|
|
|
Masih Imtihan
+ Imtihan Lagi Pagi kelmarin begitu bersungguh-sungguh aku membaca buku. Rupa-rupanya, imtihan tangguh ke Isnin depan pula. Alahai, aku sudah letih terlalu banyak imtihan. Kalau tiga minggu berturut-turut imtihan, larat ke? Pening kepala aku bila fikir imtihan setiap minggu ada sekurang-kurangnya dua, kalau dicampur dengan kerja rumah Bahas Takhrij Hadith & menghafal satu surah setiap minggu untuk tasmik setiap Ahad (memang hari kerja di Jordan macam hari kerja di Terengganu dulu, sekarang, aku tak tahu BN ubah atau tidak), memang terlalu banyak. Tambah lagi kerja-kerja persatuan sekarang ni perlukan aku menanganinya. Harap-harap sempat la aku nak buat smeua tu. Takut tak terkejar saja. Aku bukan robot! + Hobi Kalau masa kecil-kecil, orang selalu bertanya tentang hobi kan? Dulu, aku pernah berhobikan mengumpul setem, mengumpul syiling lama, mengumpul button badge, dan lain-lain. Tapi aku ada satu idea masa dulu, untuk mengumpul benda yang orang tak pernah terfikir untuk kumpul. Apa dia? Kumpul mata-mata jerawat! Aku suka tengok mata jerawat warna kuning tu dipicit, dan aku selalu bayangkan ia adalah salah satu sumber minyak! Tapi jangan bimbang, aku tak pernah laksanakan. Aku juga tertawa melihat hobi student Mu'tah, mengumpul pijat! Pijat beranak-pinak dalam botol mineral, diberi makan kayu dan lain-lain. Setakat yang aku pantau, adalah lebih kurang 30 ekor! Hobi aku yang tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang adalah mengumpul kaset nasyid. Dan aku berani katakan aku adalah peminat nasyid yang hampir-hampir fanatik. Aku ada lebih seratus album nasyid tidak kira dari zaman sekolah rendah ( Nadamurni, Soutus Sofwa etc) sampailah zaman sekarang ( AMAR, dan lain-lain). Abah sebenarnya tak berapa benar sangat aku dengar nasyid. Sebab aku bila dengar nasyid, aku susah nak belajar. Mulut dok terikut-ikut sama menyanyi. Kalau di rumah dulu, dua tiga album sekali aku hentam nyanyi dan buat harmoni, berlatih vokal sampai aku hilang suara! Kalau mp3 pulak, dengan kemahiran yang Allah beri, aku telah memenuhkan komputer aku dengan mp3 nasyid sahaja. Daripada nasyid Malaysia, Indonesia, Singapura, Arab hinggalah ke Turki! Sebenarnya, bukan 120 album saja yang ada dalam komputer aku. Aku rasa setakat ini sudah lebih 150 album. Juga, mengumpul majalah. Aku suka sangat beli majalah. Ummi selalu-selalu juga nasihat supaya kurang-kurangkan beli majalah. Tapi nak buat macam mana, majalah adalah hobi aku. Tapi aku boleh dikatakan memilih juga jenis majalah yang aku beli dan baca. Aku hanya beli majalah Islamik, jenis politik, dan jenis sastera. Tambah satu lagi, komputer. Tapi minat-minat pun aku baca majalah, aku tak pernah melanggan. Hobi aku yang aku tak lazimi dulu tapi sekarang sudah lazimi ialah mengumpul kitab & CD. Zaman dulu, masa di KISAS, tingkatan 4, aku dikenali sebagai budak ulat buku. Orang lain pergi bermain dan beriadah petang-petang di padang, aku duduk atas katil baca buku. Buku yang aku baca kebanyakannya adalah buku politik, buku diniyah. Tapi yang peliknya, walaupun aku dah banyak membaca, tapi aku tak mampu keluarkan apa yang aku baca. Sampai Nazmi kata pada aku, "Anta dah banyak input, banyakkanlah