|
|
|
MENEROBOS ZAMAN LAMPAU
Aku ini boleh dikatakan sentimental juga. Dalam banyak-banyak kehidupan, kehidupan sekolahlah yang paling aku ingat. Daripada Sek Ren Islam Hira' (SRIH), aku meloncat ke Ma'had Al-Ummah, Chemor, Perak(MUC), aku menyusup pula ke KISAS. Daripada kehidupan tiga alam persekolahan ini, aku paling manis berada di Hira' dan KISAS. Kenapa Hira'? +Hira' Dalam institusi Hira', aku adalah generasi keempat. Generasi keempat sesebuah sekolah, adalah antara generasi pencorak sekolah. Aku, daripada darjah satu ke darjah enam, terlalu banyak nama yang aku kenali dan ingati. Terlalu banyak peristiwa yang aku ingat dan ingat sampai sekarang. Dibantu oleh koleksi buku-buku cenderamata, gambar-gambar dan juga ingatan wajah sahabat-sahabat, aku sering tersadai di sisi katil (katil ke tilam?) merenung kembali wajah-wajah kecilku dan apa yang aku lakarkan dalam sejarah Hira'. Aku, nak dikata popular, tidaklah sangat sementelah aku dengan segeranya membawa diri dan nama ke MUC, lalu aku tidak sempat beramah mesra dengan generasi SMIH. Tapi, aku banyak kenangan naik pentas. SRIH adalah antara institusi awal yang menggabungkan matapelajaran akademik dengan agama kelolaan JIM. Kelas mula jam 7.30 hinggalah selepas Zohor biasanya. Jadual kami bermula dengan kelas hafazan Qur'an dan berakhir dengan solat berjemaah. Cantik bukan? Dari darjah satu, prestasi akademikku adalah di tahap sederhana. Darjah 1, aku dapat tempat keenam dalam kelas dan entah ke berapa dalam darjah keseluruhan. Pada hari Ihtifal (hari anugerah kecemerlangan), aku cuma mampu menggigit jari dengan muka masam melihat kawan-kawan yang seronok dapat buku dan pensel di atas pentas. Air mata hampir berlinang, namun mujur, muallimah Sarah (sebetulnya aku kurang ingat siapa sebenarnya, tapi dia guru darjahku) memujukku. Aku pun beransur, dalam kesedihan, lalu menelusuri tapak-tapak gerai jualan. Di situ, aku pujuk abah membelikanku kaset-kaset nasyid Islami dengan koleksi liriknya sekali. Ada lebih 9 buah kaset. Yang dibeli cuma 5-6 begitu. Nasyid Islami 1, 2, 9, dan 2 buah album lain. Ummi tak silap. Dan lagi satu, aku lupa terus. Album Ummi tu dalam bahasa Arab. Aku cuma ingat lagu 'Ayam': "ku ku ku ku 'indal fajari, ku ku ku ku soutu riasiri..." Dan lagu 'Ummi' " Ya Ummi, Allahu Ansona...Binnuri ya ihsana" Lagu Ayam tulah pengubat kesedihanku. Kadang-kadang bila terasa nak menangis, Ummi cepat-cepat pasang lagu tu, dan secara automatik, aku terdiam dan tersengih. Kelakar juga. Darjah dua, aku mula menunjukkan taring. Aku mula usaha dan usaha hingga aku dapat nombor dua dalam kelas. Kali ini, abah dan ummi mampu tersenyum. Ihtifal tahun 1989, aku sempat juga naik pentas di Auditorium Muzium Negeri Selangor, bersalam dengan Dr Amin Mohd Sura (ayah saudara Zharif Azfar, Mu'tah, juga ayah kepada Aiman G3). Cuma ralat yang agak besar bagiku masa tu, namaku dieja dengan begitu dahsyat dan disalahnasabkan. Ashraff Bin Hafdzan!Nasab kepada diri sendiri... Darjah tiga dan empat dan lima, aku tidak punya bukti dalam bentuk buku. Buku Laporan Kecemerlanganku juga hilang dari simpanan sekolah. Konspirasi? Entah. Tapi yang aku ingat, aku memang masih mengekalkan kedudukan keduaku di belakang Zaid Sahak! Darjah enam, pun masih tempat kedua. Kenapa ya? Aku pelik sampai hari ini. Dan kepelikanku bertambah apabila aku mendapat anugerah cemerlang Syabab Lil Bina (macam pengakap juga) 1991-93 dalam kategori terbaik dan menjadi Pelajar Lelaki Cemerlang Sesi 92/93. Kenapa bukan Zaid? Aku rasa Zaid lebih layak. Zaid mendapat nombor satu dalam darjah. Ini bukan manifestasi tidak bersyukur. Bukan tidak tahu bersyukur. Aku bersyukur. Sangat-sangat malah. Semangat kecemerlangan itu, adalah semangat ummi dan abah. Semangat Kak Na dan Kak Ta yang sama-sama bersaing denganku. Kalau di rumah di Subang Jaya dulu, penuh almari dengan