|
|
|
::Khabar Dari Urdun - Versi Kitab Kuning::
Versi Kitab Kuning ingin mendekati para ulama' dalam usaha menjadikan khazanah ilmiah sebagai warisan dan pusaka Muslimin seluruhnya. Dilancarkan pada 17 Oktober 2005. Insya-Allah akan menghidangkan tulisan-tulisan ilmiah, dan bahan audio juga teks daripada ulama'-ulama'.
Satu Hari Di Mirhadh Arab...
Satu hari di mirhadh Arab, awak yang kesakitan, segera berlari dan berlari. Melintas jalanraya yang sibuk, melangkah pantas dan segera, cuma ingin tunaikan satu perkara yang amat-amat diperlukan pada masa itu...Hajat!
Satu hari di mirhadh Arab, awak berlari menuju ke Kuliah Syariah, mengharapkan mirhadh terbersih dalam Jamiah, mengharapkan ketidakkuncian mirhadh yang sangat diperlukan tika itu, akhirnya tiba kelelahan di imarah Kuliah Syariah.
Awak dapati, pintu utama terkunci langsung. Ya Allah, bagaimana ini? Awak kelilau sekeliling bangunan Kuliah Syariah, cari pintu. Pintu ada banyak, tapi mirhadh yang satu itulah. Yang satu-satunya. Jadi, kalau awak tak jumpa pintu, bagaimana awak nak key-in?
Awak mengah. Separa mampus, bagai lembu ditoreh leher buat sembelih. Awak sudah desperado. Tak tahu lagi bagaimana awak nak buat supaya keperluan paling asasi awak ini tertunai. Peluh berkucuran. Muka kemerahan. Awak, macam mana ni?
Akhirnya awak teringat. Pintu utama sudah dikunci. Kalau pintu utama ada, mengapa tak ada pintu belakang? Mengapa tidak ada pintu tak utama. Apa kata awak pergi cari yang tak utama tu. Tentu tak utama itu akan terbuka, paling kurang jika tidak tertutup. Ya, paling tidak kurang, terkunci juga macam pintu utama.
Awak berlari lagi. Alhamdulillah, awak bersyukur ke hazrat Yang Maha Esa. Kerana membuka pintu tak utama untuk awak. Hilang sebentar rasa mengah dan lelah. Namun cuma sebentar, kerana rasa mengah itu kembali. Ya, awak belum tunaikan apa yang awak perlukan. Awak kemudiannya berlari naik ke atas. Cari Mirhadh Arab!
Ya Salam, nasib baik pintu mirhadh pun tak terkunci. Bagaimana nak dikunci, tombolnya pun tak ada. Awak masuk ke dalam mirhadh Arab yang berbau wangi(?) itu. Wangi sampai pening kepala awak. Bau belacan ada, bau kari tak ada, bau yang lebih dahsyat daripada itupun terlalu ada. Rupanya, awak kenal ya bau-bau yang datang dari perut-perut Arab itu. Senyum untuk awak...
Dalam mirhadh, ada 3 bilik. Mahu jongkok atau duduk? Mahu tonggeng sampai terteleng? Jangan awak. Baik awak pilih yang boleh cangkung. Kelak awak tak susah mahu tunai. Baiklah. Awak pilih cangkung ya. Cangkunglah!
Ya ampun!!Apa lagi awak? Isk...isk..isk...Sampai hati mereka buat catuan air. Siapa? Awak? Bukan.. Mereka. Tukang catu air. Habis, bagaimana awak mahu selesaikan keperluan asasi awak? Itulah yang awak tengah fikir. Bagaimana ya?
Kendi yang berwarna merah itu separuh berisi air. Mana cukup! Awak teringat, kalau di mirhadh Arab, tiada air pancur dan air getah. Air kendi saja yang ada. Alahai, kalau ada air pancur dan air getah pun tak berguna, airnya tiada. Awak fikir lagi dalam keadaan menyenakkan, bukan enak. Idea..Idea..Idea!
Hah! Awak menjerit dalam hati. Kalau menjerit luar hati, bimbang dikata gila pula. Ya, awak kan dalam mirhadh. Kalau ada pekerja atau doktor yang dengar dan nampak awak, susahlah awak nak buat kerja awak pula. Awak dah ada ideanya, kan? Apa ideanya?
