|
|
|
::Khabar Dari Urdun - Versi Kitab Kuning::
Versi Kitab Kuning ingin mendekati para ulama' dalam usaha menjadikan khazanah ilmiah sebagai warisan dan pusaka Muslimin seluruhnya. Dilancarkan pada 17 Oktober 2005. Insya-Allah akan menghidangkan tulisan-tulisan ilmiah, dan bahan audio juga teks daripada ulama'-ulama'.
Versi Kitab Kuning?
Alhamdulillah, sesudah lama weblog Khabar Dari Urdun (KDU) bertapak, rasanya dah masuk tahun yang ke 3, dengan pelbagai entri dan mehnah tribulasi, KDU rasanya dah banyak kali berpindah. Sana sini. Dari Blogspot.com, ke Danchan.Com, lalu ke Sodeeq.Com (Dah suspended) dan akhirnya ke Blogdrive.com.
Namun, saya masih terasa, apa sumbangan yang telah saya berikan kepada masyarakat melalui weblog saya yang tidak seberapa. Apa yang telah saya tulis? Apa yang telah saya berikan untuk tatapan pengguna-pengguna internet yang berjuta-juta ini? Saya cuma tersenyum pahit. Kosong!
Justeru, saya ingin mencuba lagi. Kali ini dengan Versi Kitab Kuning. Bukanlah apa yang saya ingin paparkan menerusi versi KDU ini, kitab-kitab kuning tinggalan para guru pondok, tetapi, saya ingin paparkan hasil-hasil tulisan dan percakapan ulama' silam, sama ada berbentuk teks, audio dan lain-lain. Bahan dan sumber, alhamdulillah, sebahagian sudah ada dalam simpanan saya. Mungkin nanti yang terpapar adalah bahan-bahan berbentuk teks dan audio.
Saya juga tetap akan menulis di versi biasa KDU di Khabar Dari Urdun. Versi KDU - Kitab Kuning ini, mungkin menjadi satu sumbangan saya buat pencinta-pencinta ilmu. Dan saya lihat juga, di kebanyakan weblog rakan, alamat di Danchan.Com ini masih aktif, jadi apa salahnya saya teruskan apa yang ada.
Doakan agar usaha saya ini berterusan. Biarpun saya telah hampir tiba di penghujungan permukiman di bumi Isra' ini, namun, saya harap, biar sedikit, jangan tiada langsung.
Di pertengahan Madrasah Ramadhan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung saya yang budiman, andai ada kesalahan yang terungkap di hati kalian, saya cuma manusia biasa yang terlalu banyak kekurangan. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa moga di penghujung madrasah kita, kita akan dapat mengecap nikmat taqwa yang Allah janjikan buat kita.
Salam Ramadhan WeWR aka Asyraff Hafdzan Abdullah Khabar Dai Urdun - Versi Kitab Kuning
149001 |
wewr | 14:34
| 1 comments
Pindah ke Sodeeq.com
Pengumuman Penting
Khabar Dari Urdun di alamat www.danchan.com/weblog/wewr berkemungkinan akan berpindah ke Sodeeq.Com di alamat http://wewr.sodeeq.com. Semoga perpindahan rumah baru akan menjana dakwah yang lebih gemilang.
108074 |
wewr | 2:15
| 0 comments
MUSIM-MUSIM PUTIH
+Musim Putih Putih musim ini bukan putih salji. Putih musim ini bukan putih maknawi. Ia putih hakiki. Putih yang memukau pandangan. Bila putih berputar, bergerak lambat-lambat, penuh, tanda musim putih dah tiba. Sebenarnya musim putih lebih layak untuk bulan satu lagi. Bukan bulan ini. Bulan ini musim putih yang lain, yang lebih umum dan tidak khusus waktunya. Tapi, keputihan itu tetap dapat dilihat di mana-mana. Keputihan sang hamba!
+ Imtihan Musim yang kelabu. Kelabu bukan kerana kertasnya kelabu. Kertas tetap putih. Tapi minda serabut dan berjerebu. Hafal, faham, baca dan tentu kepeningan yang tak dapat dielakkan. Hitam akibat percikan dakwat yang mengotorkan. Putih kerana ilmu. Bila putih campur hitam, jadi kelabulah!
+ Kuiz Bulanan Mei? Aku sudah bilang. Aku sudah jangka. Memang tiada ramai yang tertarik dengan tawaranku untuk menyertai Kuiz Bulanan KDU-WEWR. Ha Ha Ha...Perlukah aku sebutkan nilai hadiah? Perlukah aku sebutkan hadiahnya? Aku cuma mahu lihat berapa orang di kalangan pembaca weblogku yang cerdik dan bijak pandai. Itu saja. Aduh, kasihan. Betulkah pembaca-pembaca weblogku bijaksanawan, bestariwan, cerdikwati, super genius? Atau soalan yang aku bagi terlalu susah untuk dijawab? Ya, memanglah aku bagi soalan tentang agama. Supaya kita lebih kenal agama dalam zaman orang malas mengenal agama. Hadiah yang akan aku bagi adalah berkaitan agama juga. Dan aku buat soalan tentang agama juga sebab aku berada di bidang agama, jadi, kalau aku tidak gunakan medium weblog ini untuk berdakwah, untuk apa aku tulis weblog ini? Sia-sia? Saja suka-suka? Aku tak suka sia-siakan usahaku. Fullstop. Tak apa. Aku akan bagi peluang lagi untuk bulan hadapan. Jangan tak sertai!
+ 'Umrah & 'Utlah Aku, dengan rasminya mengumumkan ketiadaanku di Jordan bermula daripada 16 Jun hingga 28 Jun. Ada urusan peribadi sikit di Mekah. Jika ada sebarang masalah, sila email @ sms(kalau tak ada nombor, minta pada SU sulit!) Dan lagi, aku akan pulang ke Malaysia pula melalui Beirut. Kalau ada yang ingin kirim barang, sertakan wang pos bernilai....Eh, sertakan duit, berikan alamat, no telefon, email(jika ada), dan apa-apa yang berkaitan. Susah hantar duit? Aku boleh dahulukan. Dengan syarat, bayar semula semasa penyerahan barang. 'Utlah@cuti akan bermula pada awal bulan 7. Jadi, sebelum aku berangkat ke Beirut, sila pastikan anda selesaikan semua urusan yang berkaitan. Hutang ke, kiriman barang ke, dan lain-lain. Aku menantimu di pintu rumah. Kah!
+ Jadual Cuti Pertama, uruskan bisnes. Kedua, singgah menyibuk di PNM@Perpustakaan Negara melihat-lihat karya sahabat-sahabat KEPEZI dilancarkan. 22 Julai kan? Aku menyibuk sebab aku tiada karya dalam antologi itu. Kalau ada antologi puisi, biar aku orang pertama menyertai. Ketiga, buka akaun kahwin. Keempat, ziarah sekutu bermutu, sepupu-sepapat, kanak-kanak istimewa, pengantin-pengantin bara, guru-guru teruja, sekolah-sekolah usang, dan balai-balai terbiar. Kelima, lancar projek melaman web Nostalgia Wakafan. Keenam, memboros!
+ Web Aku minta jasa baik sesiapa yang rajin, ada masa lapang, yang boleh bantu aku buat laman web tentang Islam. Impian aku, membuat web dalam bahasa Melayu yang boleh menjawab hujah-hujah orientalis tentang Islam. Contoh, isu hijab, isu jihad, isu poligami dan lain-lain. Aku cuma mahu minta tolong buatkan basic ataupun tapak rumah. Isinya, aku boleh isikan. Ongkos? Aku boleh bayar (ongkos sewa rumah). Nak suruh buat sendiri? Aku sampai sekarang masih belum tahu buat web dengan betul. Tak pernah satupun web yang aku buat siap sepenuhnya dan dilancarkan kecuali web ini. Inipun, web tumpang, bila-bila orang boleh tendang dan bagi pelempang. Web sendiri buat, susah juga. Nak belajar? Ha Ha Ha...Masa@malas@masalah cemburukan aku.
+ Iklan 1) Anda dah dengar album Allahu yang mengandungi lagu duet Raihan dengan Muhammad Al-Husayyan (penasyid Kuwait)? Sedap tak? Sedap kan? Anda teringin mendengar nasyid-nasyid Muhammad Al-Husayyan yang lain? Cuma sediakan 8RM, anda boleh dapatkan kaset original! Mahu lagi puas hati? Cuma 10RM, anda sudah boleh dapatkan CD original yang boleh dimainkan automatik dalam komputer (Shockwave Flash) atau di dalam discman anda (audio track). Nasyid dijamin best. Tangkap nangis! Kalau mahu, hubungi saya di emel asyraffdini@yahoo.com. Nak jadi dealer pun boleh...
2) Pakej Umrah bersama Bayt Atiq Travel & Tours atau Hazimin Travel. Harga sama kedua-duanya = JD100. Serahkan paspot, gambo 2 kepin, iqomah senawi, hawiyah & duit. Sijil cucuk makan disediakan. Hubungi Hazimin 079-5878095(Hazimin Travel) dan Hani Jibril 077-941935 (Bayt Atiq). Saya join Bayt Atiq. Hotel dekat sikit. Ada lagi satu travel. KUJ punya. Tapi join yang dua di atas dahlah. Lebih nilai untuk wang anda!
3) Shrek 2 dah terbit di pawagam! Di mana saya boleh dapatkan yang original?
4) Album nasyid terbaru di pasaran! - Mestica - Sendu Sendawa - Raihan - Allahu - Far East - kalau dah keluar lah - DeHearty - Di Hati ---} Ni Azrul batch saya yang nyanyi. - Kahfi - Tidur Bukan Bererti Undur - Rast - Inspirasi (Terbit dalam album motivasi Dr Shukri Abdullah) - Debu - Mabuk Chenta --} I've got one! - Soundtrack Muhammad Utusan Terakhir - Abu Ratib & Abul Hasan - Bil Wafa' Na'ud (Dengan Janji Kami Kembali) - Mais Syalasy - Usturah Jenin (Penaklukan Jenin) - Tuyur Jannah Sya'biy (Burung Syurga Bangsa) - Fajru Yasin (Fajar Syeikh Ahmad Yasin) - Aiman Hallaq - Mat'Oleesh (Jangan kata kenapa) - Musa Mustafa - Li Ajliki Ughanni (Untukmu Aku Nyanyikan) - Rabi' Hafiz - Badi'uzzaman
5) Anda sukar bangun pagi? Sering ketinggalan solat Subuh di masjid? Kelewatan ke pejabat? Ponteng kelas akibat bangun lewat? Ini dia ubat mujarab anda! Doa mudah bangun tidur untuk yang susah nak bangun awal pagi. Baca Tasbih Fatimah sekali atau dua kali. Apa itu Tasbih Fatimah? Haaa...Jangan tak tahu. Tasbih ini diajar oleh Nabi ketika Fatimah, anakanda Nabi mengadu sakit-sakit urat membuat kerja-kerja di rumah. Kemudian, Nabi kata, bacalah tasbih ini, sekian-sekian, nanti esoknya kamu akan mudah bangun dan berasa segar. Tasbih Fatimah ialah Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x & Allahu Akbar 34x. Mudah kan? Kalau mahu mujarab lagi, selepas baca terus tidur, jangan fikir perkara lain. Dan jangan buat maksiat siangnya, kalau tidak kesan tasbih akan berkurangan. Selamat Mencuba! Sayapun nak tidur ni. Ubat bangun tidur ini sungguh mujarab. Baik untuk kesihatan tidur anda. Selamat Malam!
108060 |
wewr | 0:49
| 0 comments
MUSIM-MUSIM PUTIH
+Musim Putih Putih musim ini bukan putih salji. Putih musim ini bukan putih maknawi. Ia putih hakiki. Putih yang memukau pandangan. Bila putih berputar, bergerak lambat-lambat, penuh, tanda musim putih dah tiba. Sebenarnya musim putih lebih layak untuk bulan satu lagi. Bukan bulan ini. Bulan ini musim putih yang lain, yang lebih umum dan tidak khusus waktunya. Tapi, keputihan itu tetap dapat dilihat di mana-mana. Keputihan sang hamba!
+ Imtihan Musim yang kelabu. Kelabu bukan kerana kertasnya kelabu. Kertas tetap putih. Tapi minda serabut dan berjerebu. Hafal, faham, baca dan tentu kepeningan yang tak dapat dielakkan. Hitam akibat percikan dakwat yang mengotorkan. Putih kerana ilmu. Bila putih campur hitam, jadi kelabulah!
+ Kuiz Bulanan Mei? Aku sudah bilang. Aku sudah jangka. Memang tiada ramai yang tertarik dengan tawaranku untuk menyertai Kuiz Bulanan KDU-WEWR. Ha Ha Ha...Perlukah aku sebutkan nilai hadiah? Perlukah aku sebutkan hadiahnya? Aku cuma mahu lihat berapa orang di kalangan pembaca weblogku yang cerdik dan bijak pandai. Itu saja. Aduh, kasihan. Betulkah pembaca-pembaca weblogku bijaksanawan, bestariwan, cerdikwati, super genius? Atau soalan yang aku bagi terlalu susah untuk dijawab? Ya, memanglah aku bagi soalan tentang agama. Supaya kita lebih kenal agama dalam zaman orang malas mengenal agama. Hadiah yang akan aku bagi adalah berkaitan agama juga. Dan aku buat soalan tentang agama juga sebab aku berada di bidang agama, jadi, kalau aku tidak gunakan medium weblog ini untuk berdakwah, untuk apa aku tulis weblog ini? Sia-sia? Saja suka-suka? Aku tak suka sia-siakan usahaku. Fullstop. Tak apa. Aku akan bagi peluang lagi untuk bulan hadapan. Jangan tak sertai!
+ 'Umrah & 'Utlah Aku, dengan rasminya mengumumkan ketiadaanku di Jordan bermula daripada 16 Jun hingga 28 Jun. Ada urusan peribadi sikit di Mekah. Jika ada sebarang masalah, sila email @ sms(kalau tak ada nombor, minta pada SU sulit!) Dan lagi, aku akan pulang ke Malaysia pula melalui Beirut. Kalau ada yang ingin kirim barang, sertakan wang pos bernilai....Eh, sertakan duit, berikan alamat, no telefon, email(jika ada), dan apa-apa yang berkaitan. Susah hantar duit? Aku boleh dahulukan. Dengan syarat, bayar semula semasa penyerahan barang. 'Utlah@cuti akan bermula pada awal bulan 7. Jadi, sebelum aku berangkat ke Beirut, sila pastikan anda selesaikan semua urusan yang berkaitan. Hutang ke, kiriman barang ke, dan lain-lain. Aku menantimu di pintu rumah. Kah!
+ Jadual Cuti Pertama, uruskan bisnes. Kedua, singgah menyibuk di PNM@Perpustakaan Negara melihat-lihat karya sahabat-sahabat KEPEZI dilancarkan. 22 Julai kan? Aku menyibuk sebab aku tiada karya dalam antologi itu. Kalau ada antologi puisi, biar aku orang pertama menyertai. Ketiga, buka akaun kahwin. Keempat, ziarah sekutu bermutu, sepupu-sepapat, kanak-kanak istimewa, pengantin-pengantin bara, guru-guru teruja, sekolah-sekolah usang, dan balai-balai terbiar. Kelima, lancar projek melaman web Nostalgia Wakafan. Keenam, memboros!
+ Web Aku minta jasa baik sesiapa yang rajin, ada masa lapang, yang boleh bantu aku buat laman web tentang Islam. Impian aku, membuat web dalam bahasa Melayu yang boleh menjawab hujah-hujah orientalis tentang Islam. Contoh, isu hijab, isu jihad, isu poligami dan lain-lain. Aku cuma mahu minta tolong buatkan basic ataupun tapak rumah. Isinya, aku boleh isikan. Ongkos? Aku boleh bayar (ongkos sewa rumah). Nak suruh buat sendiri? Aku sampai sekarang masih belum tahu buat web dengan betul. Tak pernah satupun web yang aku buat siap sepenuhnya dan dilancarkan kecuali web ini. Inipun, web tumpang, bila-bila orang boleh tendang dan bagi pelempang. Web sendiri buat, susah juga. Nak belajar? Ha Ha Ha...Masa@malas@masalah cemburukan aku.
