we::blog beta
about
create weblog
news
tutorial
faq
contact
show template


login
nickname
password
remember
signup

nickname
password
retype password
e-mail
retype e-mail


recently modified weblogs
rahroo's weblog
the unbearable lightness of blog
Weblog Ukhti Ani..Proud To Be Muslimah..
something ordinary
DI SINI LOPPIESS
a cuppa nestum
Black Rose Immortal
AussieAri's weblog
Azli's Weblog
HQ
durianbelanda's weblog
No Name
~The Bloody Morning After~
Searching in the Darkness
Peminat's weblog
home of the psily barkada
No Name
Asailas' Blog...and shtufff...
pojok seorang.orang
Summer is near...
newly created weblogs
sitiaisyah's weblog
xlabb's weblog
No Name
||~ the jo ann show ~||
Special dedicated to Jehan Miskin........
archived material
2003 February
2003 March
2003 April
2003 May
2003 June
2003 July
2003 August
2003 September
2003 October
2003 November
2003 December
2004 January
2004 February
2004 March
2004 April
2004 May
2004 June
2004 July
2004 August
2004 September
2004 October
2004 November
2004 December
2005 January
2005 February
2005 March
2005 April
2005 May
2005 June
2005 July
2005 August
2005 September
2005 October
openlog

::Khabar Dari Urdun - Versi Kitab Kuning::

Versi Kitab Kuning ingin mendekati para ulama' dalam usaha menjadikan khazanah ilmiah sebagai warisan dan pusaka Muslimin seluruhnya. Dilancarkan pada 17 Oktober 2005. Insya-Allah akan menghidangkan tulisan-tulisan ilmiah, dan bahan audio juga teks daripada ulama'-ulama'.

22 Mar 2003

Komen wewr

Sesungguhnya peperangan ini tidak dapat lagi dielakkan. Apa tugas kita?
Kita sebagai manusia:
1) Haruslah menyeru ke arah perdamaian
2) Perlu mengambil iktibar terhadap natijah peperangan, hulurkan bantuan kemanusiaan.
3) Jangan jadi binatang seperti Bush(baca: semak dan menyemak, di negara orang) yang hanya pandai mengamalkan undang-undang hutan rimba, mentang-mentang di US tak cukup rimba, habis di seluruh dunia nak dirimbakan di bawah jajahan haiwan bertopengkan manusia ini.
4) Sedarkan rakyat negara kita yang masih leka. Paling tidak kesedaran mereka terhadap isu ini sekurang-kurangnya boleh menarik mereka kembali kepada Islam yang sebenar. Jangan kita terlambat seperti Ambon, ya, belajar solat ketika jihad!

Kita sebagai umat Islam:
1) Perlu menyokong dan mendokong Iraq meski kita tahu negara mereka tidaklah sesoleh mana, namun mereka tetap umat Islam. Ingat ketika perang antara Rom dan Parsi, Nabi menyokong Parsi kerana Parsi ketika itu lebih dekat dengan Islam.

2) Teruskan boikot barangan dan produk buatan Israel dan anak asuhannya, Amerika, supaya sumbangan kewangan yang kita hulurkan melalui pembelian itu tidak disalurkan ke arah memerangi umat Islam sendiri. Boikot tetap boikot!

3) Kalau keadaan memerlukan, bukan lagi kita perlu kosongkan poket kita dengan mencurahkan harta ke tabung bantuan Iraq, bahkan kita perlu angkat senjata! Walau latihan, kekurangan, kelebihan material kita tiada, namun, jangan kita lupa kita ada Tuhan Yang Esa!

4) Akhir sekali, jangan lupa berdoa untuk kesejahteraan umat Islam. Meski ada yang katakan doa kita tak dimakbulkan, ya, lihat saja berapa ramai yang berdoa di seluruh dunia namun tak berhasil apa jua, tapi kita kena ingat, doa kita kalau tidak dikabulkan hari ini, pasti Allah akan mengabulkannya pada masa akan datang. Biarpun umat Islam masih dibelenggu penindasan, tapi siapa tahu mungkin Allah sengaja biarkan dahulu sebelum mengaminkan doa kita sekaligus memunculkan kemenangan mutlak Islam di seluruh dunia?

Jangan lupa, peperangan ini melibatkan kuffar dan Muslim. Andai peperangan ini tidak berakhir di situ, pastilah akan merebak ke seluruh dunia. Maka, JANGAN TUNGGU peperangan ini sampai ke negara kita! Pastikan kita bertindak sebelum waktunya!
---------------------------------------------------------
UNTUK BERITA TERKINI, DAPATKAN TERUS DARI:

Utusan Online Edisi Khas Perang US-Iraq

Kavkaz Centre:news:fact:analysis

58398 | wewr | 5:54 | 0 comments

US-IRAQ - Perang Yang Telah Bermula..

Iraq diserang hari ini -- 3,000 bom panduan satelit akan digugurkan dua hari berturut-turut
KUWAIT 19 Mac - Konvoi dan askar-askar Amerika Syarikat (AS) hari ini mula bergerak memasuki zon bebas tentera (DMZ) di kawasan sempadan Iraq-Kuwait untuk meneruskan kemaraan mereka bagi menawan Iraq.

