|
:: THE DA VINCI CODE ::
Last weekend proses road tax Mckin Lee selesai, dengan murah hatinya dia bagi aku lima poloh... aku yang memang tengah pokai terus ke KLCC, apa lagi tgk wayang dan plan nak beli satu buku di Kinokuniya. Aku pilih filem National Treasure... cerita ok, ala-ala amazing race... penuh dengan klu... filem itu itu telah menarik minat aku tentang Freemason... kalau tak silap aku Freemason ni related dengan Illuminati yang aku baca dalam blog Sulastri... selepas menonton aku terus ke Kinokuniya... Di sana aku teringat The Da Vinci Code yang tengah menjadi satu fenomena dunia... best seller worldwide, sehingga producer di Hollywood tak sabar-sabar nak menfilemkan novel ini... Terbaru yang aku dengar heroinnya "Amelie"... aku belek-belek buku ini dan ha... Knight Templer perkataan yang sama aku jumpa masa nonton National Treasure... aku decide untuk beli sebab harganya murah... Aku cuba cari buku-buku mengenai Freemason, bila aku clik enter... nah seratus lebih buku-buku yang memperkatakan tentang Freemason, tapi sayang banyak judul yang tiada stock... Dari saat aku beli The Da Vinci Code, aku tak boleh nak berhenti membacanya... sungguh menarik... Buku ini telah membangkitkan semula naluri sejarahwan aku... cheeewahh... Penulis buku ini Dan Brown cukup mengagumkan aku... kerana jalan cerita dan ilmu yang ada padanya... yang lebih mengagumkan aku... novel ini mudah difahami oleh sesiapa sahaja... Novel ini banyak berkisar tentang Christianity, agama kuno dan ilmu-ilmu yang jarang di dengar... tapi Dan Brown berjaya memberi penerangan tentang semua itu dengan bahasa yang mudah dan ringkas... Yang aku tahu Freemason, Knight Templer, Illuminati, Agama Pagan saling berkait menjadikan satu sejarah hebat... kepada yang creative ia menjadi satu fiction yang cukup hebat... Aku tertanya-tanya... ketika semua sejarah ini berlaku, Islam di zaman mana, selepas atau sebelum Junjungan Mulia Rasullulah... Pada tahun 1099 di Jurusalem, sebelum di takluk Godefroi de Bouillon... sejarah Islam di mana? Perkara ini berlegar di fikiran aku dalam 2,3 hari ni... di mana dapat aku cari jawapannya...?
last modified Jan 31, 2005 at 19:32
|