piala-piala biskut mereka(hehe, piala bentuk biskut Marie!) meskipun yang aku punya hanya suku. Aku sampai sekarang masih mengkaji, dan mendalami sebabnya. Kerana aku mahu menjadi hamba yang bersyukur. Aku mahu menjadi hamba yang tahu berterima kasih. Aku mahu menjadikan zaman lampauku sebagai motivasi kecemerlanganku kini. Sebab itu, aku sering semak-belek-ingat-rindu akan kecemerlangan lampauku pada hampir-hampir musim peperiksaan. Apabila aku tak mampu untuk membaca buku, fikiran melayang, aku buka kembali lembaran sejarah yang aku lakarkan di bumi Tuhan ini. Supaya aku dapatkan semangat yang aku mahukan. Tuhan, tolonglah berikanku semangatku kembali... + MUC Sejarah di MUC adalah sejarah kehidupan sekolah yang aku kurang gemari meski aku banyak melakar corak kecemerlangan di sini. Entah mengapa, mungkin kerana tapisan kemasukan ke sekolah ini agak longgar, daripada sebaik-baik manusia yang mudah dibuli hinggalah kepada manusia ganas dan rosak akhlak. Agak jauh pula di pedalaman, Chemor, biarpun dekat dengan air terjun Chepor yang sejuk, tapi itu tidakpun menyejukkan biah di sini. Aku boleh katakan sistem pentarbiyahannya masih belum cukup kuat untuk menangani kekuatan manusia 'tut' dalam merosakkan rakan-rakan sebayanya. Tingkatan satu, aku adalah manusia yang pernah dibuli. Berbekalkan badan besar saja tidak cukup untuk meluluskan anda daripada dibuli. Tapi, malang, tidak lama, aku pula jadi pembuli setelah aku naik tingkatan 2. Dalam peperiksaan pertengahan tahun, aku mendapat tempat pertama, wow, rekod permulaan yang baik. Terima kasih kepada Hira' kerana banyak mengajarku erti Islam dari kecil. Tapi menjelang akhir tahun, aku disibukkan dengan tugas seorang pemidato; berlatih dan berlatih sampai letih! Ditambah lamaran seorang puteri yang ingin belajar cara-cara menjadi kakak, aku jadi agak hanyut. Akhirnya, yang aku tak jangkakan berlaku. Aku jatuh tempat kedua lagi! Tingkatan dua, aku dah jadi orang lain. Bukan lagi Asyraff Hafdzan yang Tuhan sayangi walaupun aku hafal juga sejuzu' Qur'an. Aku tersungkur di pintu syurga? Boleh dikatakan begitu. Justeru, zaman tingkatan duaku penuh dengan lagha dan keseronokan bulan madu. Kadangkala mengorat jadi aktivitiku. Aku digelar, anak angkat cikgu-cikgu. Mungkin kerana aku rajin dan ringan tulang termasuk mengambil hati guru, bukan bodek dan ampu, tapi secara semulajadi. Aku punya ramai mentor yang menjadi penasihatku secara tak rasmi. Tambah pula zaman tingkatan 2, aku sudah secara rasmi menjadi adik angkat si dia walaupun dalam hatiku, aku rasa kurang gemar berkakak angkat. Buat apa, kakak aku saja sudah ramai! Bila hampir penghujung tahun, HEM mula ambil tindakan secara tegas memisahkan pasangan-pasangan adik-beradik angkat tak halal ni. Dan aku termasuk di kalangan orang yang dikaunseling walaupun aku cuma jadi adik angkat secara rasmi dalam tempoh seminggu! Aku sertai ihtifal SAR Perak, dan Ujian Hafazan peringkat negeri, tapi aku rasa, apa yang aku buat sudah hilang rohnya. Aku masih kekal di tempat kedua. Masuk tingkatan tiga, aku mengubah sedikit jalan hidupku. Aku berbaik dengan ustaz-ustaz Indonesia yang bertugas di sekolah. Aku sertai nasyid dengan lebih bersungguh-sungguh. Aku cuba juga bersaing dengan pesaingku, Ibrahim Khalil. Dia nampaknya memberi persaingan paling hebat. Acapkali, aku kalah dengannya. Ibrahim masih sertai Ihtifal. Aku? Direhatkan! Kasihan aku. Aku buat latih tubi PMR, doa, solat hajat dan qiamullail sama-sama Ibrahim, Nizab, Syifaa' dan Hisyamuddin juga Hafiz. Aku jadi ketua kumpulan untuk kerja kursus Sejarah yang membawa kami memilih Masjid Paloh 1951 sebagai monumen sejarah kami. Kerja kursus aku berjaya mencuri perhatian Cikgu Normala untuk menyimpannya sebagai contoh. Sampai sekarang masih belum dipulangkan. :D ... Kerja kursus Kemahiran Hidup pula, aku buat penggantung kunci