|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
2007 berakhir hari ini. waktu-waktu terakhir selalunya orang gunakan untuk melihat kembali peristiwa2 yang telah berlaku sepanjang tahun. aku pun nak lihat la balik apa yang dah berlaku.
sekejap je masa berlalu. seperti tahun2 yang lalu, tahun ini aku lalui sendirian lagi. masih belum ketemu pasangan hidup. tak tahula pasangan hidup aku ni pegi mana. dia cari aku kat mana ntah. sampai sekarang tak jumpa2 lagi aku. aku plak malas nak cari2. takpe, aku tunggu lagi.
yang gembiranya, impian nak bawak mak naik kapal terbang telah pun tercapai. impian untuk pergi bercuti ke tempat lain selain balik kampung pun tercapai. saat2 bercuti selama 10 hari di Sabah akan aku kenang sampai bila2. apatah lagi bercuti bersama mak dan adik2 tersayang.
yang belum tercapai, impian untuk bawa mak pergi menunaikan umrah. pengumpulan duit masih lagi berjalan. duit tambang dah lepas, tinggal kumpul duit poket je lagi. sekarang nih tengah memikirkan masa yg sesuai sahaja.
adik pompuan aku dah jumpa pasangan hidup nya. dahpun selamat bertunang. insyallah tahun depan berlangsung la akad nikahnya. dapat la cincin langkah bendul sebentuk. aku pakai sehari je buat tunjuk kat kawan opis. lepas tu simpan. tangan aku ni tak betah pakai cincin lama2. mungkin sebab bukan cincin tunang/kawin sendiri kut.
dulu masa adik lelaki no. 2 kawen, aku emosional betul. ye la. adik lelaki dah kawen. kakaknya tak kawen2. muka aku masa majlis kawen tun memang muka taik la. masam lebih pada cuka. orang pun tak berani tegur. menyesal plak bila fikir2kan tapi apa nak buat benda dah lepas.
kali ni aku dah ok. walaupun jauh di sudut hati rasa sedih sebab dh takde geng tapi aku dah boleh kontrol. dah alah bisa tegal biasa.
hmmmm apa lagi yang best ya? oh ya! impian aku nak beli rumah belum tercapai. hajat hati tu besar sangat. nak beli rumah yg agak mahal di kawasan yg agak bagus tapi tak sedar budget tak setinggi mana. jadinya tak cukup2 lagi duit aku nih. tengok pula la tahun depan macam mana.
walaupun agak banyak peristiwa gembira, aku pun banyak menangis jugak tahun nih. banyak betul aku kehilangan tahun nih. hilang makcik-makcik dan pakcik. orang kata tak elok terlalu kenangkan benda2 sedih nih. jadi tak payah la cerita banyak2.
kalau baca balik post yg aku buat tiap2 kali bulan ramadan, menyedihkan ada, stereotaip pun ada, kelakar pun ada. asik benda yang sama. balik2 citer pasal bukak posa sorang2. agaknya bila la aku boleh tukar citer kepada "tahun nih aku tidak keseorangan lagi" heh heh heh heh mesti saper2 yg kenal aku mesti baca entri tu 3-4 kali untuk memastikan kesahihan nya. mungkin kah impian akan menjadi realiti......kita tungguuuuuuuuuuuuuuu
sekian sahaja secara ringkas kehidupan di 2007.
selamat datang 2008.
moga apa yang aku cita2kan selama ini akan tercapai pada 2008.
keluarga, kerjaya, peribadi bla bla bla
Hmmm….. dah bersawang blog nih. Sudah lama tiada berita. Macam2 berlaku dalam hidup aku sepanjang ketiadaan berita di blog nih. Kebanyakan benda yang berlaku semuanya sedih-sedih belaka. Tahun ini menyaksikan keluarga aku kehilangan ramai orang tersayang. Hujung bulan July, ibu saudara yg sekian lama menderita sakit, akhirnya kembali ke rahmatullah. Kesian dia, ditakdirkan dia meninggal seorang diri tanpa disedari oleh anak2nya. Hujung bulau Ogos, nenek saudara yg juga sekian lama menderita sakit, kembali ke rahmatullah. Bulan September, seminggu kita berpuasa, ayah saudara kesayangan, juga kembali ke rahmatullah. Permergian yang tidak disangka2. Kami, isterinya, anak2nya, adiknya, abangnya, kakak2nya, anak2 saudaranya semua terkilan kerana tidak dapat bersamanya disaat2 beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Dia juga pergi tanpa siapa2 disisi.
