home
login::signup
we::blog

Zaza's weblog

Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima 
YG PAHIT ITULAH UBAT........
 
 
Detik bermulanya hidupku 
Tika aku mengenali diri mu 
Sehingga terlupa 
Kaki berpijak di mana 
Kau membawa ku terbang 
Jauh dari nyata..................

last modified Jan 9, 2004 at 1:52


Tuesday, November 18, 2003

raya........raya......raya.........

semalam buka puasa di dewan perdana felda. ari ni insyallah dekat kss pulak. esok? esok buka puasa kat rumah. yahooooo....... malam tadi tak boleh tidur. sebab tak sabar2 menunggu hari balik kampung. hari ni hari last kerja. esok, pagi2 lagi zaza akan berangkat pulang ke kampung. tinggal la blog....akan ditinggalkan seminggu setengah tu. awal2 tahun selalunya zaza akan jarang cuti. nak simpan cuti. ni yg boleh dapat sampai seminggu setengah nih. sementara boleh beraya kat rumah sendiri nih, baikla zaza cuti sepuas-puasnya...................nanti kalau dah kena beraya rumah mak mentua, dah tak boleh duduk bawah ketiak mak lagi. adik2 zaza semuanya dah balik kampung. tinggal zaza sorang saja belum balik. oh ya! termasuk adik zaza yg dah kawin tu.
tapi sedih jugak nak tinggalkan kl nih. ye la nak tinggalkan kengkawan. kata aje sedih, tapi by the time sampai kampung nanti, dah sibuk dgn persiapan raya........terlupa sebentar kengkawan yg jauh di mata.

tahun ni masuk kali ke dua kami beraya tanpa abah. memang ketara perubahannya. mak sejak dua tahun ni dah takde mood nak buat persiapan raya. ingat lagi tahun lepas, kami yg agak beria-ia buat persiapan. maklumlah rumah kami selalu dikunjungi sanak saudara. walaupun takde mood sangat nak berhari ray, tapi takkan takde serba sedikit kuih raya.

Selalunya dekat dapur mak yg jadi ketua. mengarah kami adik beradik buat itu ini. hidangan utama, ketupat palas dan rendang, mak yg akan settlekan. kami hanya membantu sikit2 aje. tapi tahun lepas mak dah delegatekan pada kami semuanya. so terpaksa la zaza yg sulung ni mengambil alih. mak kata bila lagi nak belajar buat semua tu. nanti bila mak dah takde, sape yg nak buat. ish! sedih pulak bila mak cakap macam tu. so akhirnya zaza yg settlekan buat ketupat. satu kejayaan yg besar. bukan senang nak mewarisi dan memahirkan diri utk hidangan tradisi keluarga nih. adik zaza pulak ditugaskan buat rendang. walaupun tak sesedap air tangan mak, tapi kami berjaya juga. tapikan sebab benda tu dibuat sekali setahun, so aik terlupa je la. kena refer balik pd ketua chef.

tapi sejak abah dah takde, rumah kami dah tak ramai org yg mengunjungi. abah dulu ramai kawan. walaupun kami pun ramai kawan tapi tak seramai kawan abah lagi pun diaorg tu rajin bertandang. bila abah dah takde, diaorg pun dah segan nak datang rumah. legapun ada jugak. sebabnya dulu2 kami adik beradik tak menang tangan dibuatnya, pakai baju raya cantik2 pun tak sempat keluar dari dapur sebab sibuk berhidang utk org yg dtg tak berhenti2. tak sampai tengah hari ketupat dan rendang dah hampir habis. sekarang ni takdela sesibuk dulu. tapi, rindu pulak pada keriuhan dan kesibukan yg lalu.

bila ada, tiada rasa, bila dah tiada, baru terasa kekurangannya.

selamat hari raya semua!

p/s : nak tengok citer tollgate girl lagi pd ptg raya pertama

80143 | posted by zaza at 22:18 | 2 comments

Thursday, November 13, 2003

Pagi tadi zaza sampai office sedang elok je. Masuk je pintu utama office, hujan pun turun mencurah-curah. Bestnya hujan! Sejuk bumi. Zaza suka tengok hujan. Tapi sebab dah masuk waktu kerja, bilik pulak dikelilingi dinding, tak dapat la tengok air hujan mencurah ke bumi. Dapat dengar bunyi je. Jadila.