pula output!" Aku akui, aku bukan seorang yang pandai bercakap. Kalau tanya adik-adik spm 2000 dan F4 2000 KISAS, exco BADAR upper 6 yang paling sikit bagi tazkirah, akulah! CD dalam simpanan aku sekarang ini mencecah satu rak setinggi pinggang aku. Inilah akibat membeli CD writer. Orang beli CD writer untuk mencetak CD untuk koleksi peribadi. Aku kebanyakan masanya guna untuk cetak rompak. Untuk peribadi dan untuk orang lain pun ada juga. Tapi sekarang ni aku dah taubat enggan copy CD lagi. CD writer pun dah rosak. Takkan nak beli baru. Aku pun tak tahu apa kena CD writer aku yang seekor ni. Copy VCD, yang keluarnya AUDIO. Biarlah, aku malas nak baiki lagi. Masuk ni, aku sudah menjahanamkan 2 CD writer! + Bercakap Aku betul-betul tak pandai bercakap di hadapan orang ramai. Kalau diimbas pengalaman aku, boleh dikatakan, dalam tak reti cakap kat depan orang ni, aku banyak terlibat dalam pertunjukan pentas dan pidato. Kalau masa darjah 6, aku pernah jadi pelakon pentomen Zionis, aku jadi imam. Lepas tu tukar pakaian, aku pergi berduet sajak pulak. Tersekat-sekat pun ada. Tapi sebab hafal skrip, jadi orang tak perasan sangat aku gagap. Cuma, aku tersiku pasangan duetku di khalayak ramai sebab dia gagap. Lagilah dia gagap! Ha...Haa.... Dan Ha... Masuk tingkatan 1, bila melihat kebolehan aku dalam Bahasa Arab(takdelah pandai benor), Ust Abd Ahad Al-Indonesi pun melamar aku untuk menjadi peserta Syarahan BA untuk pertandingan Ihtifal SAR Perak. Aku pun terimalah. Berlatih punya berlatih, walaupun masa bertanding peringkat zon aku gementar sangat, tapi alhamdulillah, aku menang mewakili zon. Zon 4 kebanyakan pertandingan dimenangi oleh sekolah kami. Masuk peringkat negeri, siap abah ummi datang melawat aku di tempat pertandingan. Tapi rupanya, semua wakil kami tak ada yang berjaya dapat nombor 1. Semuanya dibolot oleh Ma'had Tarbiyah Islamiah Trong. Aku pun hanya dapat nombor 3 daripada 4. Sedih betul. Tingkatan 2, aku hanya sertai pertandingan hafazan Quran. Tingkatan 3, aku banyak sertai nasyid. Hinggalah sampai di KISAS, setelah SPM, aku ambil tingkatan 6. Cikgu Bakhiah gesa aku sertai pidato spontan sebagai saringan pemilihan peserta untuk pidato Piala Diraja. Itupun selepas melihat aku memberi tazkirah@tafsir (berteks tentunya) di perhimpunan dalam gaya bebas. wink...wink..Aku selitkan nasyid Rabbani! Semua gelak lihat aku nyanyi. Memang tak pernah dibuat orang. Dalam pidato spontan minggu-minggu selepasnya, aku berlatih malam sebelum perhimpunan. Peranan Remaja dalam Pembinaan Negara. Berlatih dengan Azrul dan aku doa agar tajuk yang sama naik esok. Kalau tak, harus aku mati akal tengah-tengah orang ramai tu. Tengok-tengok cabutan, memang kena dengan apa yang aku sedia. Pidato aku dengan selambanya membuka teks dan tengok. Sepatutnya tak boleh tengok teks langsung. Dan entah macam mana, aku terbaca nota conteng-conteng tentang remaja berhingus. "Ust Samingan (pengetua KISAS masa tu) juga berhingus"..Nada suara aku tak menunjukkan aku berlawak. Satu dewan tersengih. Bila aku turun, giliran ucapan Datin (HEM). Apa lagi, berdesing telingaku dengar komennya yang mengutuk tindakan aku menjatuhkan maruah pengetua. Apa boleh