Awak pergi ke sebelah. Bilik lagi satu. Tengah-tengah antara mencangkung dan menduduk. Awak lihat kendi hijau. Ah, kendi hijau ini nampaknya molek dan berisi. Awak angkat dan timbang. Ya, berisi, bagai perut awak dan bagai perut kendi itu. Awak nak buat apa?
Awak pergi ke bilik tempat awak sudah jongkok tadi. Awak ambil kendi merah. Lalu awak jamakkan kendi merah itu dengan kendi hijau. Jadi apa ya? Barisan Alternatif? Warna hijau itu bulan, warna merah itu rakyat. Bukanlah awak. Jadi banyak!
Yang merah, awak letak baik-baik. Bukan dua-dua di sini, letak merah di sana. Hijau, awak ambil dan guna, faham?
Selesai. Awak sudah tak berisi lagi. Awak sudah tidak buncit lagi. Awak sudah hilang hajat. Hajat awak ghaib dalam pada hidung awak terkena dan tersapu bau lazat lagi gurih. Bau apa? Bau yang tak tahu erti cebuk, yang enggan cebuk juga, yang guna fine(tisu) dan tak tahu membuang dengan betul. Awak lega. Awak boleh balik?
Nanti, awak kena pakai apa yang patut dipakai. Ya Rabbana, seluar awak tidak kering terkena tompok-tompok basah. Itulah, awak tak sangkut di tempat yang betul. Bukankah sudah basah. Bagaimana awak nak sangkut di tempat betul? Tempat sangkut yang betul-betul dan sebetulnya tiada. Itukan citra mirhadh Arab yang stereotaip?
Jadi, tompok basah itu bagaimana? Awak juga hairan. Masa bila air yang tadi mahu diguna boleh hadir dan mencium seluar awak? Yah, rupanya tempat awak sangkut seluar tadi adalah tangki air yang bocor. Lalu, awak ambil fine yang suci, awak lapkan ia. Pakai, lalu berjalan terus keluar. Jangan toleh-toleh lagi. Nanti bau itu lekat pada hidung, enggan hilang waktu makan.
Itu baru namanya satu hari di mirhadh Arab!
*mirhadh = jamban *fine = jenama tisu
63261 |
wewr | 2:36
| 0 comments
Iraq Yang Malang
Dahulu, Tika zaman mewah Enggan pandang ke bawah Kau bermegah-megah Dengan wang, mulia dan gagah
Tapi, Bila silap praktikmu Jadi konyol berdepan taktik musuhmu Lalu jatuhmu setakah-setakah Akhirnya kau kering tandus merekah
Dengan semangat fanatik Dengan maruah setitik Dengan jiran kaku tak berketik Dan masa yang terus berdetik
Kau bangkit Tetap lawan meski kau sakit Cuba tabah walau punya kekuatan sedikit Hampir menang, lalu jadi mutasaqit!
Bangsamu, Tak lagi bersatu Syiah, Saddamiah dan Kurdi Berpecah hala sendiri Dan musuh eksploitasi
Malu melihatmu Tapi itulah bangsaku Itulah dunia Islamku Itulah Iraqku yang malang
17 April 2003 Bayt Kahfi Sweileh, Amman.
62454 |
wewr | 23:27
| 0 comments
Siapa Faham?
Faham Bila minda mengia Bila hati tunduk sedia Bila mengangguk kepala Bila mengaku kata
Siapa faham? Murid-murid angkat tangan Politikus angkat kening Muslim angkat sumpah setia Mujahid angkat senjata
Tapi Bila enggan faham? Bila salah faham? Bila pura-pura faham?
Jadi bodoh, bebal, bangang Jadi kalah tanpa menang Jadi jahil pantang larang Jadi perang dan perang
Sebenarnya Manusia tidak faham Cuma cuba-cuba faham Sedang nurani takkan faham Hakikat faham
Siapa faham? Tuhan afham Manusia takkan faham (hikam) Kerana Tuhan cipta dunia tanpa waham!
18 April 2003. Bayt Kahfi Sweileh, Amman
*afham = lebih faham *hikam = jama' kepada hikmah *waham = syak, curiga
61980 |
wewr | 4:34
| 0 comments
Seorang...
Dalam rahim Aku seorang
Dalam kanak-kanak Aku seorang
Bila remaja Seorang lagi
Nakalku seorang Lelakiku seorang Ada kawan, masih seorang Ya, kembaraku tetap seorang...