berpenggera. Kayu asalnya terlalu keras, jadi bila Sabri dengan rajinnya tolong pahatkan, repih pula kayu tu. Lalu Cikgu Arshad ganti dengan kayu katil! Dan akhirnya kerja tanganku mendapat keputusan baik. Geografi pula, padaku, aku buat dalam keadaan yang kurang memuaskan, tapi diterima oleh Cikgu Mukhlisah. Dan aku dengan sedikit kekecewaan, tidak mampu mengatasi rekod Kak Ta, aku dapat 7A 2B. Yang B, BM & BA. Pelik juga kerana kedua-duanya aku dapat A dalam peperiksaan percubaan dan yang lainnya B. Mungkin kerana BM, hari pertama, aku gementar amat sangat, tidak pernah ambil peperiksaan sebegitu (aku tidak ambil UPSR). Hari kedua, BA, aku jalani dalam keadaan sejuk keterlaluan. Kipas dipasang selepas hari hujan dan bajuku agak kuyup! Cuma aku lega, setelah tiga tahun berturut-turut, aku berjaya mengatasi Ibrahim pada akhirnya. Ibrahim mendapat 7A 2B juga sama denganku, tapi salah satu kerja kursusnya 'memuaskan' berbandingku, baik semuanya. Alhamdulillah. Nah, masihkah aku tidak bersyukur? Tahun 1997, tatkala ihtifal, dalam keadaan tidak bersedia dengan pakaian yang sesuai, aku dijemput naik ke pentas menerima hadiah piala pusingan PMR Terbaik. Alahai, rasa kecewa sekelumit masih ada. Aku sempat menjenguk alam Tingkatan 4 di MUC. 2 minggu saja. Selepas aku jangkakan aku tidak dapat ke KISAS, aku kembali bersama 'stayer' yang ingin memeriahkan MUC. Kehadiranku disambut baik. Cuma bila naik ting 4, kelas bercampur lelaki dan perempuan. Masa inilah, ramai yang mula memasang badan terutamanya puteri. Aku duduk di sebelah laluan pemisah antara putera dan puteri. Alhamdulillah, aku dapat menjaga diri walaupun ramai puteri yang cuba mengambil hati berborak itu ini denganku. Zaman inilah, ABIM baru memulai usrah. Sedang 3 tahun aku berada di MUC, usrah apa-apapun tidak diberi. Justeru, aku rasakan tarbiyah amat lembab berjalan. Masa ini juga aku diberi jawatan yang pelbagai. AJK SPBT, Ketua Editor majalah sekolah, Al-Hadharah, dan jawatan lamaku diberi kembali. Akhir fatrah 2 minggu itu, Ummi menelefon suruh pulang. Aku pulang, dan Ummi mengajak aku ke KISAS. Berjumpa dengan Ustaz Morat (Pengetua KISAS 1997), teman lama Ummi(Ummi KIK 69-71), berborak panjang dan aku merayu berbekalkan sijil-sijil yang aku perolehi di
by wewr on
9 May 2004 at 7:39
6 comments
oh gitu...
insya-allah...boleh bgth cara nak hubungi sedari? zharif berada dalam keadaan sihat dan wal afiat sekarang ni berhempas pulas dengan buku-buku sebab dia skrg tgh final exam. nanti kalau ke Mu'tah, ana bagitahu dia. Satu sekolah ke dgn dia?
108055 |
posted by wewr on
May 28, 2004 at 0:11
Zharif Azfar bin Nasaruddin.Pernah tinggal di Taman Paroi Jaya.Tapi sekarang dah lost contact dgan dia,klau tak salah dia dah ke timur tengah.Kalau ada maklumat terbaru tentang Zharif boleh bagitahu ana.Syukran.
106467 |
posted by mawaddah on
May 17, 2004 at 12:16
MUC banyak mengajar ana tentang kehidupan,memang diakui kali pertama menjejakkan kaki di sana bagaikan satu mimpi.Tetapi di sanalah ana dan sahabat dapat bersama-sama membantu guru2 dalam meningkatkan tarbiyah generasi Islam itu.Di situlah juga,ana dan sahabat bersama2 berganding bahu memperjuangkan Islam atas landasan ABIM.Kepimpinan pelajar menjadi tunggak perjalanan aktiviti di sana.
106466 |
posted by mawaddah on
May 17, 2004 at 11:56
umm.. ala-ala kem kerohanian ; bawah ABIM (putera putri) rasanya. pengalaman pertama berjauhan dari famili.. ah, air sungai di Ulu Chepor yang dingin! :D
105305 |
posted by syaffa on
May 10, 2004 at 13:24
oh ye ke?
oh..tak sangka plak..
tapi muc 1993 ana tak masuk lagi..ana baru darjah 6.hehe..kem apa kat situ? program ke mmg sekolah rendah dkt2 situ..?
105209 |
posted by wewr on
May 10, 2004 at 2:35
MUC : pernah ber'kem' di situ, tahun 1993 (darjah 4)! wah, hampir terlupa kenangan tu. ;)
105113 |
posted by syaffa on
May 9, 2004 at 16:51
|