we::blog beta
about
create weblog
news
tutorial
faq
contact
show template


login
nickname
password
remember
signup

nickname
password
retype password
e-mail
retype e-mail


recently modified weblogs
rahroo's weblog
the unbearable lightness of blog
Peminat's weblog
Searching in the Darkness
~The Bloody Morning After~
something ordinary
home of the psily barkada
No Name
AussieAri's weblog
Asailas' Blog...and shtufff...
DI SINI LOPPIESS
HQ
pojok seorang.orang
Black Rose Immortal
Summer is near...
misyha's
Teratak inDah
theVooner's weblog
resumelabb's weblog
Weblog Ukhti Ani..Proud To Be Muslimah..
newly created weblogs
sitiaisyah's weblog
xlabb's weblog
No Name
||~ the jo ann show ~||
Special dedicated to Jehan Miskin........
archived material
2003 February
2003 March
2003 April
2003 May
2003 June
2003 July
2003 August
2003 September
2003 October
2003 November
2003 December
2004 January
2004 February
2004 March
2004 April
2004 May
2004 June
2004 July
2004 August
2004 September
2004 October
2004 November
2004 December
2005 January
2005 February
2005 March
2005 April
2005 May
2005 June
2005 July
2005 August
2005 September
2005 October
openlog

::Khabar Dari Urdun - Versi Kitab Kuning::

Versi Kitab Kuning ingin mendekati para ulama' dalam usaha menjadikan khazanah ilmiah sebagai warisan dan pusaka Muslimin seluruhnya. Dilancarkan pada 17 Oktober 2005. Insya-Allah akan menghidangkan tulisan-tulisan ilmiah, dan bahan audio juga teks daripada ulama'-ulama'.

19 Dec 2003

Buat Seorang Dia...

Assalamualaikum..
Ini surat terbuka padamu. Aku tulis, aku taip, bukan untuk dibaca semua, tapi aku ingin, agar semua tahu, inilah isi hatiku pada seorang dia.

Telah berlalu 2 Ramadhan dalam menyintainya. Ramadhan pertama, dalam dan mendalam, digali keringat-keringat ibadah yang dilalui pada malamnya. Bila siang, utusan-utusan mengingatkan aku tentang besarnya Allah, besarnya Ramadhan yang aku dahagai, maka dia menggalakkan aku agar mengucup Ramadhan dan mencicipinya semanis mungkin.

Kami lalui Ramadhan, Syawal, Zul Al-Qaeda, Zul Hijjah dengan tabah, riang, manis, dengan iringan doa moga amalan kami terus dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan tenang, tiada tertolak. Kami isi masa kami dengan belajar, membaca, pelajaran dan ilmu agar waktu kami tidak terhabis terbuang sia-sia. Kadang-kadang, dugaan, cubaan, badai pun datang juga menyelit di celah-celah kesibukan kami. Ada yang kami atasi dengan tenang, muafakat, sepakat, muhasabah dan kemaafan. Tapi ada yang kami langgar hati-hati kami, ada yang merubah fitrah jiwa kami, maka kami minta ampun-Mu Ya Allah....

Begitulah hari-harinya, hingga kami tiba lagi pada bulan yang kami rindui, buat penghapus dosa-dosa kami, buat penghilang rindu pada manisnya cicipan pahala, kurniaan Pencipta. Kami bangun, kami tunduk, kami bongkok, kami duduk, kerana-Nya. Kami cuba jadikan bulan mulia bagi kami itu sebagai bulan terbaik, bulan titik tolak bagi kami mencapai jaya selepasnya.

Tapi, rupa-rupanya, bulan itu tetap datang dengan rahmat-Nya, dengan inayah-Nya, dengan maghfirah-Nya, tapi...kami tidak lagi rasai manisnya.

Apahal dengan kami? Rupa-rupanya, hati kami tak suci lagi. Aduh, Tuhan, tolonglah, bersihkanlah hati kami. Tuhan, tolonglah, sucikanlah kotor mazmumah dalam jiwa kami..Tolonglah, Tuhan...

Dia, masih tetap kucinta, seperti dahulu, malah lebih kuat. Kuharap, Tuhan makbulkan doa kami, bersatu dalam rahmat-Nya, kekal selamanya...

83174 | wewr | 7:37 | 1 comments

Berkat Ibadat Tuju Akhirat

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.

83172 | wewr | 7:06 | 0 comments

Bila Log Sepi

Salam BIcara Pembuka Kata...

Sepi..
Memang sepi. Itu weblog kata pada saya. Sepi tahap maksima. Bulan Ramadhan berlalu tanpa saya sempat mengejarnya dengan weblog saya. Raya juga sudah hampir sebulan berlalu. Kenapa?

Banyak sebab yang melanda. Saya sendiri kurang mengerti diri sendiri. Kenapa aku tidak mampu untuk terus istiqamah menulis seperti orang lain? Adakah aku mandom, menopouse (meminjam istilah ahli politik) atau kasal (males)...

Malas itu memang musuh utama penulis. Selepas muhasabah, munasarawak, menghitung2, baru saya sedar, saya mungkin jadi calon penulis yang gagal. Lepas berbengkel, saya memang kurang semangat. Sepatutnya, saya lebih bersemangat, tetapi, saya jadi sebaliknya.

Bila kembali ke Jordan, konon dengan semangat berbengkel yang masih berbaki, saya jejakkan juga kaki di bumi anbiya yang bertuah ini. Sibuk dengan pelajaran, saya jadi terlupa terus saya pernah mempunyai weblog dan kerap juga menulis di dalamnya...

Masuk bulan Ramadhan, saya konon-konon lagi mahu menambah dan menaikkan kembali semangat menulis, saya mula menulis untuk Catatan Ramadhan. Sekali lagi, saya dihimpit dengan dugaan lain. Dibebani jawatan yang tak pernah saya impikan!

Terus saya jadi sibuk berfikir, dengan bebanan fikiran baru, saya jadi seorang yang lebih banyak berfikir. Soo Cham, teman pantun saya di kepezi@yahoogroups.com juga saya tidak balasi pantunnya. Saya jadi pemikir!

Selepas raya, saya diburu dengan ura-ura menaikkan saya dengan jawatan lain. Jawatan YDP mantiqah Amman...Hari Raya Ketiga, saya 'selamat' diselamatkan menjadi YDP. Takziah berjuta-juta buat saya.

Tidak cukup dengan itu, saya dijemput menghadiri Mesyuarat Muhasabah dan Perubahan Jawatan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM) di Mafraq seminggu selepas itu...Untuk makluman, sekiranya anda telah memegang jawatan YDP atau YDPah(YDP sebelah akhawat) anda secara automatik menjadi ahli Majlis Eksekutif MPPM. Tanpa disangka lagi, saya dilantik pula menjadi SU MPPM. Aduh, betapa beratnya...

Saya tidak tahu masa depan penulisan saya. Masih putihkah atau akan terus kelabu bersama kekelabuan asap madinah Amman...
Cuma saya berharap, saya tetap akan terus menulis, menulis untuk agama, bangsa dan diri sendiri, secerah dan seputih salju yang bakal turun tidak lama lagi...

Salam Musim Sejuk Dari Urdun...

Assalamualaikum

83167 | wewr | 6:20 | 0 comments