+ Iklan 1) Anda dah dengar album Allahu yang mengandungi lagu duet Raihan dengan Muhammad Al-Husayyan (penasyid Kuwait)? Sedap tak? Sedap kan? Anda teringin mendengar nasyid-nasyid Muhammad Al-Husayyan yang lain? Cuma sediakan 8RM, anda boleh dapatkan kaset original! Mahu lagi puas hati? Cuma 10RM, anda sudah boleh dapatkan CD original yang boleh dimainkan automatik dalam komputer (Shockwave Flash) atau di dalam discman anda (audio track). Nasyid dijamin best. Tangkap nangis! Kalau mahu, hubungi saya di emel asyraffdini@yahoo.com. Nak jadi dealer pun boleh...
2) Pakej Umrah bersama Bayt Atiq Travel & Tours atau Hazimin Travel. Harga sama kedua-duanya = JD100. Serahkan paspot, gambo 2 kepin, iqomah senawi, hawiyah & duit. Sijil cucuk makan disediakan. Hubungi Hazimin 079-5878095(Hazimin Travel) dan Hani Jibril 077-941935 (Bayt Atiq). Saya join Bayt Atiq. Hotel dekat sikit. Ada lagi satu travel. KUJ punya. Tapi join yang dua di atas dahlah. Lebih nilai untuk wang anda!
3) Shrek 2 dah terbit di pawagam! Di mana saya boleh dapatkan yang original?
4) Album nasyid terbaru di pasaran! - Mestica - Sendu Sendawa - Raihan - Allahu - Far East - kalau dah keluar lah - DeHearty - Di Hati ---} Ni Azrul batch saya yang nyanyi. - Kahfi - Tidur Bukan Bererti Undur - Rast - Inspirasi (Terbit dalam album motivasi Dr Shukri Abdullah) - Debu - Mabuk Chenta --} I've got one! - Soundtrack Muhammad Utusan Terakhir - Abu Ratib & Abul Hasan - Bil Wafa' Na'ud (Dengan Janji Kami Kembali) - Mais Syalasy - Usturah Jenin (Penaklukan Jenin) - Tuyur Jannah Sya'biy (Burung Syurga Bangsa) - Fajru Yasin (Fajar Syeikh Ahmad Yasin) - Aiman Hallaq - Mat'Oleesh (Jangan kata kenapa) - Musa Mustafa - Li Ajliki Ughanni (Untukmu Aku Nyanyikan) - Rabi' Hafiz - Badi'uzzaman
5) Anda sukar bangun pagi? Sering ketinggalan solat Subuh di masjid? Kelewatan ke pejabat? Ponteng kelas akibat bangun lewat? Ini dia ubat mujarab anda! Doa mudah bangun tidur untuk yang susah nak bangun awal pagi. Baca Tasbih Fatimah sekali atau dua kali. Apa itu Tasbih Fatimah? Haaa...Jangan tak tahu. Tasbih ini diajar oleh Nabi ketika Fatimah, anakanda Nabi mengadu sakit-sakit urat membuat kerja-kerja di rumah. Kemudian, Nabi kata, bacalah tasbih ini, sekian-sekian, nanti esoknya kamu akan mudah bangun dan berasa segar. Tasbih Fatimah ialah Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x & Allahu Akbar 34x. Mudah kan? Kalau mahu mujarab lagi, selepas baca terus tidur, jangan fikir perkara lain. Dan jangan buat maksiat siangnya, kalau tidak kesan tasbih akan berkurangan. Selamat Mencuba! Sayapun nak tidur ni. Ubat bangun tidur ini sungguh mujarab. Baik untuk kesihatan tidur anda. Selamat Malam!
108059 |
wewr | 0:49
| 0 comments
MERDEKAKAH KAU?
(Sempena Hari Merdeka Jordan, 25 Mei)
Merdekakah kau Andai ekonomi negara Terbelenggu kapitalis dungu Terancam rezeki rencam Terbunuh kuasa membelimu
Merdekakah kau Bangsa disumbat minda Dengan jahiliyah moden Dengan ghairah seksual melata Dengan budaya Barat menggila
Merdekakah kau Jika Islam terpenjara Dalam kemelut masa dan akal rasa Dalam lunak sekular membenak otak Dalam sumpah kuasa yang kau tiada
Merdekakah kau Anak-anak gadis jadi pelacur sadis Remaja mentah jadi peniaga lucah Ibu-ibu jadi nenek mengelek bayi Bapa-bapa bekerja mengejar dunia Kanak-kanak jadi pengemis simpati
Katakan padaku: MERDEKAkah kau?
25.05.2004 22.20 Amman.
108058 |
wewr | 0:39
| 0 comments
PERJALANAN MENUJU HU
Hu Menuju Hu Dari merangkak, tertiarap Dari tersungkur kembali merayap
Menuju Hu Dari duduk mula mendongak Dari lelah lalu tengadah
Menuju Hu Dari termangu bangkit berdiri Dari berjalan ingin berlari
Menuju Hu Biar tersadung duri tetap berlari Biar terpijak kaca terus memuja Biar tulang mereput masih bersujud Biar terkapai lemas tak pernah cemas
Perjalanan menuju Hu Takkan pernah terhenti Selagi belum kasih-Nya membawa diri Kecapi syurga hakiki
1.06 a.m. 21 Mei 2004 Hotel Fatamorgana, Sweileh, Amman.
108056 |
wewr | 0:33
| 0 comments
Kuiz Bulanan Siri Pertama - Edisi Mei 2004
Assalamualaikum... Demi menghargai peminat-peminat...WEWR dengan bangganya mempersembahkan...Kuiz Bulanan Buat pengunjung2 Khabar Dari Urdun...
Syarat2 Pertandingan 1) Semua pengunjung Khabar Dari Urdun layak menyertai pertandingan ini kecuali kaum-kaum kerabat WEWR dan sahabat-sahabat terdekat, anda tidak digalakkan menyertai.
2) Jawapan hendaklah dihantar ke emel asyraffdini@yahoo.com dengan Subjek : Kuiz Bulanan Siri Pertama - Edisi Mei 2004
3) Hadiah menarik menanti anda...sila sertakan alamat rumah yang valid dan emel untuk urusan penghantaran hadiah...
4) Hanya jawapan yang tepat kesemuanya diterima...
5) Hanya seorang pemenang dipilih setiap bulan...Jika ada pemenang yang jawapannya sama, saya akan buat cabutan undian.
6) Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, emel layang, emel bom, sms berantai, PM2 komuniti, mesej YM, AOL, MSNM, tidak akan dilayan...
7) Penganjur berhak menukar hadiah jika hadiah yang ada kehabisan stok...:D
8) Jawapan hendaklah dihantar sebelum 25hb setiap bulan.
Jadi, tunggu apa lagi...Sertai kuiz bulanan ini...
Hadiah ditaja oleh WEWR Entertainment.
Soalan-soalannya
1) dalam banyak2 solat, solat apa yang ada 4 tahiyyat... Jawab jangan tak jawab...
2) dalam banyak2 puasa, puasa apa yang tak payah niat waktu malamnya?
3) dalam banyak2 zakat, zakat apa yang perlu bayar 1/10 je?
4) dalam banyak2 haji, haji apa yang kena bayar dam?
Mudah kan?
105060 |
wewr | 8:50
| 0 comments
Menerobos Zaman Lampau Siri 3
Bila akhir tahun, ramai yang sudah berhajat ke Mesir awal. STK sudah dalam tangan. Yang tidak mahu ke Mesir tapi ada STK pun ramai. Antaranya akulah. Aku bertukar niat. Ingin ke tempat lain. Biar agak lain daripada yang lain. Tambah pula, Mesir sudah padat dengan Melayu. Aku mahu suasana baru. Mulalah berlaku perbincangan yang hebat apabila ramai juga yang mahu ke Mesir awal. Pihak pentadbiran mula mengatakan bahawa kami tidak mengenang budi, sudah diberi STK mahu pula mencacatkan keputusan STPM sekolah. Ya, calon STPM sudah berdaftar. Untuk menarik balik, sukar. Lalu, kami buat keputusan. Kami bahagi-bahagikan tugas. Siapa yang boleh mengharumkan nama sekolah dengan STPM, kena tinggal. Yang sudah mabuk Mesir, boleh pergi. Lalu tinggallah aku, Fakhrul Ridzha, Wanzu, Ameer Hazim, Nazmi, Azrul Azlan, Azraai, Ashraf, Asim, Amir, Ikmal mengambil STPM. Hari-hari akhir persekolahan, rasa sunyi juga bila ramai sudah hilang dari bangku sekolah. STPM pun, kami ambil dalam keadaan yang agak murung. Tapi mujur Wanzu pandai bising! Ha Ha.
Habis STPM, Wanzu, Nazmi, Amir, Azrul, Azraai, Ikmal, terbang ke Mesir. Begitu cepat mereka pergi. Tinggal lagi aku, Asim, Ameer Hazim, Fakhrul, Ashraf & Khairi. Masing-masing sudah merancang untuk ke IPTA tempatan. Aku? Aku selepas Aidilfitri terus ke Pusat Pengajian Al-Quran & Dakwah (PAQD) di Anjung Batu, Melaka. Maka bermulalah zaman tak best aku kembali. PAQD aku masih gelarkan sekolah. Justeru, aku ingin catatkan juga kenangan di sana meskipun banyak yang aku tak ingin ingat.
+ PAQD - Indah rupa daripada orangnya! Aku menjejak kaki ke sini selepas mendengar khabar daripada Isa, imam sementara tarawikh surau Seremban 2 bahawa dia mengaji tahfiz di sini. Lalu, aku pun melawat-lawat kawasan sekitar. Nyata, memang sekolah untuk budak-budak. Remaja hampir dewasa sepertiku tidak ramai. Hanya 3 orang termasuk aku. Sedikit bukan?
PAQD diasaskan oleh seorang mejar bersara ATM berfikrah tabligh. Mulanya pentadbiran di bawah beliau sendiri, tapi akhirnya diserahkan kpd Hj S. Aku berada di sana di bawah pemerintahan Hj S. Hari pertama, aku ditempatkan dengan kanak-kanak. Alangkah bosan! Subuh, jam 6.45 masih belum kelihatan ustaz-ustaz mengimamkan adik-adik yang sudah lama tercegat di surau. Aku, dengan inisiatif sendiri, sambil mengutuk di dalam hati, aku segera menjadi imam. Rupanya, sesudah aku solat, ada seorang ustaz mengimamkan pula di belakang. Aduhai, lambatnya. Aku terus duduk hinggalah seorang ustaz lain menegurku dan memanggilku. Ditanya macam-macam. Muka garang, badan boleh tahan. Mula-mula kecut juga. Kemudian, dia suruh aku masuk ke kelasnya. Aku turut. Pagi itu, aku berkenalan dengan Ajie (Zati Hairil), orang Terengganu. Sekelas denganku. Umur tua 2 tahun berbandingku, tapi memang baik. Petang itu, aku pindah sebilik dengan Ajie & Isa. Aku ingat lagi, tarikh aku masuk PAQD adalah 7 Januari 2001. Ingat baik-baik tarikh ini.
Di institusi yang damai, sebab tepi laut, dekat paya, nampak Pulau Besar dari bilik, juga berdekatan dengan jeti ke Pulau Besar, aku rasa fatrah ini adalah fatrah paling banyak aku menulis sajak. Dalam sebulan, hampir tiap-tiap hari aku menulis sajak baru. Aku dapat berkawan dengan ustaz-ustaz yang kebanyakannya lulusan sekolah tahfiz Kubang Bujoh juga milik Tabligh. Ukhuwah yang menyeronokkan. Dalam sebulan, aku dapat hafal sejuzu' setengah. Bulan berikutnya aku sudah hafal 2 juzu lebih'.
Tapi, tak sampai sebulan aku duduk di sini, sudah berlaku perkara yang meruntuhkan langsung semangat untuk mengaji. Semua ini berpunca daripada masalah pentadbiran yang bergaduh dengan ustaz-ustaz (kawan-kawan baik akulah tu). Punca, tidak selari fikrah dan cara bekerja. Fikrah pentadbiran adalah fikrah Tabligh Umno. Fikrah ustaz-ustaz adalah Tabligh tulen@Pas@jemaah Islam. Jadi bila pentadbiran kejar dunia sangat, sampai kebajikan pelajar tak terjaga, juga ditambah pula dengan kes-kes tak bermoral yang dilakukan oleh kem pentadbiran termasuk tukang masak, tukang kebun dan lain-lain, maka bertambah besarlah jurang antara ustaz-ustaz dengan mereka. Juga pengambilan kembali kroni kepada Hj S sebagai GPK yang pernah digantung akibat kes tidak bermoral, mengakibatkan ustaz-ustaz naik marah. Peristiwa demi peristiwa, dan kemuncaknya berakhir pada mesyuarat PIBG 3 Februari 2001, yang pentadbiran namakan sebagai Majlis Anak Angkat UKM, tapi dengan usaha ustaz-ustaz memujuk ibu bapa datang, ramailah datang. Majlis itu bertukar menjadi mesyuarat PIBG. Tapi yang dibenarkan bercakap, hanya ibu bapa. Mulanya, ramai ibu bapa sokong pentadbiran, tetapi tiba-tiba bangun seorang ibu bercakap dengan lantang mengutuk tindakan tukang masak mengejar ibu bapa dengan parang, mengutuk tindakan pentadbiran mengambil semula guru yang telah dibuang dengan kesalahan moral, mengutuk infrastruktur dan kebajikan pelajar yang sangat tidak efisien dan bermacam-macam lagi. Dewan jadi hangat. Dewan agak besar memanjang ke belakang, tapi pentadbiran hanya menggunakan satu hailer. Sangat tidak logik. Bagi aku, itu satu perbuatan bodoh. Ustaz-ustaz tidak diberi peluang bercakap tapi dihentam hebat oleh pentadbiran yang menuduh perbuatan tidak bermoral adalah dari kem ustaz-ustaz. Hingga akhirnya ibu yang sama juga menyuruh pentadbiran memberi peluang ustaz-ustaz bercakap. Jurucakap ustaz-ustaz, sudah tidak tahan dengan tohmahan, sampai menangis tersedu-sedu. Terpaksa dipujuk dan dibawa keluar dewan. Yang tinggal hanya ustaz-ustaz muda. Ustaz Hakkam bangun, lalu mengucapkan kata-kata yang ringkas tapi sangat mengundang persoalan. " Kami akan meletak jawatan selagi Hj S masih tidak mahu undur!". Ibu bapa panik. Dalam kalut, Hj S dengan selamba menutup majlis.
Ibu bapa tidak puas hati, usai majlis terus menyerbu ustaz-ustaz. Bertanya kenapa dan mengapa? Akhirnya kebenaran tersingkap. Ibu bapa yang tidak percaya pada pentadbiran terus saja membawa anak-anak mereka pulang. Hilang separuh anak-anak dari situ. Cuti tanpa kebenaran! PAQD dilanda gerhana. Berita itu hangat hingga sampai ke dalam suratkhabar Metro. JAIM ambil tindakan mengambil alih sementara pentadbiran PAQD. Akupun ambil kesempatan pulang. Nak menghafal pun tiada semangat. Ustaz-ustaz semuanya sudah letak jawatan.
2 minggu kemudian, aku kembali. Suasana memang langsung berubah. Pentadbiran mengambil pelajar-pelajar Azhar yang pulang bercuti untuk mengajar. Aku, mujur masih dengan Ust Kashfi. Tapi Ajie sudah tidak mahu pulang. Tapi hangat hati aku apabila barang-barang yang aku tinggalkan di bilik dikacau orang. Lalu, aku minta pindah ke bilik ust Khairil. Lama-lama, aku jadi bosan tinggal di sekolah ini. Aku menghafal dalam keadaan tertekan. Rasa ingin marah tidak dapat ditahan. Aku ada juga bersama-sama ust Wahid, Ust Khairil keluar. Tapi tak mampu meredakan rasa tertekan. Result STPM keluar 27 Februari. Aku pulang mengambilnya.
