|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
Today is the last day of the year 2003. Different people celebrated the new year differently. One of my office mates is going to celebrate it with her boyfriend at Dataran Merdeka. Asking us at the office whether we want to follow. I declined. Definitely not going to those places where there are a huge number of people around. Bisingnya.
Every year pun zaza tak celebrate tahun baru. Selalunya duduk kt rumah tgk tv. Sometimes belum kul 12 dah masuk tido. 31/12 dan 1/1 sama je seperti hari2 yg lain. Nampaknya tahun ni pun rutin yg sama akan terjadi. Ari ni opis zaza tutup awal. Dari hari isnin hari tu, asik dok fikir apa nak dibuat lepas keja ari ni. Masih tak tahu apa nak dibuat. Tapi tadi zaza dah buat appointment nak jumpa doctor. Rasanya lepas jumpa doctor zaza balik rumah terus kot.
Semalam zaza abiskan baca buku novel “Pergilah sepi”. Dah lama tak baca novel cinta melayu. Ari isnin ari tu ternampak atas meja cek sue. Itu yg boleh pinjam dan baca tu. Anak dara tu peminat novel melayu. Berlambak buku novel kt rumah dia.
Sedih pulak bila dah abis baca buku tu. Cerita tu takdela sedih sangat. Happy ending. Tapi sedih bila membandingkan citer tu dgn diri sendiri. Ni yg maleh nak baca novel melayu ni. Sebabnya lepas tu mesti zaza melankolik punya!
Pergilah sepi. Bila dilihat2 kehidupan sendiri……zaza rasa zaza ni hidup kesepian pulak. Biarpun ada macam2 benda yg nak dibuat…….tapi bila zaza masuk je rumah…….. perasaan kesepian tu pasti bertandang.
Ari ni kengkawan kat opis, mentang2 dpt ½ day semua dah ada planning masing2. Sibuk pergi berdating. Zaza je yg kena dating ngan doctor. Nak buat cemana kan.
Biasala hari terakhir pada hujung tahun sebelum masuk hari baru di tahun baru. It never fails to make me reflect my life. What I have achieved and what I haven’t achieved
Me and my big mouth! I spoke too early yesterday…saying that since there were only me and cek sue on our floor…we shall be celebrating. Yahh……we did celebrate but only for a short while. Later that evening, i called my boss asking about an urgent work and suddenly he asked me whether I heard anything about our dept. I was puzzled. I didn’t heard anything. He told me that someone told him that there is a probability that our dept would be moved to ground floor. Oh my gosh! Shifting! I really hate that word. Only two years ago our dept shifted place. Though its on the same floor but to different room, I really had a bad experience. Just thinking and reminiscing about it, my mind became tired.
My dept contains only 2 people, my boss and myself. To make it worse, our dept is a combination of 2 dept. Legal and secretarial. Just imagine the bulk of documents that we have. Since the shifting was on the same floor, my company didn’t hire “mover company”, so we had to moved all the things by ourselves. Since there are only my boss and me. Guess whose doing the major work? ME!
Penat tau kerja angkat2 barang ni. Pack and unpack. Carry from one place to another place. My body ached all over. Not only busy with the packing and unpacking work, we also busy doing existing paper work which came in like water flowing in the river. Never ending story.
Now, I shuddered when I think I might have to go thru the same thing again. Please God, don’t let it become true………Especially if it means to another floor.
And the worst thing, sitting faraway from my beloved friends here at the 1st floor. No more running to cek sue’s place whenever I want to share some urgent, exciting gossip and problems. No more shouting, complaining, asking for help from mizy. The environment definitely will be different.
P/s : Pray to God, this news that I heard, will not come true.
Wahhh……..it has been two weeks that I didn’t updated my blog. Lama tuh……It has been a very busy week for me. Last week I took leave starting 23/12 until end of the week. And because I took leave, so I got to clear a lot of work before I went for leave. I hardly had time to write anything for the blog. That is why the blog was left stranded for 2 weeks.
But I am back now. Back with vengeance. There are so many things that I want to write. Especially what I did during last 2 weeks. Today, I’m back in the office. Bestnyeee……. I found out that my boss would be on leave until end of the week. My MD is also on leave so as his Secretary. Cek Sue’s boss is also on leave. Today, there are only me and cek sue at our floor. Bergumbira la kami.
