|
aku, mak dan senyum
Lewat petang ahad yg lalu, berborak dgn mak di telefon hampir sejam. Lega bila dengar suara dia yg dah semakin sihat. Seminggu raya yg lalu, mak dijangkiti selsema. Terus melarat ke demam. Dia asyik tidur sahaja. Jadi zaza tak kemana2 la. Duduk kt rumah aje. Plan nak bawak mak pegi jalan2 berhari raya terpaksa dibatalkan dengan kesihatan dia yg tidak mengizinkan. Sejam berborak, bermacam2 topik yg keluar. Dari bab jiran pinjam barang tapi tak penah nak pulang kan, pakatan utk tidak meminjamkan barang lagi, orang di kejiranan kitaorg di jumpai mati dibunuh pada hari raya, baju raya yg tailor salah buat sampai la ke topik Eja dan Arash (pelakon tuh) dah kawin ke masih single. Heh heh heh….. dasat topik borak kitaorg. That’s my mother also known as my friend. My awet muda mak yg selalu org puji. Yg orang kata mcm my kakak instead of my mak. And it never fails to make me jeles at her. Mana tak awet muda. Selalu tersenyum kt orang. Walaupun dia tak suka orang tu. Aku plak……awet tua. Walaupun senyuman ku manis (org kata, bukan mendabik dada heh heh heh) tapi sungguh susah utk dipamerkan. Kadang2 aku rasa muka aku biasa aje. Tapi nanti kang kawan tegur. Eh! Napa masam je zaza. Laaa….aku rasa biasa aje. Then, kalau aku mmg tk suka seseorang tu, naturally it will show through my face. Kalau aku tension keja, pun akan terpancar kt muka the ketensionan aku tuh. Kena selalu ingatkan diri…..senyum…senyum…senyum Bila aku susah nak senyum, selalu nyanyi kt dlm hati lagu senyum tuh. Macam ni….. Senyum umpama titian dalam kehidupan Senyum lah dari hati Dunia mu berseri Llalaalllaaalllaaaa Did I make you smile?
last modified Nov 7, 2006 at 3:24
yupp...u did make me smile.. 
and memandangkan banyak sangat persamaan, marilah kita exercise senyum sama2... hehe
|