::I will survive the past, i will survive fear and i will survive:: ::

eeda's weblog
home
login::signup
we::blog

:: CONSTANTINE AKA CONNIE ::

Image hosted by Photobucket.com 
 
Dari apa yang aku baca dari AI forum memang memeranjatkan... membuat aku ingin menulis disini... dari satu minggu ke satu minggu, AI memang mengejutkan... dua teruna yang bagi aku patut keluar masih bertapak... Keputusan kali ini agak mengejutkan kerana dia adalah pilihan aku untuk jadi top 3... Anthony masih stay tak begitu memeranjatkan aku tapi Scott... suara dia memang best, bagi aku dia menyanyi macam minum air... tapi Scott banyak peminat??? ramai yang undi dia??? aku rasa macam tak percaya dengan American punya taste eeeeee.... 
 
Yup connie memang teruk minggu ni... rasa nak menangis bila aku dengar bagaimana dia nyanyikan lagu fav aku, "you remind me"... bagi aku terukkk sangatt... terlalu metal atau masa sekolah dulu aku panggil trash... cara nyanyian yang tak dengar apa yang dinyanyikan... walaupun vocal hancus tapi persembahan conie kali ni yang terbaik...  
 
Yang aku pasti Scott akan keluar minggu depan memandang kata-kata cacian dan benci yang terlalu banyak... atau "reality" show ini sengaja menjentik perasaan peminat AI dengan camera trick dan drama mereka... selalunya begitulah modus operandi reality show... bagi aku AI ada kelainan kerana ianya live telecast with live audience... drama yang dimainkan juga perlu spontan... 
 
Bohemian Rhapsody in My Mind...

last modified Apr 27, 2005 at 22:03



[ add a comment ]

“I wish that I could take it all away, And be the one who catches all your tears”

elektra79.fotopages.com