|
:: JALAN-JALAN ::
Jumaat malam aku ada appoinment, aku buat buddy buddy dengan bos kecik... appoinment habis dalam pukul 11, perut lapar, lepak makan di kedai mamak... nak balik sesat pulak dalam kawasan Wangsa Maju... pusing-pusing, nasib baik jumpa jalan... Bos kecik hantar aku balik rumah... lalu KLCC, kebetulan pukul 12, KLCC tutup lampu, cantik... masuk CM, dataran tutup so bos kecik ikut jalan lain... lalu Damansara dan terus masuk Bangsar... masuk kawasan rumah... besar-besar, cantik-cantik rumah kat situ... pusing jumpa rumah, pusing lagi rumah lagi... bila nak sampai ni... aku tertanya-tanya... oh ya sepanjang perjalanan diiringini musik petikan piano dari pianist Jepun... damai terasa... waktu itu rasanya hanya kami yang wujud... tiada orang lain... aku macam biasa bising dengan komenter kepada keadaan sekeliling... bos kecik cuma diam dan membalas pendek... kereta yang di bawa perlahan membuat aku leka memerhatikan keadaan sekeliling... aku tak ubah seperti kanak-kanak yang gembira di bawa berjalan-jalan... Hampir... aku hampir... tiba-tiba keadaan diri membuat aku tersedar dari lamunan... ya, aku tidak lagi layak untuk mempunyai perasaan sebegitu lagi... tambahan pula, hati ini masih berpenghuni meskipun...
last modified Jan 16, 2005 at 19:53
salam aidil adha dear..
selamat hari raya aidil adha ;)
|