Kehilangan pakcik memberi tamparan besar kepada kami terutama mak yg kehilangan abang yang paling rapat, tempat beliau bergantung harap dan mengadu sekian lama. Mujur mak tabah. Tapi aku tahu dia kehilangan punca. Pakcik merupakan seorang ayah tempat kami mengadu sejak ketiadaan abah, begitu juga bagi sepupu2 ku yang lain. Kakak2 pakcik, sudah ramai yang kehilangan suami. Pakcik lah yang mengurus dan memantau kehidupan kakak2 dan anak2 saudara nya.
Masih terbayang2 saat2 diberitahu mak mengenai kematian pakcik. Saat2 aku memandu pulang seorang diri ke Perak. 4 jam melayan perasaan dan tiap kali teringat kali2 terakhir bersama beliau, air mata mengalir laju. Untuk menenangkan diri supaya tidak mengganggu pemanduan, al-fatihah dan surah2 pendek al-quran kubaca sekaligus sedekah untuk pakcik.
Masih terbayang2 dahi sejuk pakcik yang ku kucup saat akhir sebelum jenazahnya dimandikan.
Saat abah meninggal dulu pun aku tidak seemosi ini. Mungkin kerana abah lama menanggung sakit. Jadi secara langsung aku belajar melepaskan abah perlahan2. tapi pakcik meninggalkan aku secara tiba2. langsung aku tidak sempat bersedia.
Aaahhhh 2006-2007. aku kehilangan begitu ramai saudara terdekat.
Ada juga Rahmat disebalik kehilangan ini semua. Aku semakin berminat mengambil tahu persiapan2 berkaitan menyediakan jenazah untuk pengebumian. melihat pemandian jenazah ibu2 saudara, melihat orang menyediakan kain kapan, melihat orang mengapankan mayat. Perkara2 yang tidak mungkin dapat aku lihat dengan jelas jika bukan melibatkan kematian orang2 terdekat.
a few office mates were rewarded by company for "so called" good performance. as a friend, i do not have anything against them. as a colleague, as quite a keen observer, i wonder what are the yardstick used by the company to reward them. i work side by side with few of them thus i know how they really performed. i am really dissapointed.........
loner = recluse, hermit = orang yang suka bersendirian
aku masuk kategori "loner" ni ke? selepas seminggu berhempas pulas di tempat kerja, aku lebih suka menghabiskan waktu hujung minggu berseorangan di rumah. berehat, menonton tv, membaca segala bacaan yang tertunggak tak kisahla novel, majalah dan juga suratkhabar lama yang memang aku simpan jika tiada masa untuk membaca.
jarang sekali keluar berjumpa kengkawan. bukan apa. malas nak berkomunikasi dengan orang. lebih suka diam seribu bahasa. jika di khalayak pun aku lebih gemar membiarkan orang lain yang berbicara. kecuali jika bertemu teman-teman lama yang sekepala barula rancak berbual.
am i a loner? ya kut! tapi belum tahap kritikal lagi. okey la tu
macam mana orang ada kesabaran untuk kemas kini blog mereka ya? orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu helah... aku la tu kot...
banyak yang hendak diperkatakan tapi pelbagai alasan menghalang untuk aku menulis. tak apalah. bila dah tak tahu di mana nak diluahkan perasaan, baru la aku akan menulis.
yang pasti, aku lebih suka berkata-kata dengan diri sendiri
30/4 (isnin) yang lalu, ofis ditutup. Semua orang disuruh bercuti. Bestnya dapat cuti panjang sampai 2/5 (rabu). Dan lebih menggembirakan hari sabtu, 28/4, bonus masuk. Alhamdulillah, banyak jugak yang zaza dapat. Yang tertinggi semenjak zaza kerja di sini. Tapi yang tak bestnya bila tengok persen yg ditolak ke LHDN. Tak berbaloi rasa kerja penat2 lepas tu kena bagi kat diaorang begitu banyak (sikit2 tu boleh la lagi). Ada kawan zaza yg sampai menangis bila tengok sebahagian besar duit bonus dia ditolak ke LHDN.
Apa2 pun nak kata gembira sangat tak jugak. Joli pun tidak duit tu sebabnya dah awal2 kena simpan sebab nak temankan mak pergi umrah. Dah lama sangat mak teringin nak pegi mekah. Ini la pertama kali zaza dapat bonus tapi boleh kata tak belanja langsung. Bukannya tak ada benda yang nak dibeli tapi entah la. Tak ada perasaan pulak nak berbelanja.
Cuti dihabiskan dengan mengeratkan silaturrahim. Bertandang ke rumah sedara mara yang lama tidak berjumpa. Sempat jugak selitkan pegi meronda jalan2 carik makan berdua dengan mak.