Pagi-pagi datang seorang dengan abah. Abah hantar. Aku pakai sut BADAR. Dengan serban sekali. Cikgu Siti Arpah tak benarkan aku ambil result sebab tak berpakaian sekolah. Abah suruh aku pergi Klang beli baju putih. Dalam perjalanan, terserempak Ameer Hazim dan Sparconya. Akhirnya, ramai-ramai pulang ke rumah Ameer dan pinjam baju adik dia. Asim dengan motornya pun ikut sekali. Semua pakai tali leher. Pakai smart. Handset sangkut kat pinggang. Kami berdoa dalam bulatan moga-moga kejayaan milik kami. Dengan Sparco tu juga ke KISAS semula. Belum sempat pakir kereta, Keyrol (Korea) bersemangat panggil masuk dewan ambil gambar. Aku berdebar-debar. Dapat ke 4A? Masuk ke dalam, rupanya driver Sparco kami dapat 4A. Wanzu 4A, Fakhrul 4A, dan Ainmah juga. Aku, Asim, Daud, dapat 3A. Khairi 2A. Memang bergaya kami masa tu. Ameer ditemuramah BH. Cikgu-cikgu puji kami pakai smart, result pun lawa. Memang aku sengih. Cuma aku agak sedih sebab sipi untuk mendapat 4A. Usuluddin kertas 1 aku dapat 2.Kertas 2 dapat 3. Percubaan STPM terbalik. K1, 3.K2, 2. Aku cuma tersenyum pahit pada usth Muntimah. Sudah takdirku. Tapi itu juga adalah keputusan yang aku tak jangka. Sebab aku tidak pernah dapat A dalam peperiksaan sebelumnya. Malam, kami meraikan bersama Cikgu Siti Arpah & Ustzh Norhayati. Paling best, Cikgu Rozita dapat baby pada pagi kami dapat result tu. Tentu beliau seronok, anak murid berjaya 3 orang dan anak sendiri lahir pada masa yang sama.
Pulang ke PAQD, rasa bosan amat sangat. Aku tahankan juga. Makin banyak sajak aku tulis, semuanya berkaitan kesedihan. Dan akupun mula ambil keputusan. Keputusan untuk keluar PAQD. Aku sudah tak serasi dengan PAQD. Pentadbiran khabarnya cuba juga mengambil hati aku dengan cuba melantik aku sebagai pengawas. Tapi syaratnya aku kena duduk dengan adik-adik tak matang. Aku dengan malasnya, hem, minta maaflah ustaz, saya dah boring di sini. Saya akan keluar tak lama lagi. Jadi, tawaran tu aku tolak mentah-mentah. 5 April, secara rasmi aku keluar PAQD dan akan melanjutkan pelajaran ke UIA.
Tamat Menerobos Zaman Lampau.
105056 |
wewr | 8:07
| 1 comments
Menerobos Zaman Lampau Siri 2
Aku sempat menjenguk alam Tingkatan 4 di MUC. 2 minggu saja. Selepas aku jangkakan aku tidak dapat ke KISAS, aku kembali bersama 'stayer' yang ingin memeriahkan MUC. Kehadiranku disambut baik. Cuma bila naik ting 4, kelas bercampur lelaki dan perempuan. Masa inilah, ramai yang mula memasang badan terutamanya puteri. Aku duduk di sebelah laluan pemisah antara putera dan puteri. Alhamdulillah, aku dapat menjaga diri walaupun ramai puteri yang cuba mengambil hati berborak itu ini denganku. Zaman inilah, ABIM baru memulai usrah. Sedang 3 tahun aku berada di MUC, usrah apa-apapun tidak diberi. Justeru, aku rasakan tarbiyah amat lembab berjalan. Masa ini juga aku diberi jawatan yang pelbagai. AJK SPBT, Ketua Editor majalah sekolah, Al-Hadharah, dan jawatan lamaku diberi kembali. Akhir fatrah 2 minggu itu, Ummi menelefon suruh pulang. Aku pulang, dan Ummi mengajak aku ke KISAS. Berjumpa dengan Ustaz Morat (Pengetua KISAS 1997), teman lama Ummi(Ummi KIK 69-71), berborak panjang dan aku merayu berbekalkan sijil-sijil yang aku perolehi di MUC juga atas tiket familiku kecuali abah, semuanya lepasan KIK-KISAS, aku diterima masuk ke KISAS atas kuota Ustaz Morat dengan tiket ambilan ketiga. Maka pengalamanku yang baru akan bermula!
+ KISAS : Pengalaman baru yang agak indah Malam pertama menjejak kaki ke KISAS, aku dikenalkan dengan Abg Ajwad, Abg Fawwaz Syakir(dua pupuku), dan KP floor yang akan menjagaku. Aku ditempatkan di Blok A aras 1, di atas Bilik Rehat ASPURA. Masa aku tiba, rakan sebilik, Naim, Amirullah, Ikmal, semuanya masih prep di Dewan Makan. Sedang mengemas loker dan katil baru (tingkat atas), aku dikejutkan dengan kedatangan Abg Ajwad. Bertanya itu dan ini. Aku layan. Jam 11.30, baru semuanya pulang. Aku hairan. Lambatnya. Kemudian, baru aku tahu, rupa-rupanya, ada liqa' di dewan makan.
Esoknya, aku mula masuk kelas. Dalam kelas 4/12, yang agak ke hujung blok ting 5, berdekatan pula dengan kawasan pembuangan sampah aspuri, aku mula mengenali nama-nama yang bakal membina kecemerlangan. Mula-mula, kelihatan Mahyuddin yang nampak garang dan seolah-olah tidak senang dengan kehadiranku. Aku cuma buat tidak tahu. Tapi bila Daud (UIA) menghulur salam, hatiku mula ceria sedikit. Diikuti dengan Azli Nizah (UM), Hisyam Md Radzi (UI Madinah), Adlan (Al-Azhar), Hairizan (UM) dan lain-lain. Abe, menghulur salam agak lambat sedikit. Aku duduk di belakang sedangkan aku tidak gemar duduk di belakang.
Esoknya lagi, datang Zulkahizam@Wusto yang agak agam badannya. Duduk di sebelahku pula. Kelas 4/12 asalnya hanya 7-8 putera, bertambah dan bertambah hingga 17 orang! Hingga ke akhir tahun, keputusan akademikku tidak begitu memuaskan. Aku sertai kelab taekwando, kelab bola keranjang dan aku cuba sertai Shoutul Mujahideen. Tapi permohonanku ditolak kerana SM sudah terlalu ramai ahli. Kecewa juga. Tapi kecewa itu aku ubati dengan menjadi penyokong SM.
Bahasa Arabku agak teruk. I'rab, memang aku tak pernah belajar di MUC. Apatah lagi bila diajar matapelajaran SKK, aku jadi kelam-kabut. Ustazah yang mengajarpun tidak menggunakan uslub yang boleh membuatkan aku faham. Bila datang matapelajaran Prinsip Akaun (diajar oleh Cikgu Azmi yang pernah mengajar Kak Na), aku jadi lebih gila. Satupun aku tidak faham. Peperiksaan akhir tahun, aku dapat dakwat merah. Matematik juga begitu walaupun aku dapat A dalam PMR. Mujur, dalam Sejarah, Cikgu Haznah yang kenal rapat dengan Kak Ta banyak membantuku. Yang lain-lain, sederhana.
Aku kurang mengecap manis dalam ting 4. Aku terasa agak tersisih. Mungkin kerana ambilan ketiga. Mungkin kerana inferiority complex akibat 7A. Mungkin juga kerana ada orang mengecopku sebagai orang ABIM.
Naik ting 5, aku mula bersemangat sedikit. Tak banyakpun, cuma aku mula meningkatkan usahaku. Aku dilantik menjadi Ketua Tingkatan selepas Adlan meletak jawatan apabila dilantik menjadi KP dan diganti Hisyam. Hisyam juga menarik diri kerana terlalu sibuk dengan aktiviti Biro Usrah BADAR. Lalu aku dimangsakan menjadi KT. Terus-terang, aku tidak menjalankan tugasku sebaiknya sebagai KT. Tazkirah kelas, jarang sangat berjalan. Keceriaan dan kebersihan kelas, pun kurang memuaskan. Masing-masing seperti malas menjalankan tugas. Yang aku lihat bersemangat, puteri. Tapi mungkin mereka kecewa dengan sikap kami, putera. Kelas kami, Lima Agama Dua Belas@MADULAS. Bila berlawak, kami menggelarnya, malas!
Aku tidak popular semasa ting 5. Payah untuk mengatasi sahabat-sahabat yang lebih cemerlang daripadaku. Aku cuma kenal sebilangan guru. Yang kenal denganku pasti sedikit. Guru yang aku kenal agak rapat adalah guru yang pernah mengajar kekanda-kekanda. :D ..Cikgu Siti Arpah, Cikgu Haznah, Cikgu Ton Tijah, Ustzh Siti Zubaidah, Cikgu Habibah, Cikgu Aridah, Puan Jamaliah dan Cikgu Kaseri. Aku mula bergiat dalam puisi secara peribadi. Aku kumpul sajak-sajak dalam bentuk buku. Menulis bila masa lapang. Mula menulis diari dengan kerap. Aku pernah sertai sajak Hari Merdeka tapi tewas awal-awal lagi. Hadi Ar-Rais yang menang. Taekwando pun, aku cuma sampai belt hijau. Banyak grading yang aku tidak ikuti. Aku akhirnya menjadi ulat buku. Aku menetap di 3rd floor B. Banyak juga kenangan di tingkat atas tu. Helmi Nahrawi lah KP floornya. Memang kemas dan pembersih. Biliknya penuh dengan keceriaan.
Sijil Khas Kolej (SKK), aku cuma jadi manusia kakak tua yang terbelit lidahnya. Jayyid yang aku dapat. SPM, aku usaha lebih. Malam-malam aku study dengan bersungguh-sungguh hingga tertidur di kelas. Pernah aku study duduk di atas kerusi di atas meja di bawah kipas hingga tertidur dan akhirnya Pengetua Ust Ahmad Ismail yang mengejutkanku supaya turun. Kalau aku tersedar lantas berdiri mengejut, wajib putus kepalaku! Prinsip Akaun, Matematik, Sejarah, BAT, BM & PQS, aku dapat 1. Sains & BI, 2. Yang ralatnya, aku dapat Syariah 5 dan BAK 3. Akhirnya, sekali lagi aku gagal atasi rekod Kak Na (7A1 3A2)
Aku mendaftar untuk masuk ke Ting 6 rendah. Kali ini tidak perlu merayu. Heheh. Syarat minimum sudah lepas. Untuk mengambil kelas STK, perlu ada SKK. SPM mesti agregat kurang. Bawah sepuluh rasanya. Bulan Julai, secara rasminya aku jadi ting 6 rendah. Guru muda yang manis menjadi guru kelas kami, Cikgu Rozita. Cikgu Siti Arpah selalu mengusik kami, jangan mengorat Cikgu Rozita. Heheh..Hajat mengambil STK untuk membawa diri ke Mesir. Zaman 6 rendah, zaman yang manis. Bulan madu kami penuh dengan aktiviti merapatkan ukhuwah sesama jejaka. Jejaka tingkatan 6 rendah hanya 28 orang berbanding dedara 56 orang. Bayangkan betapa pupusnya bilangan jejaka tingkatan 6! Menjelang akhir tahun, aku dicalon dan dilantik menjadi KP & TSU 1 BADAR. Oh, penatnya. Dan aku rasa, aku jadi dikenali waktu aku beri tazkirah beserta nasyid Rabbani di pentas. Aku sebenarnya diberi tanggungjawab untuk mencari pembaca Quran dan pentafsir untuk setiap perhimpunan. Sekali peristiwa, aku terlupa mencarinya. Lalu aku minta Asim baca Qur'an dan aku sendiri yang akan menterjemahkannya. Dengan selamba, aku baca teks yang aku karang sendiri. Aku rasakan teks itu agak pedas, kerana aku menekankan kalimah-kalimah yang agak sensitif pada mata pentadbiran. Tapi aku buat tak tahu. Mujur, ketegangan itu aku serikan dengan nasyid " Ketahuilah, yakinilah hanya Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Esa, Maha Perkasa yang menjadikan setiap insan, setiap nyawa setiap zarah...blablabla "
Zaman tingkatan 6 atas, zaman paling sibuk dengan alaf baru. Kerja itu ini dan ada di antaranya yang aku tak sempat buat. Dalam KP aku dilantik menjadi Ketua Biro Kebersihan Aspura di bawah seliaan Ustzh Zaleha Abu Bakar. Aku rasa, aku sangat kurang menjalankan tanggungjawab sebagai ketua biro yang baik. Ustzh kerapkali komen hatta menyindirku dalam majlis bersama ajk-ajk bilik. Aku, kalau orang beri tugas tapi dia tak beri aku peluang untuk aku merancang sendiri apa yang aku patut buat, aku jadi berserah. Jadi tak ketahuan hingga menurut saja perintah. Jadi macam pahat dan tukullah. Maaflah ustazah!
Antara kenangan-kenangan yang agak manis, adalah kenangan perjuangan mengembalikan Sijil Tinggi Kolej (STK) untuk tahun kami. STK mahu ditukar kepada STAM! Berbulu telinga bila Pengetua baru, Ust Samingan mengumumkan pada kami. Bila berlaku begitu, ramai yang kecewa. Merancang untuk membuat bantahan, juga menghantar wakil ke Azhar untuk membincangkan hal ini dengan pihak Azhar As-Syarif. Mujur, generasi abang-kakak di sana membantu. Penyelaras STK pun pening kepala. Pentadbiran seolah-olah menyembunyikan kehendak mereka untuk menutup STK. Cuba berselindung di sebalik arahan Kementerian Pendidikan. Hubungan kami dengan pentadbiran masa tu agak tegang. Tambah pula ada kes bilik gelap yang disalahfaham menjadi kes ugutan membunuh! Nama aku terkait akibat salah faham. Akhirnya, kami mendapat kembali STK. Pembelajaran agak padat kerana STK asalnya tidak jadi. Lalu kami belajar 2 dalam 1. Belajar untuk STK dalam Bahasa Arab, juga untuk STPM. Silibus BA kertas 2 & Syariah kertas 2 baru bertukar. Jadi agak kelam-kabut belajar. Tingkatan 6 adalah zaman paling best bagi aku. Belajar dan belajar. Aktiviti juga banyak. STK aku dapat Jayyid juga. Oci yang dapat Mumtaz.
Bila akhir tahun, ramai yang sudah berhajat ke Mesir awal. STK sudah dalam tangan. Yang tidak mahu ke Mesir tapi ada STK pun ramai. Antaranya akulah. Aku bertukar niat. Ingin ke tempat lain. Biar agak lain daripada yang lain. Tambah pula, Mesir sudah padat dengan Melayu. Aku mahu suasana baru. Mulalah berlaku perbincangan yang hebat apabila ramai juga yang mahu ke Mesir awal. Pihak pentadbiran mula mengatakan bahawa kami tidak mengenang budi, sudah diberi STK mahu pula mencacatkan keputusan STPM sekolah. Ya, calon STPM sudah berdaftar. Untuk menarik balik, sukar. Lalu, kami buat keputusan. Kami bahagi-bahagikan tugas. Siapa yang boleh mengharumkan nama sekolah dengan STPM, kena tinggal. Yang sudah mabuk Mesir, boleh pergi. Lalu tinggallah aku, Fakhrul Ridzha, Wanzu, Ameer Hazim, Nazmi,
105052 |
wewr | 7:59
| 0 comments
MENEROBOS ZAMAN LAMPAU
Aku ini boleh dikatakan sentimental juga. Dalam banyak-banyak kehidupan, kehidupan sekolahlah yang paling aku ingat. Daripada Sek Ren Islam Hira' (SRIH), aku meloncat ke Ma'had Al-Ummah, Chemor, Perak(MUC), aku menyusup pula ke KISAS. Daripada kehidupan tiga alam persekolahan ini, aku paling manis berada di Hira' dan KISAS. Kenapa Hira'?
