home
login::signup
we::blog

cuti hari buruhku

30/4 (isnin) yang lalu, ofis ditutup. Semua orang disuruh bercuti. Bestnya dapat cuti panjang sampai 2/5 (rabu). Dan lebih menggembirakan hari sabtu, 28/4, bonus masuk. 
Alhamdulillah, banyak jugak yang zaza dapat. Yang tertinggi semenjak zaza kerja di sini. Tapi yang tak bestnya bila tengok persen yg ditolak ke LHDN. Tak berbaloi rasa kerja penat2 lepas tu kena bagi kat diaorang begitu banyak (sikit2 tu boleh la lagi). Ada kawan zaza yg sampai menangis bila tengok sebahagian besar duit bonus dia ditolak ke LHDN.  
 
Apa2 pun nak kata gembira sangat tak jugak. Joli pun tidak duit tu sebabnya dah awal2 kena simpan sebab nak temankan mak pergi umrah. Dah lama sangat mak teringin nak pegi mekah. Ini la pertama kali zaza dapat bonus tapi boleh kata tak belanja langsung. Bukannya tak ada benda yang nak dibeli tapi entah la. Tak ada perasaan pulak nak berbelanja. 
 
Cuti dihabiskan dengan mengeratkan silaturrahim. Bertandang ke rumah sedara mara yang lama tidak berjumpa. Sempat jugak selitkan pegi meronda jalan2 carik makan berdua dengan mak. 
 
Antara aktiviti2 yang zaza buat masa cuti ari tu ialah makan steak di taiping. Ke sabak bernam menemankan pakcik yg perlu menjadi wali untuk pernikahan sepupu. Pergi mendaftar dulu. Kawennya cuti sekolah bulan 6 ni. Meronda dan makan mee udang di Matang. Jalan2 ke Kuala Gula, pergi survey tempat. Nanti nak tengok burung lepas tu sempat la makan nasi goreng di kuala gula. Balik kampung, tengok sawah bendang, amik buah mempelam, berkonvoi ke batu kurau, makan laksa, cicah buah pelam dan makan malam di rumah pakcik. 
 
Pendek kata memang padat la cuti 5 hari dengan berjalan2. balik rumah untuk tidur saja. Masak pun tak sempat. Dah asyik makan kat luar sahaja. Duit hanya dibelanjakan untuk minyak kereta dan makan. 
 
Besh besh besh

last modified May 9, 2007 at 3:29



[ add a comment ]