|
:: BAGI MENATANG MINYAK YANG PENUH ::
Malam semalam aku tertengok sebuah drama di RTM 1... aku tak tahu tajuknya, kerana aku bermula di tengah-tengah cerita... kisah seorang remaja lelaki yang disisih kawan-kawan dan dibenci ayah sendiri kerana sifatnya yang dilahirkan sebagai seorang yang lembut... Pelakon remaja yang membawa watak utama itu memang aku salute dengan bakatnya... watak itu benar-benar hidup, jarang sekali dapat aku lihat lakonan yang sebegitu hebat... terlalu hebat bagi aku... lebih hebat dari pelakon baru yang masuk ke bidang lakonan dengan wajah yang tampan dan cantik... contohnya Jehan Miskin... inilah pelakon yang paling teruk pernah aku tengok... Dalam drama itu ada satu babak di mana si ayah teringat bagimana dia bermain dan mengendong anak nya semasa masih kanak-kanak... saat itu aku tidak dapat tahan lagi, tumpah airmata... saat itu aku dapat memahami perasaan ayah dan ibu aku... betapa mereka terlalu menyanyangi aku... anak yang dibelai dijaga bagai menatang minyak yang penuh akhirnya mengecewakan mereka... mungkin mereka tertanya-tanya apalah nasib anak sulung mereka... aku kesal kerana telah mengecewakan mereka... kesal sekali... Aku berjanji takkan mengecewakan mereka lagi... kerana perasaan itu suck sekali... "pa jaga awak macam mentang minyak yang penuh, bagi awak pelajaran, ilmu agama, apa nak pa bagi, tapi kenapa awak tak pandai nak jaga diri sendiri, yong..."
last modified Jan 27, 2005 at 23:12
ramai org hari ni dok bercerita pasai citer nih.. best sangat ke? ishhh rugi la pulak tak nengok...
TQ... 
Boleh tahan... Kagum jugak aku nengok. Teruskan usaha. Yang penting gambar awek cun mesti ada.

|