok. Sepupu-sepupu aku yg lama tak jumpe pun semua kitorang berkumpul balik..hehe topik utama.. "Perlawanan Akhir Bola Baling Perlis vs Kedah". Lelaki..bila dah jumpe..tau le yang jumpa-jumpa tuh masing-masing bekas striker. Buhsan..

Esoknya, hari ahad keluar shopping ngan mama. Cadangnya nak renew J-Card, tapi almaklumlah..dah sampai BUkit Raja tuh..bak kata sepupu aku..tempat tuh "berhantu"! Parking susah giler...tak tau le..macam bagi free jek kat dalam tuh. Dahsyat kan..tapi tak sedahsyat orang melaka kalau bershopping aku rasa...betul tak cik diq..?

wasalam

sakura says: pakat mai sini...

131017 | hasil nukilan dari wanie at 21:29 | 1 comments

Wednesday, December 8, 2004

Beauty lies in the eyes of the beholder


"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah
orang yang cantik jarang berbudi.."


Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka
akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya.
Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan
cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa
bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan
Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan
manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya
kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga,
seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup
menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi
andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya
maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah
dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka
akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar
kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke
mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang
cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak
tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk
meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik
atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya
pada suami adalah akhlak yang indah.

Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih
lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga
raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak
cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari
keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat
jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati
orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat
gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang
berkenan tetapi tidak sedar d iri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan
hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan
wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Usah
bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang
manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang
bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta
makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan
sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari
dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau
menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung
pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang
bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana
untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang
dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan
setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu
dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu
adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan
persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah
dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap
lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah
baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah
sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa
saja demi mendapatkannya?

Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak
tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang
hina. Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari
penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.

Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam.
Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau.
Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit
yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah
terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung
pengajaran:

"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan
bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta
pertolongan." An-Nahl: 53

Wallahu a'lam...

Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadah menjadi yang
terbaik...InsyaAllah..

wasalam..

sakura says : selalu merepek...

130675 | hasil nukilan dari wanie at 23:04 | 5 comments

Twinkle twinkle

Tuttt tutt...tutt tutt..

"aiseh, kaco plak orang tengah nak makan.."

macam biasa...aku jugak yang kene angkat telefon..erk, macam kenal je nombor..

"hello.."

"heyoo..ni sape nih..?"

"eh budak kecik mane plak nih..?(dlm hati..) yea..ni kak long laa.., sape nih..adik ayeh ek..?"

"kak yong..abang ajiq ade tak? adik nak cakap ngan dia.."

"ade..tapi abang ajiq ngah makan laa dik..adik tepon jap gi bley..?"

"ooo okay..nanti abg ajiq dah habis..suh die tepon ayeh ek..okay bye.."

"okay bebeh..bye"

aku jugak tolong call kan..

"heloo..endi, panggil ayeh sat..ajiq nak cakap"

" heyoo abang ajiq.."

"hello ayeh..haa nape..?" dengan penuh semangat tuh...

seterusnya...aku dah tak paham diorang ckp ape..


-adik ayeh(cousin) ngan adikku...dalam khemah masa kat ampang..-

adik wat muke masam...hehe..die nak pergi malam nih..ade ke..? mcm tuh laa die ngan adik ayeh (harris)..main tak hingat...kalau setakat seksyen 2 kat uitm tuh okay gak..ni kat ampang..tak ke jauh..kalau pergi bukan leh balik awal..mau sampai 2-3 pagi..masa tuh..tinggal diorang berdua main..golongan ibubapa bersembang..kami golongan remaja nih..dah selamat belayar..isk isk..pandai dah budak kecik laa nih main tepon2..aku dulu, huh nak dail nombor pun payah..aku dari kecik tak suke cakap kat telefon macam sekarang...ye ke..? tapi sekarang okey sikit laa kot..jawab telefon pun mcm operator..kate pakcik aku..(perli laa tuh)