Seorang di bumi Melayu Seorang juga di bumi Syam Bila agaknya tambah seorang?
Pupus generasi nanti Tinggallah seorang
Dalam perjuangan Pun seorang
Sunyikah seorang-seorang? Tanpa seorang... Seorang sebatang kara
Nanti Dalam kubur Seorang lagi
Diseksa diazab neraka Seorang jugakah?
Wallahi Tiada seorang tahu Walaupun seorang aku
18 April 2003 Bayt Kahfi Sweileh, Amman.
61977 |
wewr | 3:52
| 0 comments
KATAMU...KATAKU
Katamu Kau tak boleh kesunyian Kelak hidupmu bosan nian
Kataku Hening itu sumber ilham Bising itu gempita gegendang telingaku, kelam
Katamu Pabila matamu tersengguk-sengguk Tanda telah tiba kantuk
Kataku Otakku berjalan biar mata pejam Tidurku mungkin bisa cuma sejam
Katamu Hatimu berdarah noda Naqis iman dalam dada
Kataku Jiwa ragaku bentan Bagaimana mampu seputih santan?
Katamu Rupa paras bukan nilaian Penting hanya akhlak pujian, bukan makian
Kataku Kacak, nanti kedut jua Akhlak, mulia ke tua
Katamu Tenang itu sifat Nabi Redha pasrah ketentuan Rabbi
Kataku Tenang, bukan tanda alim Pantai berubah, inikan pula iklim
Katamu Mati cuma sekali Peritnya tiada pelali
Kataku Sekali, jadikan di jalan Ilahi Enggan, nanti hina bagai tahi!
18 April 2003. Bayt Kahfi Sweileh, Amman.
*Naqis = berkurang.
61975 |
wewr | 3:22
| 0 comments
Baghdad Jatuh?
Semalam berita daripada sumber US mengatakan bahawa Baghdad telah jatuh. Para pemimpin, menteri dan semua tentera, polis Iraq tidak kelihatan sepanjang hari semalam di Baghdad selepas tentera US berjaya menakluki Baghdad petang semalam. Ini diikuti dengan upacara menumbangkan patung besar Saddam di Medan Tahrir di hadapan Hotel Palestine, Sahat Firdaus, Baghdad semalam.
Tak ada siapa tahu benarkah Rejim Saddam betul-betul tumbang atau tidak. Ini kerana, sebelum penaklukan US ke atas Baghdad berjaya, tentera Iraq masih lagi berlawan dan berjuang. Cuma dalam masa 6 jam selepas itu, bayangan tentera atau pihak berkuasa langsung tidak kelihatan menyebabkan US masuk dengan mudah. Mengikut sumber M16(perisikan British), Saddam dipercayai masih hidup dan selamat, dan begitu jugalah harapan dan pandangan majoriti masyarakat Arab di rantau sebelah sini memandangkan sumber berita hanya tinggal satu iaitu daripada US setelah US menembak mati wartawan Jordan Al-Jazeera yang bekerja di akhbar Jordan Times dan Ar-Ra'y (Jordan), As-Syahid Tariq Ayyub kelmarin.
Apa yang menyedihkan, apabila rakyat Iraq menyambut dan menyorak kehadiran tentera US ketika mereka masuk Baghdad semalam. Saya hanya fikir, apa nasib rakyat Iraq kalau US memerintah. Para remajanya akan rosak akhlak, wanita-wanitanya akan hilang maruah, orang-orang tuanya akan hilang wibawa dan seluruh bumi Iraq Syaqiq yang bersejarah dalam pemerintahan Abbasiyah ini akan musnah dari sudut moralnya dan nilainya. Bagi saya, memang wajar Iraq kalah, jika keadaan dan ummah Iraq sendiri berpecah-belah, jika ummatnya sendiri tidak bersatu berwehdah. Setahu saya, ada 3-5 golongan atau puak dalam rakyat Iraq, puak yang menyokong Saddam, puak yang menyokong Kurdi, dan puak yang menyokong Syi'ah. Dan setiap puak pun ada pecahan masing-masing berbalah kerana pangkat, kuasa atau harta. Tidak hairan kalau Baghdad benar-benar jatuh.
