|
takut tapi tetap nak cuba
dulu masa sekolah menengah rendah, zaza agak aktif dengan pasukan st. john. ada sekali tu, zaza join aktiviti ala2 jambori tapi pasukan st john la. aktiviti hari akhir ialah acara merentas hutan dan halangan. sapa2 yg rasa kurang sihat boleh minta dikecualikan. zaza yg sihat tetiba rasa tidak sihat dan minta dikecualikan. Tapi lepas tu bila tengok ahli2 lain ambil bahagian, macam best je. rasa menyesal pulak tak ambil bahagian. zaza biarkan rasa takut menguasai diri. mengalah sebelum berjuang. akhirnya diri sendiri yang rugi. kalau kita mengalah sebelum mencuba, macam mana hendak tahu kemampuan diri. sejak itu, zaza bertekad tak nak mengalah lagi sebelum mencuba walaupun zaza takut. masa zaza kat kolej, ada sekali tu kawan zaza ajak naik entah apa ke namanya...ala kapal yg berhayun kat The Mall. rasanya dah tak ada sekarang di The Mall tuh. punya la takut masa naik kapal tu. zaza tak buka mata pun. bila dah berhenti, baru berani buka mata. zaza cakap dengan kawan zaza lepas nih zaza tak nak naik kapal tu lagi. memang betul pun, lepas tu dah tak naik dah.kapal di The Mall tu. Bulan lepas company zaza buat family day di sunway lagoon. Enjoy habis masa di sana. Selepas tengahari semua staff boleh buat aktiviti bebas. Apa lagi yang bujang2 ambil kesempatan la pegi dry park main game. Zaza memang dah bertekad tak nak naik kapal berhayun lagi. Tambah2 yg di sunway tuh. Pusing 360 darjah. Gila tuh. Tapi kengkawan semua teruja nak naik dan paksa zaza naik jugak. Jadi terpaksa la naik. Orang kata duduk kat tengah2 kapal ok sikit. Tapi zaza kena duduk di hujung kapal berdua dengan kawan zaza sebab kitaorang besar sangat. Heh heh heh....................berjaya!!!! Tapi tutup mata la. Tak berani langsung buka mata. Menghayati konon. Merasa terbang. Orang lain terjerit-jerit. Zaza diam seribu bahasa.. menikmati menghayati perasaan lepas bebas di atas sana. Hingga tanpa disedari air mata mengalir..... Turun dari kapal, kengkawan yang begitu teruja tadi terus serik untuk mencuba. Zaza pulak makin berani. Kitaorang bergerak ke tomahawk. Ada 2-3 orang menarik diri dari mencuba. Zaza plak cewah berani. Rupa2nya tomahawk lagi teruk. Gila betul. Terdiam semua orang. Semua tak sabar2 menunggu benda tu habis berpusing. Lepas turun masing2 jadi blur sekejap. Tiba2 je badan zaza penuh angin. Tak selesa betul la. Selepas 15 minit angin masih tak keluar maka zaza ambil keputusan untuk muntah. Baru lega sikit. Lega banyak selepas makan 2 batang aiskrim limau. Ok la tu. Kawan lelaki ada yg bercerita dia muntah hijau sebaik saja turun. Kitaorang panggil benda tu bukan « tomahawk » tapi « tomuntah » hahahahhaa Yang pasti bila sudah cuba baru tahu kemampuan diri. Jadi bila setiap kali zaza takut dengan cabaran baru, zaza akan ingatkan diri supaya tetap mencuba. Mana tahu lepas mencuba kita akan dapati benda itu senang sahaja rupanya. Mana tahu benda yg menakutkan itu lama2 akan membuat kita berani. Ketakutan pada ketinggian masih ada tapi zaza tak kan biarkan ia menghalang zaza dari mencuba…
last modified Apr 20, 2007 at 5:37
|