|
:: The Voice Within
I'M NOT READY TO MAKE NICE I'm not ready to make nice, I'm not ready to back down, I'm still mad as hell And I don't have time To go round and round and round It's too late to make it right I probably wouldn't if I could Cause I'm mad as hell Can't bring myself to do what it is You think I should Forgive, sounds good. Forget, I'm not sure I could. They say time heals everything, But I'm still waiting
last modified Aug 29, 2007 at 9:19

Dari apa yang aku baca dari AI forum memang memeranjatkan... membuat aku ingin menulis disini... dari satu minggu ke satu minggu, AI memang mengejutkan... dua teruna yang bagi aku patut keluar masih bertapak... Keputusan kali ini agak mengejutkan kerana dia adalah pilihan aku untuk jadi top 3... Anthony masih stay tak begitu memeranjatkan aku tapi Scott... suara dia memang best, bagi aku dia menyanyi macam minum air... tapi Scott banyak peminat??? ramai yang undi dia??? aku rasa macam tak percaya dengan American punya taste eeeeee....
Yup connie memang teruk minggu ni... rasa nak menangis bila aku dengar bagaimana dia nyanyikan lagu fav aku, "you remind me"... bagi aku terukkk sangatt... terlalu metal atau masa sekolah dulu aku panggil trash... cara nyanyian yang tak dengar apa yang dinyanyikan... walaupun vocal hancus tapi persembahan conie kali ni yang terbaik...
Yang aku pasti Scott akan keluar minggu depan memandang kata-kata cacian dan benci yang terlalu banyak... atau "reality" show ini sengaja menjentik perasaan peminat AI dengan camera trick dan drama mereka... selalunya begitulah modus operandi reality show... bagi aku AI ada kelainan kerana ianya live telecast with live audience... drama yang dimainkan juga perlu spontan...
Bohemian Rhapsody in My Mind...

Semalam aku terpaksa miss kelas body balance kerana tiket trans habis, so aku berkejar ke stesen... semua tiket bas habis, aku dah gubra dah... salah aku sebab tak beli tiket awal-awal, dah tahu cuti mesti habis punya... mula-mula terfikir nak tangguh lagi tapi dah apply cuti... then aku decide beli jugaklah walaupun lambat, asalkan aku sampai di sana... dapat satu maklumat semalam, aku tak tanya pun, tiba-tiba si mamat bagitau aku... aku pun jawab ngan dia "iye kerrr... ingatkan nak suprise kan dia, hehehe" Perasaan aku... lega pun ada, alaaaa pun ada...

Aku ada satu penyakit... Aku tak leh rapat dengan lelaki... Bila aku rapat dengan lelaki tak lama lepas tu mesti gaduh atau tak bertegur sapa... selalunya sebab akulah... cepat merajuk yang tah apa-apa macamlah lelaki-lelaki tu bf aku... aku dah dingin dengan dia, tapi aku tak leh tahan... aku memang terkilan sangat dengan dia... paling aku tak tahan, aku tak leh nak marah sebab dia cuma kawan aku... sekarang aku rapat dengan Masri, tapi aku betul-betul takut... aku takut hilang kawan lagi...
Aku memang cepat merajuk dan marah kalau ada sesuatu yang bagi aku memang sensitif dan aku memang susah nak control kemarahan aku... dalam keadaan sekarang ni... aku rindu sangat dengan Hafiz... hanya dia yang boleh tahan dengan penyakit aku ni, sabar dengan kerenah aku... mungkin dia tahu, marah aku tak lama... aku rindu sangat dengan dia...
Aku nak sangat dengar suara dia, nasihat-nasihat dia... aku betul-betul rindukan dia... tapi dia dah khawin, agaknya tengah menunggu kelahiran hafiz jr... rindu sangatttt... aku patutnyer ajak jer dia kawin dengan aku bila dia ajak bermadu dengan Salamah... aku ni tunjuk lagaklah masa tu, understandinglah, baiklah konon... masa dia tengah tepu fikiran aku patut ambil peluang, tapi masa tu aku bodoh lagi... bodoh nak mampus... sekarang melepas...
Fikir-fikir balik bukan aku tak usaha, tapi dia tu terlalu baik,terlalu setia dengan Salamah... Dulu aku ingat dengan tipu yang aku dah bertunang, dia akan kata dia cintakan aku, tapi hampeh dia pulak yang bertunang lepas tu... siap panggil aku adik lak tu... hampeh... aku ni sayang sangat dengan dia... aku sanggup buat apa saja untuk dia, bagi apa saja... tapi dia tak pernah mintak apa pun dari aku... uuuwwwwaaa sedih ni... aaaa...
Hafiz teponlah aku, aku tak kisah ko gemuk ker, buncit ker... ko tetap hensem dimata aku... jomlah kita underground macam dulu-dulu... duit lima posen yang bagi dulu masih aku simpan jadi azimat, slyvester yang aku bagi ko dulu masihkah lagi dalam almari ko... hehehe...





