home
login::signup
we::blog

serba tak kena

Minggu lepas, hujung minggu dipenuhi aktiviti. Sekejap saja cuti berlalu. Rasa macam tak sempat berehat. 
Sabtu ahad kelmarin, duduk rumah saja sepanjang hari tanpa aktiviti yang memberansangkan. 
Tidur dan tengok tv saja. Malas mengemas, masak pun yg sempoi. Entah apa nak jadi. 
Malam ahad aku ulang tengok meteor garden 1. Tak tidur sampai ke pagi.  
Pukul 7 lebih aku ke pasar. Beli barang basah. Lepas makan pagi, jam 930 pagi baru aku tidur. Niat di hati tidur sebentar sahaja sebab nak keluar beli kasut dan dompet. Bila terjaga dua jam kemudian, cuaca di luar terik sungguh. Ah keluar panas2 tak best langsung. Aku sambung tidur balik. 
Alkisahnya lepas asar baru aku keluar membeli belah. 
Itulah pembaziran masa yang telah dilaku kan.

last modified Mar 20, 2007 at 22:41



[ add a comment ]