Zaza suka sangat hujan. Lebih2 lagi kalau zaza ada kat rumah kat kampung. Sebabnya dari tingkap rumah, dari pintu rumah, zaza dah boleh tengok hujan. Kalau kat KL leceh. Ialah duduk tingkat 3. Tengok dari tingkap je la. Kalau kat kampung, bila hujan je, hati bagai dipanggil-panggil untuk bermain hujan. Iya! Sampai sekarang pun zaza masih suka main hujan. Lebih2 lagi kalau hujan waktu petang2. Orang suka tidur kalau hujan kan. Zaza pulak rasa rugi sangat kalau tidur sebab tak dapat menikmati hujan. Aktiviti yang paling best waktu hujan (selain main hujan) ialah membaca. Uihh…..damainya…. membaca sambil mendengar deru hujan.

Tapi paling best dah tentu main hujan. Zaza pun tak tahu kenapa zaza suka sangat main hujan. Kalau zaza kat kampung, bila hujan je, mak mesti tanya, za! tak nak pegi cuci tingkap ke? (ialah, kena cari alasan kalau nak main hujan, alasannya cuci tingkap! Mak pun dah faham sgt) adik2 pulak, kak, tak teringin main hujan ke. Teringat lagi raya tahun lepas, balik beraya dari rumah mak sedara, hujan dah turun mencurah2, sampai rumah apa lagi, ajak adik jadi geng. Main hujan siap dgn baju raya lagi. Pas tu siap posing. Suruh adik tolong tangkap gambar. Ada sekali tu, 6-7 tahun lepas, zaza pegi beraya rumah kawan zaza kat Selangor, hujan………siap bergambar jugak. Kira ada beberapa keping gambar la, koleksi bergambar dalam hujan.

Kalau kat kl nih, nak main hujan kena pikir 5 kali dulu, almaklum hujan asid. Berhujan sikit pun dah sakit kepala, kalau main hujan, dah tentu demam. Kalau kat kampung, tak payah pikir sampai 5 kali. Tunggu jap, agak2 dah habis hujan yg kotor, boleh terus main hujan. Zaza pulak tinggal di tempat yg paling basah kat Malaysia nih, mana lagi kalau bukan Taiping. Tempat yg paling banyak menerima hujan di Malaysia. Tu yang best tu.

Masa zaza borak2 ngan mak pasal kisah zaza kecik2 dulu (budak baik tau!) mak citer la, tiap kali hujan turun, mak mesti amik kesempatan tu untuk cuci tingkap rumah, cuci longkang. Ialah nak cuci semua tu kan pakai air yg agak banyak. So kalau buat waktu hujan, dah tentu jimat air. Kitaorg pun bukannya org senang. Kena la berjimat-cermat. Adik2 bila hujan, diaorg tido, so bolehla mak buat kerja. Tapi zaza tak tido. Zaza tolong mak. Tolong tengok! Ialah………tolong temankan mak. Masa tu kan zaza kecik lagi. Ooooo………..gitu! zaza ckp ngan mak, patutla zaza suka main hujan, pas tu guna alasan nak cuci tingkap, rupanya mak yg ajar…….mak ketawa je. Mak kata “eleh! dia yg nak main hujan, nak salahkan mak pulak.” hehehehehehe

p/s : agaknya org mesti ingat zaza tinggal kat kampung.....sbb zaza selalu ckp "rumah zaza kat kampung"

1.20pm jumaat

79710 | posted by zaza at 22:17 | 0 comments

Bicara Hati

Sinar matamu menerangi jiwa
Melagukan siulan asmara
Apakah satu kuasa
Meresap dalam sukma
Menyintaimu bagaikan lagenda