Tadi aku membaca kembali semua tulisan aku yang lepas-lepas... entahlah kenapa dua tiga hari aku sensitip semacam, asyik nak nangis jer, pastu malas pergi kerja lak tu... hari "tu" nak datang ni... jiwa aku kacau tul, dah lama aku tak menangis time nak tidur ni penyakit tu datang balik... pastu asyik teringat-ingat jer.... aduhh merindu sangat ke aku ni...
Tengah mengenang kenangan lama terbaca satu komen yang aku rasa baru dan ianya dari fifi, minta ajarkan bagimana nak buat bcground dan sebagainya... minta maaf fifi, tak perasan sebab post tu dah lama sangat... apa pun kalau fifi baca ni, kalau masih nak belajar contact eda, nanti eda bagi ym id so kita boleh chat k...
Aku masih tertanya-tanya kenapa aku ingin pergi ke daerah itu, aku makin keliru... aku menyatakan beberapa alasan, tapi aku sendiri tak yakin dengan alasan aku sendiri... payoh laaaa...
Sabtu lepas aku pergi FF, mulanya malas nak pergi sebab malas nak bangun tido, tapi sebab dah ada appoinment dengan PT, aku teruskan... sampai sana betul-betul rasa kekok, eeee... terhegeh-hegeh aku sampai tekan lift pun salah... jumpa Kak Lina kat sana, wah gembiranya rasa hati, ada kawan kenal... Kak Lina dah kawin baru sebulan...
Hari tu aku habiskan masa sampai pukul 3... trainer tu buat aku guna semua alat-alat gym yang pelik nak mampos tu... berat yang amat, dia kata mucles aku dah berkarat... hehehe mana idoknyer, tak pernah bersenam, umur dah dua puluh enam...
Hari tu jugak aku masuk satu kelas pengenalan... memperkenalkan jenis-jenis aerobik yang ada... huh, terkial-kial aku, tak reti lalu... aku rasa instructor mesti nak tergelak tengok kitaorang, tapi dia maintain jer... Aku suke dengan instructor tu, personality dia mengangumkan aku... ada aura dalam diri dia yang menjadikan dia tersangatlah menarik...
Kadang-kadang orang disekeliling kita, orang-orang biasa, boleh menjadi idola atau contoh yang baik... Aku selalu tertarik dengan insan yang mempunyai aura mereka tersendiri... Ya, aku tidak mengenali mereka, buruk baik mereka... tapi first impression mereka mengagumkan sesiapa pun... Adakah aura sebegini adalah gift Tuhan atau sesuatu yang boleh kita pupuk dan belajar...

Dahulu kau mencintaiku Dahulu kau menginginkanku Meskipun tak pernah ada jawabku Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh Sekarang kau tinggalkan aku Disaat ku mulai mengharapkanmu Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis Dan biarkan memilih yang lain Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali Aku bukanlah untukmu Meski ku memohon dan meminta hatimu Jangan pernah tinggalkan dirinya Untuk diriku
"lagu best, vidio clip sempoi... first time tengok vid dia aku rasa biasa, Rossa pulak makin cantik... tapi ending vid tu betul-betul buat aku terkadu... wow... brilliant...
|