Perkembangan terbaru itu berlaku selepas jurucakap Presiden George W. Bush, Ari Fleischer menyatakan beliau tidak menolak kemungkinan peperangan akan dilancarkan esok, lebih awal daripada tempoh 48 jam yang ditetapkan.

Kira-kira 300,000 anggota tentera AS kini berada dalam jarak kedudukan menyerang dan mereka bakal dibantu oleh 1,000 pesawat perang.

Serangan pembukaan digambarkan oleh pegawai pertahanan AS sebagai `menggemparkan dan menggerunkan'.

Selain tentera darat, sebanyak 3,000 bom panduan satelit akan digugurkan oleh pesawat udara selama dua hari berturut-turut. Peluru berpandu cruise dilancarkan dari laut dan udara ke atas kedudukan tentera dan politik Iraq yang dianggap penting bagi rejim Saddam Hussein.

``Askar-askar AS mara ke DMZ pada sekitar 11 pagi ini (4 petang waktu Malaysia),'' menurut satu sumber pasukan keselamatan Kuwait yang bertugas di kawasan Umm Qasr di sebelah timur zon tersebut.

``Konvoi-konvoi tentera Amerika masih bergerak ke arah Umm Qasr.''

Di Baghdad, jalan-jalan raya dan lorong-lorong di ibu kota Iraq itu dilaporkan semakin lengang dengan kebanyakan kedai ditutup.

Presiden Saddam mengarahkan para penduduk di Baghdad supaya membakar timbunan kayu dan tong-tong minyak dengan harapan dapat menyembunyikan sasaran-sasaran penting daripada pengeboman pesawat-pesawat AS.

Parlimen Iraq mengadakan sesi tergempar dengan para anggota Parlimen berikrar untuk mengorbankan jiwa raga mereka untuk Saddam.

Tentera AS dijangka memulakan perang ke atas Iraq dengan melancarkan serangan udara selama dua hari secara bertalu-talu sehingga meyakinkan tentera Iraq bahawa tentangan mereka adalah sia-sia, kata para pegawai Pentagon.

``Serangan itu akan menjadi kempen udara paling besar dalam sejarah peperangan,'' kata bekas pegawai tentera udara AS, Leftenan Jeneral Thomas McInerney.

``Ia akan ditujukan terhadap Saddam dan para pegawai kanannya, senjata pemusnah besar-besaran, zon pertahanan udara bersepadu, istana-istana, unit-unit Pengawal Republikan, unit yang memberi tentangan atau mana-mana unit tentera yang melawan.''

Pemimpin Iraq itu dipercayai akan berlindung di dalam beberapa lokasi strategik seperti dua markas bawah tanah yang dibina oleh tentera bekas Yugoslavia pada penghujung 1970-an.

Markas itu dibina mengikut contoh sebuah kemudahan dekat Sarajevo, menurut satu laporan televisyen Bosnia dan sumber lain semalam.

Stesen televisyen FTV1 menyiarkan rakaman video dari dalam kubu besar itu yang terletak dekat bandar Konjic, 70 kilometer ke selatan Sarajevo.

Ia dikatakan menyerupai dua kubu yang dibina untuk Saddam di Baghdad.

Bekas kolonel dalam Tentera Rakyat Yugoslavia (JNA), Resad Fazlic memberitahu FTV1, JNA membina dua kubu bawah tanah yang serupa di Baghdad untuk Saddam pada lewat 1970-an dan beberapa kemudahan lebih kecil di tempat lain di Iraq.

Kubu itu digali di dalam sebuah gunung kira-kira 250 meter di bawah permukaan bumi.

Kemudahan seluas 6,500 meter persegi di Bosnia itu boleh menampung keperluan kehidupan yang tertutup sama sekali untuk kira-kira 400 orang selama lebih tiga bulan, kata sumber tentera Bosnia di Konjic.

Sementara itu, Saddam berikrar untuk menjadikan peperangan dengan AS sebagai perang yang terakhir ke atas para penduduk Arab.

Saddam bersama-sama pegawai tertingginya menegaskan mereka akan menangkis serangan AS, menurut televisyen Iraq semalam.

``Pertempuran ini akan menjadi pertempuran terakhir Iraq menentang penjahat zalim dan pertempuran terakhir yang dilancarkan oleh Amerika ke atas penduduk Arab,'' kata Saddam sambil menolak kata dua yang diberikan oleh Bush. - Agensi

Perang: Wisma Putra tubuh jawatankuasa khas
KUALA LUMPUR 19 Mac - Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Luar bagi mengawasi secara teliti sebarang perkembangan terkini yang berlaku di rantau Teluk terutamanya di Iraq.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar hari ini, jawatankuasa tersebut dipengerusikan secara bergilir antara Timbalan Ketua Setiausaha I, Datuk Abdul Aziz Mohammed dan Timbalan Ketua Setiausaha III, Datuk Siddiq Firdause Mohd. Ali.

``Ini adalah antara usaha Kementerian Luar untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di kawasan-kawasan berisiko tinggi,'' kata kenyataan itu.

Selain itu, sebuah bilik operasi turut diwujudkan bagi tujuan yang sama dan ia boleh dihubungi 24 jam sehari melalui telefon 03-88874532 atau selepas waktu pejabat 03-88884021/88884803.

