|
:: The Voice Within
I'M NOT READY TO MAKE NICE I'm not ready to make nice, I'm not ready to back down, I'm still mad as hell And I don't have time To go round and round and round It's too late to make it right I probably wouldn't if I could Cause I'm mad as hell Can't bring myself to do what it is You think I should Forgive, sounds good. Forget, I'm not sure I could. They say time heals everything, But I'm still waiting
last modified Aug 29, 2007 at 9:19

Selasa lepas aku, Saba dan Ain bersengkang mata sampai pukul 2 pagi menonton KKHH... heheheh macamlah masing-masing tak pernah tengok cerita ni... aku takpe sebab aku peminat setia Kajol... tapi Saba yang Selalu tidur awal dan Ain kurang suker dengan cerita-cerita begini, sampai habis hish hish... rupanya Sally pun sama, katanya bab Shah Rukh kata I Love U dalam bahasa isyarat kat Kajol kat balcony tak pernah gagal menitiskan airmatanya... aku??? hehehe, bergenang siot... control giler sebab ada Saba dan Ain... Aku tak pernah tak menangis bila menonton filem ini... kenapa??? kerana aku faham watak Anjali dan watak itu dekat sekali dengan aku...
HAFIZ... bahagia sekali bila memikirkan nama ini dan aku tak pernah lupa bersyukur kepada Tuhan kerana menemukan aku dengannya... Bersyukur kerana jatuh cinta dengan orang sepertinya... Kekesalan yang berpunca dari kobodohan aku terubat sikit bila teringatkan dia... Banyak sekali memori yang bersama Hafiz menerjah ingatan semasa menonton KKHH... heehehe... KKHH mengingatkan aku padanya, perasaan aku padanya... mungkinkah perasaan ini akan tetap wujud hingga ke akhir hayat aku?
Memori 1 H : "aku nak tanya ni... kau bawak aku tgK KKHH sebab kau nak tunjukkan perasaan kau pada aku ke?" Aku : "takde lah, aku bawak kau tgk sebab citer dia best giler (uulpppp)"
Memori 2 Aku : "Dushman maksudnya musuh, Pyar cinta, Pagal gile..." H : "wo ai ni ?" Aku : "La, tu bahasa cina bukan hindustan, apa la (ullpppp)"

Faisal Tehrani menang lagi, kali ini dia dapat tempat pertama dan kedua... aku tahu tentang novel terbaru ini secara kebetulan dalam blog sayapdewa (http://sayapdewa.blogdrive.com)... cepat-cepat aku ke kedai, mak aiii susah betul nak cari, maklumlah bukan terbitan Creative dan Alaf...
Novel ini menginsafkan aku, membuat aku berfikir dan tersedar... Bila membaca watak Puteri Simone, teringat perasaan tak senonoh aku kat PT yang emcemm tu... Astafirullah... Aku ni cepat leka dan terlupa... Sejak habis belajar aku tak pernah mengahadiri tazkirah, usrah, majlis-majlis agama atau ceramah agama... tanpa semua ni diri aku cepat lalai tanpa ada yang mengingatkan... Terima kasih pada Faisal Tehrani kerana novelnya yang betul-betul mengingatkan aku pada tujuan hidup yang sebenar...
Novel ini secara sinikal membincangkan perkara yang tengah "demam" di Malaysia...