Senyumlah sayang
Renunglah mata ini
Bicara tentang hati ini

Berlari aku mengejari
Damainya cinta kasihmu ini
Berdua kita menyelami dasar cinta
Oh alangkah seksanya merindu
Bila tidak memandang wajahmu
Ku berharap ku berdoa
Bisikan rindu darimu... syahdu

Sentuhanmu mendamaikan jiwa
Dakapanmu hangatlah suasana
Biarpun masa berlalu
Kasihku tetap satu
Menyintaimu segalanya bagiku

Amy Mastura
Tollgate Girl

79619 | posted by zaza at 1:30 | 4 comments

Wednesday, November 12, 2003

Tollgate Girl

For the umpteenth time, I watched vcd tollgate girl again last night. I really like the movie. My friends were puzzled and couldn't understand why I can watched the movie so many times over and over again. Well! What can I say. Why I really like the movie.

Maybe because I can relate myself to this story in so many parts. First of all, this story used the Northern dialect of which I'm using too whenever I am among my family. Amongst all the dialects in Malaysia, I would say I like the Northern dialect most. Maybe because I was raised with this dialect.

This story also shows family background which came from padi grower. Well my grandfather was a padi grower. My mother was born and bred among padi. Though the story was set in the "rice bowl" of Malaysia, Kedah. My grandfather was a padi grower in the "rice bowl" of Perak, Daerah Kerian.

The story also shows Markonah came from a very close knit family. Well, I come from a close knit family also, I would say this was inherited from my mother's family.

Balik kampung, which what Markonah really looking forward to, well I definitely can relate to this. Being away from my family, balik kampung is really what I looking forward to. Every month, every Hari Raya, every holiday. Struggling to get a bus ticket for Hari Raya holiday has never been a nice experience. But luckily I have never got to resort to balik kampung by chartering a taxi.

But what I like most about this story is the fairy tale of it. Where a girl from not a very well off background met his prince charming who is a rich guy. Secretly, I'm also hoping for the same. Hehehehe

But most of all, I really like this movie because of the sincere "look of love" that Johan gave to Markonah. A sincere look from a man who loves his woman. A look where everybody knows that he has fall in love. Even Tok Kiah understood the "look".

A look which I have waiting all my life and still waiting until now. "A sincere look of love" from a man who truly loves me!

9.40am thurs

79582 | posted by zaza at 17:26 | 7 comments

I want to Love YOU less

Tell me a way
To love you less
I can't settle for anything
Less than your soul

I want it all
I want you to belong to me
Today, tomorrow and forever
If I can't have it all, tell me a way to love you less

I hate you
When you choose your friends over me
I hate you when you refuse to give me.....
You!

I want to love you less
So now
Tell me a way
To love you less

By Taurus
Poetry Corner
The Star Wed 22/10/03

79543 | posted by zaza at 7:46 | 1 comments

alhamdulillah! lega rasanya.......

sejak ari isnin ari tu badan dah rasa lain mcm. mcm demam tak demam je. it became worst last night. sebelum tidur zaza telan panadol 2 biji. pakai baju sejuk and selimut seluruh badan. sedar2 hari dah pagi. waktu sahur pun tak tersedar. punya la tak larat nak bukak mata. kepala rasa pening sangat. surprisingly walaupun tidur tak pakai kipas, selimut bagai nak rak, peluh sikit pun tak keluar. uhhh....a bad sign. malasnya nak pegi kerja. rasa mcm nak amik emergency leave saja. tapi teringat pulak ada kerja penting tgh menunggu kat atas meja. tak sampai hati pulak nak suruh bos settlekan sendiri. so paksa diri bangun jugak. mandi lebih kurang. bersiap pun lebih kurang aje. katanya takde mood. pegi keja.