Tiga C-130 TUDM ke Dubai bawa keluar rakyat kita
SUBANG 19 Mac - Tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas ke Dubai hari ini bagi menjalankan misi membawa keluar rakyat Malaysia dari beberapa negara bersempadan dengan Iraq ke zon selamat.

Menurut jurucakap TUDM, ketiga-tiga pesawat berkenaan yang membawa 115 krew termasuk lapan wartawan berlepas ke Dubai dari Lapangan Terbang TUDM dekat sini dijangka mengambil masa 13 jam untuk tiba di Dubai yang akan dijadikan sebagai pangkalan sementara untuk misi tersebut.

Katanya, pesawat dengan muatan maksimum 100 penumpang setiap satu akan berada di sana selama seminggu bagi membawa keluar semua rakyat Malaysia yang berada di dalam kawasan berisiko perang, ke Dubai yang dianggap sebagai zon selamat.

Sementara itu, Utusan Malaysia menghubungi Pengarah Operasi Pemindahan Rakyat Malaysia di Dubai, Datuk Syed Hussein Al-Habshee hari ini berkata, Pejabat Konsulat Malaysia di Dubai kini menjadi bilik operasi pemindahan rakyat Malaysia kerana tahap keselamatan di sini terjamin.

Operasi itu melibatkan rakyat Malaysia yang berada di Syria, Jordan, Kuwait, Iran, Bahrain dan Qatar.

Tambah Syed Hussein, tiga buah pesawat Charlie (C-130) yang diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang hari ini akan berpangkalan di Dubai.

``Pesawat berkenaan akan digunakan untuk memindahkan rakyat Malaysia daripada negara-negara terbabit ke Dubai,'' jelasnya yang juga Duta Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Syed Hussein, pihaknya mendapati lebih 1,500 rakyat Malaysia di negara-negara yang telah dikenal pasti.

Bagi rakyat Malaysia yang berada di Qatar dan Bahrain yang tidak mempunyai Pejabat Konsulat Malaysia, pihak Petronas akan bertanggungjawab menguruskan pemindahan mereka, katanya.

Ditanya mengenai suasana di Dubai ketika ini, Syed Hussein berkata, hotel-hotel di bandar tersebut kini dipenuhi dengan warga Kuwait.

``Warga Kuwait yang berasa terancam telah memenuhi hotel-hotel di sini sejak beberapa hari lalu,'' katanya lagi.

Apa Komen Menteri Pendidikan?

Ketika ditanya mengenai proses membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia di negara-negara Teluk berikutan kemungkinan perang di Iraq, Musa berkata, arahan telah pun dikeluarkan untuk tujuan itu.

``Ia cuma nasihat. Jika (mereka) enggan balik, risiko tanggung sendiri,'' katanya. - Bernama

Amerika lupa pengajaran daripada perang Vietnam
20/03/2003 10:41 p.m.

HANOI 20 Mac - Amerika Syarikat (AS) telah melupakan pengajaran daripada perang Vietnam apabila Presiden George W. Bush mengisytiharkan perang ke atas Iraq, menurut laporan media Vietnam hari ini.

``Dengan melupakan pengajaran perang Vietnam, pentadbiran Bush membawa Amerika dan rakyatnya dalam kancah perang yang kesannya sukar dijangkakan,'' kata jurucakap polis, Cong An Nhan Dan dalam kenyataannya yang disiarkan dalam media tempatan.

``Pemimpin politik Amerika seolah-olah lupa apa yang telah berlaku di Vietnam sepanjang 1960-an dan 1970-an apabila tenteranya terkorban.

``Sekali lagi ahli politik Amerika dan pendapat umum perlu mengingat semula perang Vietnam di mana AS tidak menjangka semangat kebangsaan rakyat Vietnam mengatasi kekuatan bom dan senjata.

``AS kalah di Vietnam dan ia masih belum diakui oleh pemimpin White House dan Pentagon.'' - Agensi

Senjata canggih AS tidak takutkan rakyat Iraq
20/03/2003 10:41 p.m.

KUALA LUMPUR 20 Mac - Iraq yakin ia akan menang dalam peperangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) kerana seluruh rakyatnya bersemangat waja, termasuk wanita dan kanak-kanak berupaya mengatasi kekuatan bala tentera AS.

Duta Iraq di Malaysia, Kais Subhi A. Al Yacoubi berkata, sekiranya AS fikir mereka dapat menakut-nakutkan rakyat Iraq dengan penggunaan senjata canggih dan ledakan bom di bumi itu, anggapan mereka itu adalah silap sama sekali.

Rakyat Iraq sememangnya telah bersedia untuk menghadapi peperangan tanpa mempunyai perasaan gentar atau takut.

Menurut beliau, seluruh rakyatnya termasuk wanita dan kanak-kanak rela memikul senjata untuk ke medan perang walaupun perkara tersebut amat sukar dilalui.

``Sekiranya anda berada di Baghdad sekarang, awak pasti terkejut kerana lebih lima juta penduduk yang berada di sana kini menjalani kehidupan seperti biasa.

``Tiada wajah sedih dan takut pada mereka kerana mereka sedar masa depan Iraq adalah di tangan rakyatnya sendiri dan bukan AS.

