|
:: The Voice Within
I'M NOT READY TO MAKE NICE I'm not ready to make nice, I'm not ready to back down, I'm still mad as hell And I don't have time To go round and round and round It's too late to make it right I probably wouldn't if I could Cause I'm mad as hell Can't bring myself to do what it is You think I should Forgive, sounds good. Forget, I'm not sure I could. They say time heals everything, But I'm still waiting
last modified Aug 29, 2007 at 9:19
Last weekend proses road tax Mckin Lee selesai, dengan murah hatinya dia bagi aku lima poloh... aku yang memang tengah pokai terus ke KLCC, apa lagi tgk wayang dan plan nak beli satu buku di Kinokuniya. Aku pilih filem National Treasure... cerita ok, ala-ala amazing race... penuh dengan klu... filem itu itu telah menarik minat aku tentang Freemason... kalau tak silap aku Freemason ni related dengan Illuminati yang aku baca dalam blog Sulastri... selepas menonton aku terus ke Kinokuniya...
Di sana aku teringat The Da Vinci Code yang tengah menjadi satu fenomena dunia... best seller worldwide, sehingga producer di Hollywood tak sabar-sabar nak menfilemkan novel ini... Terbaru yang aku dengar heroinnya "Amelie"... aku belek-belek buku ini dan ha... Knight Templer perkataan yang sama aku jumpa masa nonton National Treasure... aku decide untuk beli sebab harganya murah... Aku cuba cari buku-buku mengenai Freemason, bila aku clik enter... nah seratus lebih buku-buku yang memperkatakan tentang Freemason, tapi sayang banyak judul yang tiada stock...
Dari saat aku beli The Da Vinci Code, aku tak boleh nak berhenti membacanya... sungguh menarik... Buku ini telah membangkitkan semula naluri sejarahwan aku... cheeewahh... Penulis buku ini Dan Brown cukup mengagumkan aku... kerana jalan cerita dan ilmu yang ada padanya... yang lebih mengagumkan aku... novel ini mudah difahami oleh sesiapa sahaja... Novel ini banyak berkisar tentang Christianity, agama kuno dan ilmu-ilmu yang jarang di dengar... tapi Dan Brown berjaya memberi penerangan tentang semua itu dengan bahasa yang mudah dan ringkas...
Yang aku tahu Freemason, Knight Templer, Illuminati, Agama Pagan saling berkait menjadikan satu sejarah hebat... kepada yang creative ia menjadi satu fiction yang cukup hebat... Aku tertanya-tanya... ketika semua sejarah ini berlaku, Islam di zaman mana, selepas atau sebelum Junjungan Mulia Rasullulah... Pada tahun 1099 di Jurusalem, sebelum di takluk Godefroi de Bouillon... sejarah Islam di mana? Perkara ini berlegar di fikiran aku dalam 2,3 hari ni... di mana dapat aku cari jawapannya...?
 Love can be a many splendored thing Can't deny the joy it brings A dozen roses, diamond rings Dreams for sale and fairy tales It'll make you hear a symphony And you just want the world to see But like a drug that makes you blind It'll fool ya every time
The trouble with love is It can tear you up inside Make your heart believe a lie It's stronger than your pride The trouble with love is It doesn't care how fast you fall And you can’t refuse the call See you've got no say at all
Now I was once a fool it's true I played the game by all the rules But now my world’s a deeper blue I'm sadder but I'm wiser too I swore I'd never love again I swore my heart would never mend Said love wasn’t worth the pain But then I hear it call my name
Every time I turn around I think I've got it all figured out My heart keeps callin' And I keep on fallin' Over and over again This sad story always ends the same Me standin' in the pourin' rain It seems no matter what I do It tears my heart in two
Malam semalam aku tertengok sebuah drama di RTM 1... aku tak tahu tajuknya, kerana aku bermula di tengah-tengah cerita... kisah seorang remaja lelaki yang disisih kawan-kawan dan dibenci ayah sendiri kerana sifatnya yang dilahirkan sebagai seorang yang lembut...
Pelakon remaja yang membawa watak utama itu memang aku salute dengan bakatnya... watak itu benar-benar hidup, jarang sekali dapat aku lihat lakonan yang sebegitu hebat... terlalu hebat bagi aku... lebih hebat dari pelakon baru yang masuk ke bidang lakonan dengan wajah yang tampan dan cantik... contohnya Jehan Miskin... inilah pelakon yang paling teruk pernah aku tengok...
Dalam drama itu ada satu babak di mana si ayah teringat bagimana dia bermain dan mengendong anak nya semasa masih kanak-kanak... saat itu aku tidak dapat tahan lagi, tumpah airmata... saat itu aku dapat memahami perasaan ayah dan ibu aku... betapa mereka terlalu menyanyangi aku... anak yang dibelai dijaga bagai menatang minyak yang penuh akhirnya mengecewakan mereka... mungkin mereka tertanya-tanya apalah nasib anak sulung mereka... aku kesal kerana telah mengecewakan mereka... kesal sekali... Aku berjanji takkan mengecewakan mereka lagi... kerana perasaan itu suck sekali...