+Hira'
Dalam institusi Hira', aku adalah generasi keempat. Generasi keempat sesebuah sekolah, adalah antara generasi pencorak sekolah. Aku, daripada darjah satu ke darjah enam, terlalu banyak nama yang aku kenali dan ingati. Terlalu banyak peristiwa yang aku ingat dan ingat sampai sekarang. Dibantu oleh koleksi buku-buku cenderamata, gambar-gambar dan juga ingatan wajah sahabat-sahabat, aku sering tersadai di sisi katil (katil ke tilam?) merenung kembali wajah-wajah kecilku dan apa yang aku lakarkan dalam sejarah Hira'. Aku, nak dikata popular, tidaklah sangat sementelah aku dengan segeranya membawa diri dan nama ke MUC, lalu aku tidak sempat beramah mesra dengan generasi SMIH. Tapi, aku banyak kenangan naik pentas. SRIH adalah antara institusi awal yang menggabungkan matapelajaran akademik dengan agama kelolaan JIM. Kelas mula jam 7.30 hinggalah selepas Zohor biasanya. Jadual kami bermula dengan kelas hafazan Qur'an dan berakhir dengan solat berjemaah. Cantik bukan?
Dari darjah satu, prestasi akademikku adalah di tahap sederhana. Darjah 1, aku dapat tempat keenam dalam kelas dan entah ke berapa dalam darjah keseluruhan. Pada hari Ihtifal (hari anugerah kecemerlangan), aku cuma mampu menggigit jari dengan muka masam melihat kawan-kawan yang seronok dapat buku dan pensel di atas pentas. Air mata hampir berlinang, namun mujur, muallimah Sarah (sebetulnya aku kurang ingat siapa sebenarnya, tapi dia guru darjahku) memujukku. Aku pun beransur, dalam kesedihan, lalu menelusuri tapak-tapak gerai jualan. Di situ, aku pujuk abah membelikanku kaset-kaset nasyid Islami dengan koleksi liriknya sekali. Ada lebih 9 buah kaset. Yang dibeli cuma 5-6 begitu. Nasyid Islami 1, 2, 9, dan 2 buah album lain. Ummi tak silap. Dan lagi satu, aku lupa terus. Album Ummi tu dalam bahasa Arab. Aku cuma ingat lagu 'Ayam':
"ku ku ku ku 'indal fajari, ku ku ku ku soutu riasiri..."
Dan lagu 'Ummi' " Ya Ummi, Allahu Ansona...Binnuri ya ihsana"
Lagu Ayam tulah pengubat kesedihanku. Kadang-kadang bila terasa nak menangis, Ummi cepat-cepat pasang lagu tu, dan secara automatik, aku terdiam dan tersengih. Kelakar juga.
Darjah dua, aku mula menunjukkan taring. Aku mula usaha dan usaha hingga aku dapat nombor dua dalam kelas. Kali ini, abah dan ummi mampu tersenyum. Ihtifal tahun 1989, aku sempat juga naik pentas di Auditorium Muzium Negeri Selangor, bersalam dengan Dr Amin Mohd Sura (ayah saudara Zharif Azfar, Mu'tah, juga ayah kepada Aiman G3). Cuma ralat yang agak besar bagiku masa tu, namaku dieja dengan begitu dahsyat dan disalahnasabkan. Ashraff Bin Hafdzan!Nasab kepada diri sendiri...
Darjah tiga dan empat dan lima, aku tidak punya bukti dalam bentuk buku. Buku Laporan Kecemerlanganku juga hilang dari simpanan sekolah. Konspirasi? Entah. Tapi yang aku ingat, aku memang masih mengekalkan kedudukan keduaku di belakang Zaid Sahak!
Darjah enam, pun masih tempat kedua. Kenapa ya? Aku pelik sampai hari ini. Dan kepelikanku bertambah apabila aku mendapat anugerah cemerlang Syabab Lil Bina (macam pengakap juga) 1991-93 dalam kategori terbaik dan menjadi Pelajar Lelaki Cemerlang Sesi 92/93. Kenapa bukan Zaid? Aku rasa Zaid lebih layak. Zaid mendapat nombor satu dalam darjah.
Ini bukan manifestasi tidak bersyukur. Bukan tidak tahu bersyukur. Aku bersyukur. Sangat-sangat malah. Semangat kecemerlangan itu, adalah semangat ummi dan abah. Semangat Kak Na dan Kak Ta yang sama-sama bersaing denganku. Kalau di rumah di Subang Jaya dulu, penuh almari dengan piala-piala biskut mereka(hehe, piala bentuk biskut Marie!) meskipun yang aku punya hanya suku. Aku sampai sekarang masih mengkaji, dan mendalami sebabnya. Kerana aku mahu menjadi hamba yang bersyukur. Aku mahu menjadi hamba yang tahu berterima kasih. Aku mahu menjadikan zaman lampauku sebagai motivasi kecemerlanganku kini. Sebab itu, aku sering semak-belek-ingat-rindu akan kecemerlangan lampauku pada hampir-hampir musim peperiksaan. Apabila aku tak mampu untuk membaca buku, fikiran melayang, aku buka kembali lembaran sejarah yang aku lakarkan di bumi Tuhan ini. Supaya aku dapatkan semangat yang aku mahukan. Tuhan, tolonglah berikanku semangatku kembali...
+ MUC Sejarah di MUC adalah sejarah kehidupan sekolah yang aku kurang gemari meski aku banyak melakar corak kecemerlangan di sini. Entah mengapa, mungkin kerana tapisan kemasukan ke sekolah ini agak longgar, daripada sebaik-baik manusia yang mudah dibuli hinggalah kepada manusia ganas dan rosak akhlak. Agak jauh pula di pedalaman, Chemor, biarpun dekat dengan air terjun Chepor yang sejuk, tapi itu tidakpun menyejukkan biah di sini. Aku boleh katakan sistem pentarbiyahannya masih belum cukup kuat untuk menangani kekuatan manusia 'tut' dalam merosakkan rakan-rakan sebayanya.
Tingkatan satu, aku adalah manusia yang pernah dibuli. Berbekalkan badan besar saja tidak cukup untuk meluluskan anda daripada dibuli. Tapi, malang, tidak lama, aku pula jadi pembuli setelah aku naik tingkatan 2. Dalam peperiksaan pertengahan tahun, aku mendapat tempat pertama, wow, rekod permulaan yang baik. Terima kasih kepada Hira' kerana banyak mengajarku erti Islam dari kecil. Tapi menjelang akhir tahun, aku disibukkan dengan tugas seorang pemidato; berlatih dan berlatih sampai letih! Ditambah lamaran seorang puteri yang ingin belajar cara-cara menjadi kakak, aku jadi agak hanyut. Akhirnya, yang aku tak jangkakan berlaku. Aku jatuh tempat kedua lagi!
Tingkatan dua, aku dah jadi orang lain. Bukan lagi Asyraff Hafdzan yang Tuhan sayangi walaupun aku hafal juga sejuzu' Qur'an. Aku tersungkur di pintu syurga? Boleh dikatakan begitu. Justeru, zaman tingkatan duaku penuh dengan lagha dan keseronokan bulan madu. Kadangkala mengorat jadi aktivitiku. Aku digelar, anak angkat cikgu-cikgu. Mungkin kerana aku rajin dan ringan tulang termasuk mengambil hati guru, bukan bodek dan ampu, tapi secara semulajadi. Aku punya ramai mentor yang menjadi penasihatku secara tak rasmi. Tambah pula zaman tingkatan 2, aku sudah secara rasmi menjadi adik angkat si dia walaupun dalam hatiku, aku rasa kurang gemar berkakak angkat. Buat apa, kakak aku saja sudah ramai! Bila hampir penghujung tahun, HEM mula ambil tindakan secara tegas memisahkan pasangan-pasangan adik-beradik angkat tak halal ni. Dan aku termasuk di kalangan orang yang dikaunseling walaupun aku cuma jadi adik angkat secara rasmi dalam tempoh seminggu! Aku sertai ihtifal SAR Perak, dan Ujian Hafazan peringkat negeri, tapi aku rasa, apa yang aku buat sudah hilang rohnya. Aku masih kekal di tempat kedua.
Masuk tingkatan tiga, aku mengubah sedikit jalan hidupku. Aku berbaik dengan ustaz-ustaz Indonesia yang bertugas di sekolah. Aku sertai nasyid dengan lebih bersungguh-sungguh. Aku cuba juga bersaing dengan pesaingku, Ibrahim Khalil. Dia nampaknya memberi persaingan paling hebat. Acapkali, aku kalah dengannya. Ibrahim masih sertai Ihtifal. Aku? Direhatkan! Kasihan aku. Aku buat latih tubi PMR, doa, solat hajat dan qiamullail sama-sama Ibrahim, Nizab, Syifaa' dan Hisyamuddin juga Hafiz. Aku jadi ketua kumpulan untuk kerja kursus Sejarah yang membawa kami memilih Masjid Paloh 1951 sebagai monumen sejarah kami. Kerja kursus aku berjaya mencuri perhatian Cikgu Normala untuk menyimpannya sebagai contoh. Sampai sekarang masih belum dipulangkan. :D ... Kerja kursus Kemahiran Hidup pula, aku buat penggantung kunci berpenggera. Kayu asalnya terlalu keras, jadi bila Sabri dengan rajinnya tolong pahatkan, repih pula kayu tu. Lalu Cikgu Arshad ganti dengan kayu katil! Dan akhirnya kerja tanganku mendapat keputusan baik. Geografi pula, padaku, aku buat dalam keadaan yang kurang memuaskan, tapi diterima oleh Cikgu Mukhlisah.
Dan aku dengan sedikit kekecewaan, tidak mampu mengatasi rekod Kak Ta, aku dapat 7A 2B. Yang B, BM & BA. Pelik juga kerana kedua-duanya aku dapat A dalam peperiksaan percubaan dan yang lainnya B. Mungkin kerana BM, hari pertama, aku gementar amat sangat, tidak pernah ambil peperiksaan sebegitu (aku tidak ambil UPSR). Hari kedua, BA, aku jalani dalam keadaan sejuk keterlaluan. Kipas dipasang selepas hari hujan dan bajuku agak kuyup! Cuma aku lega, setelah tiga tahun berturut-turut, aku berjaya mengatasi Ibrahim pada akhirnya. Ibrahim mendapat 7A 2B juga sama denganku, tapi salah satu kerja kursusnya 'memuaskan' berbandingku, baik semuanya. Alhamdulillah. Nah, masihkah aku tidak bersyukur? Tahun 1997, tatkala ihtifal, dalam keadaan tidak bersedia dengan pakaian yang sesuai, aku dijemput naik ke pentas menerima hadiah piala pusingan PMR Terbaik. Alahai, rasa kecewa sekelumit masih ada.
Aku sempat menjenguk alam Tingkatan 4 di MUC. 2 minggu saja. Selepas aku jangkakan aku tidak dapat ke KISAS, aku kembali bersama 'stayer' yang ingin memeriahkan MUC. Kehadiranku disambut baik. Cuma bila naik ting 4, kelas bercampur lelaki dan perempuan. Masa inilah, ramai yang mula memasang badan terutamanya puteri. Aku duduk di sebelah laluan pemisah antara putera dan puteri. Alhamdulillah, aku dapat menjaga diri walaupun ramai puteri yang cuba mengambil hati berborak itu ini denganku. Zaman inilah, ABIM baru memulai usrah. Sedang 3 tahun aku berada di MUC, usrah apa-apapun tidak diberi. Justeru, aku rasakan tarbiyah amat lembab berjalan. Masa ini juga aku diberi jawatan yang pelbagai. AJK SPBT, Ketua Editor majalah sekolah, Al-Hadharah, dan jawatan lamaku diberi kembali. Akhir fatrah 2 minggu itu, Ummi menelefon suruh pulang. Aku pulang, dan Ummi mengajak aku ke KISAS. Berjumpa dengan Ustaz Morat (Pengetua KISAS 1997), teman lama Ummi(Ummi KIK 69-71), berborak panjang dan aku merayu berbekalkan sijil-sijil yang aku perolehi di
105049 |
wewr | 7:39
| 6 comments
Mari Bunuh Ego
Anda pernah tak terasa diri anda macam best? Bila orang atas puji, bila juak-juak keliling pinggang anda jolok dan cucuk pinggang anda, apa yang anda rasa? Rasa geli atau kembang banyak mangkuk? Rasa comel dan kembang ponggeng (punggung dalam bahasa Terengganu)? Rasa diri yang terbaik dan paling tak elok sekali, rasa orang lain lebih hina daripada anda?
Hei kawan, anda dalam bahayalah. Anda tak sedar? Anda sudah termakan pujuk rayu setan egois! Hee...Rasa ego tu, boleh bunuh diri anda, karier anda, dan pastinya reputasi anda sama ada di kalangan masyarakat pekerja, masyarakat agama dan juga di sisi Tuhan alam semesta!
Tapi kawan, senang saja..Untuk bunuh ego...saya ada petua dan tips kesihatan rohani dan kesiatan ego...
1) Bila terasa anda akan melambung dilambung puak-puak makan suap bawah kaki anda, anda cepat-cepatlah ucap astaghfirullah...
2) Bila anda kena kutuk, dengan begitu pedas, berdas-das, sampai anda pun tak mampu angkat muka lagi, cuba anda ucapkan alhamdulillah banyak-banyak kali...nescaya, tidak lama selepas itu, anda akan mampu angkat muka dan tersenyum pada si pengutuk tak berlesen tu.
3) Apabila anda jalan-jalan, anda lihat ada budak-budak bermain di tepi jalan, mungkin ada di antara telatah mereka tidak menyenangkan hati anda. Tapi ingat, mereka masih kecil, apatah lagi mungkin belum baligh. Tentu dosa mereka tiada atau sedikit berbanding anda yang sudahlah boleh jadi bapak orang, dosa yang bertimbun bagai bukit! Tak malu ke pada budak kecil?
4) Apabila anda jenguk rumah orang-orang tua, anda akan lihat ramai orang tua bersidai di sana sini dan berkelakuan macam kanak-kanak. Dalam hati anda, mungkin anda terasa tak patut perangai orang tua kebudak-budakan. Hei, kawan, anda tahu tak, mereka yang tua-tua itu, yang nampak sudah macam kanak-kanak itu, lebih banyak pengalaman, lebih banyak masa buat pahala daripada anda yang terasa macam best sangat tu.
5) Apabila anda terlihat ulama', anda cepat-cepatlah insafi diri tu yang masih jahil banyak perkara kalau nak bandingkan dengan ulama' tu. Jangan pula anda cepat-cepat kutuk ulama', konon ulama' ni kuno, tak mampu itu ini sedangkan ulama'lah yang akan memandu anda menuju sisi Tuhan.
6) Kalau anda nampak orang jahil pula, aha, janganlah anda tuduh dia bodoh, bengang, tongong, biol, dan sekerabatnya. Tak baik tau! Anda patut tahu, dia itu jahil, pasti dia tak dihisab atas kejahilannya. Tapi anda tu tahu, pandai pula (ni bukan nak puji andalah!) pasti anda takkan terlepas daripada hisab Tuhan dengan kepandaian anda tu. Jaga-jaga!
7) Kalau anda nampak wanita, terasa bahawa lelaki itu lebih hebat dan berkuasa ke atas wanita, anda sebenarnya terlupa. Ya, wanita dan lelaki itu sama saja usahanya dan darjatnya jika bertaqwa. Malah wanita mampu menjadi lebih taqwanya daripada anda. Anda itu leka dengan pujian,wanita itu redha dengan ujian. Bahkan andapun tahu betapa ramainya lelaki yang tidak mampu menandingi iman para wanita solehah!