buat, tersyasyul. Aku kemudian minta maaf atas nama peribadi. Tapi Ust Samingan leceh-lecehkan keadaan. Siap minta aku buat surat minta maaf. Aku buat dan dia terima. Tapi perkara itu membuatkan aku dikenali ramai termasuk Ust Samingan yang selepas itu boleh dikatakan baik denganku. Senyum. ------------------------------------------------------------------------------------------ ARTIKEL MPPM - KITA ADALAH JUARA ITU (Informan Edisi Ke-5) Ingatkah kita pada proses penciptaan diri kita? Daripada berjuta-juta sperma yang berenang, mencari pasangan ovum demi mencapai matlamat penciptaan, kitalah salah satu sperma bapa, berjaya menembusi selaput sel ovum ibu. Mari kita renungkan, daripada berjuta-juta sperma bapa, hanya kita yang terlepas dan bercantum. Seolah-olah, itu satu pertandingan antara kita dan peserta-peserta lain untuk mendapatkan pasangan. Jika dinilai dari satu sudut, bukankah ini bermakna kita telah memenangi pertandingan itu? Apabila zigot telah melekap di dinding rahim, embrio mula terbentuk dan akhirnya Allah memerintahkan malaikat supaya meniup roh ke dalam tubuh kita dan menetapkan 4 perkara buat kita iaitu jodoh, maut, rezeki dan kesudahan kita . Bahkan kita turut bersaksi kepada Allahlah kita menyembah dan hanya Dia Tuhan yang Satu sebagaimana Kalam-Nya: وإذ أخذ ربك من بني ءادم من ظهورهم ذريتهم وأشهدهم على أنفسهم ألست بربكم قالوا بلى شهدنا (Surah Al-A’raf : 172) Tidakkah pada peringkat ini, jika kita bukan juara dan bukan insan terpilih, kita akan lahir sebagai janin yang gugur? Maka, sudahkah kita bersyukur kerana menjadi bayi terpilih? Sahabat-sahabiah sekalian, Hakikat kehidupan kita tidak dapat lari daripada adat kalah dan menang. Daripada kebanyakan tapisan, kita dipilih untuk menang. Kita menang sebagai Muslim, berbanding ramai lagi yang kalah sebagai 'belum Muslim'. Kita menang dengan latar belakang pendidikan yang baik, keturunan yang mulia, harta yang cukup dan sebagainya. Berbanding sahabat-sahabat kita yang tidak mendapat pendidikan yang baik, lahir dalam lingkungan keluarga yang berpecah, terlibat dengan gejala sosial dan sebagainya. Kita menang lagi apabila kita terpilih untuk menjejakkan kaki ke bumi Anbiya', mengutip tinggalan ilmu yang para Anbiya' dan para ulama' wariskan, biarpun ada di antara kita tidak mendalami ilmu agama sebelum ini. Namun, kita juga tidak dapat lari daripada kekalahan dalam kehidupan. Ramai di antara kita memilih jalan untuk tidak menghadapi kekalahan secara gentleman dan terus menyalahkan orang lain. Ada pula yang sesudah kalah terus tersungkur jatuh, enggan bangun dan berusaha lagi. Ada pula yang kecundang sebelum perlawanan bermula lagi. Kenapa begitu? Sepatutnya, dengan fitrah kejuaraan yang kita miliki kita layak berbangga dan wajib bersyukur kerana Allah telah memberi banyak peluang untuk kita menang. Namun, kenapa kita tidak mampu menginsafi dan menilai kelemahan diri kita bila kita kalah supaya kita dapat baiki dan menjana kemenangan lagi? Jangan terlalu merendah diri sehingga menghina diri. Usah merasa putus asa dengan ujian, kecundangan, kekalahan yang menimpa kerana Allah tidak suka orang yang berputus asa daripada rahmat-Nya. ولا تا ي
by wewr on
13 Apr 2004 at 8:47
0 comments
|