"pa jaga awak macam mentang minyak yang penuh, bagi awak pelajaran, ilmu agama, apa nak pa bagi, tapi kenapa awak tak pandai nak jaga diri sendiri, yong..."
Selepas subuh aku bersiap-siap dan keluar menuju ke stesen bas... dalam hati berdoa tiket ada lagi... sampai di stesen aku lihat ramai orang... aku berdoa agar tiket belum habis... aku dapat tiket bas pukul 12.30 tgh hari... uwwwaaa... ingat datang awal dapat bas awal... naik bas dan sepanjang perjalanan mengesat mata kerana ada lagi sisa-sisa airmata yang belum habis...
Balik dari dinner aku ada sms kawan aku... jawapan dari dia membuatkan aku menangis macam orang gila... aku mengamuk, aku hentak-hentak kaki, aku menjerit "jahat, jahat"... malam tu aku dah memang betul-betul tak siuman... bila fikir-fikir balik, kenapa sampai macam tu peel aku... mungkin sebab malam itu aku sorang-sorang kat rumah dan esoknya hari raya... atau sebenarnya itu yang diingini oleh separa sedar aku... malam itu segalanya bermain-main difikaran membuatkan aku bertambah giler... berjam-jam lamanya aku menangis... aku juga tak tidur langsung malam tu...
 Hari ni aku terpaksa berdepan dengan kawan aku tu... urusan kerja... aku tak rasa yang kami akan baik macam dulu lagi... malam itu telah merubah segala-galanya... tadi pun macam ada sesuatu antara kami... macam ada satu tembok... selama ini aku ingatkan kami adalah kawan rupanya kami hanya rakan sekerja...
Bila aku kenangkan kelakuan aku malam itu... aku jadi takut... aku takut aku akan jadi macam Jenny... aku pohon Allah sentiasa melindungi aku...
Dinner kat Sunway Hari tu memang best... ini pertama kali aku menghadiri satu dinner besar-besaran... rasa segan pun ada jugak malam tu, dikelilingi oarang-orang yang berjaya... tapi aku sedih kelompok Melayu hanyalah kelompok Hijrah... yang lain semuanya tiada bin dan binti... memang aku segan dan rasa malu pun ada, tapi bila mengenagkan yang aku dah mengcukupi syarat-syarat yang ditentukan kak shidah, aku lega... masa naik pentas tu, aku berdebar-debar betul... hehehe takut jatuh... kak shida bagi aku peluang naik pentas so lepas ni aku mesti berusaha dengan lebih tekun...
Masa tunggu kak shida ambil aku... aku lepak sambil minum teh kat Pelita Nasi Kandar, tengah syok layan Astro... tentang UFO di China, ada pakcik yang tiba-tiba tanya aku "sorang jer" alamak malasnyer nak layan, aku buat tak tahu,dia tanya lagi... kerana budi bahasa, aku pun berpaling, senyum dan angguk... macam-macamlah dia tanya... eee geram betul aku, dalam hati aku "mengorat cara lama..." masa pakcik tu tanya macam-macam, mata aku melekat di TV, buat tgk jam, aku dah nak call kak shidah suruh cepat,tiba-tiba aku dengar suara kawan pakcik tu berkata "eh... ni budak kampung aku ni, aku kenal ni..." "alamak sorang lagi..." dengan hati yang berat aku pusing... hahaha nak tergelak aku, memang aku kenal dan memang orang kampung aku, orang Temerloh, satu sekolah lagi... cuma aku tak ingat nama dia tapi muka memang cam... budak jentera... borak serba sedikit... tiba-tiba dia bagi aku satu klu Kit Way Yen... yup yup aku dah ingat... masa sekolah dulu budak-budak jentera ni memang kuat couple ngan budak perdagangan... aku tak masuk grouplah... nerd habis... tukar-tukar no, pancik tu lak pandai-pandai suruh kawan dia call aku keluar ajak minum... memandai jer... aku pulak "eh boleh, apa salahnya...call nanti..." cari nahas aku cakap macam tu... oh ya... nama dia Raja Mohd Sukry, Director KLT Group...
Jumaat malam aku ada appoinment, aku buat buddy buddy dengan bos kecik... appoinment habis dalam pukul 11, perut lapar, lepak makan di kedai mamak... nak balik sesat pulak dalam kawasan Wangsa Maju... pusing-pusing, nasib baik jumpa jalan...
Bos kecik hantar aku balik rumah... lalu KLCC, kebetulan pukul 12, KLCC tutup lampu, cantik... masuk CM, dataran tutup so bos kecik ikut jalan lain... lalu Damansara dan terus masuk Bangsar... masuk kawasan rumah... besar-besar, cantik-cantik rumah kat situ... pusing jumpa rumah, pusing lagi rumah lagi... bila nak sampai ni... aku tertanya-tanya... oh ya sepanjang perjalanan diiringini musik petikan piano dari pianist Jepun... damai terasa... waktu itu rasanya hanya kami yang wujud... tiada orang lain... aku macam biasa bising dengan komenter kepada keadaan sekeliling... bos kecik cuma diam dan membalas pendek... kereta yang di bawa perlahan membuat aku leka memerhatikan keadaan sekeliling... aku tak ubah seperti kanak-kanak yang gembira di bawa berjalan-jalan...
Hampir... aku hampir... tiba-tiba keadaan diri membuat aku tersedar dari lamunan... ya, aku tidak lagi layak untuk mempunyai perasaan sebegitu lagi... tambahan pula, hati ini masih berpenghuni meskipun...


