home
login::signup
we::blog

sedih

Hmmm….. dah bersawang blog nih. Sudah lama tiada berita. 
Macam2 berlaku dalam hidup aku sepanjang ketiadaan berita di blog nih. Kebanyakan benda yang berlaku semuanya sedih-sedih belaka. Tahun ini menyaksikan keluarga aku kehilangan ramai orang tersayang. 
Hujung bulan July, ibu saudara yg sekian lama menderita sakit, akhirnya kembali ke rahmatullah. Kesian dia, ditakdirkan dia meninggal seorang diri tanpa disedari oleh anak2nya. 
Hujung bulau Ogos, nenek saudara yg juga sekian lama menderita sakit, kembali ke rahmatullah. 
Bulan September, seminggu kita berpuasa, ayah saudara kesayangan, juga kembali ke rahmatullah. Permergian yang tidak disangka2. Kami, isterinya, anak2nya, adiknya, abangnya, kakak2nya, anak2 saudaranya semua terkilan kerana tidak dapat bersamanya disaat2 beliau menghembuskan nafas terakhirnya. Dia juga pergi tanpa siapa2 disisi. 
 
Kehilangan pakcik memberi tamparan besar kepada kami terutama mak yg kehilangan abang yang paling rapat, tempat beliau bergantung harap dan mengadu sekian lama. Mujur mak tabah. Tapi aku tahu dia kehilangan punca. Pakcik merupakan seorang ayah tempat kami mengadu sejak ketiadaan abah, begitu juga bagi sepupu2 ku yang lain. Kakak2 pakcik, sudah ramai yang kehilangan suami. Pakcik lah yang mengurus dan memantau kehidupan kakak2 dan anak2 saudara nya. 
 
Masih terbayang2 saat2 diberitahu mak mengenai kematian pakcik. Saat2 aku memandu pulang seorang diri ke Perak. 4 jam melayan perasaan dan tiap kali teringat kali2 terakhir bersama beliau, air mata mengalir laju. Untuk menenangkan diri supaya tidak mengganggu pemanduan, al-fatihah dan surah2 pendek al-quran kubaca sekaligus sedekah untuk pakcik. 
 
Masih terbayang2 dahi sejuk pakcik yang ku kucup saat akhir sebelum jenazahnya dimandikan. 
 
Saat abah meninggal dulu pun aku tidak seemosi ini. Mungkin kerana abah lama menanggung sakit. Jadi secara langsung aku belajar melepaskan abah perlahan2. tapi pakcik meninggalkan aku secara tiba2. langsung aku tidak sempat bersedia. 
 
Aaahhhh 2006-2007. aku kehilangan begitu ramai saudara terdekat.  
 
Ada juga Rahmat disebalik kehilangan ini semua. Aku semakin berminat mengambil tahu persiapan2 berkaitan menyediakan jenazah untuk pengebumian. melihat pemandian jenazah ibu2 saudara, melihat orang menyediakan kain kapan, melihat orang mengapankan mayat. Perkara2 yang tidak mungkin dapat aku lihat dengan jelas jika bukan melibatkan kematian orang2 terdekat.

last modified Nov 9, 2007 at 1:06



[ add a comment ]

zaza, saya pun kehilangan close relatives this year. nenek belah mak di singapura meninggal awal tahun. walaupun berjauhan, tapi kami agak rapat.

mid year pulak, saya kehilangan pakcik kesayangan belah bapak yang juga tinggal di singapura. arwah merupakan abang sulung kepada my father. mereka empat beradik termasuk bapak saya semuanya dah meninggal. he was the last link you know. memang sedih gila.

and kaka my beloved cat pun mati april lepas. i was too shocked to even cry. i tak pernah tanya my mom kubur kaka, tak sanggup nak tengok. 3 tahun 1/2 aje dapat bersama dia.

160373 | posted by sitinesta on November 14, 2007 at 0:00