``Rakyat akan mempertahankan bumi Iraq untuk membuktikan kepada dunia dan AS sendiri bahawa kita akan terus hidup dan bukan mereka (AS) yang menentukan nasib kita,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

AS melancarkan perang ke atas Iraq kira-kira pukul 10.30 pagi waktu tempatan iaitu hampir 90 minit selepas tempoh 48 jam yang diberikan kepada Presiden Iraq, Saddam Hussein tamat.

Serangan awal tentera As itu lebih kepada ancaman kepada Saddam bagi menyingkirkan pemimpin Iraq itu.

Beliau menambah, peperangan sememangnya sudah tidak dapat dielakkan lagi.

``AS sebenarnya hanya mencari sebab untuk memusnahkan Iraq kerana mereka adalah sekutu Israel sedangkan kita pula mempertahankan Palestin.

``Ini adalah hukuman yang kita terima kerana turut berjuang untuk Palestin,'

58397 | wewr | 5:42 | 0 comments

Pejuang Yang Pulang...

Layakkah kau digelar pejuang
Pejuang tak takut mati
Pejuang tak cinta dunia
Pejuang hanya cinta Allah semata

Makanya
Pabila kau pulang
Bukan lagi namamu harum
Tidak lagi hasrat murnimu menguntum
Tapi khajal yang meranum!

Pulangmu bukan mulia
Pulangmu bukan setia
Janjimu tidak undang ceria
Cita-citamu jadi sesia

Kau bukan pejuang
Kau lari dari medan juang
Kau takut, enggan berjuang
Kau bahkan adalah petualang!

Kita dahulu sama-sama berdiri
Kita sama-sama berjanji
Allah matlamat kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran dan Sunnah panduan kami
Jihad jalan kami
Syahid fisabilillah cita-cita kami

Lalu
Apa usahamu?
Apa dayamu?

Matlamat kita Allah
Bukankah Tuhan suruh kita berwehdah?

Ikutan kita Rasul
Pernahkah Rasul ajar kita jadi bacul?

Quran dan Sunnah panduan
Tidakkah ajar sahut bidadari kerinduan?

Jihad sebagai jalan
Bukan pulang sebagai sialan

Cita-cita kita syahid
Bagaimana mahu syahid, andai enggan jadi mujahid?

Aku tidak tahu
Kau juga tidak tahu
Senapang di tangan kiri kau
Quran di tangan kanan kau
Moga Tuhan restui kepulanganmu...

22 Mac 2003.
Bayt Kahfi
Sweileh, Amman.

58396 | wewr | 5:41 | 0 comments

17 Mar 2003

Lagu UMNO Versi Cetak Rompak

Bersatu UMNO bersatu
Pemuda jadi kuda kayu
Hidup macam kelkatu
Tipu bangsa, tipu Melayu

Bersama puteri wanita
Dulu, kini, selamanya
Umpat, fitnah, mengata
Itu cara mereka

UMNO nama dah punah
Dipandang hina dan rendah
Bersatu, bersetia,
Berkhidmat untuk si tua

UMNO pasti musnah
Bersama si Maha Tua

-Dinyanyikan secara bebas oleh Zulkifli Noordin, peguam Anwar Ibrahim, pada ceramah Konspirasi 14 & Khabar Terkini Anwar di Taman Melewar, Januari 2003.

57717 | wewr | 2:32 | 0 comments

Nada Dering NOKIA 3330 Versi wewr

Nada Dering NOKIA 3330 versi wewr

Queen Of My Heart (Hijjaz)

4a1 4b1 1c2 4c2 4d2 1c2 4b1 4a1 1b1 4d2 8b1 8a1 1g1 4g1 1a1 4a1 4b1 2c2 2b1 4a1 8b1 8a1 1g1 8f18e1 8f1 1g1 4a1 4b1 2c2 2c2 4d2 4c2 8e2 8d2 2.c2 4d2 4c2 2e2 2b1 4b1 4d2 8b1 8a1 1g1

p/s: Permaisuri apabila dinobatkan, pastinya menjadi ratu. Ratu hati mahu mengukirnya bukan sesaat masa perlunya, bahkan mujahadah, pengorbanan, dan usaha yang tidak kenal jemu, pahat ukirnya.

Nur Kasih (In-Team)

4e1 4c2 4b1 2.c2 4e1 4f1 4e1 4c2 4d2 2.c2 4e1 4f1 4e1 4e1 4e2 2.d2 4c2 44b1 4a1 4a1 4f2 4f2 8e2 8d2 2.e2 4e2 4c2 2b1 8c2 8b1 2c2 4b1 4a1 4a1 4b1 4d2 2.c2 4b1 4a1 4a1 4b1 4e2 2.d2 4c2 4b1 4a1 4a1 4f2 4f2 2.e2

p/s: Kasih tidak mudah dicari, bila ketemu, pantau dahulu, sudah dinilai, jangan tunggu-tunggu, segera kecapi cahaya kasih itu!