Antara aktiviti2 yang zaza buat masa cuti ari tu ialah makan steak di taiping. Ke sabak bernam menemankan pakcik yg perlu menjadi wali untuk pernikahan sepupu. Pergi mendaftar dulu. Kawennya cuti sekolah bulan 6 ni. Meronda dan makan mee udang di Matang. Jalan2 ke Kuala Gula, pergi survey tempat. Nanti nak tengok burung lepas tu sempat la makan nasi goreng di kuala gula. Balik kampung, tengok sawah bendang, amik buah mempelam, berkonvoi ke batu kurau, makan laksa, cicah buah pelam dan makan malam di rumah pakcik.
Pendek kata memang padat la cuti 5 hari dengan berjalan2. balik rumah untuk tidur saja. Masak pun tak sempat. Dah asyik makan kat luar sahaja. Duit hanya dibelanjakan untuk minyak kereta dan makan.
Besh besh besh
dulu masa sekolah menengah rendah, zaza agak aktif dengan pasukan st. john. ada sekali tu, zaza join aktiviti ala2 jambori tapi pasukan st john la. aktiviti hari akhir ialah acara merentas hutan dan halangan. sapa2 yg rasa kurang sihat boleh minta dikecualikan. zaza yg sihat tetiba rasa tidak sihat dan minta dikecualikan. Tapi lepas tu bila tengok ahli2 lain ambil bahagian, macam best je. rasa menyesal pulak tak ambil bahagian. zaza biarkan rasa takut menguasai diri. mengalah sebelum berjuang. akhirnya diri sendiri yang rugi. kalau kita mengalah sebelum mencuba, macam mana hendak tahu kemampuan diri.
sejak itu, zaza bertekad tak nak mengalah lagi sebelum mencuba walaupun zaza takut.
masa zaza kat kolej, ada sekali tu kawan zaza ajak naik entah apa ke namanya...ala kapal yg berhayun kat The Mall. rasanya dah tak ada sekarang di The Mall tuh. punya la takut masa naik kapal tu. zaza tak buka mata pun. bila dah berhenti, baru berani buka mata. zaza cakap dengan kawan zaza lepas nih zaza tak nak naik kapal tu lagi. memang betul pun, lepas tu dah tak naik dah.kapal di The Mall tu.
Bulan lepas company zaza buat family day di sunway lagoon. Enjoy habis masa di sana. Selepas tengahari semua staff boleh buat aktiviti bebas. Apa lagi yang bujang2 ambil kesempatan la pegi dry park main game. Zaza memang dah bertekad tak nak naik kapal berhayun lagi. Tambah2 yg di sunway tuh. Pusing 360 darjah. Gila tuh. Tapi kengkawan semua teruja nak naik dan paksa zaza naik jugak. Jadi terpaksa la naik. Orang kata duduk kat tengah2 kapal ok sikit. Tapi zaza kena duduk di hujung kapal berdua dengan kawan zaza sebab kitaorang besar sangat.
Heh heh heh....................berjaya!!!! Tapi tutup mata la. Tak berani langsung buka mata. Menghayati konon. Merasa terbang. Orang lain terjerit-jerit. Zaza diam seribu bahasa.. menikmati menghayati perasaan lepas bebas di atas sana. Hingga tanpa disedari air mata mengalir.....
Turun dari kapal, kengkawan yang begitu teruja tadi terus serik untuk mencuba. Zaza pulak makin berani.
Kitaorang bergerak ke tomahawk. Ada 2-3 orang menarik diri dari mencuba. Zaza plak cewah berani. Rupa2nya tomahawk lagi teruk. Gila betul. Terdiam semua orang. Semua tak sabar2 menunggu benda tu habis berpusing. Lepas turun masing2 jadi blur sekejap. Tiba2 je badan zaza penuh angin. Tak selesa betul la. Selepas 15 minit angin masih tak keluar maka zaza ambil keputusan untuk muntah. Baru lega sikit. Lega banyak selepas makan 2 batang aiskrim limau. Ok la tu. Kawan lelaki ada yg bercerita dia muntah hijau sebaik saja turun. Kitaorang panggil benda tu bukan « tomahawk » tapi « tomuntah » hahahahhaa
Yang pasti bila sudah cuba baru tahu kemampuan diri. Jadi bila setiap kali zaza takut dengan cabaran baru, zaza akan ingatkan diri supaya tetap mencuba. Mana tahu lepas mencuba kita akan dapati benda itu senang sahaja rupanya. Mana tahu benda yg menakutkan itu lama2 akan membuat kita berani. Ketakutan pada ketinggian masih ada tapi zaza tak kan biarkan ia menghalang zaza dari mencuba…
makan dalam periuk! ish ish ish ish tak senonoh betul anak dara nih!!! panaskan mihun sup untuk makan tengah malam. malas betul nak basuh banyak2 bekas. apa lagi...belasah je la makan dalam periuk.
