|
:: OFFICE BARU ::
Sekarang aku dah pindah office baru... Kelana Business Centre... minggu ni masih tak berapa selesa nak buat kerja sebab office masih bersepah... hari ini orang pasang pintu, esoknya pasang aircon, internet lagi... Hmmm office baru ni lebih cantik dari office lama, ada meeting room, ada security alarm lagi... kalau dulu cincai jer... sekarang aku memang malas nak kerja lebih-lebih lagi boss takde... menatap blog jelah kerja aku... buang yang tu, tambah yang ni... yang "big fat liar" tu sayang nak buang, nampak cantik pulak kat situ... kira aku buat hiasan lah... Oh ya, cerita tentang office baru ni, sebenarnya aku tak berapa selesa kat sini... mungkin aku dah selalu sendiri, so aku macam shock sikit... yang buat aku tak selesa, ada sorang mamat ni... bila time aku balik jer call, tanya dah balik ke belum? pantang dengar aku nak keluar pergi bank nak hantarkan, aku makan nasi tak minum air pun sepuluh kali dia tanya "tak minum air ke?", dah tu semua benda nak tahu... Ya Allah rimas nyer... tolonglah jangan sampai aku bersikap kurang ajar... hati aku ni tengah menahan sabar jer... tak yah lah caring-caring sangat... aku tak SUKERrrrrrr... aku boleh jaga diri sendirilah... paling aku meluat kenyataan dia "UIA ker, kenapa tak jadi ustazah?" aku ingat soalan tu sudah diharamkan rupanya... hish sabar-sabar... tarik nafas, hembusssss... tarik nafas, hembus... Hujung bulan ni jadik... Aini nak ikut lak... hish bukan aku tak mahu dia ikut, tapi aku dah ajak Sally... aku tak mahu ramai-ramai pergi sebab ini percutian aku, aku malas nak melayan... hish aku tengah serba salah ni... ikutkan hati mahu jer senyap-senyap pergi sendiri... tapi otak aku yang rajin berfikir ni menjadi penghalang...
last modified Mar 3, 2005 at 0:59
|