Hari sabtu malam ahad yg lalu……setelah sekian lama tak berborak di telefon ngan kawan zaza, maka malam tu sempat la kitaorg borak. Almaklum zaza ngan dia tinggal jauh. Masing2 sibuk ngan kerja. Jadi jarang la dapat berjumpa. Inipun kira dah setahun lebih kitaorg tak jumpa.
Apalagi, bila sesekali dapat berborak di telefon tu, banyak la kisah yg dpt diceriterakan. Selalunya kitaorg bertanya kabar melalui sms je. Thru sms, tk byk yg dpt dikisahkan.
Makanya sempat la dia bercerita cerita dia yg terbaru. Ringkasnya citer dia begini, 3-4 tahun lepas dia ada la kenal ngan this guy ni. Diaorg jadi kawan baik. Baik sangat sampai this guy pun dah kenal ngan family kawan zaza ni. Selalu jugak la membantu kawan zaza bila dia ada masalah. This guy ni selalu jugak la bila kengkadang berborak ngan kawan zaza, dia kasi hint sikit2 seolah2 dia suka kan kawan zaza ni lebih dari seorang kawan baik. Tapi masalahnya dia tak penah berterus terang. Kawan zaza pulak walaupun dia suka lelaki tu, tapi dia sendiri tak pasti samada suka tu suka seorang kawan atau pun lebih dari seorang kawan baik. Tapi bila dah lama2 berkawan tu, rapat pulak tu, maka perasaan suka kawan bertukar menjadi suka lebih dari seorang kawan. Tapi kawan zaza ni tak penah pun meluahkan isi hatinya yg sebenar. Lagi pun dari cara lelaki tu melayan kawan zaza ni memang menunjukkan yg dia memang suka dengan kawan zaza lebih dari seorang kawan.
Hinggalah tiba-tiba lelaki itu menghantar mesej memberitahu bahawa dia akan bertunang dan berkahwin dalam masa terdekat. Kawan zaza rasa terkejut sangat sebab sebelum ni lelaki tu tak penah cerita apa2 pasal org yg nak dikahwininya tu. Semua kengkawan kawan zaza ni pun rasa terkejut kerana mereka dan zaza sendiri pun memang kenal lelaki tu. Tak sangka pulak lelaki tu akan membuat keputusan drastik macam tu. Semua orang tertanya-tanya kenapa lelaki tu tiba2 nak berkahwin dgn org lain. Tapi zaza lagi kesian kat kawan zaza ni. Org kata, hancur la hati bila dapat tahu lelaki yg dia sayang akan kawin dgn org lain. Sampai sudah kawan zaza ni tak confesskan perasaan dia pada lelaki itu.
Setahun selepas itu (sekarang la) walaupun lelaki itu dah pun berkahwin dan mempunyai anak, lelaki itu masih lagi menghubungi kawan zaza ni. Iyalah mereka kan berkawan baik dari dulu………so mereka tak putus kawan. Masih berkawan dan bertanya khabar seperti biasa. Mereka berhubung pun hanya melalui instant messenger. Tidak pernah berbual di telefon hatta berjumpa sekali pun.
Entah mengapa baru-baru ini, dlm pada mereka berbual bertanya khabar seperti biasa, tiba-tiba boleh terbincang pasal perkara dulu-dulu. Maka lelaki itu pun mengaku yg dia dulu memang sangat sukakan kawan zaza itu lebih dari seorang kawan. Tapi dia sendiri tak pasti kenapa dia tidak meluahkan saja perasaan dia itu dulu. Dan kawan zaza pun cakap yg diapun memang sukakan lelaki itu dulu. Makanya lelaki itu rasa frust sangat dan rasa menyesal sangat sebab tak luahkan perasaan hatinya tu dulu. Tapi nak buat macam manakan. Nasi dah jadi bubur.
Lelaki itu dah berkahwin. Dan kawan zaza ni tahu batas dia. Dia tak kan mengambil kepunyaan orang. Hati yg dah luka akan mengambil masa yg sangat lama utk sembuh.