8) Anda kadang-kadang nampak banyak haiwan atau serangga yang tidak terlihat faedahnya pada anda. Lalat, nyamuk, lipas, tikus, dan makhluk-makhluk yang anda tuduh dia sebagai makhluk perosak, adakah anda pasti kerosakan yang mereka lakukan lebih besar daripada kerosakan yang anda lakukan apabila anda ego? Ketahuilah, bahawa mereka itu makhluk Tuhan yang berzikir kepada Tuhan setiap masa. Anda, waktu anda ego, anda ingat Tuhankah? Anda ingat haiwan-haiwan itu akan dihisab di akhirat seperti anda?
9) Bila anda berjalan lagi, kadang-kadang anda tersepak batu di jalan. Lalu anda menyumpah-nyumpah batu itu. Kasihan dia, sudahlah dia tak mampu membaling dirinya ke kaki anda (atau kepala lebih bagus!)anda tuduh dia pula yang salah. Andalah yang salah. Ada mata buta. Ada telinga terpinga-pinga. Ada mulut belot. Batu itu juga makhluk Allah. Alam ini, kan tanda wujudnya Tuhan. Kenapa anda tidak cium batu itu dan minta maaf padanya lalu berterima kasih kerana dengan tersepaknya batu itu, anda mendapat pahala dan terhapus dosa?
10) Anda masih ego lagi? Anda ingatlah, kalau anda ego setara manapun, beragas (sombong dlm bahasa Terengganu), gedebe (samseng dlm bhsa Kelantan), anda sebenarnya takkan ke mana-mana. Kecuali ke kubur. Dalam kubur, terpulang pada andalah kalau anda mahu berlagak dengan kubur. Dengan bumi. Bumi boleh himpit tulang rusuk anda. Bumi dah lama menyeru-nyeru nama anda bila anda duduk menyombong. Ikut andalah. Anda punya hati.
Saya rasa, sampai tahap ini, kalau anda berjaya laksanakan satu-persatu tips kesihatan rohani ini, saya yakin, anda akan jadi orang paling tawadhuk. Tidak berdosa membunuh ego kawan. Membunuh manusia ya. Baiklah membunuh ego daripada membunuh iman, ya kan?
104669 |
wewr | 21:55
| 4 comments
Buat Yang Masih Mahu...
Buat yang masih mahu mengerti: Aku adalah insan Yang dahagakan belas ihsan Kasih yang ketandusan Ikatan yang tiada kesan
Buat yang masih mahu mengambil tahu: Hati adalah selembut sutera Belaimu melupus lara Jiwa sebatang kara Terpedaya sayang pura-pura
Buat yang masih mahu mengingati: Kenanglah daku dalam diri Sandarkanlah kasih pada memori Meski daku bersendiri Terkapai-kapai mencari Sebuah cinta hakiki
Buat yang masih mahu mengenalku: Daku hanya insan biasa Tiada beza tiada istimewa Andai salahku lukaku berbusa Usah hairan, biarku sendiri merawatnya
Buat yang masih ada hati Aku ini mencari hati!
22 April 2004 Hotel Fatamorgana, Sweileh, Amman.
103914 |
wewr | 5:02
| 1 comments
Seorang Tua Di Gubuk 40 Dinar
Seorang tua itu, adalah seorang tua di gubuk buruk. Gubuk berpintu merah. Hanya seluas lima kaki persegi. Gubuk buruk yang tidak sepatutnya orang tua sepertinya duduk dan tinggal. Gubuk yang sendat. Penuh dengan barangan, sampahan, kutipan dan seribu satu macam lagi benda. Kalau masuk ke dalam, bagai berada di dalam timbunan harta karun. Harta karun sisa!
Seorang tua itu, rupanya tiada siapa yang menjaga. Mahu dikata tiada anak, namanya memberi dalil ada anak. Mahu dikatakan ada anak, mana anaknya? Kenapa membiar seorang lelaki tua terbiar?
Saban hari, roti kering sisa jadi sarapan seorang tua. Dari pagi ke malam, dari siang ke petang, seorang tua itu hanya mampu mencari dan mencari. Menyelongkar peti harta karun sarap manusia kaya. Memunggah tong-tong sisa, mencari makanan buat pengalas perut kempis. Buat membayar sewa gubuk buruk yang berharga 40 Dinar!
Siapa yang bertanggungjawab bila seorang tua ini mengadu kepada Allah kelak, di hari Kiamat betapa tiada seorang pun yang sudi menjaganya? Betapa tidak ada seorang pun yang mahu menyara dan memberi nafkah untuknya meneruskan kehidupan yang masih tersisa? Siapakah lagi yang layak dipersoalkan tentang hal anak-anak buahnya? Tentulah pemimpinnya..
Bila matahari mula naik dan terangkat sedikit, si tua mula menyusun roti-roti kering yang sudahpun mengeras di atas koridor, untuk dijemur dan dikeringkan. Pun begitu, seorang tua ini tidak lokek langsung dan dia lebih layak digelar Abu Hurairah berbanding segelintir besar Arab yang suka menganiayai kucing-kucing. Apa tugasnya setiap hari? Memberi makan kucing-kucing terbiar ini dengan sisa-sisa roti yang dibuang ke dalam tong!
Abu Hurairah yang seorang ini, meski wajahnya kedut seribu, tulang pipinya tertonjol keluar memberi dalil betapa kurangnya zat makanan yang sepatutnya dia kecapi di usia tua begini, kehidupannya hanya kais sampah pagi dapat makan roti dan selongkar tong sampah malam-malam makan di dalam kelam, tapi dia adalah seorang yang lebih alim, lebih baik, lebih rajin ke masjid berbanding budak-budak muda remaja yang mungkin seusia anaknya. Kadangkala, bila syeikh-syeikh mengajar di masjid, dia duduk bersandar di tiang, terkelip-kelip matanya mendengar apa yang disyarahkan oleh syeikh-syeikh. Bila bercakap, matanya terkedip-kedip tanda matanya sudah kurang baik. Namun, Allah masih beri kurnia, suaranya yang masih terang dan jelas bercakap lantang bila budak-budak yang tak cukup umur mempersenda-sendakannya, mengataumpatcerca, dan kadangkala membaling barang-barang yang tidak berguna kepadanya.
Kucing-kucing liar jalanan itu, rupanya lebih sayangkan seorang tua di gubuk 40 Dinar berbanding pemilik-pemilik harta yang banyak. Kucing-kucing itu tahu, nasib mereka tidak terbela dan sering teraniaya dibaling batu dan diseksa oleh budak-budak tak cukup umur, di negara yang orang-orang punya bongkak dan sombong itu gelarkan sebagai Urdun Awalan(Jordan Is The First). Dan yang paling kucing-kucing itu suka, menggesel badan di celah kaki dan mendoakan kesejahteraan seorang tua gubuk 40 dinar yang rajin bertasbih di hadapan pintu rumahnya.
Itulah kehidupan seorang tua di gubuk 40 dinar. Kehidupan seorang tua berumur lebih 60 tahun di negara Dunia Ketiga. Apalah nilainya jika dibandingkan dengan seekor anjing yang tinggal rumah orang kaya, diberi makan 5 kali sehari, dibelai, dimandi, diberi pakaian dan diberi wasiat di negara maju yang membolot 79% kekayaan dunia. Nilainya tidak terbanding sama sekali. Nyata, nilai nyawa 'seekor' manusia tidaklah lebih daripada kehidupan mewah 'seorang' anjing di negara maju. Alangkah beruntungnya menjadi anjing!
102597 |
wewr | 9:05
| 0 comments
Aurat & Astora Jabat
Tersebutlah cerita, dua sahabat yang lama tidak berjumpa, telah bertemu semula dengan tidak sengaja di sebuah pusat membeli-belah yang popular di Bandaraya A.
Encik B : " Assalamu'alaikum , apa khabar? Lamanya kita tak jumpa!" Encik C : " Wa'alaikumussalam. Khabar baik. Memang lama betul.Agak-agak 10 tahun kot." Encik B : " Wah! Tengok badan kau. Memang patut la kau boleh menang pertandingan bina badan hari tu. Bukan main hebat tengok gambar kau terpampang di dada akhbar. Dulu, badan kau tak sehebat ni." Encik C : " Untuk dapat badan camni, aku terpaksa la berkerja keras. Latih tak henti-henti dan makan pula bukan sembarangan. Nak harap gaji, tak cukup la. Nasib baik ada sponsor." Encik B : " Eh! Aku nak tanya kau soalan sensitif ni, boleh tak?" Encik C : " Boleeeh, apa salahnya." Encik B : " Semasa kau atas pentas bergaya dengan seluar kecik kau tu, tak segan ke? Lagi pula bukan kau tak tau haram tunjuk aurat." Encik C : " Segan tu, mula-mula saja, bila dah biasa hilanglah segan tu. Bab haram dedah aurat tu aku risau jugak dulu, tetapi sekarang tak lagi sebab dah ada 'fatwa' kata tak haram." Encik B : " Betul ke? Kitab mana kau rujuk?" Encik C : " Al Islam. Majalah yang membicarakan Islam Yang Sebenarnya." Encik B : " Eh, kau biar betul!" Encik C : " Betuuuuul. Al Islam keluaran Februari 2004 dalam artikel bertajuk Rambut Wanita Bukan Aurat tulisan Ustaz Zainuddin Idris." Encik B : " Apa katanya?" Encik C : " Katanya, Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii r.a telah menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah yang menetapkan kaum lelaki menutup dua kemaluan mereka sahaja dan begitu juga kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apatah lagi diluar sembahyang." Encik B : " Kan kita di Malaysia ni mengikut Mazhab Shafii?" Encik C : " Aku taklik lah dengan Imam Malik, senang lah sikit kerja aku." Encik B : " Kau ni pandai-pandai saja. Orang rujuklah dulu alim ulama'. Kalau Al Islam tu nanti kata babi halal dimakan kalau disembelih oleh orang Islam, kau percaya ke?" Encik C : " Mestilah! Kan majalah tu di lulus oleh KDN dan KDN pula di bawah Menteri Dalam Negeri yang kebetulan Perdana Menteri kita. Bukan dia tak tau halal haram pulak sebab dia berpendidikan ugama dan anak ulama' pulak. Tambahan pulak Pengarang majalah tu ialah Astora Jabat, seorang yang mahir dalam soal Bicara Agama!" Encik B : " Betul jugak cakap kau."
Apa nak jadi - Isu anak zina boleh dibinkan kepada bapa, isu tiada azab kubur dan bermacam-macam isu kontraversi. Sampai bila nak dibiarkan si Astora Jabat ni nak menyesatkan orang?
Astora Jabat adalah orang Thailand yang diberi kerakyatan di Malaysia setelah didapati begitu berani mengampu kerajaan Malaysia. Menurut sahabat sepengajian Astora di Morocco, Astora tidak pernah menghabiskan pengajiannya di mana-mana institusi pengajian tinggi. Dia cuma melompat-lompat pengajian di beberapa negara. Senang kata, tiada kelulusan yang boleh dipercayai autoritinya. Jadi Astora bercakap atas dasar apa?
Dikutip Dari Emel.
102499 |
wewr | 8:18
| 1 comments
M.A.N.I.S
+ MANIS Manis bicara indah tutur kata Manis kalimah pengikat ukhuwah Hati yang manis bercahaya Kemanisan iman terasa
Bersihkanlah diri dengan zikir Ilahi Maniskan ilmu dengan seribu amalan Suburkan jiwa dan hati ke jalan Allah Kasih yang manis bersulam iman tercinta
Bisikan Islam yang manis menjelma Menyentuh jiwa yang dalam dahaga Pupuskan rasa kesumat di hati Tanamkan kemanisan sejati
Wahai temanku bilakah lagi Saat nan manis hadir di sisi Mempersembahkan satu perjalanan Berbekalkan seribu keredhaan
Suara azan bergema di Subuh hari Manis dan merdu menyentuh hati Penambat rasa cinta Ilahi Berkat kemanisan ada di sisi
Manis meniti persahabatan Semanis madu menusuk kalbu Bersopan-santun manis budaya Nama Islam kan manis serata
Sebut pasal MANIS @Malam Anugerah Inspirasi Seni, aku selalu teringat pasal malam-malam seni di KISAS yang aku hadiri. Sejak Ting 4, tak pernah sekalipun malam yang indah kenangannya itu aku terlepas hadiri. Aku ingat lagi, masa ting 4, aku diangkat menjadi pemain congga tak bertauliah. Satu tune saja aku tahu main. Lepas tu, bertanding dengan abang-abang Ting 5 yang semuanya handal, siap ada sufitari(menari ala sufi yang macam Rabbani buat dalam lagu Munajat). Yang jadi solo masa tu, Ikmal dengan Hadi aku tak silap. Kami terdiri daripada gabungan floor(asrama lelaki berbilik-bilik, jadi ikut aras, tak ikut dorm) 1A & 1D Kumpulan kami kalah, tapi semangat kekalahan tu aku bawa dan bawa hingga akhirnya pada ting 5 aku berjaya menerbalikkannya menjadi kemenangan. Masa ting 5, kami dibantu dengan minus one milik kumpulan Al-Wahida dengan lagu Muhammad Rasulullah. Azrul (Dehearty) yang bawa ke KISAS sebab di Perlis, dia pernah join kumpulan tu. Kumpulan aku masa tu kumpulan Blok B, ramai dari kalangan Shoutul Mujahideen. Jadi peluang menang tu sangat cerah. Aku jadi harmoni masa tu. Lazimnya, MANIS ni ting 5 yang menang. Tapi ada satu tahun tu, ting 4 yang menang, dan aku tak ingat tahun bila. Tak silap aku tahun 2001 atau 2002..gitulah.
Tahun 1999, waktu aku di tingkatan 6 rendah, dengan kekurangan peralatan dan pemilik-pemilik suara merdu, yang ada cuma semangat, kami bertanding juga dengan kelainan yang menobatkan kami menjadi naib johan. Kali ini, aku dinaikkan pangkat menjadi solo pula. Lagu yang aku bawa, lagu Gemilang, milik Shoutul Mujahideen (album 2nd). Memang tak sangka ting 6 pun boleh duduk dalam list 3 teratas. Sebab orang kata, ting 6 ni suara semuanya dah pecah-pecah, dah tua-tualah katakan. Nak menyanyi pun, macam tak ada kederat. Tak silap aku, zaman kamilah ting 6 pun boleh dapat pingat.
Masuk 2000, majoriti ting 6 atas pegang jawatan. Dengan KP(pengawas la)nya, BADARnya, MTEnya, dan macam-macam lagi, jadi peluang kami untuk berlatih betul-betul sangat sempit. Kemudian, Asim pula jadi hakim saringan. Kira tak cukup oranglah. Tapi, alhamdulillah, masuk juga final walaupun dah tua-tua ..Cuma agak malang, kami kalah dan hanya mendapat tempat keempat. Finalis cuma 4 kumpulan. Kamilah yang keempat. Mana taknya, susunan vokal agak terabur, vokal conquer mic, solo lupa lirik(akulah tu), solo masuk tak ikut rentak. Dalam lagu Ya Rab (Al-Wadi bawa dalam album last dia) rentak lagu tu agak laju dan payah sikit nak bawa. Kalau tak berlatih betul-betul mesti tersilap. Tapi kalau bawa betul, memang boleh menang. Lagu tu semangat. Aku dan Wan Zuhairi jadi harmoni. Sampai serak-serak suara. Kalau korang dengar pun memang rasa nak gelak. Raddee yang bawa lagu tu. Aku bawa The Light Of Allah(Cahaya Ilahi). Lagu tu memang simple. Tapi entah macammana terlupa lirik. Maka mulalah hentam semberono. Yang 6 rendah(2000) pula, disolokan oleh Fazlee Abu Bakar. 3 lagu, satu lagu Chirping Bird(lagu evergreen), lagu Syiar Gemilang (yang Haikal bawa, aku tak tahu siapa ciplak siapa) & lagu Arab Al-Ardhu Lana Wal-Qudsu Lana ciptaan Husam Ahmad (Palestin).