malam nih..takde ape yang best sangat cuma tadi kami seisi keluarga menonton siaran bola sepak piala Asean secara langsung..Malaysia VS Timor Leste..corak permainan..aku rasa tidak terlalu melampau kalau aku kate..agak teruk. Bukan aku je kata..pengulas sukan tuh pun kata striker tak bermain ngan baik..walaupun menang 5-0 (terer tuhh)tapi..hanya satu gol yang aku respek..yang lain tuh..boleh tahan laa. Tapi bukan ape..nak bandingkan dengan pemain luar..MU ke..Real Madrid ke..Arsenal ke..tak kisah laa..nampak mcm professional..tapi kita..player kebangsaan..macam budak sekolah..tentu arah aku tgk players IUFC ke..Hidup Segan ke ..Sayur ke..malah Tanpa Nama sekali pun. Cuma yang tak bestnye aku dengar player2 nih main bola padang junior size ek..? Hhihih..tak kisah laa..asal mantap..orang tgk baru best. (cakap mcm hebat..sekali orang ajak aku lawan baru tau..opps) Bukan ape kan..negara kita..mesti nak bangga, tapi tu laa..harap ianya kritikan membina..hehe peace!! (^-^)/

so hari ni 9/12 birthday cousin aku..Khairul Ihsan Md Noor..dah sama umur ek kita..seminggu jek dik..anyway kaklong wish semoga panjang umur, murah rezeki and segala-galanya..all the best!

okayla..sumer dah collapse..tinggal aku sorang je..karang tak pasal-pasal aku kene "kad merah" hehe..nite.


-teringat baring beratapkan langit yang berbintang masa kat mukhayam Sungai Udang dulu..

wasalam

sakura says: twinkle twinkle little star..how i wonder what you are..up above the world so high..like a diamond in the sky..

130611 | hasil nukilan dari wanie at 8:37 | 2 comments

Konflik Diri 1

assalamualaikum..



Masa aku tengah berkata-kata nih, hujan baru sahaja reda. Panorama tenang dan sejuk. Aku suka sangat keadaan selepas hujan lagi-lagi hujan sebelah petang, sejuk! Kalau tengahari pulak ade rezeki, nampaklah pelangi...dulu masa kecik-kecik suka tengok pelangi..lepas tuh kire ade berapa garisan..aku mesti kira terlebih..hihi. Tadi aku singgah kat blog sahabat-sahabat lain...dan aku terdetik utk menjenguk blog jurnalalam. Masih seperti dahulu, aku mengkagumi cara penulisan dan puitis dia. Atau aku berjiwa puitis mungkin...? Aku suka tengok gamba..simple tapi praktikal. Setiap gamba punyai maksud tersendiri, dan yang paling penting hakcipta tersendiri. Aku berminat dengan gamba atau mengambil gamba..mungkin mewarisi perangai abah. Aku suka ambil gamba tapi bukan gamba sendiri...kalau orang lain pergi laut untuk mandi, aku hanya duduk di tepi mengambil gamba matahari terbenam. Kalau orang lain amik gamba masa barbeque, aku lebih suka amik gamba secara terus ayam yang sedang dimasak. Sebab tuh aku suka tengok cerita Over Time lakonan takeshi sorimachi dengan erk tak ingat..tapi dia perempuan yang berlakon cerita Power Office Girl. Suka dan sangat suka..kalau aku ade peluang nak jugak amik gamba lepas tuh upload..tapi aku sendiri yang jarang keluar rumah. Aku lebih suka duduk di rumah, memasak, makan, kemas rumah, siram pokok bunga,tengok tv, buat biskut, main dengan adik, mengadap pc dan tidur. Itulah hobi aku...jiwa aku hanya di rumah. Kalau keluar pun rumah sedara mara..kenapa ye? Mungkinkah disebakan environment tumbersaran aku di sisi keluarga, atau mungkin aku dibesarkan olek atuk atau mungkin aku sejak kecil dididik dengan kerjarumah..?