Kadang-kadang perasaan hati yg disimpan akan melukakan hati diri sendiri kelak. Tetapi kadang-kadang maruah diri lebih penting dijaga walaupun itu bermakna memendamkan perasaan sendiri.
p/s : Mendengar kisah dia, zaza teringat diri zaza sendiri. Agaknya bagaimana kesudahan perjalanan hidup zaza nanti. Kesudahan perjalanan hati zaza.
Baru 2 hari cuti, dah keja balik. Dah ari isnin. Cepatnya masa berlalu. Hujung minggu yg lalu zaza sibuk sangat. Banyak berjalan je. Ari Sabtu tu ingatkan nak duduk kat rumah, lepak2 tengok citer kartun pagi sabtu, basuh kain, kemas rumah dan yg sewaktu dengannya la. Tengok2 pagi2 sabtu, cek sue call ajak gi tengok Lang Buana. Sebenarnya zaza dah ajak dia since ari khamis lagi tapi dia cakap tak boleh cox mak dia buat open house, dia kena tolong. Tup2! pagi2 sabtu dia call. Siap cakap dah booking pun tiket. Apalagi bingkas bangun la sebab kain melonggok nak dibasuh. Kalau tak disettlekan sblm keluar, alamat tak settle sampai sudahla. Makanya ari sabtu dihabiskan dgn menonton wayang. Balik rumah sambung tido balik….heh heh heh………
Lagipun housemate zaza semuanya balik kampung. Tinggal zaza sorang2. Duduk memerap dalam bilik je la.
Semalam ari ahad………..pegi rumah terbuka. Sampai 6 buah rumah kitaorg pegi. Kitaorg tu sapa lagi kalau bukan zaza, cek sue ngan mizi. Perjalanan dimulakan seawal 10.40 pagi, sebab banyak rumah yg perlu disinggahi. Bukannya dekat2 pulak tu. 2 buah rumah di kajang, 1 buah di bangi, 2 buah di cheras dan diakhiri di rumah cek sue di PJ. Walaupun bukan zaza yg memandu, tapi penatnya mengalahkan drebar je. Penat cari rumah kengkawan, penat ngadap jem dan jugak penat dengar cek sue dan mizi bertekak dlm keta sepanjang jalan. By the time on the way nak ke rumah cek sue, dia dah tido. Mentang2 duduk belakang. Zaza pulak tak sampai hati nak tido sbb nanti drebar sorang je yg jaga, sian pulak kat dia. Kang tak habis2 pulak dgr dia membebel pasal kitaorg tido. Huiissshhhhhhh! Jeles sungguh tgk cek sue dpt tido.
By the time zaza sampai rumah dah dekat pukul 8 pm. Kena tido sorang2 lagi cox yg lain tak balik lagi. Bila sampai dan duduk aje, zaza rasa lain macam. Nak kata pening tak jugak tapi rasa berpinar2. Dah mandi pun masih rasa berpinar2 lagi. Zaza rasa malas la nak tido lagi sebab masih awal……zaza baring pas tu baca suratkhabar. Tapi rasa pening masih tak hilang. Apalagi, tutup lampu, terus tido. Tidor sampai tak sedar. Tgk2 dah pagi. Sakit kepala pun dah hilang. Ooooo……..agaknya penat sangat la tu sampai berpinar2. Tido tak sedar diri. Dah bangun baru rasa segar sangat. Tapi dah kena siap ke kerja…….isshhhhh……malasnya……….
Ari ni banyak sungguh yg terjadi. Semuanya menyakitkan hati. Sekarang ni pun tgh mengontrol perasaan marah ni. Kenapa ya manusia ni ada yang makin kaya makin kedekut? Tak faham sungguhla. Setengah orang kata org yg mula dgn susah, kemudian menjadi senang, org seperti ini lebih menghargai manusia lain. Betul ke? Tapi ada juga org susah yg hilang daratan bila dia dah jadik senang. Tapi org yg biasa senang hidupnya, zaza rasa org macam ni lagi payah untuk menghargai manusia lain lebih2 lagi org yg tak “setaraf” ngan diaorg.