Selepas keluar KISAS, aku ada juga ziarah KISAS bila MANIS. 2001, 2002, cuma 2003, aku tak sempat dan kata Ust Fazdi, 2003 tak ada MANIS. 2004 ni wallahu a'lam. Mungkin ada. Memang rindu betul dengan MANIS. Kenangan MANIS adalah kenangan paling MANIS buat warga KISAS biasanya. Hem, nasib baiklah aku ada simpan koleksi CD-CD MANIS dari zaman 2000 hingga 2002. Boleh juga belek-belek sambil minum syai. Boleh lihat gelagat diri sendiri di atas pentas. Lepas tu, gelak sorang-sorang. Sangat bestlah kata orang.
Satu lagi, nasyid-nasyid yang dicipta dan dinyanyikan di KISAS seolah-olah hilang copyright. Orang ambil dan nyanyi senang-senang saja. Itu yang buat aku sedikit geram. Memang bukan aku penciptanya, tapi kalau melihat orang lain mengaku hak orang sebagai haknya, payah juga.
Sebenarnya, aku ada banyak idea tentang nasyid di KISAS ni. Selain daripada yang telah dilaksanakan oleh BADAR sendiri, ada juga yang masih belum terlaksana. 1) Setiap tahun, BADAR ada lagu tema tahunan. Kalaulah dapat dikumpulkan pencipta-pencipta lirik dan lagu, bekas-bekas Shoutul Mujahideen dahulu, dalam lingkungan 10 tahun, kenapa tidak dirakam satu album 10 tahun lagu tema BADAR. Edaran dalaman pun sudah cukup. Kita ada ramai penyanyi profesional dalam bidang nasyid. Dari zaman Che Amran Raihan, sampailah ke Azrul Dehearty.
2) Album Shoutul Mujahideen yang terbaru. Album Shoutul dah terlalu lama tak dikeluarkan. Tentang dana, aku rasa alumni KISAS punya banyak jutawan. Minta seorang 500RM pun dah cukup. Tentang edaran, aku yakin, 10,000 unit boleh laku.
3) Web Nostalgia Wakafan. Bahan-bahan dia, kebanyakannya aku dah ada. Tapi kepakaran buat web masih aku belum miliki.
Sebenarnya, idea aku ini bukanlah bertujuan asobiyah. Tapi, kalau dilihat sejarah alumni sendiri, agak menyedihkan. Sekolah Cina, alumninya berkuasa dan banyak membantu sekolah sendiri. Tapi sekolah Islam, dalam zaman penghapusan etnik SAR & kepupusan sekolah Islam, seharusnya kita ada cara untuk memarakkan semula kegemilangan sekolah Islam. Apatah lagi, zaman BADAR sekarang ni pun sudah pudar. Sekurang-kurangnya, imej BADAR akan ditingkatkan kembali dan mengajak bekas-bekas anak didik tarbiyah kembali menyokong badan yang pernah mentarbiyah kita zaman-berzaman.
Tapi, semuanya bergantung kepada kerjasama semua pihak. Aku cukup tertarik dengan falsafah kembali kepada kungfu dalam cerita Shaolin Soccer apabila Stephen Chow mengajak bekas-bekas rakan seperguruannya kembali ke arena kungfu. Bukankah ramai yang menolak? Tapi hasilnya? Kita sendiri pun lihat. Apa kata kita kembali kepada berdakwah melalui nasyid?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sembang-sembang Shoutul Mujahideen Forum Shoutul Mujahideen
102150 |
wewr | 6:51
| 4 comments
MU'TAH GEMPAR!
+ Mu'tah Gempar!!! Ada apa? Apanya? Kenapa gempar? Rupa-rupanya, di Mu'tah telah berlaku kes pembunuhan dan penculikan. Dan lebih dahsyat lagi, CURI ORGAN & PANCAINDERA! Setakat ini, sudah 20 kes berlaku. Mujur tidak termasuk dan melibatkan rakyat Malaysia. Malam-malam, pekan Mu'tah yang selalunya sepi pada awal malam, lagi cepat akan sepi. Menurut riwayat Presiden MPPM, mangsa yang terbunuh ditikam apabila membuka pintu rumah kepada orang yang tidak dikenali, lalu dicungkil matanya. Dalam kes lain, seorang Arab ditipu oleh kawannya yang mengajaknya ke Aqabah. Apabila tiba di sana, dia diugut akan dibunuh dan dijual segala organ miliknya sekiranya keluarganya tidak menyerahkan wang tebusan sebanyak sekian-sekian pada tempat yang dijanjikan. Macam cerita filem pulak! Seorang lagi yang disyaki menjadi mangsa penculikan (gadis remaja Arab) telah kembali dijumpai. Rupa-rupanya, dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah.
Bagus juga berlaku perkara ini. Ada hikmah yang kita tak nampak sangat. Hikmahnya, kepada syabab-syabab yang sering sangat berjalan malam dan pulang lewat malam, mungkin tak berani lagi begitu. Juga kepada akhawat-akhawat yang melanggar qarar(ketetapan) MPPM yang melarang safar mar'ah (wanita bermusafir) tanpa mahram, maka perkara ini sangat layak untuk mereka ambil iktibar. Kalau mereka enggan lagi ambil pengajaran, sila-silakanlah keluar malam, sila-silakanlah safar lagi. Kalau terburai perut, mata rompong, tangan hilang sebelah, organ-organ dicuri, maka jangan lagi mengadu pada kami. Kami tak boleh buat apa-apa.
+ Kanser, Ummi, Kak Na & Aku Ada berita sedih. Kanser Kak Na makin merebak. Kali ini ke bawah paru-paru belah kiri. Sebenarnya, aku sudah lama ingin beritahu kalian. Berita Kak Na mendapat kanser aku dapat semasa sedang enak berjalan berjaulah berehlah di seluruh Jordan. Malam sebelum kami masuk kawasan Petra, di hotel, aku terima SMS dari Kak Na menyatakan pada esoknya Kak Na akan menjalani pembedahan membuang sebelah tiroidnya untuk membuat kajian kanser. Dengan kredit yang habis, duit pun tak masuk lagi, aku pasrah menunggu berita pembedahan Kak Na sama ada berjaya atau tidak. Selama 6 jam di dalam Petra, aku gelisah walaupun aku tak tunjukkan kepada sesiapapun ahli rombongan. Akhirnya, petang itu, ketika di kawasan Perjanjian Tahkim, Ummi menelefon handset Umar. Aku terus capai dan bercakap lama sehinggalah ahli rombongan semuanya sudah turun ke bas dari bukit Tahkim itu. Lega hati aku.
Kemudian, Kak Na kena jalani pembedahan lagi. Perlu buang sebelah lagi tiroid. Dalam bulan 3 tak silap aku. Berjaya. Selepas menyambut hari lahir Zharif yang pertama (bulan 4), Kak Na perlu lagi masuk hospital. Kali ini membuat terapi radioiodin. Radioiodin itu perlu diminum supaya meresap ke dalam badan. Akhir nanti akan dibuat scan bagi melihat di kawasan mana lagi ada kanser. Rupa-rupanya, itulah keputusannya. Kanser Kak Na sudah merebak ke bawah paru-paru sebelah kiri!
Dulu, Ummi pernah terkena kanser juga. Tapi alhamdulillah, berjaya dibuang. Breast cancer. Masa tu, aku berada di tingkatan 6. Pun lambat juga diberitahu. Tahu-tahu saja, Ummi sudah masuk hospital dan sudah dibedah. Akupun sudah lupa, mungkin masa itu aku ada peperiksaan. Tapi kanser Ummi di peringkat awal. Hanya benjolan kecil yang dibuang.
Setahu aku, dalam keturunan aku, keluarga besarlah, tidak ada yang pernah kena kanser. Tapi aku tidak semak pula sebelah Ummi. Mungkin Tok Mail ada bawa kanser. Nek Asiah sudah lama meninggal dunia. Sejak melahirkan Su Dah (Mak Su Faridah). Tok Mail kahwin lain, dan punya anak yang lagi ramai daripada dengan Nek Asiah. Dengan Nek Asiah, tiga orang saja. Cik Wa, Ummi & Su Dah. Jadi adik-beradik tiri Ummi ramai. Kami juga sudah lama tidak menziarahi nenek tiri yang seorang lagi tu. Sementelah pula Tok Mail sudah meninggal dunia dan rumah nenek tiri agak jauh di Kerteh.
Sekarang penyakit itu sudah sampai kepada Kak Na. Kak Ta, aku tidak tahu. Aku? Pun aku tidak tahu. Tapi aku berpendapat, mungkin aku juga ada peluang untuk diancam penyakit berbahaya itu. Cuma bila dan bahagian mana saja aku tidak tahu. Tak apa, kita tunggu dan lihat. Senyum.
101905 |
wewr | 3:49
| 2 comments
KANUN HOTEL FATAMORGANA
+ Kanun Hotel Fatamorgana Kelmarin, aku drafkan perlembagaan untuk hotel kami. Sebab ahli rumah sudah bertambah banyak menjadikan jumlah semuanya 6 orang, jadi, aku terpaksa juga buat undang-undang. Kalau tak buat, wajib semuanya langgar dan tak ikut lunas-lunas adab rumah yang sepatutnya. Aku dengan penuh semangat, dibakar oleh ketidakpuasan hati akibat terlihat anak kura-kura mati lagi dalam lubang, aku terus rangka, taip, cetak, dan laminate 4 kertas Perlembagaan Hotel Fatamorgana yang merangkumi Panduan Khas Penggunaan Tandas, Undang-undang Guna Dapur, Peraturan Membasuh & Menggunakan Mesin Basuh serta Panduan Am Pemakaian Bilik Air. Burn tersengih bila aku tunjuk fasa-fasa perlembagaan tu. Hafiz pun semangat. Aku boleh katakan, semua orang terkena apabila aku buat perlembagaan tu termasuk aku. Mana-mana yang malas basuh pinggan, malas siram jamban, bazir air, kedekut, semua tertakluk dalam undang-undang baru ni. Berkuatkuasa atau tidak, itu perkara kedua. Tapi aku yakin, undang-undang ini akan berjalan dengan sendirinya. Kalau tak nak ikut, adalah tindakannya! Senyum. Cuma ayat-ayat perlembagaan tu aku rasa ada menyerupai ayat-ayat Mami Jarum. He He.
+ CD Writer CD writer aku dah pulih kembali! Rupanya sakit dia bukan teruk pun. Aku yang terlupa bagi dia ruang dan peluang untuk berpusing merry go round dengan lebih selesa. Ya, ruang hard disk terlalu padat disumbat dengan macam-macam. Sebab itu CD writer meragam. Alahai, CD pun tau meragam juga ya. Tak apa, selepas ini, boleh guna untuk tujuan kebaikan. Ada projek-projek besar khabarnya di Mu'tah. Aku bolehlah join.:D
------------------------------------------------------------- + Iklan 1) Belilah Edisi Khas Majalah Filastin Muslimah yang mengulas isu pembunuhan Mursyidul Am HAMAS, Syeikh Ahmad Yasin. 2) Kaset-kaset nasyid yang baru ada di pasaran - I Look I See - Yusuf Islam - Alarm Me - Menggapai Harapan - Ideal - Bukalah Hatimu - Rabbani - Epik (tak sedap sangat) - Hijjaz - Pelita Hidup III (sangat best lah) - Firqah I'tisam - Tawahhadi (sedap, agak moden) - Mahmud Radhi - Sayyidul Mukhayyamat - Debu - Mabuk Cinta - Artis HME - Kalimah Cinta - Dehearty - Di Hati 3) 14-15 Mei, MPPM akan buat Hari Keluarga MPPM 2004 di Mafraq. Anda dijemput hadir beramai-ramai.
100612 |
wewr | 7:40
| 2 comments
Masih Imtihan
+ Imtihan Lagi Pagi kelmarin begitu bersungguh-sungguh aku membaca buku. Rupa-rupanya, imtihan tangguh ke Isnin depan pula. Alahai, aku sudah letih terlalu banyak imtihan. Kalau tiga minggu berturut-turut imtihan, larat ke? Pening kepala aku bila fikir imtihan setiap minggu ada sekurang-kurangnya dua, kalau dicampur dengan kerja rumah Bahas Takhrij Hadith & menghafal satu surah setiap minggu untuk tasmik setiap Ahad (memang hari kerja di Jordan macam hari kerja di Terengganu dulu, sekarang, aku tak tahu BN ubah atau tidak), memang terlalu banyak. Tambah lagi kerja-kerja persatuan sekarang ni perlukan aku menanganinya. Harap-harap sempat la aku nak buat smeua tu. Takut tak terkejar saja. Aku bukan robot!
+ Hobi Kalau masa kecil-kecil, orang selalu bertanya tentang hobi kan? Dulu, aku pernah berhobikan mengumpul setem, mengumpul syiling lama, mengumpul button badge, dan lain-lain. Tapi aku ada satu idea masa dulu, untuk mengumpul benda yang orang tak pernah terfikir untuk kumpul. Apa dia? Kumpul mata-mata jerawat! Aku suka tengok mata jerawat warna kuning tu dipicit, dan aku selalu bayangkan ia adalah salah satu sumber minyak! Tapi jangan bimbang, aku tak pernah laksanakan. Aku juga tertawa melihat hobi student Mu'tah, mengumpul pijat! Pijat beranak-pinak dalam botol mineral, diberi makan kayu dan lain-lain. Setakat yang aku pantau, adalah lebih kurang 30 ekor!
Hobi aku yang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang adalah mengumpul kaset nasyid. Dan aku berani katakan aku adalah peminat nasyid yang hampir-hampir fanatik. Aku ada lebih seratus album nasyid tidak kira dari zaman sekolah rendah ( Nadamurni, Soutus Sofwa etc) sampailah zaman sekarang ( AMAR, dan lain-lain). Abah sebenarnya tak berapa benar sangat aku dengar nasyid. Sebab aku bila dengar nasyid, aku susah nak belajar. Mulut dok terikut-ikut sama menyanyi. Kalau di rumah dulu, dua tiga album sekali aku hentam nyanyi dan buat harmoni, berlatih vokal sampai aku hilang suara! Kalau mp3 pulak, dengan kemahiran yang Allah beri, aku telah memenuhkan komputer aku dengan mp3 nasyid sahaja. Daripada nasyid Malaysia, Indonesia, Singapura, Arab hinggalah ke Turki! Sebenarnya, bukan 120 album saja yang ada dalam komputer aku. Aku rasa setakat ini sudah lebih 150 album.
Juga, mengumpul majalah. Aku suka sangat beli majalah. Ummi selalu-selalu juga nasihat supaya kurang-kurangkan beli majalah. Tapi nak buat macam mana, majalah adalah hobi aku. Tapi aku boleh dikatakan memilih juga jenis majalah yang aku beli dan baca. Aku hanya beli majalah Islamik, jenis politik, dan jenis sastera. Tambah satu lagi, komputer. Tapi minat-minat pun aku baca majalah, aku tak pernah melanggan.
Hobi aku yang aku tak lazimi dulu tapi sekarang sudah lazimi ialah mengumpul kitab & CD. Zaman dulu, masa di KISAS, tingkatan 4, aku dikenali sebagai budak ulat buku. Orang lain pergi bermain dan beriadah petang-petang di padang, aku duduk atas katil baca buku. Buku yang aku baca kebanyakannya adalah buku politik, buku diniyah. Tapi yang peliknya, walaupun aku dah banyak membaca, tapi aku tak mampu keluarkan apa yang aku baca. Sampai Nazmi kata pada aku, "Anta dah banyak input, banyakkanlah pula output!" Aku akui, aku bukan seorang yang pandai bercakap. Kalau tanya adik-adik spm 2000 dan F4 2000 KISAS, exco BADAR upper 6 yang paling sikit bagi tazkirah, akulah!
CD dalam simpanan aku sekarang ini mencecah satu rak setinggi pinggang aku. Inilah akibat membeli CD writer. Orang beli CD writer untuk mencetak CD untuk koleksi peribadi. Aku kebanyakan masanya guna untuk cetak rompak. Untuk peribadi dan untuk orang lain pun ada juga. Tapi sekarang ni aku dah taubat enggan copy CD lagi. CD writer pun dah rosak. Takkan nak beli baru. Aku pun tak tahu apa kena CD writer aku yang seekor ni. Copy VCD, yang keluarnya AUDIO. Biarlah, aku malas nak baiki lagi. Masuk ni, aku sudah menjahanamkan 2 CD writer!