Baru aku teringat...masa kecik-kecik aku dah dibesarkan di kampung. Kampung Baiduri Petaling Jaya..disitulah aku membesar dan disitu juga aku dididik. Hidup cara "budak setinggan"...hihi, petang-petang lepas balik sekolah mesti main. Ada je permainan baru..yang wajib main nyorok2..police and thief..gasing, teng teng? Budak zaman sekarang hanya tau Play Station..aku sendiri tak pernah main..huhuh. Kalau masa hujan, lagi seronok..boleh main hujan..bukan macam sekarang..kilat sabung menyabung silap haribulan..nauzubillah. Aku selalu kata aku tinggal di kawasan pedalaman..betul ape. Rumah aku memang jauh dari bandar..apetah lagi dengan kenderaan awam. Ade laa bas pergi bandar tapi..hampir sejam perjalan.Sebab tuh aku agak 'terpinggir'. Hihi..teringat zaman kecik-kecik dulu..memang best. Berbeza hampir 80% dengan budak zaman sekarang...aku suka zaman budak 80's. Aku fikir budak-budak zaman ni lebih berfikiran matang dan berdikari..mungkin.Tapi ada jugak sesetengah yang aga berlainan...kalau di campus, student dengan lecturer pun susah nak differentiate. kadang-kadnag kita ingat lecturer tapi student rupanya. Aksesories..mengalah orang yang dah bekerja gaji beribu-ribu. Kereta? Lecturer pun jalan kaki..hihih. Dah advanced gamaknye..atau aku je yang masih ketinggalan..? Still using Nokia 3310..monotone and no camera. Kereta..kakiku masih boleh berkhidmat sepenuhnya....?Hang out..starbucks? coffee beans? sekali sekala bolehlah..kalau dah rutin harian..minum kopi ngan ayaq teh wangi cap mesjid ngan roti kering kat rumah dah kira baguih... make-up and jewelleries?mujur aku jenis yang tidak suka..kecuali aku menerima pemberian orang..nak beli sendiri..tengok keadaan. Sekarang nih budak sekolah darjah dah ada handphone..takpela kan diorang mampu...hihi. Dulu ade Yaohan, Hankyu Jaya, City Point (alor setar nye best!!) Mimaland...sekarang dah gempaq, Sunway Pyramid, Mid Valley, Bukit Jambul dan Alamanda (aku tak pernah sampai lagi).

Dan yang paling aku rasa budak-budak sekarang takpernah jumpa..ingat tak zaman dulu ada disket besar giler..nipis jek. Hihih, sempat gak guna masa sekolah rendah dulu..skrg dah guna pendrive..(huhu aku punye dah rosak) beza kan..agaknya macammane laa zaman anak-anak kita..? Silap-silap main pakai micrpchip je..tak pun capsul..gempaq..tapi tidak sehebat Ciptaan-Nya..


Tapi aku masih pelik..dah cukup pun masih kata life is bored..?

Aku adalah aku...mestilah kan..takkan aku adalah kau..erk?

wasalam

sakura says: saya masih jeles...

130579 | hasil nukilan dari wanie at 1:06 | 2 comments

Tuesday, December 7, 2004

Tea Leaves


saya suka minum teh..

satu gambar yang membawa erti seribu makna..sama jugak mcm gamba kat atas..sebenarnya aku nak carik gamba air teh dalam cawan (ape kampung benor bunyiknye?)

ape yek aktiviti aku masa cuti nih..? duk rumah duk rumah dan duk rumah...erk, aku rasa jenuh jugak asyik nak menjawab persoalan2 kaum keluarga aku tentang aktiviti aku masa cuti..pelikkah seorang mahasiswi yang bercuti hampir sebulan tidak ke mana-mana melainkan hanya duduk di rumah dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak? kene kerja ek..? ape..wajibkah atau haruskah...? bak kata cik aurum..suka cuti sbb masa nih lah nak stay ngan family rite? huhu..

nak keluar ngan member? erk..kene specific masa, tempat dan tarikh..dan kene ade poposal at least seminggu sebelum tarikh plan. Demand?? bukan aku nak demand atau saje je 'jual mahal'...tapi dah prosedur nak buat macam mana..lagipun masa kat melaka aku rasa dah puas jalan ngan member except member sekolah lama...orang marah, orang merajuk..terpaksa laa..nak buat macamane kan..family is always first. Aku takde laa mcm orang tuh...pukul 2-3 pagi boleh keluar ngan member gi minum2..yer laa orang bujang anak sulung plak tuh..tonggak pewaris keluarga..hihi. Aku keluar jugak gi minum 2-3 pagi..tapi sekali angkut satu battalion serang kedai mamak. Jeles..? ade laa sikit2..