sampai aje terus settlekan buat keja. lebih kurang 9.30am keja yg penting dah settle. zaza ckp ngan bos, zaza sakit kepala. rasa nak EL. tapi zaza malas nak balik rumah. so zaza ckp kat dia zaza tido dlm surau. kalau ada apa2 urgent dia boleh panggil. nasib baik la dpt bos yg understanding. zaza tido dr pagi sampai pukul 1pm. bila dah jaga, baru rasa lega sikit kepala. so bangun dan teruskan sambung keja. itu pun buat ala kadar aje.

yg bestnya cek sue la. masa dia on the way ke toilet, dia ternampak kasut zaza luar surau. dia terkezut. dia rasa baru pukul 11am. apsal zaza dah ada kat surau. siap boleh patah balik tempat dia, nak confirm kan jam pukul berapa. (mentang2 la surau tu tempat zaza tidur n lepak tiap2 hari tepat jam 12pm). lepas tu siap bawak geng nak kacau zaza. nasib baik zaza dah kunci pintu surau tu. so selamat dari pengacau2. bos pun siap menyampuk kutuk zaza. ada ke dia kata zaza kunci pintu surau sebab zaza nak tidur gaya bebas. cis! dia ingat ini sukan renang ke. alahai........sakit jiwa dpt kengkawan gini. bila zaza ketawa terpaksa sampai pegang kepala sebab sakit tu ada lagi.

alhamdulillah malam ni dah lega sikit. peluh menitik2 sampai lencun baju. tapi takpe. biar baju basah, asalkan zaza dah sihat balik.

10.45pm

79540 | posted by zaza at 7:28 | 2 comments

Monday, November 10, 2003

ini dah kali ke 3 entry. penat menaip, mengarang, bercerita, bila post data hilang di tengah jalan. rasa nak marah je!

79439 | posted by zaza at 19:59 | 0 comments

Saturday, November 8, 2003

last night's rendezvous

semlm zaza, cek sue and mizi bukak posa sama2. gaji bulan 10 ari tu is zaza punya turn utk belanja. sebab masa tu dah dekat bulan posa, maka kitaorg decide tunggu utk bukak posa sama2. kira semalam masa yg sesuai la. zaza really enjoyed myself last night. everytime keluar ngan my two bestfriends nih mmg sentiasa hiruk pikuk dan kecoh sebenarnya. memang tak kering tekak. we talk so much, we laugh so much and we eat so much. zaza belanja diaorg makan pizza kat midvalley.

eventhough kitaorg ni satu opis and satu tingkat, tapi sebab kitaorg ni lain2 department, masing2 busy dgn job masing2. so masa kerja jarang kitaorg dpt borak. so, outing kitaorg yg once a month ni la yg dpt kitaorg gunakn utk catch up on anything. hilang sekejap any problem yg zaza ada bila zaza outing ngan diaorg nih sebab cek sue ngan mizi ni kecoh orgnya. bila diaorg ni bertentang mata, asik bertekak je. mizi pulak asyik nak menang tak nak ngaku kalah waklaupun dia tahu dia yg salah itu yg cek sue hot ngan dia tu. biasala cek sue, typical trait of men (heh heh heh). oh ya! masa parking kt midvalley, we (heroin2) ended up mngajar mizi cara parking (side parking kot namanya). kelakar pulak bila pikir2kan sebabnya zaza ni penakut bwk keta and cek sue pulak baru aje dpt lesen, tapi bila bab parking kitaorg yg ajar mizi (our driver bila kitaorg pegi mana2). teori dah terer. praktikal je belum.

lepas makan kitaorg tk terus balik rumah tapi kitaorg temankan mizi pegi survey one place nih. dia kena pegi tempat tu ari ni tp sbb dia tak sure tmpat tu kat mana so we ended up going there last night to survey the place. walaupun mizi ni ada keta and boleh drive kemana2 tapi bila bab jalan2 kat kl nih, zaza ngan cek sue lagi terer pada dia. jadinya heroin2 (again!) ni la yg tunjuk jalan kat mizi. dlm keta tak yah citer la. kecoh sungguh. cek sue ngan mizi asyik pot pet pot pet. pening kepala zaza. dah dpt survey tmpat tu baru la si mizi menghantar cek sue balik rumah. itupun bukannya balik terus. sebab dah bertekak byk sgt so dahaga pulak. minum dulu kat kedai mamak baru hantar cek sue balik. pas tu baru kitaorg balik.

