|
:: ONCE UPON A TIME (WEDNESDAY) ::
http://www.roijames.com/work/rain.htm Pada satu hari rabu aku keluar awal dari off, ingin ke Celcom bayarkan bill bos sebab esoknya dia akan pulang setelah lebih sebulan meninggalkan aku... Tengah berjalan terasa lain macam, la tak tukar kasut, terpaksalah aku menapak petang tu dgn high heel (kaki aku x tahan)... Aku lihat ke langit "nak hujan ni", cepat-cepat tahan teksi, satu pun x mahu berhenti... terpaksalah aku call syarikat teksi... Teksi sampai terus aku tuju ke Menara PKNS, PJ. Aku heppi dapat cari alasan keluar awal dapatlah aku pergi ke kelas yang dah lama aku nak pergi tapi tak pergi-pergi... Sampai sana tambang RM 9.00 (huhh nasib baik pakai duit petty cash)... Sampai depan pintu Celcom "close" (uuuwaaaa) Dengan perasan agak bengang aku menapak lagi (dgn high heel & dress!!!) dari Menara PKNS ke LRT Taman Jaya dengan niat nak ke Menara Axis, pergi kelas... Dengan kasut yg memeritkan dan dress yg membataskan kangkang, aku cuba juga berjalan dengan cepat memandangkan teman hujan angin semakin kencang... tiba-tiba, guruh berdentum dengan kuat, titik-titik hujan turun... nak menitik airmata aku (kalaulah aku bawa payung)... hujan terlalu lebat, kerana takut migrain malam nanti, hati-hati aku alas kepala aku dgn paper bag kecil yg aku isikan dgn keropok, air kotak, kunci2 boss aku, duit dan sebagainya... LRT Taman Jaya sayup-sayup pada pandangan mata aku... Hujan terlalu lebat, x terlawan dek aku... terus aku berlindung di pondok pengawal mahkamah PJ bersama dgn seorang lelaki india... Allhamdullilah, aku dipelawa duduk... Aku duduk sambil merenung rintik hujan yang kekadang lebat kekadang tidak... Ketika itu, terasa besarnya kekuasaan Allah, indah sekali pemandangan di hadapan aku (kalaulah aku bawa kamera)... Aku tak tahu berapa minit aku disitu, hujan makin reda... selepas mengucapkan terima kasih aku terus ke LRT... Sedang menunggu LRT, aku angkat paper beg aku, habis koyak, termuntah semua isi... Nak meraung aku saat itu juga... Aku kemaskan semua elok2, buang paper beg dan terus tukar tujuan "balik lagi bagus"... Hari tu aku puasa... Topik kegemaran... Aku baru tahu sat ni yg birthday Mr Manager hari rabu yg sama gak... Heppi Birthday... aku x nak nyanyi lagu Heppi, aku nak nyanyi lagu ini utk dia... hhihihi "oh mungkin hanya keajaiban Tuhan yg bisa jadikan hamba-Nya yg cantik menjadi milikku..." :: Kasidah Cinta-Dewa ::
last modified Sep 25, 2005 at 22:00
|