|
:: HARI MENJELANG HARI RAYA KORBAN ::
Dinner kat Sunway Hari tu memang best... ini pertama kali aku menghadiri satu dinner besar-besaran... rasa segan pun ada jugak malam tu, dikelilingi oarang-orang yang berjaya... tapi aku sedih kelompok Melayu hanyalah kelompok Hijrah... yang lain semuanya tiada bin dan binti... memang aku segan dan rasa malu pun ada, tapi bila mengenagkan yang aku dah mengcukupi syarat-syarat yang ditentukan kak shidah, aku lega... masa naik pentas tu, aku berdebar-debar betul... hehehe takut jatuh... kak shida bagi aku peluang naik pentas so lepas ni aku mesti berusaha dengan lebih tekun... Masa tunggu kak shida ambil aku... aku lepak sambil minum teh kat Pelita Nasi Kandar, tengah syok layan Astro... tentang UFO di China, ada pakcik yang tiba-tiba tanya aku "sorang jer" alamak malasnyer nak layan, aku buat tak tahu,dia tanya lagi... kerana budi bahasa, aku pun berpaling, senyum dan angguk... macam-macamlah dia tanya... eee geram betul aku, dalam hati aku "mengorat cara lama..." masa pakcik tu tanya macam-macam, mata aku melekat di TV, buat tgk jam, aku dah nak call kak shidah suruh cepat,tiba-tiba aku dengar suara kawan pakcik tu berkata "eh... ni budak kampung aku ni, aku kenal ni..." "alamak sorang lagi..." dengan hati yang berat aku pusing... hahaha nak tergelak aku, memang aku kenal dan memang orang kampung aku, orang Temerloh, satu sekolah lagi... cuma aku tak ingat nama dia tapi muka memang cam... budak jentera... borak serba sedikit... tiba-tiba dia bagi aku satu klu Kit Way Yen... yup yup aku dah ingat... masa sekolah dulu budak-budak jentera ni memang kuat couple ngan budak perdagangan... aku tak masuk grouplah... nerd habis... tukar-tukar no, pancik tu lak pandai-pandai suruh kawan dia call aku keluar ajak minum... memandai jer... aku pulak "eh boleh, apa salahnya...call nanti..." cari nahas aku cakap macam tu... oh ya... nama dia Raja Mohd Sukry, Director KLT Group...
last modified Jan 23, 2005 at 20:07
|