|
:: The Voice Within
I'M NOT READY TO MAKE NICE I'm not ready to make nice, I'm not ready to back down, I'm still mad as hell And I don't have time To go round and round and round It's too late to make it right I probably wouldn't if I could Cause I'm mad as hell Can't bring myself to do what it is You think I should Forgive, sounds good. Forget, I'm not sure I could. They say time heals everything, But I'm still waiting
last modified Aug 29, 2007 at 9:19
FC pakai baju melayu (manager pakai baju melayu)
Selain dari kemalasan aku menulis di blog ini... kemalasan untuk ke gym pun semakin menggoda... rasanya impian aku yang satu tu entah bila nak tercapai... Tapikan aku rasa aku akan rajin ke gym setelah semalam disuntik dengan senyuman manis hehehe... 2, 3 hari ni selalu lak terserempak dengan dia... hai, aku baru nak sejuk bertambah panas aku jadinya...
Aku memang tak boleh diselamatkan lagi... semalam masa nak balik nampak one guy dari jauh, aku ingatkan manager, aku dah tersengih semacam... tapi sememangnya aku yang rabun ni memang rabun... rupanya manager ada kat tepi masa aku tengah tersengih... Allah terkejut aku, giler control aku cuma dapat cakap hai dan terus keluar tanpa dapat berkata apa-apa...
Aku memang tak boleh diselamatkan lagi... aku declare aku dah crush giler dengan mr. manager ni...
Macam-macam implikasi dan perubahan yang berlaku bila seseorang itu crush... crush hati (fallin'), crush kereta (accident), crush t'langgar orang (woitt buta ker) just a crush (hanya memuji)... Adakah crush ini yang membuatkan aku kosong???

Best... aku suker giler citer ni lebih dari ungu violet tapi tak boleh lawan tentang dia hehehe... Aku menonton filem ni sebab dah bosan giler duduk dirumah, boleh giler aku kalau memerap kat rumah sepanjang hari... Selain takut jadi giler sebab kedua aku menonton, sountracknya ada Frequency Cannon, yang anggotanya adalah Siva yang buat aku hampir giler hahaha...
Cerita simple, macam yang dah heboh satu malaya... jalan ceritanya macam 'Legally Blonde' dan 'Bend it Like Beckham'... Aku, aku mungkin suker dengan filem ini kerana aku peminat 3R, bila menonton filem ini macam menonton 3R... Siapa yang melakonkan tak penting bagi aku... sesiapa pun boleh berlakon filem ini, yang penting cerita yang nak disampaikan... puas hati dengan isu yang diketengahkan yang selama ini hanya dalam small screen... ohh.. pasal pelakon yang tiada galang gantinya hanya Mohd Pierre Andre anak Khatijah Tan... 'kawan lelaki' Rafidah dalam 3R... eeee,pandai yekkkk Rafidah...
Aku sebenarnya kurang pasti kenapa aku suker benor citer ni... nak kata remaja (umor dah berinjak)... nak kata suker futsal (body balance jer aku suker... sukan ker tu???) nak kata aku pernah dalam situasi tu (tak jugak)... nak kata tgk ngan someone special (aku tgk sensorang)... Mungkin citer ni macam 'Mawi World' best walaupun tak sehebat mana... Yang pasti filem ini mengajar aku tentang Hope/Harapan... Aku yang kembali 'fall to pieces' minggu lepas mendapat inspirasi baru...
Kepada yang bakal menonton Gol & Gincu, jangan lupa perhatian mata Reza/Pierre Andre ketika memandang Putri/Fazura... Mamat ni punyalah terrer berlakon dari pandangan mata dia jer, kita tahu ianya sedang berkata-kata... Huhhhh... Di sini aku ingin memetik pesanan dari Nizam Zakaria yang aku sokong 100%.
"Gol & Gincu adalah sebuah filem yang menghiburkan yang diwarnai dengan persoalan-persoalan berat yang akan membuat kita berfikir. Elakkan dari menonton filem seperti Gila-Gila Pengantin Popular SAMA SEKALI. Anda boleh melakukan sesuatu untuk melestarikan lagi industri filem kita dengan hanya menyokong filem-filem bermutu dan memberi mesej kepada taukeh-taukeh filem (seperti david teo dan yusof haslam) bahawa kita tidak mahu disogokkan lagi dengan filem-filem sampah! Bersama-sama kita pasti akan dapat melakukannya! (anda juga boleh melakukan sesuatu dengan merekomenkan filem Gol & Gincu di laman/blog anda sendiri!)"
Aku dah semakin malas dan liat nak menulis di blog ni... mungkin dulu blog ini ada tujuaannya... kini... Mungkin aku sudah mengaku kalah... Dulu sebulan aku menanti dengan penuh debar, kini waktu makin mendakap setahun, rasa itu makin hilang...
Minggu lepas ada beberapa kali aku singgah di Ampang... Aku hampir benar dengan tempat yang pernah menjadi tempat fav aku... Aku cuma memandang ke situ dengan tiada apa-apa rasa... tanpa ada rasa aku memandang, melalui tempat itu membuatkan aku tertanya... apa yang sudah terjadi pada aku, aku sepatutnya ada rasa berdebar, benci atau sedih, ni tidak... kosong, hanya kekosongan yang dapat aku rasakan...

Aku kurang sihat hari ni, macam nak demam... Minggu ni kak Siti buat hal lagi... dia menulis lagi kata-kata teguran di board putih kesayangannya khas ditujukan kepada adik-adik (aku dan roomate aku sahaja)... Aku dah naik malas nak melayan dia, ada jer yang tak kena di hati dia... pasal muglah, pasal milo tak simpanlah, pasal tak sapu sampah... Tahulah kerja HR tapi dalam rumah takyah lah nak memo-memo, bagitau elok-elok face to face... takde sape nak marah pun... aduhh sekarang barulah aku tahu kenapa adik dia sendiri sanggup langgar dia... sebab aku pun ada perasaan yang sama...
Minggu ni ada orang nak belanja tengok Ungu Violet, yea, yea, yea... Orangnya baik sangat (bagi aku)... Mula-mula aku kurang tertarik nak tengok filem ni, tapi aku ada terbaca satu review yang mengatakan Dian digambarkan dengan warna merah dan Rizky warna biru... bilamana dua warna ini bergabung akan jadi Ungu... wahhhhh pandainya pengkarya di Indonesia... kagum sekagum kagumnya... Ungu Violet termasuk dalam senarai 'must see' aku...
|