ini kalau mak nampak, memang kena leter tak hengat punya.
bila buat / nak buat salah aje mesti tingat mak dulu...... kira jadik macam buffer (penyekat) la dari melakukan perkara yang lebih teruk
part 1 1. bought reading stuff 2. went to secret recipe (level 6, sogo) 3. ordered banana split (vanila + strawberry), drinks green apple kasturi 4. taking own sweet time enjoying the dessert while reading 5. then ordered some more. tomyam noodle soup. 6. finish reading 1 magazine, back to back star newspaper 7. walla!!!
part 11 1. went to sogo during sale 2. be there early. best, immediately when they opened the store (to avoid the crowd) 3. taking own sweet time trying out all the clothes 4. need not worry about friends waiting, boyfriend waiting, kids waiting 5. of course the best part is coming across shirts, slacks, skirts...etc that i can fit into my budget and my body ahem ahem ahem (being on the plus size is always difficult to find readily made suitable clothing and at cheaper prize) 6. i'm richer with few more shirts. of course poorer a couple of hundreds which i planned to set off with my impending bonus.... pray to God it will come soon! 7. wallla!!! 3 hours passed by. i like my personal time
can a tv series make you stupid? yes! that's what it did to me! i was so affected by the story. i get very emotional every day after each episode end. it really affected my mood. my thoughts even strayed to the series when i was in the middle of a meeting. i was supposed to be fully concentrate... heck! i'm the minutes taker.....yet i thought about something else
cant wait for the series to end. stupid me? or stupid korean series?
Life is too short for grievances, For quarrels and for tears, What's the use of wasting Precious days and precious tears. If there's something to forgive, Forgive without delay Maybe you too, were part to blame, So make it up today. Be generous, forget the past And take the broader view, Cast away all bitterness and Let the sunshine through. If it's within your power A broken heart to mend, Remember Love is all that really matters in the end.
Author Unknown
Aku semakin kehabisan teman yg bujang. Aku benci pergi ke majlis seorang diri. Macam kera sumbang. Aku benci mendengar pendapat orang yg kononnya berniat baik. Muak mendengar gurauan orang. Aku benci dengan orang yg membuat kesimpulan sendiri Suami mana...anak dah berapa...la tak kawin lagi...memilih sangat kut...cuba la cari2 jgn tunggu saja... Benci benci benci
Yg mana lebih sakit?
Tidak dpt bersama org yg kita cintai dan kemudian terpaksa melihat dia berkahwin dgn orang lain
Atau
Mencintai seseorang yg berada di sisi setiap hari tapi hanya bertepuk sebelah tangan
Minggu lepas, hujung minggu dipenuhi aktiviti. Sekejap saja cuti berlalu. Rasa macam tak sempat berehat. Sabtu ahad kelmarin, duduk rumah saja sepanjang hari tanpa aktiviti yang memberansangkan. Tidur dan tengok tv saja. Malas mengemas, masak pun yg sempoi. Entah apa nak jadi. Malam ahad aku ulang tengok meteor garden 1. Tak tidur sampai ke pagi. Pukul 7 lebih aku ke pasar. Beli barang basah. Lepas makan pagi, jam 930 pagi baru aku tidur. Niat di hati tidur sebentar sahaja sebab nak keluar beli kasut dan dompet. Bila terjaga dua jam kemudian, cuaca di luar terik sungguh. Ah keluar panas2 tak best langsung. Aku sambung tidur balik. Alkisahnya lepas asar baru aku keluar membeli belah. Itulah pembaziran masa yang telah dilaku kan.
My CEO asked my GGM Finance, I saw zaza nowadays always wear western attire to the office and seldom wears baju kurung. Is she getting married soon?
GGM Finance relay the query to zaza.
zaza – huh????? What is the relationship between attire and marriage?
Lewat petang ahad yg lalu, berborak dgn mak di telefon hampir sejam. Lega bila dengar suara dia yg dah semakin sihat. Seminggu raya yg lalu, mak dijangkiti selsema. Terus melarat ke demam. Dia asyik tidur sahaja. Jadi zaza tak kemana2 la. Duduk kt rumah aje. Plan nak bawak mak pegi jalan2 berhari raya terpaksa dibatalkan dengan kesihatan dia yg tidak mengizinkan.
Sejam berborak, bermacam2 topik yg keluar. Dari bab jiran pinjam barang tapi tak penah nak pulang kan, pakatan utk tidak meminjamkan barang lagi, orang di kejiranan kitaorg di jumpai mati dibunuh pada hari raya, baju raya yg tailor salah buat sampai la ke topik Eja dan Arash (pelakon tuh) dah kawin ke masih single. Heh heh heh….. dasat topik borak kitaorg. That’s my mother also known as my friend. My awet muda mak yg selalu org puji. Yg orang kata mcm my kakak instead of my mak. And it never fails to make me jeles at her.
