|
:: GOL DAN GINCU BEST ::
Best... aku suker giler citer ni lebih dari ungu violet tapi tak boleh lawan tentang dia hehehe... Aku menonton filem ni sebab dah bosan giler duduk dirumah, boleh giler aku kalau memerap kat rumah sepanjang hari... Selain takut jadi giler sebab kedua aku menonton, sountracknya ada Frequency Cannon, yang anggotanya adalah Siva yang buat aku hampir giler hahaha... Cerita simple, macam yang dah heboh satu malaya... jalan ceritanya macam 'Legally Blonde' dan 'Bend it Like Beckham'... Aku, aku mungkin suker dengan filem ini kerana aku peminat 3R, bila menonton filem ini macam menonton 3R... Siapa yang melakonkan tak penting bagi aku... sesiapa pun boleh berlakon filem ini, yang penting cerita yang nak disampaikan... puas hati dengan isu yang diketengahkan yang selama ini hanya dalam small screen... ohh.. pasal pelakon yang tiada galang gantinya hanya Mohd Pierre Andre anak Khatijah Tan... 'kawan lelaki' Rafidah dalam 3R... eeee,pandai yekkkk Rafidah... Aku sebenarnya kurang pasti kenapa aku suker benor citer ni... nak kata remaja (umor dah berinjak)... nak kata suker futsal (body balance jer aku suker... sukan ker tu???) nak kata aku pernah dalam situasi tu (tak jugak)... nak kata tgk ngan someone special (aku tgk sensorang)... Mungkin citer ni macam 'Mawi World' best walaupun tak sehebat mana... Yang pasti filem ini mengajar aku tentang Hope/Harapan... Aku yang kembali 'fall to pieces' minggu lepas mendapat inspirasi baru... Kepada yang bakal menonton Gol & Gincu, jangan lupa perhatian mata Reza/Pierre Andre ketika memandang Putri/Fazura... Mamat ni punyalah terrer berlakon dari pandangan mata dia jer, kita tahu ianya sedang berkata-kata... Huhhhh... Di sini aku ingin memetik pesanan dari Nizam Zakaria yang aku sokong 100%. "Gol & Gincu adalah sebuah filem yang menghiburkan yang diwarnai dengan persoalan-persoalan berat yang akan membuat kita berfikir. Elakkan dari menonton filem seperti Gila-Gila Pengantin Popular SAMA SEKALI. Anda boleh melakukan sesuatu untuk melestarikan lagi industri filem kita dengan hanya menyokong filem-filem bermutu dan memberi mesej kepada taukeh-taukeh filem (seperti david teo dan yusof haslam) bahawa kita tidak mahu disogokkan lagi dengan filem-filem sampah! Bersama-sama kita pasti akan dapat melakukannya! (anda juga boleh melakukan sesuatu dengan merekomenkan filem Gol & Gincu di laman/blog anda sendiri!)"
last modified Aug 21, 2005 at 22:12
aik, asal ayat skema je kat lam blog saya tu eeda.. he heee... peh, mmg setia pon memantau selama nie.. ihiks..
BEST EKKK!!
|