Sebelum posting..singgah kat blog aben..huhu, tak habis2 ngan bola lagi..(mcm aku dah setel) yer laa..bukan senang ek nak dapat peluang..setahun sekali..ni plak..selepas 10 tahun menanti. Tapi apepun..aku tetap respek ngan dua2 team..sbb dua2 wakil utara..bangga jap. Kalau johor masuk pun aku sokong gak..negeri lain..tgk keadaan semasa laa..

hehe..tertarik plak baca blog cik aurum pasal sapa yang akan diijabkabulkan terlebuh dahulu antara geng-geng kitorang...wallahualam..siapa dengan siapa..? tunggu masa tunggu ketika..hanya DIA yang tahu..

Aku agak seperti "kebuntuan" sejak akhir-akhir nih...kenapa ya..? tapi kebuntuan yang hadapi..membuatkan aku lebih bijak berfikir mengatur kehidupan sendiri...mcmmane tuh? ke aku dah hampir matang...?

Aku memang dilahirkan untuk menjadi seorang 'pelakon' yang hebat...nite

ps: maaf kerana sejak akhir2 ni aku dah tak reti susun ayat...

wasalam

sakura says: mission accomplished!!...

130511 | hasil nukilan dari wanie at 8:45 | 3 comments

JobStreet

no
You want a sweet guy. Who'ld take you anywhere.
Like Japan!!! Wow I would like a guy like that
too Also he looks so cute in japanese
clothing


Who's Perfect For You??? (Cute Anime Pics)
brought to you by Quizilla

-Japan..? ye ke...boleh laa..suka2


YOU ARE CHAMOMILE


What herb are you?
brought to you by Quizilla
- chamomile nih kayu manis ke cengkih ek..?

Green Tea
Green Tea...
You are Green Tea!
Strong and very smart you prefer peace to violence
and very rarely take action if it involves
confrontation. But you make up for this with
your keen insight and understanding of the
world and people around you, you have a very
mysterious nature. Many people see you as laid
back and that may be true but you are very
intelligent and make good decisions.


What type of Tea are you? {-With Anime Pictures!-}
brought to you by Quizilla

-suka green tea kat sushi king..betul tak cik aurum..tambah satu teko pun tak cukup..

Light
Your element is Light: Innocent, beautiful,
kind-hearted and pure. You are so sweet your
almost angelic, you find joy in others
happiness and cannot stand to see anyone in
pain. You want to make everyone around you feel
good about themselves and if someone is upset
you can tend to become rather upset as well
which means you are sympathetic and raise
others above yourself. Being as kind and
good-natured as you are people have most likely
hurt you in the past but you pick yourself up
every time. You may look fragile but you are
stronger than most tend to see. Life is
beautiful no matter how you look at it and you
understand that people make mistakes, not
everyone is perfect. You try to see the good in
the bad which is a talent few posses, dont ever
let anyone change you. You truly have a
beautiful soul inside and a heart of gold.


.:-|What is your true element?|-:. -With Anime Pictures and detailed answers-
brought to you by Quizilla

-yup, it's me..

***********
aku pun macam tak de kerja...tadi singgah kat blog cik aurum sat..tertarik ngan mendalah ni...saje2 test tengok..erk, ade sedikit persamaan ngan cik aurum..huhu tapi 2 je tak same...apepun..yang akt atas sekadar 'menceritakan' tentang diri aku secara erk..? wallahualam..tapi aku agak menjawab secara jujur yang mungkin...terserah anda untuk menilai..erk, ape kate korang bagi sket comment..!

130506 | hasil nukilan dari wanie at 7:56 | 0 comments

Sunday, December 5, 2004

Bola VS Dikir

assalamualaikum...