Sumaiyah (Hijjaz)

4e2 4e2 4e2 4e2 2e2 4d2 2e2 2c2 2b1 2a1 4f2 4f2 4f2 4f2 2f2 4e2 1.f2 2d2 4e2 2f2 2a2 2g2 2a2 2g2 2f2 4e2 4e2 4e2 4e2 2e2 4d2 1.e2 4c2 2e2 4d2 2d2 2c2 2e2 2f2 2d2 2e2 4c2 4c2 4c2 4c2 2c2 4b1 1.c2 4.a1 4.b1 4c2 4f2 -+-4f2 4f2 4f2 4.f2 4e2 2f2 2c2 2b1 2a1 4e2 4e2 4e2 4e2 2e2 16f2 4d2 1e2

p/s: Selirat derita terurai pabila mentari dan wajah bengis Umaiyah membaham tubuh wanita syahid pertama dalam sirah Nabi Muhammad, rohnya terbang ke syurga bersama suami tercinta..

Sutera Kasih (In-Team)

2.c2, 8#a1, 8c2, 4#c2, 8c2, 4.#a1, 4#g1, 4g1, 8#g1, 4.#a1, 8#g1, 8#a1, 4c2, 8#a1, 4.#g1, 4g1, 4f1, 8g1, 4.#g1, 8g1, 8#g1, 4#a1, 8#g1, 4.g1, 4f1, 4e1, 4f1, 4g1, 4c1, 2#g1, 2#a1, 2a1, 4#a1, 4c2, 2#c2, 2f2, 4#d2, 8f2, 4.g2, 4#d2, 2#g2, 2g2, 2f2, 4c2, 4#d2, 2#c2, 2f2, 2#d2, 2g2, 1f2

p/s: Tuhan dikasihi, dirindui, disembahi. Sekali tak ketemu jalan, usah terasa terasing.Bila sesat, jangan lupa, segera pulang kepada-Nya.

Mobile Com (?)

16d2 32#d2 4e2 8d2 32#d2 8e2 4.d2 32#d2 8e2 4f2 4.d2 16c2 16#c2 4d2 4d2 8.c2 32d2 32c2 16.#a1 32#c2 1d2 32#d2 4e2 8d2 32#d2 4e2 2d2 32#d2 8e2 4f2 4.d2 32c2 32#c2 4d2 4d2 32#d2 8e2 8d2 1f2 32#d2 2e2 32f2 32e2 8d2 4e2 8f2 32#f2 8.g2 8.g2 8e2

p/s: Jangan diambil lagu tidak sedap ini! Dikirim oleh syarikat MobileCom pada tahun baru. Kenapa masih simpan?Malas membuangnya.

Winter Sonata (Ryu Shin Won)

4c2, 4d2, 8d2, 8#d2, 8#d2, 4#d2, 8d2, 8c2, 8#a1, 4.a1, 8a1, 8#a1, 4c2, 4d2, 8#d2, 8d2, 8#d2, 8d2, 8c2, 8#a1, 8a1, 4.g1, 8g1, 8a1, 8#a1, 8#a1, 8c2, 8c2, 4c2, 8#a1, 8a1, 8g1, 4#f1, 8#f1, 4g1, 4.a1, 4c2, 8#a1, 4#a1, 8c2, 8d2, 2d2, 4c2, 4d2, 8d2, 8#d2, 8#d2, 4#d2, 8d2, 8c2

p/s: Wahwahwah, sudah pandai sonata ya? wink wink...Mentang-mentang salji turun, aduh, bagai musim salju di dalam cerita!

Kau Sahabat Kau Teman (Hijjaz)

8e1, 4c2, 8b1, 4.b1, 8-, 8e1, 4c2, 8b1, 4b1, 4a1, 8g1, 2b1, 4a1, 8g1, 2a1, 8-, 8#f1, 8g1, 4b1, 8a1, 4.a1, 8#f1, 8g1, 4b1, 8a1, 4a1, 4g1, 8#f1, 2a1, 4g1, 8#f1, 2g1, 8-, 8e1, 8#f1, 4a1, 8g1, 4.g1, 8-, 8e1, 4a1, 8g1, 4g1, 4#f1, 8e1, 2g1, 4#f1, 8e1, 2#f1

p/s: Waktu dahulu, sahabat adalah peneman setia, sedih, suka, tawa, duka, memori bersamamu teman takkan mampu kulupa!

57716 | wewr | 2:23 | 0 comments

14 Mar 2003

FILEM MELAYU MENUJU KELUCAHAN?

Bila wewr menulis...

Sudah lama sebenarnya saya ingin katakan hal ini. Bermula dengan kelucahan yang ditaja oleh badan perfileman negara sehingga dibazirkan wang begitu saja, dalam pembikinan filem Embun yang entah sampai atau tidak mesej yang ingin disampaikan itu, sehinggalah kepada siri-siri filem komedi yang tidak bersiri, muncul tiba-tiba dan begitu memalukan, rasanya tidak adapun pihak berwajib atau pihak berinstitusi tinggi yang patut didengar pandangan mereka menegur atau memperkatakan tentang kelucahan yang semakin menabrak dinding-dinding moral filem Melayu kita!

