::I will survive the past, i will survive fear and i will survive:: ::

eeda's weblog
home
login::signup
we::blog

:: KITA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN ::

Inilah keadaan aku sekarang, segala perancangan tergendala... mula-mula rakan-rakan cancell last minute... membuat aku terkeliru seketika... kemudian aku nekad untuk meneruskan perancangan walaupun sendiri... sedang mengumpulkan keyakinan dan kekuatan... lena tidur aku terganggu dengan ketakutan rakan sebilik... kata mereka rumah bergegar dan bila aku lihat kebawah, sudah ramai yang berkumpul... kami apa lagi kejutkan housemate yang lain dan terus lari kebawah... 
 
Aku dapat tahu satu lagi gempa bumi berlaku di daerah Indonesia, Utara Sumatera, 8.2... terkedu aku, terfikir aku yang mungkin belum masanya aku pergi ke daerah itu... pukul 2 pagi kami diberitahu supaya mengambil barang penting dan turun kembali... 3 pagi khabarnya semua sudah ok... kami naik kerumah dan semuanya kembali lena walaupun daam keadaan berjaga-jaga... tiba-tiba kami semua terdengar orang menjerit-jerit meminta semua turun... apa lagi kami semua keluar dari rumah secepat mungkin... kami tidak dibenarkan naik kerumah sehingga disahkan betul-betul selamat... polis dan pegawai keselamatan semua berkumpul... kami semua yang tensen dan mengantuk mengambil keputusan untuk pergi minum... aku pekena teh tarik dan roti canai... 5 pagi barulah kami dapat memejamkan mata... 
 
Kerana terlalu mengantuk aku datang lewat ke pejabat... hati berbunga kerana aku tahu cek gaji akan dapat hari ini...walaupun lewat sehari... tapi aku mengharap kerana hati aku tergerak kembali untuk pergi ke daerah itu... kita merancang Tuhan yang menentukan... selepas pukul 2 ptg baru aku terima cek... hmmm terlambat, nampaknya aku terpaksa cancell cuti dan meneruskan niat di satu saat dan ketika yang lain... bila agaknya peluang itu akan datang lagi...

last modified Mar 29, 2005 at 2:07



[ add a comment ]

“I wish that I could take it all away, And be the one who catches all your tears”

elektra79.fotopages.com