Seorang yang kaya, mempunyai wang yg banyak tapi masih kedekut utk menghulur, berkira dgn org2 yg bekerja di bawahnya, merasakan org2 bawahan itu tidak setaraf dgnnya, merasakan krn org2 ini boleh diperkuda2kan………..apa agaknya taraf org kaya ni ya? Jika dia mempunyai perangai sebegitu? Org kata makin lama kita hidup, makin banyak yg kita rasa……..makin ramai org yg kita jumpa yg mempunyai perangai bermacam rupa. Dalam hidup zaza ni…zaza juga berpeluang kenal org kaya yg seperti ini. Sehingga kini zaza masih rasa sangat hairan kenapa org kaya ini boleh jadi makin kedekut, makin berkira, mengeksploitasi manusia lain sesuka hatinya. Rasa marah sangat kerana org yg dieksploitasinya adalah kawan2 zaza sendiri. Hilang rasa hormat bila melihat org ini. Walaupun dia lebih tua……..tetapi zaza rasa org macam ni tak perlu dihormati. Tak layak! Agaknya kalau zaza yg kena………….zaza tak tahula nak rasa macam mana! Bukan setakat hilang hormat……………kalau boleh ingin “dibancuh” sepuas2 hati org yg sebegini.
Zaza juga benci org yg rasakan diri dia macam bagus sangat. Macam tahu semua benda dan lepas tu war-warkan pada org lain yg dia sangat bagus, punya banyak pengalaman dalam itu ini. Bagi zaza walaupun kita rasa diri kita pandai, tapi ada org yg lebih pandai dari kita, kalau kita rasa kita tahu, ada org yg tahu lebih banyak dari kita. JADI! Jangan la kita berlagak sangat. Mentang2 kita punya kuasa, kita boleh buat sesuka hati. Org belajar engineer tak akan boleh jadi accoutant kecuali jika dia belajar dan MEMPRAKTIKKANNYA. Kalau setakat mempunyai KERTAS kelulusan dalam segalanya, tetapi tidak mempraktikkannya LANGSUNG, jgn la kata kita tahu semuanya. Jgn la kata kerja org itu tidak penting. Sebab kita tidak berada di tempatnya. Jangan rasa diri kita ni layak sangat utk MENGHAKIMI KERJA seseorang yg kita sendiri tidak tahu membuatnya.
Hari ni zaza rasa SANGAT-SANGAT marah kat org ni. Rasa macam nak sebut semua perkataaan yg tak elok tu. xxx##%&$%%&&)*(&&^^%%$$$#$%xxx
p/s : wahai HATI, sabarlah dikau!
Ari ni cek sue baru masuk keja. Org tu baru balik cuti-cuti Malaysia. 5 hari tak jumpa dia. Banyak sungguh cerita yg nak diceriterakan. Banyak sungguh pengalaman baru yg nak dikongsikan. Cek sue bawak balik jambu batu tanpa biji dan jambu madu utk dimakan bersama kengkawan. Terima kasih cek sue. Ingat jugak dia kat kengkawan kat opis nih.
Kadang2 cuti lama pun, tak banyak citer yg boleh diceriterakan. Bila cuti 1-2 hari, banyak pulak benda yg berlaku. Biasala tu kan. Ari ni zaza tak banyak kerja. So apa lagi amik kesempatan bertukar cerita dengan cek sue la. Bila tak borak dengan cek sue, zaza borak pulak dgn bos zaza. Hujung minggu ni bos zaza buat open house. Sebab tu dia excited dok cerita persiapan yg dia dah dan belum buat. Seronok jugak dengar citer dia. Bos zaza rajin bercerita ngan zaza. Zaza seronok dengar cerita2…….. pengalaman2 dia. Dengan cek sue pulak, zaza cerita ngan dia pasal havoc pegi shopping hujung minggu………pas tu citer pasal apa yg terjadi masa zaza pegi rumah terbuka….dan banyak lagila. Ingatkan on the balik keja kang nak saing ngan dia. Almaklumlah…..ada lagi citer sensasi yg belum dikongsikan.
Tengok2 dia dah ada date ngan org lain. Kena sambung esok la pulak citer tu. Petang semalam lepas keja zaza pegi PJ, petang ni mungkin pegi Damansara pulak kot. Rasa macam malas tapi balik rumah pun abih2 baca paper…..tengok tv. Kalau pegi Damansara mungkin ada benda baru yg zaza boleh belajar.