Sebenarnya, saya sendiri, pada permulaan remaja, saya tidak berminat untuk sering menonton, bahkan saya hanya pernah datang ke pawagam sekali saja seumur hidup saya, itupun untuk menonton cerita yang sudah agak basi ketika itu, Jurrasic Park, pun bersama keluarga. Mungkin, bagi anda yang sering menonton, yang sering ke panggung menonton wayang merasakan tidak adil dan tidak patut untuk saya komen tentang filem-filem Melayu kerana saya tidaklah dilihat sebagai yang dizalimi, ya, membeli tiket sebanyak sepuluh ringgit untuk menonton di pawagam tetapi filem tidak memuaskan, itu dizalimi namanya, namun, sebagai salah seorang rakyat Melayu yang hidup di kalangan masyarakat Melayu, saya kira saya berhak menyuarakan pandangan saya selaku agen dalam masyarakat. Bukankah negara kita negara Islam demokrasi? Kalau tidak menegur, maka apa gunanya saya hidup sebagai manusia yang bersosial dan berbudaya serta berpegang pada prinsip agama?

Akhir-akhir ini, rupanya banyak filem Melayu yang saya tonton, sambil dalam hati saya, terdetik-detik, apahal dengan filem Melayu kini? Embun yang dijarahmamah oleh tentera Jepun, bukan jadi pengajaran, jadi keghairahan! Dengan mimik muka yang berpeluh begitu, siap dengan kesan bunyi yang begitu memalukan, kisah begitu hendak dijadikan teladan? Maaf, mungkin saya sedikit beremosi. Namun, saya rasa berbaloi jika saya beremosi, sedang yang sepatutnya lebih layak mengutarakan hal ini senyap menyepi diri. Kenapa tidak diambil kisah yang lebih bagus, yang tidak perlu disumbat-sumbat adegan rogol begitu, negara kita bukankah kaya dengan kisah zaman tentera Jepun. Bukan di Utara saja, di Johor, di Terengganu, bahkan banyak kisah yang betul-betul boleh dijadikan teladan dan mampu meningkatkan semangat rakyat. Kenapa tidak ambil saja kisah tentera Selempang Merah, yang ceritanya lebih menampakkan kekuatan umat Melayu melawan sang mata sepet berbadan pendek?

Itu belum lagi termasuk cerita-cerita komedi yang berbau lucah, yang menghiris sentimen umat majoriti dalam negara Islam kita, ya, penghirisnya adalah umat yang itu juga. Siapa tonton filem komedi 'Aku Kaya!'? Pada saya, memang jalan ceritanya yang agak berserabut itu tidak menjadi soal, asalkan ceritanya kelakar dan menghiburkan itu sudah cukup untuk membolehkan cerita itu divcdkan. Memang saya tak nafikan, lawak dan kelucuan cerita ini memang ada, dan bersahaja, namun unsur-unsur berbau lucah yang dimuatkan dalam filem yang sepatutnya sesuai ditonton seisi keluarga itu, benar-benar merosakkan kemurnian mesej yang boleh disampaikan lewat 'Aku Kaya!' itu. Adegan menunjukkan bonjol-bonjol yang tak patut ditunjukkan, efek-efek harimau mengaum apabila lelaki bertemu perempuan seksi(meski dalam cerita, itu adalah lelaki juga), ayam, dan 3 orang adik-beradik yang berkotak kadbod berlari-lari anak tanpa memakai pakaian!

Banyak lagi filem Melayu seumpama yang saya sebutkan malah ada yang lebih teruk lagi. Jangan kata filem Spinning Gasing bersih daripada sebarang adegan seperti itu. Lawak-lawak Senario juga kadangkala ada terselit lawak-lawak berbau lucah. Dari satu sudut, jelas menunjukkan, filem-filem Melayu seolah-olah tidak ada sempadan yang perlu dibatasi, perlu diingati agar tidak dilangkahi. Atau mungkinkah kerana sempadan-sempadan itu tidak nampak jelas, atau dipadamkan garisannya oleh pihak yang berkepentingan, wallahu a'lam, saya tidak tahu. Dan yang paling saya kesalkan, wujudnya dialog-dialog skrip yang membawa bahaya kepada aqidah pegangan umat Islam jika diamalkan dan disalahfahamkan. Fahaman yang salah terhadap prinsip-prinsip agama, dan lakonan yang menunjukkan penghinaan terhadap agama Islam perlulah dibetulkan oleh ulama-ulama dalam negara Islam ini. Apa guna ilmu di dada kalau tidak diguna membaiki masyarakat?

Sesungguhnya kelucahan tak membawa kita ke mana-mana. Hanya dosa dan noda yang akan terpalit di hati masyarakat kita. Meski kita sebagai penerbit filem, ingin mengikut kehendak masyarakat, membikin filem dengan mengambil realiti yang berlaku dalam masyarakat, namun kita kena ingat, sunnah yang baik, akan membawa pahala kepada orang yang mengamalkannya, jika jalan yang buruk kita tunjukkan, bukankah celaka akhirat kita nanti membawa beban dosa yang orang lain pikulkan atas pundak kita, hanya kerana kita membuat filem mengajak orang ke arah keburukan.

Justru, marilah menuju kebaikan. Ubahlah sebelum terlambat. Sebelum kita ke liang lahad. Sebelum lakonan dan arahan kita menjadi saksi di mahkamah Allah kelak, bukankah ketika itu mengubahnya kita takkan dapat?

57310 | wewr | 9:53 | 2 comments

MATI : Satu Perjalanan Pasti...