-lautan hijau kuning

berakhirlah sudah penantian sekian lama...dengan hanya satu balingan..? Kedah terpaksa memberi peluang kepasa Perlis bagi menjuarai Piala Malaysia semalam...(tak ngaku kalah tuh..!!) hehe, kesimpulannya, Kedah tewas di "tangan" Perlis dengan mata 1-0. Ni baru betul tewas di tangan, sbb yang boleh masuk gol tuh..disebabkan lontaran. Tapi aku tertarik dengan ayat dari pengulas sukan TV3.."permainan yang tidak cemerlang". Aku rasalahkan, permainan semalam agak mendapat liputan luas, yer laa..silap2 bleh masuk CNN, ESPN gol dengan cara LONTARAN dan bukan tendangan percuma, tendangan sudut apetah lagi penalti. Lepas ni aku yakin...coach2 pasukan lain akan menitikberatkan cara lontaran berbanding sepakan, serangan mahupun pertahanan...hehe. (player


-kita cuba lagi tahun depan!!!

Tapi semalam, penangan bola tidak sehebat penangan pertandingan akhir kebangsaan dikir barat yang berlangsung kat angkasapuri. Dikir vs Bola! pertarungan antara 2 pihak jugak iaitu kumpulan Kencana Muda (erk, tak sure laa) dengan Seri Limbongan (confirm). Kiranya semalam, orang utara ngan pantai timur pakat mai KL. Keputusannya..Seri Limbongan dr Pasir Puteh Kelantan menjadi Johan keseluruhan selepas Jogho dan Tukang Karut menjadi juara. Arakian saing dengan tamatnya minit terakhir final bola sepak semalam.

Jadi, tahniahlah kepada pasukan Perlis..erk, tak kene "road block" ke korang semalam...? Dan bagi penyokong pasukan Kedah..nampaknya zaman kegemilangan 10 tahun lepas belum tiba..huhu kata aben yang tidur awal dek gara2 frust. Tahun depan kita cuba lagi..insyaAllah

Juara lagu bile ek..?


kasik can aa ek..

"Kedah juga pernah beraksi dalam tujuh perlawanan akhir bermula pada 1987, 1988, 1989, 1990, 1992, 1993 dan tahun ini.

Namun, berbanding Perlis, Kedah mengumpul koleksi kejuaraan yang lengkap berbanding Perlis. Selain Piala Malaysia, Kedah pernah menjadi juara Piala FA 1996"
- Utusan Malaysia

“But I am proud of my boys. Most of them are still young and have risen from the bottom of the heap in the league to enter the Malaysia Cup final. The future looks bright for Kedah and we will now set our sights on making a quick return to the Super League when the 2005 season begins,” said Azraai. -> The Star

wasalam

sakura says: jadik translator...

130228 | hasil nukilan dari wanie at 7:36 | 4 comments

Saturday, December 4, 2004

Family

assalamualaikum wbt...

dimples = lesung pipit...huhu comey kan?

semalam hari jumaat, aku menerima kunjungan kehormat 'keluarga' dari Kelantan...tiba-tiba? tak jugak..dia dah telefon mama seawal pagi hari sebelumnya..patut laa aku tengok kat phone ade no 09-7*****. Ape sebenarnya yang aku nak cerita ek..? Hihi, takde ape sangat pun..cuma sedikit (ye ke sikit..?) rasa seronok je...cik aurum tau je laa ye =p

Kesimpulannya...(apesal cam speechless je ek?) haha..lek lek, baru "permulaan"..be alert...STEADY..!! kata dayah..tapi boleh tahan aa..ye aku telah merepek di tahap maksima!! Dan ucapan tahniah untuk cik Aurum yang bakal 'bertunang' isnin nih...dengan ucapan..cik sakura bakal menyusul selepas ini..hihi.


-any meanings..?

tengok je laa final bola malam nih..

wasalam

sakura says: bola bola dan bola...

130163 | hasil nukilan dari wanie at 2:41 | 0 comments

Kedah Fullstop!

assalamualaikum..