Mana tak awet muda. Selalu tersenyum kt orang. Walaupun dia tak suka orang tu.
Aku plak……awet tua. Walaupun senyuman ku manis (org kata, bukan mendabik dada heh heh heh) tapi sungguh susah utk dipamerkan. Kadang2 aku rasa muka aku biasa aje. Tapi nanti kang kawan tegur. Eh! Napa masam je zaza. Laaa….aku rasa biasa aje. Then, kalau aku mmg tk suka seseorang tu, naturally it will show through my face. Kalau aku tension keja, pun akan terpancar kt muka the ketensionan aku tuh.
Kena selalu ingatkan diri…..senyum…senyum…senyum Bila aku susah nak senyum, selalu nyanyi kt dlm hati lagu senyum tuh. Macam ni…..
Senyum umpama titian dalam kehidupan Senyum lah dari hati Dunia mu berseri Llalaalllaaalllaaaa
Did I make you smile?
ini entry bulan pose. danchan buat perangai betul sepanjang bulan pose ari tuh.
Ahad 15 Ramadan 1427H
Carrefour
5 minit sebelum itu. Org di lorong sebelah menegur seorang lelaki Cina yg beratur di hadapan di lorong sama dgn aku. En.! Awak beratur di lorong express. Dah salah lorong ni. Sambil merujuk troli lelaki itu yg penuh. Lelaki Cina itu baru tersedar kesilapannya. Dan dia terus beredar ke lorong yg betul. Dengan berat hati tetapi tetap melakukannya. Walaupun dia telah beratur lama dan kini terpaksa beratur kembali. Hujung minggu di Carrefour dalam bulan puasa ni, beratur membayar barang lebih lama dari membeli barang.
5 minit selepas itu
Aku : (menegur cik kak di depan yg trolinya padat dgn barang). Cik! Ini lorong express (10 brg shj).
Cik kak tu : laaa….(tidak berganjak) Tak apa la. Saya dah beratur lama dah ni. Takkan nak beratur balik.
Aku : (dalam hati ; macam dia seorang aje yg beratur lama.) jangannn……nanti cashier tak kasi lepas punya. Dia mesti suruh pegi beratur lorong yg betul
Cik kak tu : membebel-bebel…..allaaaaa orang dah beratur lama dah nihh
Aku : diam. Malas nak bertikam lidah dgn orang seperti ini. Lantak ngko la. Yg kena halau kang bukan aku.
Cik kak tu : dah serba salah. Siap pegi tanya cashier tuh. Adik, ahkak dah beratur lama dah nih…sambil menunjuk troli dia yg penuh tu.
Cashier : tak boleh kak. Saya tak boleh terima. Ini kaunter express. Akhak kena pegi beratur lorong yg betul
Cik kak tu : ala dik, ahkak dah beratur lama dah nih (ye la ye la dia sorang aje beratur lama. padahal beratus lagi orang keliling yg dah beratur lagi lama dari dia). Hendak tak hendak, dia pun nak tolak la troli dia ke lorong lain.
Mamat batu api : tetiba mamat yg beratur di lorong ekspres sebelah boleh jadi batu api plak. Takpe kak. Ahkak beratur je. Dia mesti amik punya
Aku : (dalam hati) eh eh mamat nih…. Bulan2 posa jadi batu api plak. Nak aje aku tegur jangan jadi batu api. Tapi sbb bini ada kt sebelah, malas nak cakap apa. Sama aje laki bini. Lantak korang la
Cik kak tu : tak jadi tolak troli. Sampai giliran dia di kaunter, cashier tak nak terima barang dia. Cashier bertegas suruh dia pegi ke lorong yg betul. Ahkak tu dgn muka yg marah terus tinggal kan troli dia kt situ. Merajuk la konon. Tak tahu la dia terus tinggalkan troli tu dan balik atau pun pegi beratur kat belakang balik.
Sapa yang rugi? Dia jugak yg rugi. Sebab dah penat2 pilih barang, dah tak jadi beli.
Aku : suker ler sebab giliran aku nak bayar dah sampai……
Malam hari jumaat minggu lepas, adik arwah kesayangan telefon. Mak dan ayah dia terlibat dalam kemalangan minggu sebelum tuh. Kereta mereka berlanggar dengan lori balak. Terpempan seketika.
