|
sedih
Malam hari jumaat minggu lepas, adik arwah kesayangan telefon. Mak dan ayah dia terlibat dalam kemalangan minggu sebelum tuh. Kereta mereka berlanggar dengan lori balak. Terpempan seketika. Mak dia cedera ringan. Tapi ayah dia cedera agak teruk. Kesemua anggota badan bahagian kanan teruk. Kepala di tusuk kaca cermin, telinga koyak rabak, tangan patah, kaki patah pangkal peha, badan dipenuhi habuk kaca. Kereta yang dinaiki remuk teruk. Dia ceritakan pada zaza dari mula kejadian, apa yang berlaku sehinggalah seminggu kemudian. Bagaimana selepas kemalangan, mak dia menyangka ayah dia telah tiada jika dilihat dengan kecederaan dan darah yg berlumuran. Bagaimana dia bergegas dari pasir gudang johor meredah kegelapan malam untuk balik ke kampong di Kelantan sebaik menerima berita kejadian. Bagaimana setibanya dia di hospital, dia sendiri tidak dapat mengecam mak dia jika bukan kerana baju yg dipakai. Disebabkan luka telah bertukar menjadi bengkak. Paras rupa bertukar. Tak terbayang gelodak yg melanda di hati nya ketika itu. Syukur alhamdulillah, selain kecederaan luaran, mak dan ayah dia tidak mengalami kecederaan dalaman yg teruk. Namun disebabkan usia yg agak lanjut, tempoh untuk sihat semula pasti mengambil masa yg agak perlahan dan lama. Dan aku pulak….sebaik menerima berita itu, terus terlintas kenangan lalu. Kehilangan arwah kesayangan. Dan kini hampir kehilangan mak dan ayah dia. Terasa ingin terbang ke sana. Untuk melawat dan membantu mana2 yg patut. Sudah lama aku tidak bertemu mereka. Kali terakhir sewaktu perkahwinan kawan lama ku ini, adik arwah kira2 dua tahun yg lalu. Masa tu rasa ralat jugak sebab tidak sempat melawat ke kubur arwah sebelum pulang ke kl. Sehingga kini masih merancang hari yg sesuai untuk bertolak ke sana. Ketiadaan teman untuk menemani aku dari kl ke Kelantan membuatkan hati berbelah bagi. Di saat2 inilah, hati pasti akan merasa susah dan ralat… kenapa la aku masih belum punyai pasangan…. Perasaan sedih bertamu kembali ke hati. Aaarrrggghhhh…aku mesti lari dari perasaan ini
last modified Oct 4, 2006 at 22:37
|