Eh! Dah pukul 5pm. Dah abih waktu keja. Nak balik dahhhhhhhh………………
Selamat Hari Jadi Mak! Hari ni hari jadi mak zaza yg ke 50. Pagi2 tadi sebelum zaza pegi keja, zaza antar sms kat mak zaza wishing happy besday. Dia tanya, “wish saja ke, takde apa2 ke”. Zaza ckp ada…zaza belanja dia tambang bas datang kl 20hb nanti….hehehhe…mak zaza akan turun zaza hujung minggu depan sebab ada majlis konvo zaza.
Pas tu tengahari tadi mak sms zaza bagitahu adik zaza yg bongsu tu dah dpt result exam. Dia suh zaza “cakap” sikit ngan adik zaza. Mak kata result adik merupakan hadiah harijadi yg merisaukan dia…….so zaza pun Tanya la adik result dia macam mana? Utk best student macam dia….mmg kali ni result dia kira teruk. Tapi zaza faham…….sekolah dan pra-u ni lain. Mula2 nak biasakan diri…..mmg la agak susah sikit.
Lepas tu tadi mak call……kali ni dia dapat hadiah birthday best. Mula2 adik2 zaza belikan kek utk dia. Pas tu dapat pulak berita lagi satu……adik zaza yg baru start keja cikgu kat sabah tu…….gaji dia dah masuk……so…apa lagi……..kenduri la..kalau tidak mak risau sebab nak kena agihkan duit utk dia…adik lagi……..mak kata…mak nak bagi buku 5 (buku hutang) yg mak buat utk dia…”nak claim balik”…..hehehehehehe……..
Hehehehe……mak selalu risau …kengkadang perkara kecik pun dia risau…….tapi mana ada MAK yg tak sayangkan anak kan!
p/s : rindunya nak jumpa mak. ………..
Hari Isnin yg lalu, lepas abih kelas pukul 7pm, zaza rushing balik rumah. Dah janji makan malam kat luar ngan bebudak rumah. Asyik makan kat rumah je, sesekali makan kat luar pulak. Sebenarnya kitaorg nak try makan steambot kat Medan Selera Kota (tempat makan baru) tak jauh dari rumah kitaorg.
Makanya pergila kitaorg berempat dlm pukul 8pm lebih. Medan selera baru ni tempat dia ok la jugak. Selesa. Cuma sebab masih baru, gerai makan banyak yg tk bukak lagi. Tapi yg bestnya sebab masih baru, maka org tak ramai yg datang makan kt sini, so memang sesuai la utk kitaorg lepak sambil tgk tv skrin besar, tk lupa jugak menikmati steambot. Kebetulan, elok je kitaorg order makanan, terdengar hujan mencurah2 turun. Waaahhhh! Lama lagi la kena lepak kat situ.
Selain drpd mkn steambot kitaorg order kerang rebus. Zaza pulak lepas mkn steambot still rasa lapar. Bukan apa sebab dari pagi tk makan nasi (perut melayu la katakan). Order pulak nasi putih ngan sup daging. Sebab dah byk sgt mkn sup…..perut penuh air saja. Mengah sungguh! Mcm mana badan nak kurus………makan..makan…makan….
Yg kelakarnya masa kitaorg sibuk2 nak makan, ada la geng budak2 lelaki duduk kt meja tak jauh dr tempat kitaorg. Diaorg dok sibuk usik2 meja zaza, ajak join la, apa2 la. Zaza duduk membelakangkan diaorg, so buat donno je la. Kawan zaza aje, dia boring, membebel2 dia. Katanya, nak ngorat pun tengok la sikit org, ini muka mmg muka budak tgh belajar kt kolej, nak ngorat kakak2 yg dah keja, dah makan gaji…..hehehe…zaza senyum je la dgr dia membebel.
Dah abih makan, maka kitaorg pun mengorak la langkah pulang ke rumah. Jarak rumah kitaorg ngan medan selera tu ada la dalam 400-500m. Masa on the way balik zaza terasa sakit perut. Zaza siap ckp kat member, balik ni zaza chop bilik air dulu, jgn sesapa masuk. Bila sampai je kat pintu rumah, kawan zaza yg ditugaskan membawa kunci rumah tetiba baru tingat yg dia dah tertinggal kunci rumah kt meja kitaorg makan tadi. La…sudah!.. Dah la dia sorang je yg bwk kunci rumah. Apalagi zaza arahkan dia pegi cepat patah balik, seblm kunci tu hilang. Dah la kita ni sakit perut. Terpaksa la menahan perut yg sakit. Tapi takdela sampai kembang kempis hidung….hehehe
Itu la bala…..borak banyak sangat…..gelak banyak sangat…..kunci rumah pun boleh tertinggal. Nasib baik tinggal dekat. Kalau jauh, tk pasal2 zaza kena pinjam toilet jiran pulak. Nasib baik kunci tak hilang. Org yg kutip pinggan mangkuk tu bagi pd management medan selera tu… nasib baik org tu simpankan……..