+ Bercakap Aku betul-betul tak pandai bercakap di hadapan orang ramai. Kalau diimbas pengalaman aku, boleh dikatakan, dalam tak reti cakap kat depan orang ni, aku banyak terlibat dalam pertunjukan pentas dan pidato. Kalau masa darjah 6, aku pernah jadi pelakon pentomen Zionis, aku jadi imam. Lepas tu tukar pakaian, aku pergi berduet sajak pulak. Tersekat-sekat pun ada. Tapi sebab hafal skrip, jadi orang tak perasan sangat aku gagap. Cuma, aku tersiku pasangan duetku di khalayak ramai sebab dia gagap. Lagilah dia gagap! Ha...Haa.... Dan Ha...
Masuk tingkatan 1, bila melihat kebolehan aku dalam Bahasa Arab(takdelah pandai benor), Ust Abd Ahad Al-Indonesi pun melamar aku untuk menjadi peserta Syarahan BA untuk pertandingan Ihtifal SAR Perak. Aku pun terimalah. Berlatih punya berlatih, walaupun masa bertanding peringkat zon aku gementar sangat, tapi alhamdulillah, aku menang mewakili zon. Zon 4 kebanyakan pertandingan dimenangi oleh sekolah kami. Masuk peringkat negeri, siap abah ummi datang melawat aku di tempat pertandingan. Tapi rupanya, semua wakil kami tak ada yang berjaya dapat nombor 1. Semuanya dibolot oleh Ma'had Tarbiyah Islamiah Trong. Aku pun hanya dapat nombor 3 daripada 4. Sedih betul.
Tingkatan 2, aku hanya sertai pertandingan hafazan Quran. Tingkatan 3, aku banyak sertai nasyid. Hinggalah sampai di KISAS, setelah SPM, aku ambil tingkatan 6. Cikgu Bakhiah gesa aku sertai pidato spontan sebagai saringan pemilihan peserta untuk pidato Piala Diraja. Itupun selepas melihat aku memberi tazkirah@tafsir (berteks tentunya) di perhimpunan dalam gaya bebas. wink...wink..Aku selitkan nasyid Rabbani! Semua gelak lihat aku nyanyi. Memang tak pernah dibuat orang.
Dalam pidato spontan minggu-minggu selepasnya, aku berlatih malam sebelum perhimpunan. Peranan Remaja dalam Pembinaan Negara. Berlatih dengan Azrul dan aku doa agar tajuk yang sama naik esok. Kalau tak, harus aku mati akal tengah-tengah orang ramai tu. Tengok-tengok cabutan, memang kena dengan apa yang aku sedia. Pidato aku dengan selambanya membuka teks dan tengok. Sepatutnya tak boleh tengok teks langsung. Dan entah macam mana, aku terbaca nota conteng-conteng tentang remaja berhingus. "Ust Samingan (pengetua KISAS masa tu) juga berhingus"..Nada suara aku tak menunjukkan aku berlawak. Satu dewan tersengih. Bila aku turun, giliran ucapan Datin (HEM). Apa lagi, berdesing telingaku dengar komennya yang mengutuk tindakan aku menjatuhkan maruah pengetua. Apa boleh buat, tersyasyul. Aku kemudian minta maaf atas nama peribadi. Tapi Ust Samingan leceh-lecehkan keadaan. Siap minta aku buat surat minta maaf. Aku buat dan dia terima. Tapi perkara itu membuatkan aku dikenali ramai termasuk Ust Samingan yang selepas itu boleh dikatakan baik denganku. Senyum.
------------------------------------------------------------------------------------------ ARTIKEL MPPM - KITA ADALAH JUARA ITU (Informan Edisi Ke-5)
Ingatkah kita pada proses penciptaan diri kita? Daripada berjuta-juta sperma yang berenang, mencari pasangan ovum demi mencapai matlamat penciptaan, kitalah salah satu sperma bapa, berjaya menembusi selaput sel ovum ibu. Mari kita renungkan, daripada berjuta-juta sperma bapa, hanya kita yang terlepas dan bercantum. Seolah-olah, itu satu pertandingan antara kita dan peserta-peserta lain untuk mendapatkan pasangan. Jika dinilai dari satu sudut, bukankah ini bermakna kita telah memenangi pertandingan itu?
Apabila zigot telah melekap di dinding rahim, embrio mula terbentuk dan akhirnya Allah memerintahkan malaikat supaya meniup roh ke dalam tubuh kita dan menetapkan 4 perkara buat kita iaitu jodoh, maut, rezeki dan kesudahan kita . Bahkan kita turut bersaksi kepada Allahlah kita menyembah dan hanya Dia Tuhan yang Satu sebagaimana Kalam-Nya:
وإذ أخذ ربك من بني ءادم من ظهورهم ذريتهم وأشهدهم على أنفسهم ألست بربكم قالوا بلى شهدنا
(Surah Al-A’raf : 172) Tidakkah pada peringkat ini, jika kita bukan juara dan bukan insan terpilih, kita akan lahir sebagai janin yang gugur? Maka, sudahkah kita bersyukur kerana menjadi bayi terpilih?
Sahabat-sahabiah sekalian, Hakikat kehidupan kita tidak dapat lari daripada adat kalah dan menang. Daripada kebanyakan tapisan, kita dipilih untuk menang. Kita menang sebagai Muslim, berbanding ramai lagi yang kalah sebagai 'belum Muslim'. Kita menang dengan latar belakang pendidikan yang baik, keturunan yang mulia, harta yang cukup dan sebagainya. Berbanding sahabat-sahabat kita yang tidak mendapat pendidikan yang baik, lahir dalam lingkungan keluarga yang berpecah, terlibat dengan gejala sosial dan sebagainya. Kita menang lagi apabila kita terpilih untuk menjejakkan kaki ke bumi Anbiya', mengutip tinggalan ilmu yang para Anbiya' dan para ulama' wariskan, biarpun ada di antara kita tidak mendalami ilmu agama sebelum ini.
Namun, kita juga tidak dapat lari daripada kekalahan dalam kehidupan. Ramai di antara kita memilih jalan untuk tidak menghadapi kekalahan secara gentleman dan terus menyalahkan orang lain. Ada pula yang sesudah kalah terus tersungkur jatuh, enggan bangun dan berusaha lagi. Ada pula yang kecundang sebelum perlawanan bermula lagi. Kenapa begitu?
Sepatutnya, dengan fitrah kejuaraan yang kita miliki kita layak berbangga dan wajib bersyukur kerana Allah telah memberi banyak peluang untuk kita menang. Namun, kenapa kita tidak mampu menginsafi dan menilai kelemahan diri kita bila kita kalah supaya kita dapat baiki dan menjana kemenangan lagi? Jangan terlalu merendah diri sehingga menghina diri. Usah merasa putus asa dengan ujian, kecundangan, kekalahan yang menimpa kerana Allah tidak suka orang yang berputus asa daripada rahmat-Nya.
ولا تا ي
100373 |
wewr | 8:47
| 0 comments
SELEMPANG SENJA
Garis-garis merobek Kebiruan yang dicomoti Warna putih yang renyuk Lembab dan basah.
Hiris-hiris mencalar Dengan warna jingga Melebar berjalur Lalu akhirnya Memakai senja
Selempang senja Adalah anugerah kuasa Tuhan Pada tubuh kerdil Sebuah bumi milik-Nya...
5.28 petang. 11 Oktober 2003. Bayt Fatamorgana, Sweileh, Amman.
99929 |
wewr | 3:34
| 0 comments
MENCATAT LAGI
+ Mencatat Lagi Aku tidak tahu mengapa aku masih mencatat. Setelah lama aku disconnect dengan penulisan, semangat untuk menulis begitu hambar. Moga-moga bila aku terus mencatat, aku akan memulihkan semangat aku kembali.
+MPPM Kelmarin ke Mu'tah. Mesyuarat MPPM. Mesyuarat Ahli Majlis Eksekutif 2004. Terlalu banyak komen yang menyentuh secara langsung tugas aku sebagai setiausaha. Dan aku akui itu. Surat jemputan diedar lambat, agenda tidak diberitahu dan tentang majalah tahunan. Tak apa, aku terima. Memang ada salah aku. Aku sebenarnya sudah lama terputus hubungan dengan sahabat-sahabat Mu'tah. Sejak buka universiti, aku tak pernah jejak kaki ke Mu'tah. Adalah dekat 2 bulan. Sebab itu bila terpaksa buat mesyuarat, banyak benda yang kekurangan. Nombor handset AME pun ada yang tiada padaku. Hatta pertukaran jawatan BKAN(badan kebajikan anak negeri) dan PZ(persatuan zon) baru pun aku tidak tahu.
+PPGA Program PPGA(Persatuan Pelajar Malaysia Gabungan Universiti Amman)@PGA (Persatuan Golf Asia) pun masih terhenti. Cadangnya mahu buat sekurang-kurangnya pengisian untuk adik-adik. Tapi masih belum tertunai. Aku masih imtihan. Ada lagi 2. Biasalah, univ aku adalah univ paling lambat habis imtihan. Mula dawam (buka jamiah) sama dengan jamiah lain. Juga rasanya yang paling banyak belajar. Univ paling cepat? Mu'tah lah!
+Fateh Muntazar, Janna & Hira' Hari Khamis, aku jejakkan kaki dalam laman Fateh Muntazar, Imran Mohd Khayat, senior aku di Hira'. Thurayya bagitahu aku, Fateh adalah Presiden PZ Irbid. Pernah menjadi Presiden U. Yarmuk. Zaujahnya adalah Kak Hafsa. Adik Imran, Khidir dan adik Kak Hafsa, Hanif, adalah bekas classmate aku. Semuanya bagai kebetulan. Kecil rupanya dunia ini. Tapi bila mengenang memori lama, aku kadang-kadang tak dapat tahan keinginan hati untuk kembali ke zaman sekolah. Sekolah Hira' adalah sekolah istimewa. Sekolah swasta di bawah kelolaan JIM, pengajiannya adalah akademik+agama. Sekolah kami mula jam 7.30 dan berakhir jam 2. Kerana tinggal di Subang Jaya, aku berulang-alik ke Klang yang terletak lebih kurang 20km jauhnya. Bermula dengan kelas hafazan & tajwid, dan akhirnya berakhir dengan solat Zohor berjamaah. Aku kira, sistem inilah yang membuatkan aku berjaya dalam pelajaran agama dan menumbuhkan minat aku untuk mendalaminya.
Tapi di sekolah dulu, aku boleh dikatakan pelajar nakal walaupun agak pendiam. Aku pernah didakwa menolak seorang pelajar yang akhirnya terhantuk kepalanya ke pintu dan menerima 7 jahitan. Aku juga pernah ditangkap menconteng buku sekolah dengan kartun(buku bahasa Arab lagi!). Aku juga pernah bergaduh (gara-gara tidak puas hati main bola), bertumbuk (sebab tahan kaki classmate berlari dalam kelas hingga dia jatuh), dirotan (tidak menghafal dengan baik) dan membuli! Aku jadi pembuli sebab aku pernah dibuli. Darjah 1 & 2, ada classmate yang begitu rajin membuli kawan. Tumbuk dan ketuk kepala menjadi rutin. Aku pernah menjadi mangsa, ditumbuk di bahagian bawah. Aku menangis. Sakit! Pulang, aku mengadu pada abah. Abah kata, tumbuk dia balik. Abah suruh lawan. Dan memang aku lawan!
Parut di pipiku (sekarang sudah kurang nampak) di bawah mata pun ada sejarahnya. Hanya mentertawakan rakanku (lupa namanya) yang nakal mencuri kasut Ahmad (sebab dia asyik buka kasutnya, baik buang, he he) dan membuangnya ke luar, si empunya kasut marah lalu menikam pensel yang asyik diasahnya tadi ke pipiku. Lead pensel patah di dalam. Darah mengalir. Ganjilnya, aku cuma tersengih dan masih lagi terasa lucu. Tidak menangis sedang kawan-kawan lain kecoh dan heboh. Aku dibawa ke bilik guru. Muallimah Sarah yang cantik merawat pipiku. Tapi memang tidak terasa sangat sakitnya. Cuma sengal. Sekali lagi ditikam pensel waktu kelas hafalan darjah 4. Umar menikam pehaku kerana aku senyum sinis apabila dia tidak dapat menghafal dengan baik. Jahat juga aku ni!
+ Majalah Banyak betul majalah & risalah yang aku terlibat. Majalah Tahunan MPPM, aku menjadi Pengarah Urusannya. Kerja belum mula lagi. Tapi waktu suntuk. Majalah Shoutul Iman keluaran PUTRA (BKAN Terengganu) aku menjadi AJK Grafik & Layout. Ada lagi satu majalah, aku menjadi penasihat. Peluang dan ruang untuk menulis cukup banyak. Tapi bilakah aku akan menggunakannya? Aku sedang menimbang-nimbang, sekiranya kerja majalah tidak dapat aku siapkan sebelum aku pulang, maknanya, aku perlu bawa balik Malaysia. Dan sudah pasti terlalu leceh. Aku mesti siapkan sebelum PULANG!
99928 |
wewr | 3:30
| 1 comments
SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)
Lahirku di Kampung Al-Jaurah, Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah, Tercetus perang 1948, familiku berpindah, Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)
Tika asyik beriadah bersama teman, Malang menimpa, aku terhumban, Lumpuh seluruh badan, Namun, kutekad kekuatan, Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan, Minda, fikiran, tadbir jua amalan...
Kutamatkan pengajian sekolah, Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah, Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti, Kerana wang tiada, cuma hati, Hati yang terhiris itulah, Yang kubawa ke Mesir gagah, Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.
Di Palestin, Akulah guru, mengajar tatatertib, Berkhutbah di masjid, akulah khatib, Akulah pengasas Majma' Islami, Pada 70-an tekad bersemi.
1983, aku ditangkap dituduh, Pengasas Majd Mujahidin pembunuh, 13 tahun penjara, mahkamah menyuruh, Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.
Kuasaskan lagi gerakan HAMAS, Gerakan Penentangan Islamiah, kemas, 1987, HAMAS berdiri tegas!
Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi, Dihukum penjara seumur abadi, Ditambah 15 tahun lagi, Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!
Makin hari, kumakin lemah, di penjara, Pandangan kananku hilang mutiara, Mata kiriku kabur, terseksa didera, Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.
Subuh 1 Oktober 1997 barakah, Aku dibebas dengan janji payah, Antara Jordan & Israel laknatullah, Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.
Kusenyum, kulihat Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat, Menentang, melawan Zionis penjajah laknat, Hingga terbunuh jua tercedera berat.
Pagi, Malam Isnin aku bersolat sendiri, Munajatku mohon ke hadrat Ilahi, Agar ganjaran Syahid diberi di sisi, Dan kuniat puasa di pagi hari.
Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya, Usai solat Subuh, tiada lama hanya, Tika berjalan pulang, aduh sakitnya, Tiada rasa nyeri, pulanglah, Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah, Haruman syurgawi, rohpun terbanglah, Duniaku, pisahlah, Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...
Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin! Siapa kamu? Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah? 3 April 2004, Hotel Fatamorgana, Sweileh, Amman.
p/s : Mahu lihat gambarku? Kunjungi Sorrowful.net
99502 |
wewr | 5:44
| 0 comments
DINDING CABUL KERA
Kera hilang gembira Bila tidak lagi mendapat bunga Bila bunga bertukar menjadi singa Yang membakar hangus Tubuh, bulu, dan tiap inci Bumi haram yang mereka cakari.
Rupa-rupanya kera Mencabul kebebasan, sengsara Terkurung dalam dinding terpenjara
Dinding cabul umat kera Dinding ketul konon perkasa Dinding saksi Kera cabul diri sendiri
Hotel Fatamorgana Sweileh, Amman. 15 Mac 2004
99500 |
wewr | 5:36
| 0 comments
Deralah Kami!