Mak dia cedera ringan. Tapi ayah dia cedera agak teruk. Kesemua anggota badan bahagian kanan teruk. Kepala di tusuk kaca cermin, telinga koyak rabak, tangan patah, kaki patah pangkal peha, badan dipenuhi habuk kaca. Kereta yang dinaiki remuk teruk.
Dia ceritakan pada zaza dari mula kejadian, apa yang berlaku sehinggalah seminggu kemudian. Bagaimana selepas kemalangan, mak dia menyangka ayah dia telah tiada jika dilihat dengan kecederaan dan darah yg berlumuran. Bagaimana dia bergegas dari pasir gudang johor meredah kegelapan malam untuk balik ke kampong di Kelantan sebaik menerima berita kejadian. Bagaimana setibanya dia di hospital, dia sendiri tidak dapat mengecam mak dia jika bukan kerana baju yg dipakai. Disebabkan luka telah bertukar menjadi bengkak. Paras rupa bertukar. Tak terbayang gelodak yg melanda di hati nya ketika itu.
Syukur alhamdulillah, selain kecederaan luaran, mak dan ayah dia tidak mengalami kecederaan dalaman yg teruk. Namun disebabkan usia yg agak lanjut, tempoh untuk sihat semula pasti mengambil masa yg agak perlahan dan lama.
Dan aku pulak….sebaik menerima berita itu, terus terlintas kenangan lalu. Kehilangan arwah kesayangan. Dan kini hampir kehilangan mak dan ayah dia. Terasa ingin terbang ke sana. Untuk melawat dan membantu mana2 yg patut. Sudah lama aku tidak bertemu mereka. Kali terakhir sewaktu perkahwinan kawan lama ku ini, adik arwah kira2 dua tahun yg lalu.
Masa tu rasa ralat jugak sebab tidak sempat melawat ke kubur arwah sebelum pulang ke kl.
Sehingga kini masih merancang hari yg sesuai untuk bertolak ke sana. Ketiadaan teman untuk menemani aku dari kl ke Kelantan membuatkan hati berbelah bagi.
Di saat2 inilah, hati pasti akan merasa susah dan ralat… kenapa la aku masih belum punyai pasangan….
Perasaan sedih bertamu kembali ke hati. Aaarrrggghhhh…aku mesti lari dari perasaan ini
Minggu lepas
Kawan opis : ala, hari ini saya kena berbuka sorang2 la. Ada hal. Tak sempat pulang berbuka di rumah
Zaza : (menyampuk!) ala…. Saya nih tiap2 hari pun buka sorang2. tak kisahpun
Kawan opis : Awak tu lain. Awak dah biasa berbuka sorang2
Zaza : terdiam…….. nak kecik hati pun ya jugak. Ye ler .. kiter tahu la kiter tk tinggal ngan famili. Kawan utk berbuka pun takde. Padan muka haku…tu la sapa suh menyampuk!
Yup! Buat kesekian kali nya, zaza sambut Ramadan berseorangan. Berbuka…bersahur …..sorang2 di rumah.
Jika sebelum2 nih memang rasa sayu, syahdu, nak menangis aje bila berbuka sorang2 tuh. Tahun ni dah tk rasa sayu dah. Orang kata alah bisa tegal biasa. Dah menjadi kebiasaan. Rasa sayu, syahdu….. dah tak melekat di jiwa. Malah rasa seronok pulak berbuka sorang2 nih. Masak apa yang kita suka. Makan apa yang kita suka. ambil masa menikmati makanan kita. Tidak perlu berbicara perkara yang sia-sia.
Adakah Ramadan tahun depan begini jugak. Entah lah. Entah kan sempat entah kan tidak……….
½ gelas susu low fat 2 biji tamar 1 gelas besar air laici tanpa gula ½ biji betik 2 biji sweet potato rebus (kecik aje saiznya) Cucur udang cicah sambal ikan bilis
Sempoi aje menu berbuka kelmarin. Tapi kenyang yg amat. Alhamdulillah. Setakat ni sajian berbuka dan bersahur semua di masak sendiri. Sebab nak makan sorang aje, tak payah masak beria-ia. Lauk satu jenis. Sayur sikit. Dah cukup. Zaza jarang pegi pasar Ramadan. Bila sesekali teringin makan kuih, baru pegi. Jimat ke? Jimat la kot. Tapi duit yg dijimatkan tu habis kalau berbuka di luar. Setakat nih baru sekali berbuka di luar. Makan di Kenny Rogers KL Sentral.