p/s : beberapa bulan lagi zaza akan kehilangan kawan rumah lagi. Yg sorang nak kawin. Yg sorang pindah tempat keja. Zaza aje yg masih setia di rumah sewa ni. Kawan datang dan pegi………
Lepas raya, org sibuk dengan rumah terbuka pula. Hari Sabtu yg lalu kawan satu opis buat rumah terbuka. Mula2nya plan nak pegi 2 buah rumah saja tapi akhirnya 4 buah rumah yg selamat dilawati. Semuanya rumah budak2 opis. Kebetulan semuanya tinggal dlm satu daerah sebab itula boleh pegi tu. Lagipun alang2 dah kuar berjalan. Zaza dah keja kat sini hampir 5 tahun. Tapi rumah kengkawan pun tak penah pegi. Dah ada peluang kita singgahla. Itu pun sebab drebar tak kisah. Almaklum kita ni menumpang kereta orang.
Lepas beraya, kawan zaza hantar zaza balik. Petang tu duduk kejap tunggu roommate zaza bersiap, dush! Zaza kuar balik. Kali ni pegi ronda2 kat jalan TAR pulak. Sebab asal, kawan zaza nak pegi kedai buku. Kebetulan zaza pun nak cari tudung. Kitaorg berjalan dari satu kedai ke satu kedai, tak sedar masa berlalu begitu saja. Kejap aje dah malam. Hari Sabtu kan ada pasar malam kat situ. Tapi kitaorg kejap je kat pasar malam. Ramai sangat orang, rimas. Masuk kedai2 tak ramai orang, itu lagi best.
In the end, buku tak beli, tudung pun tak beli. Kitaorg shopping kasut and shopping baju kat Sogo. Hari tu sebelum raya, tak boleh nak beli apa2 pun sebabnya kat Sogo punyala ramai umat manusia. Tapi hari Sabtu hari tu bestnya. Boleh try baju berjam-jam, takde sapa kacau. Heh heh heh………..duit raya dapat rm10. Tapi beli baju bagai nak rak. Nasib baik budget utk duit raya hari tu ada belen-belen lagi. Tu yg boleh beli tu.
Zaza sampai rumah balik dah pukul 10.30 malam. Pergh! Puas hati! Tu pun belum puas berjalan lagi. Kira sehari suntuk la keluar.
Hari Ahad terus flat. Tak kemana-mana sebab dah penat. Lagi pun kain baju menimbun utk dibasuh dan jugak utk digosok.
p/s : salesgirl kt sogo siap ckp "datang la lagi akak". siap ckp kt dia insyallah tapi 2 tahun lagi la. bila duit dah byk blk!
Pagi2 dah sibuk menyediakan breakfast lepas tu terus sambung buat kuah laksa. Ketupat dah habih so kena masak lain pulak. Kalau org datang takkan nak jamu kuih raya je. Sebab selalunya hari raya kedua, sedara-mara yg datang bertandang. Masa tengah sibuk menyiapkan kuah laksa, member call ajak pegi beraya rumah kawan sekolah yg dah 4-5 tahun tak jumpa. Nasib baik kuah laksa dah hampir nak masak. Bersiap lebih kurang, sempat jugakla beraya ke rumah kawan. Balik rumah adik cakap, kuah laksa baru aje masak, dah ada org bagi salam kat luar, datang beraya.
Petang sebaik saja hujan berhenti, datang lagi tetamu. Tetamu kali ni lagi buat kitaorg terduduk. Datang serentak 10 biji kereta. Habih licin laksa, sampai tak cukup. Sian sepupu2 yg rapat, dpt rasa sorang sikit aje. Nasib baik Zaza dah rasa laksa tu sikit sebelum tu. Alahai………masak punya lama, org makan sekejap je dah habih. Seronok tengok org pulun makan. Rasa macam buat kenduri, ye la org datang ramai sekali gus, lepas org balik kena berkemas membasuh pinggan mangkuk yg bertimbun. Abih baju raya chek! Bau kuah laksa aje.