Esok, final set piala bola Malaysia...kali ni Kedah VS Perlis!! Pergh, kutub utara mengamuk..., esok Bukit Jalil bakal sesak..tak yah tunggu esok..start dari semalam dah sesak gara-gara beratuq beli tiket..yg berharga RM15..(kata sepupu aku). Esok jgk rumah aku bakal jadi pusat penempatan sementara bagi mereka-mereka iaitu termasuklah sepupu aku, pak menakan aku, tok-tok aku. Baguih dok ada naa..depa mai sini tgk bola..lepak umah aku..huwaa..bkn nak kasik aku tiket free pun!! aku nak pi tengok gak..tok tam kata.."hang duk umah..bancuh ayaq kupi noo" cess..

huh, dengki..keputusannya, kenalah tinggal kat rumah! tak kisah..aku tgk tunang sepupu aku cool jek..bkn cam aku memberontak..erk, ke sbb dia tunang orang...?? Nasib baik Kedah lawan Perlis...kalau Kedah lawan Kelantan..cenggana ye cik aurum..? =p Walau apepun..aku tetap sokong KEDAH..(maaf ye incik utief) walopun aku tidak dilahirkan di kedah..tapi darah keKedahan itu dah meresap dlm jiwaku..sbb abah aku orang Kedah ler..

Ingat lagi dulu masa kecik-kecik pi tgk bola Kedah lwn Singapore..masa tuh lat stadium merdeka lagi..dan itu jugak kali pertama aku dengar abah nyanyi negaraku..Impress!! sbb abah kurang sket bab2 seni suara nih..hehe...Masa tuh, sanggup jalan kaki jauh2 semata-mata nak tgk bola..dah nama kaki bola, masa first Stadium Shah Alam bukak pun aku gi..siap tgk perasmian World Cup 2002 yg masa tuh Korea dtg...Kalau kat Kedah, Stadium Jelapang tuh kire tempat wajib, kalau takde bola..pi makan kat sana..wah..membesar dengan stadium rupanye aku nih..!!

Hari ni, aku tak dapat nak gi kenduri kak ziha kat Melaka, sbb sedara nak mai kan..takkan aku takde..huhu..takpe, aku doakan kebahagiaan mereka dari Kuala Lumpur..semoga bahagia selalu, murah rezeki sehingga ke anak cucu dunia dan akhirat...! InsyaAllah, nanti kami balik melaka kami melawat pengantin baru ye...

Hujung bicara,..kita tengok je penentuan dia esok..!! Hijau Kuning ke..Biru Kuning..? Maju kedah maju...


mungkinkah begini gaya keeper Perlis menahan serangan...?? hehe

wasalam

sakura says: dah memang kaki bola..

130162 | hasil nukilan dari wanie at 1:59 | 0 comments

Wednesday, December 1, 2004

Ad Veritatem Per Caritatem



"Sing let all voices, unite in joyful harmony
Salute our school flag, the symbol of our unity
Brown and white the colours which each of us must now uphold
Our good behaviour in school and out reaps joy unfold
God bless our school! Let Your truth and love found herein
Affect our lives day by day! And teacher keep the future free from sin
God bless our homes, and our parents who take your place
And may we prove gratitude, By using well our school days
Bless each of our teachers too
For the loving care e'er shown to us
Bless each one of us and pupils of the past
This is our prayer..

School days are numbered, and on day we must take our place
As loyal members of our beloved Malaysian race
Here in Assunta we live as one large family
In preparation for what our future lives must be
Where er we go, over land, or sky or sea
Our thought will turn to PJ and our Alma master Assunta
Ideals learnt here will guide us where'er we be
As we look back, there will be that Guilding Star to light our way
Ever and evermore, to Assunta School we pledge loyalty
"Ad Veritatem per Caritatem" - ASSUNTA
Truth and charity will be our rule
We'll be ever faithful to our school..!!"

assalamualaikum..
aku rasa masih terngiang-ngiang lagi lagu sekolah masa menaip tadi..bersemangat!! dulu, masa kat sekolah..main belasah je nyanyi..paham pun sepatah dua je..al-maklumlah.."budak2". Dah hampir 3 tahun aku tinggalkan sekolah..baru sekarang aku betul-betul paham makna lirik..ye tak ye jugak..takkan laa dia buat lirik main sedap-sedap mulut nyanyi je..mestilah ade makna =p

