|
am i a loner
loner = recluse, hermit = orang yang suka bersendirian aku masuk kategori "loner" ni ke? selepas seminggu berhempas pulas di tempat kerja, aku lebih suka menghabiskan waktu hujung minggu berseorangan di rumah. berehat, menonton tv, membaca segala bacaan yang tertunggak tak kisahla novel, majalah dan juga suratkhabar lama yang memang aku simpan jika tiada masa untuk membaca. jarang sekali keluar berjumpa kengkawan. bukan apa. malas nak berkomunikasi dengan orang. lebih suka diam seribu bahasa. jika di khalayak pun aku lebih gemar membiarkan orang lain yang berbicara. kecuali jika bertemu teman-teman lama yang sekepala barula rancak berbual. am i a loner? ya kut! tapi belum tahap kritikal lagi. okey la tu
last modified Jul 10, 2007 at 2:26
|