Apapun, inilah hasil umat Islam yang tak bersatu. Hasil jiwa Muslimin yang tak ada kesatuan, walau di kalangan bangsa yang sama, warna kulit yang sama, aqidah yang sama. Peperangan ini juga menunjukkan dan mengesahkan mukjizat yang Allah tunjukkan kepada Nabi Muhammad ketika Mi'raj ke Sidratul Muntaha. Rasul nampak 4 sungai dan dua di antaranya adalah Sungai Nil dan Furat di jannah. Dan sudah diketahui bahawa peperangan dan perebutan tanah di antara dua sungai ini sudah lama terjadi di antara Umat Islam dengan Bani Israel. Lihat bendera Israel, ada dua jaluran biru menandakan itulah tanda tanah dua sungai yang mereka ingin kuasai. Dan kini, satu lagi tanah besar umat Islam jatuh ke tangan Israel dan anjing-khinzir mereka iaitu US dan UK. Malang lagi nasib umat Islam...
Rujuklah tafsir Surah Isra', banyak ayat-ayat di dalamnya yang berkisar tentang peperangan antara Umat Islam dan Bani Israel. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka yang mengubahnya sendiri...Wallahu A'lam.
Selepas ini, siapa pula? Mungkin Syria atau Iran. Kerana Saddam dan sekutunya mungkin lari ke Syria. Iran juga sudah diberi amaran oleh US. Kita tunggu dan lihat, boikot dan berdoa, apa sudahnya peperangan dalam zaman(Asr) Bani Israel ini...
60831 |
wewr | 2:33
| 0 comments
TENTERA ALLAH MEMBUNUH!
Perang Iraq: Kehadiran tentera Allah di Teluk. Askar Barat hadapi cuaca panas, binatang berbisa.
BANDARAYA KUWAIT: Kira-kira 150,000 askar Amerika Syarikat dan Britain yang berada di gurun Kuwait ketika ini, bukan setakat diancam serangan bom dan peluru tetapi turut berdepan cuaca panas melampau mencecah 50 Darjah Selsius dan binatang berbisa. Perkhidmatan Islam Online melaporkan,pasukan perubatan Kor Marin yang berada di gurun di utara Kuwait ketika ini turut menganggarkan ancaman terbesar datangnya daripada persekitaran kawasan operasi mereka. Cesar Magana, anggota perubatan platun pasukan itu berkata,kehadiran askar Amerika itu 'disambut' musim binatang berbisa seperti ular dan kala jengking yang keluar apabila suhu mencecah 30 darjah selsius.
Spesies tertentu binatang Iraq seperti ular, labah-labah, kala jengking, nyamuk pembawa kuman malaria yang boleh memberikan gigitan maut atau penyakit. Selain itu, lalat dan tikus yang turut membawa kuman wabak penyakit lain juga tidak kurang bahayanya," kata Magana yang juga ahli biologi. Antara yang paling bahaya termasuk sejenis ular kapak yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh dan tidak dapat memberikan reaksi kepada rawatan sehingga mati. Menurut panduan Jabatan Pertahanan yang disediakan kepada askar yang bertugas, ular kapak jenis Levantine pula boleh menyebabkan kesakitan amat sangat kepada mangsa yang menderita sebelum meninggal dunia. Selain itu dokumen itu turut memberi amaran mengenai kehadiran kala jengking berekor besar, dianggap terbisa di dunia dan labah-labah Black Widow.
Magana, bagaimanapun menyifatkan ketakutan utama mereka adalah ancaman nyamuk pembawa malaria dan kutu yang menyebabkan demam berdarah dan boleh membawa maut. "Dua binatang itu sememangnya tertarik dengan manusia, satu masalah yang mengancam kira-kira 150,000 askar Amerika dan Britain yang berada di gurun di utara Kuwait. "Kutu itu turut tertarik dengan bunyi gegaran di darat. Selain itu, lalat pasir yang tidak terbang tetapi melompat pula boleh menyebarkan kuman yang membawa masalah melepuh." Bagaimanapun, katanya, kemalangan jiwa juga bakal disebabkan cuaca panas melampau dan kehilangan air yang banyak, terutamanya apabila mengenakan pakaian anti serangan kimia. - Agensi ____________________________________________________
Lihat, betapa mudahnya Allah ingin menghancurkan kaum yang bersekutu dengan kaum yang pernah membunuh para anbiya mereka sendiri, kaum yang kembali lalai dan sesat hanya setelah 40 hari ditinggalkan Nabi Musa pergi beruzlah. Tentera Allah, tidak semestinya berupa manusia, atau para malaikat, bahkan apa jua makhluk ciptaan Allah adalah tertakluk di bawah kekuasaan-Nya, maka tidak ghalib sekiranya apa saja yang dijadikan Allah, debu, tanah, rumput, lalang, serangga, air, angin dan seluruh makhluk ini memusnahkan musuh Allah dengan perintah "Kun Fayakun"! Lebih hebat daripada sihir kartun Harry Porter, lebih berkuasa daripada tukang sihir Firaun, meski tampak lemah dan tak mampu berbuat apa-apa.