Seawal pagi selepas sembahyang raya kami sekeluarga ke kubur arwah abah. Singgah sebentar ke kubur pakcik jiran sebelah rumah yg meninggal setahun selepas abah meninggal. Selepas ke kubur kami balik rumah sekejap, bersiap untuk keluar ke studio gambar. Mengambil gambar foto kami sekeluarga, gambar keluarga yg diambil pertama kali secara rasmi (di studio). Pintu rumah ditutup sementara kami bersiap. Kalau tak ditutup kami memang tak dpt keluar rumah kerana memang setiap tahun ada tetamu kecil yg akan datang seawal pagi syawal.
Berkejar kami sekeluarga mencari studio gambar yg dibuka pd pagi syawal. Pulang ke rumah, sudah hampir tengahari. Sebaik saja sampai di rumah, sudah ada yg memberi salam. Kan dah kata! Tetamu kecil memang sudah mengintai bila kami pulang. Mereka datang utk menjamah ketupat palas yg sangat mereka gemari. Bersungguh-sungguh mereka makan. Hilang penat membuat ketupat yg leceh tu bila tengok org makan dgn berselera sekali. Oh ya! tahun ni adik Zaza yg membuat ketupat. Zaza memasak rendang daging dan ayam.
Sempat jugak kami sekeluarga membuat rombongan melawat ke rumah jiran sebelah menyebelah. Walaupun tetamu yg datang jarang-jarang tetapi sekali datang memang penuh rumah. Ketupat yg disediakan hanya bertahan sehingga petang. Habis semuanya. Kami sendiri hanya sempat menjamah seketul dua cuma.
Akhirnya zaza kembali ke KL selepas bercuti panjang berhari raya bersama keluarga. Selama 13 hari berada di kampung, serasa sangat-sangat malas utk pulang ke KL. Keriuhan dikelilingi adik2 dan mak membuat hati sangat berat utk kembali. Betapa kita akan sangat menghargai apa yg ada di sekeliling kita bila kita jarang2 dpt menikmatinya. Betapa juga kita tidak nampak keistimewaan sesuatu yg sering berada berhampiran kita hingga apabila ianya hilang baru terasa kekurangan.
Zaza mula bekerja hari Rabu 3 Disember yg lalu. Sehingga ke hari ni masih sibuk menyelesaikan kerja yg tertunggak. Penat masih terasa. Cepat la hari Sabtu dan Ahad datang. Hendak merehatkan diri.
Cuti bermula seawal Ramadan ke 25. Taiping hujan hampir setiap hari dan selalunya sehari suntuk. Tak banyak yg dilakukan. Mengemas rumah. Mencuri waktu apabila hujan tidak turun, utk menarah rumput yg meninggi. Mencuci longkang keliling rumah. Zaza bertuah sebab kami 3 beradik perempuan agak berlainan perangai. Adik perempuan Zaza yg satu suka mengemas di dalam rumah. Jadi Zaza tak perlu mengemas rumah, dia yg buat. Adik Zaza yg lagi sorang memang tak suka mengemas langsung tetapi bila bab membuat kuih raya, dia yg jadi ketua. Jadi Zaza tak payah risau pasal biskut raya. Jadinya Zaza membuat kerja di luar rumah seperti longkang, rumput, cuci tingkap yg banyak2 tu dan kerja2 yg lain2 lagi la. Adik lelaki Zaza yg bongsu tu leceh sikit. Mintak tolong buat kerja baru dia buat. Kalau tak disuruh tak buat. Jadi kena selalu mengarah dia buat itu ini, kalau kitaorg senyap, dia pun senyap la kat depan tv.
Memang cuti seblm syawal digunakan sepenuhnya utk membuat kerja. Penat tapi puas hati. Lebih2 lagi bila kita buat semua tu utk mak kita. Kira mak tak payah buat kerja langsung. Semua anak2 dah tolong buat. Teringat iklan Petronas tahun ni. Syurga di bawah telapak kaki ibu.
jumaat pagi
|