MARI BICARA TENTANG MAUT!

Mati, siapa mahu mati, angkat tangan! Ah, di dunia ini, hanya orang yang sayangkan dunia, akan bencikan mati. Kerana mati adalah musuh, mati adalah perpisahan daripada dunia yang menawan, sungguh? Dalam hayat dunia maddiyah(materialistik) kini, bukan mudah kita mahu mencari insan-insan yang begitu cintakan kematian, begitu sayangkan Tuhan, begitu kasihkan darjat Syuhada'. Kecuali, hanya kita akan dapati kecintaan itu berkembang subur di bumi-bumi anbiya', ladang-ladang syuhada', taman-taman kematian yang sungguh kita saksikan tiap hari, baca: teliti, dengar : hayati dalam radio mahupun media tuli!

Mati adalah terminal yang pasti disinggahi. Siapa yang berani menyanggah kenyataan itu tentu bukan orang yang mempercayai. Bila ajal datang menjelang, Malaikat Izrail (Ingat, Izrail, bukan Israel. Jangan jadi seperti 'orang itu' yang tak tahu membezakan antara malaikat dengan kaum spesis kera!) mainkan peran, nyawa tercabut tubuhpun meregang, Allahu Akbar janji-Mu telah datang!

Firman Allah dalam kitab sucinya, "Kullu nafsin zaiqatul maut" "Likulli ummatin ajala" yang bermaksud "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati" dan "Bagi setiap ummat itu ajal(tempoh)nya".

Allah telah menetapkan tempoh hidup bagi setiap yang bernyawa. Justeru, hal yang telah ditetapkan sejak azali ini, bahkan semasa ditiupkan roh ke dalam jasad kita sebelum ini, maka manusia telah ditentukan waktu bila ia akan dicabut rohnya keluar dari jasad. Cuma bilakah waktu yang tepat, tempat yang tetap, tiada siapa yang tahu melainkan Allah semata.

Larilah ke penghujung dunia, kuncikanlah diri dalam bilik sekebaltebal mana sekalipun, pasti kita tidak dapat lari dari maut yang berkunjung. Maut itu ada di mana-mana. Bahkan diriwayatkan dalam satu hadith, malaikat Maut telah hafal dan kenal benar akan rupa, peribadi setiap manusia, dek kerana kerapnya berkunjung menemui manusia tanpa disedari olehnya sebanyak 70 kali setiap hari. Maut sebenarnya datang dan ditentukan ajalnya oleh Allah, hanya Allah menjadikan sebab kematian sebagai bukti kepada manusia. Contohnya, si polan bin si polan mati kemalangan. Sebab kematian dikatakan kemalangan tetapi sebenarnya ajal itu telah ditentukan Allah. Dijadikan sebab mati itu adalah kerana dunia adalah darul asbab yakni dunia ini memerlukan sebab berlakunya sesuatu. Namun telah banyak kes kematian yang kita tidak dapat temui sebabnya, maka bukankah Allah Maha Berkuasa?

Peringatan mati ini sebenarnya adalah peringatan yang paling berkesan buat yang beriman. Jika tidak beriman, sukarlah ia menjadi peringatan yang baik. Maka, kunjungilah kuburan, melihat majlis kematian, maka iman akan bertambah.(tambahan: Rumah Mayat boleh, perhimpunan Burung Kakak Tua pun boleh!) Mati, akan menyebabkan peminjam tubuh(apa yang ada adalah pinjaman daripada Tuhan) merasakan takut dan cuba bersedia apabila waktu pemulangan pinjaman sudah hampir tiba. Adakah amal telah cukup, solat yang didirikan telah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, puasa, zakat, sedeqah, haji dan sebagainya telah dilunaskan dengan sempurna? Bagaimana pula dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan? Sudahkah dipohon ampun dan bertaubat? Muhasabahlah diri andai kita masih leka mengejar duniawi mengabaikan ukhrawi.

Maut juga adalah satu proses perpindahan ke alam kubur yang menentukan baik buruknya amalan, dilihat pada tanda-tanda sebelum mati. Kalau mati itu dalam keadaan baik, husnul khatimah, maka akan terlihatlah wajah yang berseri, urusan menyelesaikan jenazah dilakukan dengan mudah dan sempurna, ramai orang yang datang menyolatkannya dan lain-lain lagi. Ada juga jasad atau kubur yang berbau harum sebagai penghormatan Allah kepada hamba-Nya yang mulia. Insya-Allah, beliau akan ditempatkan di syurga.

Namun jika buruk kesudahannya, suul khatimah, maka akan terlihatlah pula tanda-tanda mengaibkan mayat, urusan menjadi susah, sebelum mati payah mengucap(bahkan tidak mengucap langsung dua kalimah syahadah pun ada) dan lain-lain, maka mungkin di nerakalah tempat tinggal tetapnya. Ada pula ulama yang mengatakan, seksa kubur akan mengurangkan seksaan di neraka, wallahu taala a'lam. Na'uzubillahi min azabil qabr wa azabin naar!

Tapi, antara mati dan hidup, sebenarnya, manakah yang lebih baik? Matikah? Hidupkah? Atau kedua-duanya?