tadi petang, aku singgah pi sekolah jap (singgah ke mmg dah plan?). tujuannya, nak amik sijil SPM aku yang dah berkurun lamanya terkubur at sana..heheh, mujur ade lagi. ye laa kalau tak kene ugut kata nak hantar balik gi jabatan pendidikan after 3 years tak tuntut..tak manenye aku nak amik. Tadi, masa on da way..lalu laa jalan-jalan lama yang pernah aku lalui. Kawasan melayu, Hospital Assunta, Old Town, New Town..Pizza Hut, 'Perabot'..pendek kata..menggamit kenangan lama sewaktu masih muda-muda dahulu..nothing much change..cuma bertambah tingkat mana-mana bangunan tuh. Suasana, still jam like old days. Sekolahku..? terlalu banyak perubahan..benar seperti kata farah..sekolah or college? hihi..kantin dah jadik cafeteria..dulu pagar dawai sekarang tembok batu. Siap ada jalan bertutup lagi..kecik hati jugak nengoknya..yerla..dulu..kami laa yang bertungkus lumus carik duit kumpul nak buat bangunan tau..hehe..takde laa. Aku bangga jika itu hasil bantuan kami..cuma sedih..cikgu2 (Pn Nik Zainab, Ustzh Aezjah) yang aku sayang dah takde kat sekolah tuh..semua dah pindah, mungkin keadaan tak mengizinkan..yang tinggal cikgu-cikgu baru yang aku tak kenal.

Masa amik sijil tadi..nasib baik staff tuh baik. Siap perli aku, "hai, dah nak kawin baru ingat nak amik sijil..?" erk, mane dia tau aku nak kawin nih..? hihi..gurau jek. Aku balas, kawin hape..blajar pun tak abih. Alaa..dia kata blaja nih senang je..kalau tak masakan aku bleh habis 11 tahun belajar kat sekolah kan..? uik, benar jugak ye kata dia..aku pun semangat. Dah sign sumer, usya-usya nama lain..kot-kot ade member lain lom amik. Sahih, memang ada pun geng aku tak amik lagi. Ape daa..ye ye aku ingat korang dah amik sijil. Tak sempat nak usya satu sekolah..takde member..sorang-sorang..kang diorang kata aku gila plak..payah2! Nanti laa ada member..kami jalan-jalan. Dah lama tak jalan kaki gi Amcorp Mall, Oldtown..gi Minerva semata-mata nak beli sebatang pen kilometriko yang bernilai 70sen. Dulu, satu je fastfood yang aku kenal..A&W!

Hihi, bila sebut pasal sekolah aku..teringat plak sekolah-sekolah yang sengakatan..Sri Aman, Catholic, taman Petaling,Methodist, SAAS,La Salle, BBGS, BBBS, SeaPort, VI, St Mary,CBN...ade yang geng dan ade gak yang musuh..hehe. Budak-budak berjiwa pemberontak..! Baru aku perasan, kat PJ or KL tak banyak gak sekolah campur..or aku hanya kenal sekolah-sekolah yang tak campur je..? =p Bila tiba tournament, pertandingan ape2..mesto seronok sbb dapat keluar 'jalan2'. Paling best bile ade choral speaking, tournament taekwando,netball ngan badminton..!! sbb tuh je yang aku reti lagipun..olahraga?? takat jadi quatermaster hebat laa aku.

Hurm, seronok plak rasanya...datang sekolah dengan identiti lain. maksud aku sbg bekas pelajar..agaknya, nanti dah keje..bila balik MMU..lagi laa ek. Sebut pasal kerja..aku dah ada target tetap nak kerja kat mana...hihi. Tak jauh..kat Cyberjaya je..mana lagi kalau bukan Shell IT..di mana itu satu-satunya tempat yang belum dijajah oleh budak MMU kat Cyber. (as far as i know laa) yang lain..HSBC, TmNet mahupun MSC dah ditakluk! Takpe2..sekurang-kurangnya kita ade set point dlm kehidupan kita kan 'pakcik'? Still remember 'pakcik' ckp pasal 3 tujuan kita hidup kat dunia nih...

Sahabat2ku (farah,izura,mai,nadia,moon & zul)...bila nak hang out ek? Hari Guru..Hari Kantin...Sukan...Hari Keluarga..!!

wasalam

sakura says: "orang KL" full stop!

129863 | hasil nukilan dari wanie at 7:57 | 1 comments


©Hakcipta Terpelihara Sakura™ - 2004 | 05

...Let's remain thankful with what we have...