::I will survive the past, i will survive fear and i will survive:: ::

eeda's weblog
home
login::signup
we::blog
fotopages :: elektra79
myspace :: elektra79
friendster :: zareeda
tonton filem
kumprinx
sitimas
abdullahjones
lovely sally
ricky
alone
mat jan (mesti baca)
the storyteller
a walk to remember
sultan muzaffar
clouded moon
faizal tehrani
Image Hosted by ImageShack.us

:: The Voice Within

I'M NOT READY TO MAKE NICE 
 
I'm not ready to make nice, 
I'm not ready to back down, 
I'm still mad as hell 
And I don't have time 
To go round and round and round 
It's too late to make it right 
I probably wouldn't if I could 
Cause I'm mad as hell 
Can't bring myself to do what it is 
You think I should 
 
Forgive, sounds good. 
Forget, I'm not sure I could. 
They say time heals everything, 
But I'm still waiting

last modified Aug 29, 2007 at 9:19


Sunday, September 25, 2005

:: ONCE UPON A TIME (WEDNESDAY) ::



http://www.roijames.com/work/rain.htm

Pada satu hari rabu aku keluar awal dari off, ingin ke Celcom bayarkan bill bos sebab esoknya dia akan pulang setelah lebih sebulan meninggalkan aku... Tengah berjalan terasa lain macam, la tak tukar kasut, terpaksalah aku menapak petang tu dgn high heel (kaki aku x tahan)... Aku lihat ke langit "nak hujan ni", cepat-cepat tahan teksi, satu pun x mahu berhenti... terpaksalah aku call syarikat teksi... Teksi sampai terus aku tuju ke Menara PKNS, PJ. Aku heppi dapat cari alasan keluar awal dapatlah aku pergi ke kelas yang dah lama aku nak pergi tapi tak pergi-pergi... Sampai sana tambang RM 9.00 (huhh nasib baik pakai duit petty cash)... Sampai depan pintu Celcom "close" (uuuwaaaa)

Dengan perasan agak bengang aku menapak lagi (dgn high heel & dress!!!) dari Menara PKNS ke LRT Taman Jaya dengan niat nak ke Menara Axis, pergi kelas... Dengan kasut yg memeritkan dan dress yg membataskan kangkang, aku cuba juga berjalan dengan cepat memandangkan teman hujan angin semakin kencang... tiba-tiba, guruh berdentum dengan kuat, titik-titik hujan turun... nak menitik airmata aku (kalaulah aku bawa payung)... hujan terlalu lebat, kerana takut migrain malam nanti, hati-hati aku alas kepala aku dgn paper bag kecil yg aku isikan dgn keropok, air kotak, kunci2 boss aku, duit dan sebagainya... LRT Taman Jaya sayup-sayup pada pandangan mata aku...

Hujan terlalu lebat, x terlawan dek aku... terus aku berlindung di pondok pengawal mahkamah PJ bersama dgn seorang lelaki india... Allhamdullilah, aku dipelawa duduk... Aku duduk sambil merenung rintik hujan yang kekadang lebat kekadang tidak... Ketika itu, terasa besarnya kekuasaan Allah, indah sekali pemandangan di hadapan aku (kalaulah aku bawa kamera)... Aku tak tahu berapa minit aku disitu, hujan makin reda... selepas mengucapkan terima kasih aku terus ke LRT... Sedang menunggu LRT, aku angkat paper beg aku, habis koyak, termuntah semua isi... Nak meraung aku saat itu juga... Aku kemaskan semua elok2, buang paper beg dan terus tukar tujuan "balik lagi bagus"...

Hari tu aku puasa...

Topik kegemaran... Aku baru tahu sat ni yg birthday Mr Manager hari rabu yg sama gak... Heppi Birthday... aku x nak nyanyi lagu Heppi, aku nak nyanyi lagu ini utk dia... hhihihi

"oh mungkin hanya keajaiban Tuhan
yg bisa jadikan hamba-Nya yg cantik
menjadi milikku..." :: Kasidah Cinta-Dewa ::

147865 | posted by zareeda at 21:53 | 0 comments

Wednesday, September 14, 2005

:: RALAT ::

"Ikhlasnya aku gembira mr manager hadir dalam hidup aku (cheeewaahh) sedikit sebanyak ia banyak mengubat hati aku yang tidak pernah kenal erti ketawa, happy dan teringat semenjak setahun yang lalu..."

Aku ingin re-write ayat aku di atas

"Sememangnya aku gembira aku crush dgn mr manager, sedikit sebanyak aku kurang sket teringat kat BMY sorang tu"

Hhehehe nilah akibatnya bila aku cuba menyusun ayat-ayat novel...hish, bila baca balik... eeee x best... makna dia lain benor...

Semalam testing harta baru... kelemahan yang amat buat aku fed-up... tangan gegar, x leh nak guna shutter speed... tensen...

147285 | posted by zareeda at 1:13 | 2 comments

Sunday, September 11, 2005

:: SEPTEMBER ::



Hai, hai, agak lama x ketemu ya... ok kembali kepada tajuk kegemaran aku hehehe... mr manger hhihi... sabtu lepaskan hihihi... diakan hihiihii... kamikan hihiihii... hihihi, aku tak tahu macamana nak coretkan disini... perasaaan aku macam zaman aku tgh bebudak lagi, masa budak2 dulu perangai tak serupa gini... betul2 tak sesuai, mungkinkah biological clock aku dah berundur ke belakang... atau mungkin daripada effect hormon yang kepingan amat dengan baby, bila tidak dibabykan akibatnya amat dasat seperti yang aku alami sekarang...

Aku rasalah kan mr manager dah tahu pasal blog aku ni, aku rasa jelah... aku masih berharap luahan rasa gila aku ini masih menjadi rahsia... hmmm, tak adventure lagi kalau dia dah tahu...

Panasonic Lumix DMC FZ20... harta berharga yang x sampai 24 jam aku miliki... excited ada, takut pun ada... aku harap aku tidak akan mensia-siakan duit dan harta yang aku miliki... terima kasih kepada teman yang sudi menemankan, memberi pendapat dan mengajar perkara yang berkaitan dengan harta aku yang baru ini... 3m anda amat saya perlukan dan alu-alukan dimasa akan datang...

Ikhlasnya aku gembira mr manager hadir dalam hidup aku (cheeewaahh) sedikit sebanyak ia banyak mengubat hati aku yang tidak pernah kenal erti ketawa, happy dan teringat semenjak setahun yang lalu... Kini September 2005 ulang tahun yang pertama... September akan tetap menjadi bulan yang tidak dapat aku lupakan... Bulan yang merubah segalanya bagi aku, bulan yang mengajar aku erti kehidupan, kebodohan, kesilapan dan manusia. Pastinya September akan mengingatkan aku walaupun pedih...

As my memory rests
But never forgets what I lost
Wake me up when september ends

147134 | posted by zareeda at 21:05 | 2 comments

“I wish that I could take it all away, And be the one who catches all your tears”

elektra79.fotopages.com