home
login::signup
we::blog

ini entry bulan pose. danchan buat perangai betul sepanjang bulan pose ari tuh. 
 
Ahad 15 Ramadan 1427H 
 
Carrefour 
 
5 minit sebelum itu. Org di lorong sebelah menegur seorang lelaki Cina yg beratur di hadapan di lorong sama dgn aku. En.! Awak beratur di lorong express. Dah salah lorong ni. Sambil merujuk troli lelaki itu yg penuh. Lelaki Cina itu baru tersedar kesilapannya. Dan dia terus beredar ke lorong yg betul. Dengan berat hati tetapi tetap melakukannya. Walaupun dia telah beratur lama dan kini terpaksa beratur kembali. Hujung minggu di Carrefour dalam bulan puasa ni, beratur membayar barang lebih lama dari membeli barang. 
 
5 minit selepas itu 
 
Aku : (menegur cik kak di depan yg trolinya padat dgn barang). Cik! Ini lorong express (10 brg shj).  
 
Cik kak tu : laaa….(tidak berganjak) Tak apa la. Saya dah beratur lama dah ni. Takkan nak beratur balik. 
 
Aku : (dalam hati ; macam dia seorang aje yg beratur lama.) jangannn……nanti cashier tak kasi lepas punya. Dia mesti suruh pegi beratur lorong yg betul 
 
Cik kak tu : membebel-bebel…..allaaaaa orang dah beratur lama dah nihh 
 
Aku : diam. Malas nak bertikam lidah dgn orang seperti ini. Lantak ngko la. Yg kena halau kang bukan aku. 
 
Cik kak tu : dah serba salah. Siap pegi tanya cashier tuh. Adik, ahkak dah beratur lama dah nih…sambil menunjuk troli dia yg penuh tu. 
 
Cashier : tak boleh kak. Saya tak boleh terima. Ini kaunter express. Akhak kena pegi beratur lorong yg betul 
 
Cik kak tu : ala dik, ahkak dah beratur lama dah nih (ye la ye la dia sorang aje beratur lama. padahal beratus lagi orang keliling yg dah beratur lagi lama dari dia).  
Hendak tak hendak, dia pun nak tolak la troli dia ke lorong lain. 
 
Mamat batu api : tetiba mamat yg beratur di lorong ekspres sebelah boleh jadi batu api plak. Takpe kak. Ahkak beratur je. Dia mesti amik punya 
 
Aku : (dalam hati) eh eh mamat nih…. Bulan2 posa jadi batu api plak. Nak aje aku tegur jangan jadi batu api. Tapi sbb bini ada kt sebelah, malas nak cakap apa. Sama aje laki bini. Lantak korang la 
 
Cik kak tu : tak jadi tolak troli. Sampai giliran dia di kaunter, cashier tak nak terima barang dia. Cashier bertegas suruh dia pegi ke lorong yg betul.  
Ahkak tu dgn muka yg marah terus tinggal kan troli dia kt situ. Merajuk la konon. 
Tak tahu la dia terus tinggalkan troli tu dan balik atau pun pegi beratur kat belakang balik. 
 
Sapa yang rugi? Dia jugak yg rugi. Sebab dah penat2 pilih barang, dah tak jadi beli.  
 
Aku : suker ler sebab giliran aku nak bayar dah sampai……

last modified Nov 5, 2006 at 19:23



[ add a comment ]

selamat hari raya zaza.

157260 | posted by sitinesta on November 6, 2006 at 17:21

<a href="http://">mimiamilia.blogspot.com</a>

ahaha..padan muka ngan perempuan itu!..

157257 | posted by mimiamilia on November 6, 2006 at 12:48