dah sampai rumah, penat tak terkata. sebab dah ponteng terawih tadi, rasa tak senang hati pulak. lepas mandi zaza habiskan masa baca al-quran sikit. kira macam nak cover la rasa bersalah tu sikit. (ish..ish..ish....zaza....zaza....).

oh ya! masa borak2 ngan cek sue waktu bukak posa tu barula terpecah rahsia.....rupanya2 twin tu is a guy. selama ni zaza ingatkan dia tu pompuan. bagus punya citer kat mana tempat makan sate yg sedap kat kl nih ngan si twin. mati2 zaza ingatkan dia tu pompuan. siap ajak lagi tu si twin makan sate sama2. takpela. guy pun guy la. setakat makan sate tu, tak kisah la laki ka pompuan ka. yg penting boleh makan sate yg sedap. ye tak? cek sue gelakkan zaza bila zaza terkejut sangat bila dpt tahu yg twin tu lelaki. hehhehe.

ari ni, sabtu. tinggal zaza sorang kat rumah. housemate yg lain takde. balik kampung. bila pikir2kan kena bukak posa sorang2 kat rumah malam ni, ala boringnya. zaza call adik lelaki zaza yg kat shah alam tu. ajak dia bukak posa and tido rumah zaza malam ni. kira jadi teman borak la. mula2 tu dia keberatan nak tido rumah zaza. tapi bila zaza cakap kat rumah zaza ada vcd tollgate girl, amboi laju je dia cakap orait. ini lagi sorang peminat tollgate girl. so tonight i'm not going to be alone. spending my time with my adik bongsu kesayangan.

dah janji dgn dia nak jumpa kat maju junction nih. dah lama tak pegi tempat tu. so i'm signing off now. nanti zaza update lagi okey!

4.55 pm

79289 | posted by zaza at 1:30 | 0 comments

3.28pm

I'M BACK!!!!!

wahhhh! lamanya zaza tak update blog zaza. sebulan lebih rupanya. what happen ya? zaza pun tak pasti. itula zaza ni mmg tak boleh tulis diari, sebab zaza menulis hanya bila ada mood. ntah kenapa sepanjang bulan October yg lalu zaza langsung tak ada mood nak tulis apa2 dlm bolg zaza nih. even blog org lain yg selalu zaza visit pun zaza tak baca. nak kata kat opis byk keja, idakle jugak. kira2 bulan 10 tu bulan where zaza is too depressed to write anything. ntah la.

anyway, i'm back now. dah ada mood nak menulis. dan dah baca blog kengkawan yg lain. aiseh.....blog diaorg ni canggih2 la. blog cek sue dah tukar kaler. lebih ceria and dah ada gambor2. blog hanyasayang pulak, apsal gelap je? tapi dia pun ada gambor2 jugak. blog jurnalalam tak yah citer la. dia memang terer. blog dandai plak takde gambor, masih seperti dulu tapi blog dia canggih dari blog zaza. blog twin99 pulak.....haaa...yg ni blog dia ada banyak kata2, lirik2, puisi2......

tengok blog org lain canggih2 rasa rendah diri pulak. zaza ni buta html, itu yg blog sempoi aje. tak reti nak menokok tambah. tapi takpe sebab blog zaza kaler biru. the color that i like most. (thanks cek sue for helping me colouring my blog). so i guess eventhough most of the time you feel like u hv the least amongst others, dont be rendah diri sgt instead concentrate on what u have. (easier said than done) but then u will be very grateful and thankful.

79284 | posted by zaza at 0:39 | 1 comments