Sang Firaun yang bongkak mati ditelan Laut Merah. Makhluk air yang Allah ciptakan sebegai kemudahan untuk manusia, membersihkan diri dan pakaian, minum dan bergantung padanya rupanya mampu membunuh manusia congkak mengaku tuhan itu. Allah Maha Besar! Allah hinakan makhluk yang menghina-Nya dengan mudah dan tanpa perlu masa yang lama. Sehingga kini, wajah ketakutan Firaun terhadap makhluk air yang menelannya dan bala tenteranya masih terpampang di muzium-muzium, hatta badan mumianya yang kekeringan dengan garam yang tumpat dalam tubuhnya pun masih kekal ke hari ini. Itu baru air. Yang nampak lemah dan tak mampu melawan kekuatan Firaun kononnya.
Tanah pula, siapakah yang telah ia telan? Ya, Qarun sepupu-sepapat, kaum kerabat atau sahabat bau-bau bacang dengan Firaun, hidup dalam zaman Nabi Musa juga. Memang lumrah harta adalah perhiasan dunia, apabila manusia memilikinya, banyak pula, manusia akan menjadi togho(melampau) dan takabbur. Balasan apa yang layak bagi orang yang sombong, menghina Nabi Musa serta melampau di muka bumi ini selain ditelan hidup-hidup beserta harta-hartanya yang kuncinya saja memerlukan ramai orang membawanya? Tanah akur pada Tuhan. Manusia angkuh pada Tuhan. Telan saja, hapus manusia engkar Tuhan!
Masih ingat kisah Namrud? Berlawan Nabi Ibrahim, tak malu mengaku Tuhan, meminta rakyat menyembahnya, cubaan membunuh Nabi, juga berlaku sombong dan melampau akhirnya mati di belalai seekor nyamuk! Sempat lagi memperlekeh makhluk nyamuk yang Allah jadikan sebagai tentera melawan tentera-tentera Namrud lalu nyamuk yang seekor itu mengejar Namrud kembali ke istana setelah nyamuk-nyamuk lain memusnahkan bala tentera thaghut itu.
Nyamuk yang hampir serupa, ya, keturunan nyamuk yang menyerang Namrud dahulu kini menyerang tentera US dan UK. Nampaknya tentera kafir itu terpaksa menyediakan senjata tambahan, ubat nyamuk, baju kalis bisa, penyembur serangga(pest control), pakaian anti serangan serangga dan tudung saji(mungkin Malaysia berminat menjalinkan kerjasama?)! Tak perlu susah payah sebenarnya, US boleh meminta hero kesayangan mereka, Spiderman, untuk menjinakkan Black Widow (Janda Hitam). Memang padan, Spiderman berkulit putih, berpuluh-puluh janda berkulit hitam! Saya kira US patut jua wartakan keizinan berpoligami sebagaimana diamalkan di Perlis(haha)...Atau, panggil saja kumpulan muzik berat popular US(Scorpions) untuk menjinakkan sahabat-sahabat mereka di gurun Kuwait itu dengan muzik mereka!
Lalat, kalau anda mahu tahu, pada musim panas di negara-negara Arab memang banyak. Tak terhitung jumlahnya. Mungkin kerana kitar hidup dan tabiatnya yang memudahkannya membiak pada musim begini, kehadiran lalat yang banyak sebenarnya tidaklah pelik. Cuma hal ini mungkin pelik bagi tentera yang tidak biasa hidup bersama lalat, makhluk Allah yang banyak mata. Moga lalat makhluk Allah yang unik ini dapat membunuh musuh-musuh Tuhan mereka.