Mati?
Kenapa mati?
Kenapa hidup?
Tuhan beri
Ya, memang Tuhan tentu

Tapi...
Mati wajib
Hidup tak tentu lagi
Hidup pasti mati
Mati pun pasti hidup lagi
Cuma hidup itu tak mesti.

Mana baik?
Mati @ hidup?
Hidup berjasa, mati mulia
Mati berdosa, hidup bergelumang noda,
Mati baik, hidup sama.

Hidup
Tanpa makna
tanpa jiwa
tanpa rasa
Baik mati

Mati
tanpa bekal
tanpa amal
tanpa sesal
baik hidup

Hidup @ Matikah yang lebih baik?

-wewr-120802-RK-N9

Betul, dua-dua ada kelebihan. Ada kekurangan. Mati, sudah tentu tak boleh tambah amal lagi. Kalau dibenar pun, hanya ada 3 talian hayat(sepatutnya talian maut!) yang anda boleh pilih dan gunakan. Talian anak soleh doa diangkat, talian harta amal jariah berkat, dan talian ilmu yang dimanfaat. Kalau mahu guna yang lain, macam talian tanya sidang penonton, penonton hanya tahu tonton tanah yang merah, penonton hanya pandai jenguk-jenguk lubang lahad, tak berani dekat. Kalau mahu telefon kawan di rumah saja, anda perlu tersengih semata, telefon sudah tiada, tertinggal di rumah adanya! Kalau mahu sedikitkan jawapan, buang separuh misalnya, jua tidak boleh, kawan. Ya, kerana Malaikat Munkar dan Nakir itu, skrip soalannya tetap sama, tak boleh dikerat-kerat macam LPF menapis filem konon saksama, macam Erma Fatima menggugurtambah babak-babak yang dia suka dalam skrip filem Embun yang banyak labunnya. Yang pasti soalan kubur adalah menentukan mana hala tuju terminal selepas ini, sama ada menaiki pesawat syurga(burung hijau: milik syuhada' yang diangkat roh ke syurga sebagai burung), atau terhempas dengan helikopter neraka!

Hidup pula, banyak sangat pancaroba. Biarpun boleh berbuat amal, mengerja ibadah buat bekal, namun nampaknya syaitan dan nafsu yang menggoda terlalu sial! Bak roda berputaran, sekejap merudum, sebentar mendaki gunung. Bila hidup ini jatuh merudum bak ekonomi Malaysia yang gawat, maka putuslah persahabatan sesama kawan, hauslah perhubungan dengan Tuhan. Bila hidup jadi naik meningkat, darjat pun turut diangkat dan terasa Tuhan memberkat!

Jadi bagaimana kita ini? Ya, hidup boleh diteruskan, tapi maut dilupa jangan. Hidup boleh dikerjakan, tapi akhirat terminal kepastian. Biar bagai hidup seribu tahun kita ini bekerja, namun untuk akhirat kita ini bagai mati esok saja. Jalan kiri dan kanan kita boleh pilihkan, yang mana kita mahu, kita diberi can. Maka pilih yang baik, jangan pilih yang buruk, kelak hidup kita bakal teruk! Pilihlah jalanmu.......Kerana jalan kita hanya perlu satu, jalan menuju Yang Satu!

------------------------------------------
Laman Menarik:
Istisyhad.Com

57308 | wewr | 9:44 | 0 comments

8 Mar 2003

TIKA SALJU GUGUR

(Memori Buat Insan Istimewa Yang Telah Pergi Selama)
Tika salju gugur
Kacamata merenung
Tembus kaca-kaca salju
Dan mata pun berkaca...

Tika salju gugur
Ada memori yang enggan gugur
Ada ingatan yang masih subur
Satu-persatu,
Kenangannya berbaur
Rupanya masih utuh, enggan berkubur...

Tanah masih merah,
Perasaan masih berdarah,
Masihkah ada esok yang cerah?

Tika salju gugur
Hati yang luka usahlah parah,
Ubatlah jiwa dengan pasrah,
Redha ujian Tuhan jua berserah,
Kerna diri kita lillah dikerah.

Moga salju yang gugur
Memupuk cinta Pencipta, redha lagi akur!

27 Februari 2003.
Bayt Kahfi
Muqabil Madaris Umam Al-Muttahidah
Sweileh, Amman.

56365 | wewr | 9:07 | 1 comments

KERUPING SALJU

Bintik-bintik
Tukar jadi butir
Keras menyitir
Lantas jadi keruping
Gugur di samping

Rupanya
Cerah, jernih, putih
Lapik, hampar, bersih
Maka
Salju adalah
Nikmat kegembiraan
Hikmat persaudaraan
Rahmat kurniaan Tuhan

Kepingan salju
Mencorak jiwa
Cuci hati, bersih nyawa.

Lantai bumi putih
Lambang hati bersih
Lalu noda mencemar
Ukir jelek terlukis di marmar
Maka, biarkan ia tetap putih
Sebelum mencair jernih

Musim indah berpacaran
Lagu suci bukan eceran
Mekar bunga menerbit cinta
Ayuh, mari kita sonata!

25 Februari 2003.
Bayt Kahfi
Muqabil Madaris Al-Umam Al-Muttahidah
Sweileh, Amman

56364 | wewr | 9:06 | 0 comments