home
login::signup
we::blog

kenangan

Diam tak diam, dah 14 tahun rupanya aku menjadi penghuni bandaraya kuala lumpur. 
Dan yang lebih tepatnya, dah 14 tahun aku menjadi penghuni di kg. baru. Dari aku belajar sehinggalah sekarang bekerja, kg. baru lah menjadi saksi segala pahit manis aku di sini. Seorang gadis merantau, menjadi seorang yang berdikari, menjaga diri sendiri. 
 
Aku menjadi matang seiring dengan Kuala lumpur yang berubah sedikit demi sedikit. 
 
Banyak kenangan manis di sini terutama kenangan semasa menjadi pelajar di kolej. Tetapi banyak kenangan itu telah tersimpan rapi di suatu tempat di bahagian otak aku ni yang aku sendiri tidak tahu di mana ia berada. Pelupa sebenarnya. Ialah semakin tua, semakin banyak yg dilupa. 
 
Pengalaman menggunakan pengangkutan awam selama 12 tahun menjadikan aku seorang yg agak arif segala jalan2 di kuala lumpur nih. Malah menjadi lebih arif dari mereka yg dilahir dan dibesarkan disini. Justeru itu bila aku sudah mula memandu, tiada masalah untuk aku memandu di bandaraya kl nih. 
 
Selama 12 tahun, bas menjadi rakan pengangkutan yang begitu akrab dengan aku. Dari zaman bmw (bas mini wilayah) dgn tambang 50sen dan kemudian naik ke 70 sen, zaman tiket bas berwarna warni hinggalah zaman intrakota dengan tiket sivik standard yg tak cantik tu, semuanya dah pernah ku lalui. 
 
Teringat pertama kali aku tersalah naik bas mini waktu hendak pulang ke asrama kolej dulu. Waktu itu merupakan pertama kali aku bercuti setelah belajar di kl. Dari kampong, aku turun di puduraya. Waktu tu, pasar rakyat kt sebelah puduraya belum dibina. Apatah lagi lrt star tuh. Bayang pun belum ada. Dibelakang puduraya tu masih lagi merupakan jalan raya bagi bas dan kereta lalu lalang.. 
 
Masa tu baru teringat yg aku lupa nak belajar ambil bas yg mana untuk ke kg baru. Tapi aku tahu chow kit tu tak jauh dari kg. baru (mcm la chow kit tu kecik, sebelah menyebelah ngan kg baru). Jadi aku dgn konfiden naik la bas yg ada tulis chow kit. Naik bas no. 25. kg. pandan – puduraya - chowkit 
 
Tapi kenapa bas ni makin lama makin keluar jauh dari kl. Aisehman!!!1 aku tersalah amik bas la. Patutnya di seberang yg satu lagi. Ini aku tunggu bas di sebelah yg keluar kl. Gabra sungguh masa tu. Dah la sorang2. tapi aku berani. Tak main la nangis2 nih. Buat muka macho. Mana boleh tunjuk muka risau. 
 
Makanya aku ikut la bas tu sampai penghujungnya. Sampai kat hujung, bila orang dah takde baru la aku tanya konduktor macam mana nak amik bas ke kl balik. Fuh!! Lega!!! ingatkan dah selamat la. Naik bas balik ke kl.  
 
Sampai di chow kit aku pun turun la. Tahu tak dibhg mana aku turun. Nun di jalan laut sana. Jauh gilers tu dgn kg. baru. Dah la bwk beg besar. Mahu tak mahu aku heret jugak la beg besar tu. Masa tuh dah lewat petang. Aku selamba je redah lorong chow kit la haji taib la……sorang2 heret beg besar. Jalan kaki sampai ke jalan raja alang, tempat hostel aku. Masa lalu kt lorong2 tuh, orang2 di kawasan tu perati jek…tahu2 je la kan lorong2 tu terkenal dengan apa. Tapi aku tawakal je la. Tak berani pun tengok kiri kanan. Pandang depan jek. Jeling sikit2 je. Oooo…macam ni rupanya lorong hj taib. 
 
Adoi la penatnya……

last modified Jul 24, 2006 at 2:47



[ add a comment ]

jauh nya berjalan kaki. tapi dulu kenderaan tak sebanyak hari ni kan. jadi tak perlu menghidu asap sepanjang berjalan kaki.
indahnyaa dulu2

155351 | posted by zaza on July 31, 2006 at 23:20

mmg penuh kenangan...

kadang2 berjalan kaki saja dari sentul ke perpustakaan awam di jalan raja laut atau ke perpustakaan negeri selangor di sebelah dataran merdeka, sambil melalui jalan ipoh, chow kit road dan kadang2 lalu juga di jalan dan lorong2 haji taib melihat2 keadaan orang di situ... tapi siapa nak indah pada budak sekolah waktu itu ?

duit yg dibekal emak, simpan buat beli mee rebus ramli dan air barli di bawah bangunan sebelah masjid india.

155131 | posted by saorangorang on July 24, 2006 at 12:26