Ahad pagi, aku bangun dengan migrain... lucky, migrain aku tak seteruk biasa... plan nak tengok Briget Jones ngan Sally cencell, so aku dengan happy sekali meneruskan plan aku nak menonton SAW yang tergendala... pukul 2.45 aku melangkah ke Mid Valley dengan kepala yang berat, tetapi disebabkan semangat yang berkobar-kobar, aku melangkah jua... pukul 3 tayangan bermula... tayangan tamat, aku masih terpaku di tempat duduk... wahhhhhh, bestnyerrrr... best gilerrrr... huh, filem brilliant yang terakhir aku tengok adalah Identity... brilliant bagi aku mungkin kerana aku minat cerita-cerita yang begini... puas hati seyyy...

" ya ada... ooo itu kena tanya department lain... saya sambungkan pada encik * *... tut tut tut..." eeeeeeee geramnyer aku... dah berbakul-bakul sumpah aku ni... kenapalah teruk sangat badan kerajaan ni... aku tahulah nak balik tapi tolonglah angkat telephone dan tolonglah jangan bagi salah department miss operator ooiii... nak dapat punyalah susah... rasa macam kena main jer... uuuuwwwwaaaa...
Last week aku register untuk satu lagi part time class... secretarial course... aku mesti dapatkan certificate dalam bidang ni... bidang ni saja yang aku dapati banyak peluang... bukan aku tak nak go on dalam PR... tapi bila dah lama tinggal dan buat perkara baru, aku jadi lebih selesa dengan yang baru... PR InsyaAllah ada masa dan rezeki aku akan sambung lagi...
Lepas register, aku tunggu Aini call tapi aku dah tahu senyap dia menandakan yang plan kitaorang tak jadi... aku pun call Sally ajak tengok wayang... set jer dia... tengah menunggu Sally, Aini call... budak tu hampir kantoi yang mak dia... so aku yang jujur dan telus ni terpaksalah kelentong mak dia, cerita apa yang patut...
Tapi hari tu aku discover satu perkara baru di KLCC... Tandas RM2... kalau nak tengok dan dah tahan sangat boleh lah... tapi kalau selalu... kopak jugak...




 Balik kerja semalam singgah kedai runcit kat rumah, ingat nak cari novel ilustrasi aliya elyana... tapi lain pulak yang ditemui... aku pun terlupa dengan kewujudanya... kalau tidak salah aku hampir setahun sudah tiada dipasaran... tapi kini siri-14 sudah terbit... ceritanya masih sama, sean masih lucu, jackie masih memendam perasaan, cherie masih cuba melupakan, jerry sudah dapat yang 100% dan jenny masih belum boleh memaafkan...

 Membaca feel 100% mengingatkan aku zaman yang sudah setahun aku tinggalkan... Penyiasat Remaja, Detektif Conan, Samurai X... waktu aku memang gila ngan komik... ada pula kawan yang sekepala apa lagi pinjam-meminjamlah... hhmmm aku rindukan zaman itu... zaman dimana jauh dari realiti hidup, jauh dari pelbagai penipuan dan rentak manusia... aku selamat disitu...
hhhmmmm... demam... selsema... ni mesti aku ada buat jahat ni... tiba-tiba teringat senaman menghilangkan demam hik, hik, hik, hik...

 Memang dunia penuh duka dan jalan berliku Namun harus kurasai tempuhi sendiri Kerna pasti tiba tuk semua Oh masanya ku menentukannya Inilah suara hati bergema Dengarlah pendirianku Namun perlu ku merasa gagal sementara Baru mungkin kan ku bangkit teguh dan berbangga
 Sempena tahun baru dan selangkah lagi umur aku... aku berazam untuk jadi kuat... tak mahu menangis lagi... hmmm tapi macam tak best pulak tak menangiskan... aku akan menangis kerana hanya itu kurnian istimewa dari Tuhan buat wanita seperti aku...
Segala kesakitan, penderitaan, kekecewaan, terkilan, merajuk hati, pecah hati, airmata, benci dan cinta akan aku jadikan asas untuk berdiri teguh dan kuat... Sub azam masih ada... itu semua akan menjadi perhiasan diri aku yang berdiri teguh dan kuat...
Aku ingin mengucakan terima kasih atas ucap selamat dari kawan-kawan... aku terlalu menghargainya... luv u all...

|