Paling menarik hati, kutu spesis baru mungkin pernah didengar, adalah kutu yang tertarik dengan bunyi gegaran bom!
60046 |
wewr | 8:41
| 0 comments
CINTA KALA PERANG....
CINTA KALA PERANG....
Seminggu dua ini; dalam sibuk-sibuk Jawatankuasa Kecemasan Evakuasi Pelajar mengumpul data, mengemaskini maklumat, mengurus hal-ehwal pelajar yang pulang, dalam resah gelisah Bush-Blair(Seekor Khinzir, Seekor Anjing menjelir) mencatur bidak-bidak bahtera laut, darat dan udara yang dilanda tentera Allah, debu; dalam takah dan bara kebangkitan(sohwah) umat Islam khususnya dan masyarakat antarabangsa amnya menentang dan membantah peperangan; rupa-rupanya, di satu sudut terpencil di negara Jordan, dalam diam, ada pelajar kita yang bernikah!
Selamat Pengantin Baru! Maafkan saya terlambat ucap selamat. Saya hanya tahu setelah seminggu pengantin selamat diijabkabul. Alhamdulillah, talian kasih ditaut. Kasih seberang laut lagikan diturut, inikan pula kasih di satu sudut. Asam di Barat, ikan di Selatan, dalam bilik bertemu jua... Memang tak ada siapa sangka, dalam diam, rupanya ada yang memendam dan mengidam! Benarlah, jodoh dan ajal di tangan Tuhan. Tak siapa tahu, hari ini, kita bercinta dengan orang lain, pada masa depan, kita dipaksa berkahwin dengan orang lain, Nauzubillah Min Zalik...
Cinta kala perang, mengingatkan saya tentang sinonimnya dengan tajuk novel Faisal Tehrani, Cinta Hari-hari Rusuhan. Mungkin babak-babak cinta dalam plot di sini tidak sama, ya, tanpa demonstrasi, tanpa halangan keluarga elit, tanpa perjuangan yang susah payah hingga terpaksa lari keluar negara, sehingga lebih sesuai dibubuh topik cinta di pinggir perang, namun niat saya hanya ingin mengajak anda berfikir...Antara cinta dan cita-cita menegakkan Islam, mana lebih utama?
Tak dapat kita lupa, sirah sahabat Nabi yang menimbulkan keinsafan sekaligus semangat membela agama, kisah Saidina Handzalah, kisahnya dinukilkan pun dalam nasyid Handzalah oleh Rabbani(album Qiblat). Ini yang lebih layak kita panggil cinta kala perang. Cinta yang baru saja disemai, ya, dalam malam pertama yang dilalui, terpaksa ditinggalkan demi menyahut seruan jihad memperjuangkan agama Allah yang satu. Tak dapat kita bayangkan betapa Allah dan Rasul diutamakan berbanding cinta isteri yang baru disemai benihnya. Dalam keadaan masih berjunub, Handzalah bergegas ke medan jihad dan akhirnya syahid!
Agung atau tidak, berkesan atau tidak, membayangkan situasi yang benar-benar menuntut pengorbanan yang bukan sedikit daripada seorang hamba Allah. Andai kita, lautan api dan gunung tinggi yang kita lebih rela redahi demi cinta, bukan lautan kepala manusia kufar yang kita akan tebasi demi cita-cita menegakkan Islam, betul kan begitu?
Cinta kala perang, patut atau tidak menyemainya saya tidak tahu. Tapi, memang patut kalau cinta itu kita tujukan, kita dambakan, kita semai ia untuk Allah dan agama kita. Untuk ibu ayah kita di Iraq, untuk saudara kita di Palestin, untuk adik-adik kita di Malaysia, untuk abang-abang kita di India dan untuk kakak-kakak kita di Kosova...Semailah cinta itu, kerana cinta begitu pasti ada ganjarannya. Bila cinta sudah berbunga, kasih akan dibahagi. Maka apa yang ada akan dikongsi. Perkongsian, penyatuan hati, membawa kepada wehdah sejagat. Bila ummah sudah berpadu, bukankah mudah untuk menewaskan kufar yang tidak sampaipun satu pertiga manusia dunia?
Cinta di kala perang, mengajak anda berfikir, cintakan manusiakah atau cintakan agama?
60041 |
wewr | 7:20
| 0 comments
|