Hari sabtu yang lalu, zaza pergi pasar malam dgn seorang rakan. seperti biasa kalau ke pasar malam, memang jarang miss beli murtabak. malam tu tidur di hotel temankan kawan lama zaza yg datang dari kelantan.
selepas makan sekeping, bila nak membungkus balik, eh!! ada sekeping not RM50 terselit di celah2 bungkusan. aiseh, adik yg jual tu dah terbungkus RM50 dgn murtabak zaza la.
semalam, terpaksa la pegi ke pasar malam untuk memulangkan duit itu.
respon yang diberi? mak nya terkedu. dia kata patutla kutipan hari tu tak cukup. dia dah marah2 dah anak dia. duit yg zaza hulur, dia buat dek jek. agaknya duk kesal sebab marah2 anak dia. anak dia yg ambil duit tu dari zaza. bila zaza dah beredar, baru terdengar dia cakap terima kasih.
terasa jugak macam keikhlasan kita tak dihargai. tapi ya mungkin dia terperanjat, itu yg takde respon apa2 tu. apa2 pun tanggungjawab zaza dah lepas.
selalunya apa yang kita tak suka, yang itu la yg kita akan dapat. kompim!! bulan 8 nih, setiap minggu ada majlis kawen yg harus di hadiri. tak pegi, orang dah susah payah jemput. kalu pegi, bukan setakat makan ayam daging rendang...makan hati pun iya jugak... sabor je la........cobaan cobaan cobaan
pada saat ini loceng amaran kebakaran di opis sedang berbunyi dgn bingitnya, dah dekat 10 minit dah bunyik. masa mula2 dengar tu, kami dengan pantas mengangkat handbag untuk turun ke bawah. alih2 diaorg kata testing bunyi je. hampeh tul. dah la takde amaran yg diberi kata nak buat testing. orang tengah syok2 buat kerja tuh (cewwah.....) adui la..sakit telinga..bingit tul bunyi nya, tak habis lagi tu.
tapi kan, kata la betul2 berlaku kebakaran, dah tak terasa bingitnya kan!
p/s : ujian darah tk kuar lagi...
hari sabtu yg lalu pegi bplab buat ujian darah setelah tertangguh sekian lama. bahana kurang exercise sepanjang 2 tahun kebelakangan ini. sudahla payah mencari salur darah. darah pula mengalir keluar begitu lambat sekali. lambat tahap maksima. akibatnya untuk mendapatkan jumlah darah yg diperlukan, 4 kali tusukan jarum di 4 tempat berlainan terpaksa dilakukan. adoi!!! sakit la kena cucuk. nasib baik macho.
keputusan belum keluar lagi. mungkin esok.
aku : dengar berita pasal hani mohsin meninggal tiba2 pagi tadi, terus teringat arwah abang kau.dia pun dulu tinggal kan kita tiba2 je.
dia : dia dah lama takde tapi aku selalu macam ada banyak cite nak cite kat dia macam dulu macamdia ada tapi jauh
aku : tetiba plak air mata menitik bila baca msg ngko. Nasib baik tak melarat. Kalau dulu2, menangis sampai tertido. dah lama ya. dah hampir 7 tahun
dia : hidup lawan mati. hilang mesti berganti walau tidak serupa
aku : .....................................
Diam tak diam, dah 14 tahun rupanya aku menjadi penghuni bandaraya kuala lumpur. Dan yang lebih tepatnya, dah 14 tahun aku menjadi penghuni di kg. baru. Dari aku belajar sehinggalah sekarang bekerja, kg. baru lah menjadi saksi segala pahit manis aku di sini. Seorang gadis merantau, menjadi seorang yang berdikari, menjaga diri sendiri.
Aku menjadi matang seiring dengan Kuala lumpur yang berubah sedikit demi sedikit.
Banyak kenangan manis di sini terutama kenangan semasa menjadi pelajar di kolej. Tetapi banyak kenangan itu telah tersimpan rapi di suatu tempat di bahagian otak aku ni yang aku sendiri tidak tahu di mana ia berada. Pelupa sebenarnya. Ialah semakin tua, semakin banyak yg dilupa.
Pengalaman menggunakan pengangkutan awam selama 12 tahun menjadikan aku seorang yg agak arif segala jalan2 di kuala lumpur nih. Malah menjadi lebih arif dari mereka yg dilahir dan dibesarkan disini. Justeru itu bila aku sudah mula memandu, tiada masalah untuk aku memandu di bandaraya kl nih.
Selama 12 tahun, bas menjadi rakan pengangkutan yang begitu akrab dengan aku. Dari zaman bmw (bas mini wilayah) dgn tambang 50sen dan kemudian naik ke 70 sen, zaman tiket bas berwarna warni hinggalah zaman intrakota dengan tiket sivik standard yg tak cantik tu, semuanya dah pernah ku lalui.