Dahulu, Kami adalah rakyat miskin, Kami adalah rakyat sengsara Dalam kefakiran harta Sedang kamu berbangga Nilai matawang tinggi di dunia
Lalu, Kamu tidak kurangkan derita kami Kamu tidak endah sengsara kami Kamu cuma tahu bolot kaya serba serbi
Kini, Kamu masih enggan pandang kami, Mana kami mahu cari harta? Bagaimana hidup kami mahu sara? Kalau monopoli ekonomi berlegar di perut kamu sahaja.
Baiklah, Deralah kami, Kami cuma rakyat biasa, Kami cuma rakyat daif, Kami cuma rakyat asli yang beri mandat pada kamu.
Tunggulah! Nantikan azab Tuhan Nantikan kuasa kami bangkit menentang kamu Kami takkan takut kamu Kami hanya takut Tuhan kamu
Deralah, Deralah kami...
04.04.04. Hotel Fatamorgana, Sweileh, Amman.
99499 |
wewr | 5:30
| 0 comments
Di Hari Lahirmu
Detik tengah malam menjelma, Teman sejati berbalut merah berbunyi, Nyaring, memapar kalimah terungkap: SELAMAT HARI LAHIR!
Wajah ria, Ralit memandang ceria,
Kau rupanya sudah matang, Kau adalah emas ditatang, Menunggu saat dipinang, Jejaka tampan terbilang.
Wah, Manismu berbuah, Kau mengecap tuah, Untung diberi kurnia usia Pastikan jangan kau sia-sia
Di hari lahirmu, Kususun langkahku, Bersama sejambak senyum, Hasrat hatiku menguntum, Perlukah kukhabarkan ia?
04.04.04. Hotel Fatamorgana. Sweileh, Amman.
99497 |
wewr | 5:24
| 1 comments
KHABAR DARI URDUN VERSI KETIGA
+ Khabar : Urdun tiada khabar. Urdun rupanya sudah sepi. Tiada seri. Tiada khabar. Tiada akhbar juga suratkhabar. Tiada lagi senyum rakyat yang melebar. Urdun dicengkam inflasi!
1 April. Harga barang naik melambung. Ini bukan April Fool! Cukai barangan import naik ke 16%. Memang gila. Tak pernah aku dengar cukai melambung macam main bola takraw dan shuttlecock bola tanggung. Jangan sampai rakyat smash sudahlah. Rakyat sudah mula bising. Jangan sampai rakyat guna kuasa menundukkan kezaliman!
Sewa rumah : Setakat ini masih kekal. Bil Air & Elektrik : Datang 3 bulan sekali. Tarif pasti naik lagi. Gas : Dalam masa 3 tahun, naik 3 dinar. Sekarang sudah berharga 4 dinar! SMS : Dulu 3 qurusy. Sekarang 6! Syawarma : Dulu 1JD. Sekarang 1.250JD! Tambang bas ke univ : Masa mula-mula datang Jordan, 10 qurusy sahaja. Sekarang 15 qurusy! Barangan asasi : Makin naik dalam lingkungan rubu' dinar (0.250JD) hingga nus dinar (0.500JD)
Natijah : Kos sara hidup naik = bantuan per kapita mesti naik!
+ Ubah : Saya@aku ingin ubah. Ubah lagi. Ubah gaya penulisan. Ubah jati diri weblog yang aku lihat makin lama makin hambar. Hambar kerana tiada isi. Tiada manis isi. Tak terkandung misi dan visi yang aku ingin capai sebelum aku mula menulis dulu. Aku akan kembali kepada jati diri lama. Jati diri weblog sebenar!
Jika mahu bersaya awak pun, itu biarlah pada artikel dan kertas kerja ilmiah yang lebih perlu kepada formal. Betul, aku sudah letih dengan gaya formal dalam weblog. BUKAN muak!
+ Masa : Hoi masa! Tolonglah berhenti sekejap. Aku tak sanggup lagi mengejar kau. Aku kesemputan. Aku kesempitan. Kau berhentilah sekejap. Hilangkan lelahku. Lepaskan penatku. Jangan berlari terlalu laju. Tolonglah masa. Berhentilah!
+ Semangat : Bila masa berlari tak mahu berhenti, aku lelah sungguh mengejarnya. Hilang semangat aku. Sebetulnya semangat aku telah lama hilang. Sejak aku menjejakkan kaki semula ke bumi Urdun selepas pulang dari Malaysia. Entahlah, mungkin semangatku tertinggal di rumah atau di mana-mana. Apatah lagi bila dibebani masalah dan tugasan daripada persatuan/organisasi, aku jadi serabut kepala. Aku sememangnya tidak boleh pegang dan fikir banyak perkara sekaligus. Kalau tidak aku tidak boleh tidur malam!
+ Hari Lahir : Dia sambut hari lahir 04.04.04. Selamat Hari Lahir! Dan kebetulan, tahun lepas, semasa galak menanti kedatangan orang baru dalam keluarga kami, rupa-rupanya anak saudara sulungku itu lahir pada 05.04.03. Mungkin selepas ini, kalau buat kenduri kesyukuran sambut hari lahir, mereka boleh raikan bersama...Ya, anak buah dan makcik!
+ Jelajah Tawan Jordan : Aku pernah kata untuk mencatatkan peristiwa suka duka dalam kembaraku menawan Jordan bulan 2 yang lalu. Tapi rupanya perancangan Allah lebih bagus. Aku tidak mampu menyudahkan catatan tersebut biarpun banyak perkara dalam fikiranku untuk diceritakan dan dicatatkan. Kenapa ya? Mungkin ada kaitan dengan kesibukanku dengan pelajaran, ya, universiti baru sahaja dibuka selepas aku pulang dari rehlah. Juga ada kaitan dengan semangatku yang tidak berkobar-kobar untuk menulis. Aku pernah tanya diriku, adakah aku sudah hilang kemampuan untuk menulis? Kalau lihat kepada sahabat-sahabat KEPEZI, sudah ramai yang muncul di dada akhbar dengan cerpen dan puisi. Aku? Masih merangkak-rangkak. Pun Amiza ada beritahu, di Jordan sudah muncul bakat-bakat baru yang boleh diasah dan digilap. Ya, ada, aku akui itu. Dan pasti aku masih belum berani pada tahap yang sepatutnya.
+ Pengajian : Aku rasa, semester ini aku lebih banyak tumpukan pada pelajaran. Terasa keterikatanku dengan madah-madah yang aku ambil fasl(semester) ini begitu kuat. Memegangku sehingga hampir saja aku terlupa bahawa aku ada tanggungjawab lain. Tanggungjawab terhadap insan-insan yang memperhambakan aku. Aku khadam mereka. Tapi, apapun, aku rasa semester ini paling seronok aku belajar. Biarpun agak penat dan meletihkan, bayangkan sahaja hari Isnin dan Rabu aku ada kelas daripada jam 8 hingga 2 petang berderet-deret, tentu saja meletihkan. Tambah pula cuaca sudah mula bertukar menjadi panas kerana musim panas sudah hampir. Dan madah yang paling aku terasa keterikatannya denganku adalah madah Tilawah 2 dan Bahas Wa Takhrij Hadith(Kajian dan Ekstrak Hadith). Aku tidak tahu, mungkin kerana kedua-dua madah ini begitu menuntut aku untuk belajar lagi dan lebih, plus kerja rumah dan hafalan, aku jadi seronok. Berbanding madah lain yang agak membosankan, ya, madah lain semuanya tentang Fiqh, dan aku kurang minat Fiqh biarpun pulang Malaysia nanti soalan yang paling banyak bakal ditanya oleh masyarakat adalah tentang Fiqh!
+ Iraq : Cerita Iraq memang sudah lama aku tak ulas. Sejak berhenti perang secara rasmi dengan natijah yang aku tak mahu jangkakan, aku tidak pernah lagi menulis tentang Iraq. Tapi hari ini, aku terasa kepingin bercerita tentang Iraq. Menatap As-Sabeel keluaran terbaru, disertakan sekali gambar-gambar serangan tentera Amerika terhadap rakyat Iraq (majoritinya Syiah yang diserang) dan BALASAN terhadap perbuatan jenayah mereka itu, aku diserbu keharuan dan rasa membalas dendam tercapai. 10 tentera Amerika, 2 Britain dan seorang Salvador terbunuh dalam tindakbalas terhadap serangan Amerika yang zalim. Rakyat maut dan parah. Tapi balas dendam rakyat Iraq kali ini memang agak luar biasa. Kereta kebal dan jentera pembawa kereta kebal rentung terbakar. Askar-askar Amerika terbakar hidup-hidup. Ada juga yang sudah rentung dibakar digantung di jambatan. Jika mengikut adabnya, tidak patut mereka (rakyat Iraq) melakukan sebegitu. Tapi dari sudut penderitaan dan kesengsaraan yang mereka alami sejak Amerika berlagak bagai jeneral menyerbu kampung-kampung daif, memang patut sangatlah mereka dibakar begitu. Headline As-Sabeel berbunyi sindiran, IRAQ MELETUP DI HADAPAN WAJAH AMERIKA!
+ Pilihanraya : Aku agak mual membaca berita pilihanraya ke 11. Biarpun sudah agak lama, tetapi apa yang berlaku memang ajaib. Hikmah paling nyata, ada di kedua-dua belah pihak, luaran dan dalaman. Untung aku tidak mendaftar mengundi kali ini, kalau tidak mungkin namaku disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu. Kad pengenalanku juga belum ditukar ke alamat baru. Alasan, malas mengundi kawasan Cina. Di Subang Jaya, masyarakatnya majmuk dan umat Muslim masih ramai. Gerak kerja pilihanraya BA mesti lebih aktif dan pastinya generasi aku yang diharapkan untuk menggerakkannya bila pulang ke Malaysia nanti. Tidak apa, akan tiba masanya Islam kembali ke kemuncaknya nanti, mudah-mudahan. Ayuhlah sama-sama berdoa. Muhasabah pilihanraya memang menginsafkan. Moga ada sinar untuk Islam!
99496 |
wewr | 5:16
| 0 comments
Mari Tawan Jordan!
Assalamualaikum Saya mungkin tiada 10 hari. Tiada di rumah. Bukan ke mana-mana. Tapi ke Jordan. Ke Jordan? Ya, Tawan Jordan. Rehlah Tawan Jordan. 10 hari, pakej termasuk makan minum, hotel, sewa jeep dan bas, dan segala-galanya tak termasuk kodak dan bateri?
Tarikh : 4-13 Februari. Tempat: Seluruh Jordan (61 tempat)
Selepas ini, insya-Allah, akan muncul siri catatan perjalanan saya..Ikuti perkembangannya!
Wassalam
87785 |
wewr | 22:38
| 1 comments
Tumpang gembira...Syabas Amiza!
KEPUTUSAN SAYEMBARA PENULISAN CERPEN DAN SAJAK PEN 2003
Oleh : NISAH HAJI HARON
PERSATUAN Penulis Negeri Sembilan (PEN) telah menerima penyertaan yang menggalakkan di dalam Sayembara Penulisan Cerpen dan Sajak PEN 2003. Sayembara yang dilancarkan pada bulan Jun 2003 itu menerima hampir 100 buah puisi dan 50 buah cerpen untuk dinilai oleh panel hakim yang dilantik.
Siti Jasmina Ibrahim memenangi tempat pertama bagi kategori cerpen dengan judul Khabar Dari Jendela Omak. Beliau akan menerima RM500. Manakala tempat kedua, Abdul Latip Talib dengan cerpennya berjudul Bukan Kerana Adat (RM300) sementara Amiza Khusyri bin Yusof memenangi tempat ketiga dengan Perpatih Bertatih (RM200).
Lima pemenang sagu hati yang bakal menerima RM100 setiap satu pula ialah Hj. Zaid bin Md Saman (Shaklon dan Tanah Bapa Mertua), Zulkifli Abu (Runtuhnya Balai Gadang), A. Hamid Jemain (Warung Abang Mat) dan Asrul Effendi Kamaruzzaman (Pahlawan Seri Menanti).
Bagi kategori puisi pula, hadiah pertama dimenangi oleh A. Latip Talib dengan puisi berjudul Negeri Beradat Ini. Beliau akan menerima RM250. Tempat kedua, Syed Naseer b. Syed Mohideen, Mengusap Peribadi (RM200) dan tempat ketiga, Asrul Effendi Kamaruzzaman, Catatan Buat Perwira Bukit Putus (RM150).
Saguhati sebanyak RM80 diberikan kepada tujuh pemenang berikut: Mohd Raizal Abdul Rahim (Kanvas Sejarah Merah), Abdullah Abdul Rahman (Biarlah Selamanya Begitu), Asrul Effendi Kamaruzzaman (Puisi Buat Kota Lukut), Abdul Latif Talib (Segugus Harapan), Siti Suraya Fareha Mohd Taupet (Negeriku Negeri Sembilan), Solihin Osman (Mengail Bebintang di Teluk) dan Siti Jasmina Ibrahim (Rindu Bulan Semalam).
Setiap pemenang akan menerima wang tunai berserta sijil dan cenderamata.
Karya-karya yang memenangi Sayembara ini akan dibukukan di dalam antologi Gema Serunai Hati 8. Tema sayembara ini ialah keunikan Negeri Sembilan. Penulis dan penyair turut dipelawa menghantar cerpen dan puisi iringan dengan tema yang sama bagi memeriahkan kandungan antologi itu kelak.
Alamatkan cerpen dan puisi kepada : Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), No. 59, Lorong Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan atau fax : 06-7675722 atau e-mel : annyss@hotmail.com atau mahaya_es@hotmail.com atau sszsal@yahoo.com sebelum atau pada 28 Februari 2004.
Hadiah-hadiah akan disampaikan di dalam satu majlis yang bakal diumumkan kelak.
86755 |
wewr | 1:10
| 2 comments
SELAMAT HARI LAHIR AKU
Detik masa berjalan terus Langkah kuatur bagaikan arus
Dan persinggahanku kali ini Adalah hari kelahiran fitrah murni
Henti, tenung, fikir & hayati Sudahkah aku sedia tuju mati?
Wahai Aku Selamat Hari Lahir Aku
Sudah tua rupanya aku Seumpama amalanku?
Derap mesti kuteruskan Biar sesekali jalan kesesakan
Ilmu di dada Teguhkan dengan waspada
Kawan, ingatkanlah aku Meski kerabat lupakanku
Tuhan, kupasrah pada-Mu Thabatkan daku dalam kembara ilmu
Selamat Hari Lahir...AKU!
13 Januari 2004 Hotel Fatamorgana, Sweileh, Amman.
86007 |
wewr | 3:37
| 0 comments
ROKOK OH ROKOK
Rokok oh rokok Kenapa engkau busuk? Macam mana aku tak busuk Aku kan tembakau jeruk
Rokok oh rokok Penghisapmu kenapa bongok Macam mana depa tak bongok Buang duit membakar rokok
Perokok oh perokok Janganlah lagi berperangai buruk Paru-paru pun dah nak renyuk Tiap hari terbatuk-batuk
Rokok oh rokok Asapmu menghalau nyamuk Racunmu membunuh penduduk
Bilalah kau nak berhenti merokok?
11 Oktober 2003. Bayt Fatamorgana Sweileh, Amman.
86006 |
wewr | 3:36
| 0 comments
Mari Belajar Bahasa Jepun II
Perbualan Harian Greetings Expressions
Ohaiyou Gozaimasu Ohaiyo gozaimas Selamat Pagi
Konnichiwa konnichiwa Selamat Tengahari
Konbanwa kombanwa Selamek Potang
Oyasuminasai oyasuminasai 'Selamak Malang'ehehe, loghat Terengganu(untuk gi tidur)
Sayounara sayonara Babai
Arigatou Gozaimasu arigato gozaimas TenQ
Dou Itashimashita doo itashimashta' Same-same
Sumimasen sumimasen Sekius mi
Onegai shimasu onegai shimas Plizzz
Douzo doozo Silolah.
Ja Mata jaa mata' C Ya!
p/s : Pelajaran akan datang, ialah nombor...umur..
O
85736 |
wewr | 2:43
| 0 comments
|