Hehehehehe... semalam session dengan PT... huh ingat dah dua bulan masuk gym dan pergi class lagi fit, rupanya lansung takde perubahan, masuk kiraan ke lima aku dah tak boleh angkat lansung benda-benda alah yang ada dalam gym tu... Pastu banyak lak cakap dan gelak, nasib baik Siva tak give-up nak teruskan, macam Guna dulu bila aku banyak merengek, dia stopkan terus... semalam kena buat jugak walaupun tak mau... Aku sedih betul semalam, bila aku tak boleh buat, aku rasa macam tak percaya dengan diri aku sendiri... aku betul-betul tak puas hati dengan diri aku...
Hehehehehe... semalam bab yang paling best tu bab masa angkat berat yang paling ringan ada kat situ... dia pegang aku dari belakng, panik sekejap waktu hihihihi... bila fikir-fikir boleh meroyan aku ni... Ya Allah emcemm nyer... bab bibir dia tu yang tak tahan... eeeeee... Nasib baik jantung aku maintain jer, kalau dup dap dup dap, huh pecah rahsia... aku teringin sangat nak tengok dia perform, takde rezeki betul ahad lepas tak jumpa Low Yatt kat mana, sabtu ni kat Astro 16 kul 8pm, aku dalam bas balik kampung... pulang untuk berkenalan dengan lelaki yang berani sangat tanya-tanya pasal aku walaupun tak kenal...
But serius aku happy Siva PT aku... sekarang baru aku tahu cara senaman yang betul, apa kelemahan aku dan apa yang boleh aku buat untuk menyihatkan diri aku... serius selama ni aku ingat aku yang macam lidi ni sihat... rupanya tidak... aku terukkkk... aim aku, lengan berotot, perut slim semula, kalau boleh aku nak badan macam Jeniffer Garner, baru boleh jadi elektra79 hahahaha....
Siva " u weaker than i thought" " your problem is u give-up to fast"... semalaman aku fikir tentang dua perkara ni... aku bagai tersedar, mungkin sifat ini bukan dalam gym tapi turut terjadi dalam hidup seharian aku????
Hmmmm... aku tinggal satu lagi session dengan Siva.... uwwwaaa... cutenyer dia, ada lak dia kata dia tak de rupa, katanya Dino lagi emcemmm, eeee aku suker ko jugak... Dia PT yang bagus, semalam barulah aku tahu yang aku ni banyak lemak dari otot sebab tu aku selalu rasa letih bila banyak guna tenaga... huh rasa cam tak percaya tak betul... Siva bagi aku 2 tahun, kalau tak jaga aku akan gemukkkkk... semalam dapat borak ngan dia hehehe suker nyer aku, rasa cam nak tengok dia 24 jam... eeee emcemmm... eeee aku ni dah gilerrrr hihihihi...
" eda duduk sana, seminggu sekali saya datang... " huh serius benor mamat ni... hari tu dia pegang tangan aku, terkejut aku, aper ingat belanja makan mee goreng dah boleh pegang-pegang, dia ingat aku bohsia ker... aku nak tengok sejauh mana dia nak pergi... cakap jer umah lah, ketelah, itulah, inilah... satu pun tak nampak lagi... heh, dulu-dulu bolehlah masa aku tengah bodoh, kebodohan aku yang dulu orang lain dah ambil buat koleksi... don't play-play aaaaa...
Sabtu Ma dan Pa datang, aku dah rasa lain, macam ada hal jer, tiba-tiba nak datang... memang pun Ma ajak balik ada orang nak datang... aku tak balik, ahad jumpa buah hati aku si PT tu... hhihiii... minggu depan kena balik, jumpa... eeee takutnyerrrr... keluarga aku semua dah suker, aku tak nak kurang ajar orang dah datang tanya baik-baik... yang aku boleh buat sekarang, kenal dia dulu dan baru decide... detik-detik macam ni lah yang aku takut... aku bukan yang dulu, yang "never been kiss"... aku dah berubah... kalau ikutkan aku, aku hanya ingin sendiri... tapi aku ada keluarga yang mengharapkan aku... nama baik dan maruah keluarga di bahu aku... tapi aku... Kalau ikutkan masa aku patut sudah kuat sekarang tapi aku sebenarnya masih seperti dulu lemah...
Aku tertanya bagaiman aku boleh bersama dengan orang yang tidak mengenali aku, impian aku, rasa aku, ketakutan aku, hidup aku... Siva cakap aku mesti hantar dia kad, kalau tak dia merajuk... alahai nak jer aku cakap yang aku dah crush ngan dia... aku cuma cakap ok dan suruh bawak semua geng FC... hmmm kenapa susah nak dapat apa yang kita inginkan....




JSS jadi personal trainer aku... yea,yea,yea... cindian cuteeeee.... bagus jugak aku respond semalam (complaint), so dia pun offer diri... suker suker sukerrrrrr... Dalam gambar ni biasa jer... sekarang mak aiiii eeee... ni gambar masa dia masuk CLEO eligible bachelors 2001... cantek betul kebetulan aku pakai t-shirt cleo lak semalam... mampu ker aku nak menengok muka dia khamis ni... takut aku tergelak jer... hihihi


Ahad lepas join fotography workshop anjuran Fotopages Malaysia... speaker Ted Adnan... banyak yang aku belajar tentang basic fotography... yang paling best masa praktikal menggunakan model sebenar... yang tak best camera kecik aku tak mampu sebagaimana kemera yang besar dan canggih yang ada hari tu... banyak yang gelap dan kelabu asap...
Aku gembira sebab dapat kembangkan minat dalam bidang ni... kenal ramai kawan untuk berkongsi idea dan tips... dan ada guru tak rasmi dalam bidang ni... bukan aku nak cari makan dalam bidang ini, cuma untuk kepuasan diri... setelah aku perhatikan... di Malaysia ada banyak bakat dalam bidang ni... aku seakan tak percaya... memang mengaumkan... antara yg aku suka Shaliza Mokhtar, sayapdewa dan Aydeology...

I want you to know one thing.
You know how this is: if I look at the crystal moon, at the red branch of the slow autumn at my window, if I touch near the fire the impalpable ash or the wrinkled body of the log, everything carries me to you, as if everything that exists, aromas, light, metals, were little boats that sail toward those isles of yours that wait for me.
Well, now, if little by little you stop loving me I shall stop loving you little by little.
If suddenly you forget me do not look for me, for I shall already have forgotten you.
If you think it long and mad, the wind of banners that passes through my life, and you decide to leave me at the shore of the heart where I have roots, remember that on that day, at that hour, I shall lift my arms and my roots will set off to seek another land.
But if each day, each hour, you feel that you are destined for me with implacable sweetness, if each day a flower climbs up to your lips to seek me, ah my love, ah my own, in me all that fire is repeated, in me nothing is extinguished or forgotten, my love feeds on your love, beloved, and as long as you live it will be in your arms without leaving mine.
- Pablo Neruda
Aku bukan peminat puisi... puisi adalah salah satu cabang seni yang aku kurang faham lantaran membuatkan aku kurang berminat... Pablo Neruda, aku mula mengenali nama ini di blog Yasmin Ahmad... dan aku ambil puisi ni dari blog seorang yang aku kagumi... Puisi ini adalah gambaran perasaan ku padanya... Ya, puisi ini ku tujukan untuk dia...
|