Teringat pertama kali aku tersalah naik bas mini waktu hendak pulang ke asrama kolej dulu. Waktu itu merupakan pertama kali aku bercuti setelah belajar di kl. Dari kampong, aku turun di puduraya. Waktu tu, pasar rakyat kt sebelah puduraya belum dibina. Apatah lagi lrt star tuh. Bayang pun belum ada. Dibelakang puduraya tu masih lagi merupakan jalan raya bagi bas dan kereta lalu lalang..
Masa tu baru teringat yg aku lupa nak belajar ambil bas yg mana untuk ke kg baru. Tapi aku tahu chow kit tu tak jauh dari kg. baru (mcm la chow kit tu kecik, sebelah menyebelah ngan kg baru). Jadi aku dgn konfiden naik la bas yg ada tulis chow kit. Naik bas no. 25. kg. pandan – puduraya - chowkit
Tapi kenapa bas ni makin lama makin keluar jauh dari kl. Aisehman!!!1 aku tersalah amik bas la. Patutnya di seberang yg satu lagi. Ini aku tunggu bas di sebelah yg keluar kl. Gabra sungguh masa tu. Dah la sorang2. tapi aku berani. Tak main la nangis2 nih. Buat muka macho. Mana boleh tunjuk muka risau.
Makanya aku ikut la bas tu sampai penghujungnya. Sampai kat hujung, bila orang dah takde baru la aku tanya konduktor macam mana nak amik bas ke kl balik. Fuh!! Lega!!! ingatkan dah selamat la. Naik bas balik ke kl.
Sampai di chow kit aku pun turun la. Tahu tak dibhg mana aku turun. Nun di jalan laut sana. Jauh gilers tu dgn kg. baru. Dah la bwk beg besar. Mahu tak mahu aku heret jugak la beg besar tu. Masa tuh dah lewat petang. Aku selamba je redah lorong chow kit la haji taib la……sorang2 heret beg besar. Jalan kaki sampai ke jalan raja alang, tempat hostel aku. Masa lalu kt lorong2 tuh, orang2 di kawasan tu perati jek…tahu2 je la kan lorong2 tu terkenal dengan apa. Tapi aku tawakal je la. Tak berani pun tengok kiri kanan. Pandang depan jek. Jeling sikit2 je. Oooo…macam ni rupanya lorong hj taib.
Adoi la penatnya……
Definisi "sederhana" diaorang
Kenduri kawen di klcc Perarakan pengantin naik kereta kuda di klcc Kenduri kawen di kuala lipis Baju kawen ditempah dari 5 pereka ternama yg mnjanjikan baju kawen bak puteri dan cinderella, kain dibeli dari luar negara Kasut kawen dah tentu bukan dari vincci Mekap rupa, seorang ternama di malaysia, seorang lagi dr indonesia Wedding planner seorang kerabat diraja
Rupanya ini definisi sederhana mereka.
Umpama langit dan bumi bezanya jika dibandingkan dgn majlis kawen aku nanti. Eh bila agaknya kenduri aku tu ya! Oh tak tahu bila. Sebab aku belum ketemu jodoh ku lagi. Bujang kah atau duda kah atau suami org kah
Apa2 pun aku kembali pada agama ku. Jodoh ajal maut semua ketentuanNYA
Kalau lelaki yg saya sayang sangat2, yg saya harap akan menjadi teman seumur hidup sy tiba2 mengaku dia m'punyai HIV +, apa yg patut sy lakukan?
Pentingkan diri sendiri. Tinggalkn dia. Sy ingin punyai zuriat sy sndiri. Sy tidak mahu dijangkiti.
Atau pun tetap kekal brsama dia. Sy sayangkn dia. Mana mungkin sy biarkn dia kseorangan.
Mujur sy tidak perlu lalui ini. Mujur sy tidak perlu buat pilihan. Siapa tahu masa depan.
I'm getting tired attending friend's wedding celebration nowadays. Alone, surrounded by friends with their partners easily changed my mood from cheerful to depressed. I hate this feeling.
hepi birthday to me. me and mak, we went to Menara Alor Setar, Kedah. Belanja mak makan tengahari di Restoran Berputar di situ. Aside then us, there's only another table of a family. bagus jugak sebab tak bising. banyak jugak kitaorg makan. after lunch, we went to Pekan Rabu. sekejap aje. then balik Taiping. all in all it took about 5++ hours driving to and from Alor Setar just to makan tengahari. mak wanted to go for a massage. we stop by at home for a few minutes. then out to massage centre. luckily they provided magazines. i managed to read 2 magazines while waiting for her massage session to finish. i wanted to buy cake for myself on the way back. but was to tired to stop at the cake shop.
all in all, it was a very tiring day. rasa macam celebrate birthday mak pulak instead of me hehehehhee
|