|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
Kat mana ntah ada paip pecah. Leceh betul, air takde pulak kt rumah. Petang semalam bila zaza balik rumah, ita cakap takde air. Ala….makan minum semua tinggal pinggan cawan gitu je. Dah takde air nak basuh. Bila tepon PUAS, diaorg kata ada paip pecah tapi sedang dibaiki, mungkin tengah malam baru ada air. Zaza ngan housemate lagi sorang tak mandi. Simpan air tangki untuk buat air sembahyang dan buang air besar dan kecik.
Sampai ke tengah malam, air masih tak kuar2. boringgnya……… bangun pagi2 tgk air masih takde. Apa lagi, jawabnya mandi kt opis la. Nasib baik opis dekat. Kemas baju lebih kurang, jalan cepat2 ke opis. Matahari pun tk kuar lagi. member opis pun heran sebab zaza sampai opis awal sangat. Housemate zaza yg sorang lagi tu pun mandi kat opis dia jugak. Tinggal ita kt rumah. Dia punya kelas petang. As of pukul 1pm, air masih tk kuar lagi. Hahhahaha….ita kata dia kena singgah rumah classmate dia dulu la tumpang mandi seblm pegi kelas.
Susahnya kalau takde air. Kalau takde elektrik, kira ampun lagi. Ini nak mencuci pun susah. Kalau sampai ptg air masih takde, maknanya zaza kena mandi dulu kt opis pas tu baru balik rumah.
Teringat beberapa tahun yg lalu bila satu kl takde air. Kesian betul tgk org2 lain yg takde air. Kg. Baru masa tu kira terselamat. Kitaorg tak penah putus air. Teori yg kitaorg buat ialah sebab kitaorg dekat dgn hospital kuala Lumpur jadi org tk boleh nak hadkan bekalan air. Masa tu mmg kecoh la org2 yg tinggal kat kl. Zaza pun dah ingat2 lupa.
Sekali sekala bila kemudahan asas ditarik balik, kita rasa susah sangat. Sebab kita dah biasa senang. Membuat kita merenung nasib org2 di negara lain yg mmg susah nak dptkan air. Org kt singapura nak basuh kereta pun pikir byk kali sebab air mahal. Tuan punya kereta kt sini macam2 style ada utk basuh keta. Snow wash tak snow wash semua ada.
Today is Sunday. It’s 4.55pm. the long holiday is almost finished. Time really flies when u r having fun. Do I have a fun time during this Chinese new year holiday? Not fun but ………..eeemmm what hah? Don’t how to describe the feeling.
Malaysian book of records should keep one entry for me. For what? For not heading to hometown for the long holiday. As far as I can remember this is the first time that I didn’t go back to my hometown to finish the holiday with my family. I decided to finish my holiday here at kg. Baru. Not going anywhere but here in KL. Maybe because ita also does not go back to her hometown so I was not left alone here. There are only 2 of us at home.
What did I do to kill the time? Well! Definitely I did spend a lot of time on my passion. READING! Since there was no exciting programme on tv during the first 2 days of the holiday, so I read and read and read………….. I bought 2 magazines before the holiday and finished reading all the star two which I have not managed to read before. And I also realised that nowadays I don’t have the patience to finish a thick novel anymore. I tried to read one novel but after a few pages, I just became bored. I can only read a short story, newspapers and all things that need not a long time to read. What happened to those days where I could lie down for hours, prolonging eating and drinking just to make sure I finished reading a thick novel to know how the ending would be. Does age plays a part here? Hmmm…I wonder… The older you are…..the less patience u have? Nope! I think it is the other way around.
What else did I do? Another record for me? I exercise! Wake up early and go for a walk, occasionally running. A very well time spent I would say. Me and ita found a good one place in kg baru where we could run without worrying people watching us running (when u run (exercise) at a housing area, people tend to look weirdly at u as if u are doing odd things). That’s why I really like this particular road. And the view is nice too.
When both of us are getting really bored than we would give ourselves a treat. We would go out for a few hours and ate a good food. (had a little exercise but eating a lot of food). On Thursday, we ate satay. On Friday, I have this sudden urge to eat mcdonald and we went to sogo. Hahahhaa……sogo closed for 2 days. Then cracking our head to make decision for another place. Luckily the mall is open. On Saturday we went to pasar malam jln tar joining the huge crowd there. oh yea! i also went out with cek sue in the morning. we have booked this day to watch magic kitchen. our favourite watching time is first show in the morning. due to holiday we could not book thru the phone so to beat the crowd we decided to be at klcc at 10am. this is the first time that we had to wait the tgv to open. they opened up late. as soon as the door was open, everybody was rushing to the counter, to be the first in line. that's include me though not as aggresive as this one lady who running and cut out the line while dragging her daughter. no manners at all. all aside, we do became the first buyer for magic kitchen cox we got the best place in the cinema. jerry yan was so cute, though it would be much better if they had used his original voice instead of some other guy. guess that jerry's cantonese is not that good. i also managed to buy a birthday present for a beloved friend. i remembered asking cek sue whether is it worthwhile to invest this amount of money on this friend. heh heh heh.........sometimes i can be so calculative.....BUT only to certain people. Tonight? i'm not going anywhere cox tomorrow is a working day.
Time really flies. Though I didn’t do much but the time still flew fast. Oh ya! For the umpteenth time also, I watched tollgate girl. Again and again and again. Even now, I played it as a background music while I’m updating my blog here. Yah! Those who knows me definitely is shaking their head in disbelieve and wondering what is so good about this story that as if I have become addicted to it.
Hah? I am addicted to tollgate girl? No way la……….saja suka-suka. Tiara jacuelina might be smiling broadly if she knows this………..
p/s : this coming friday, i'll be heading home for hari raya.....another long holiday for me
Yei….yei……yei……..yei……ari ni kerja ½ day. Org cina sibuk balik rumah nak makan besar. Zaza? Hmmmmmmmm…………..tak balik kampung. Makan kecik2 aje la kat kl. Lepas abih keja, masih dok plan dalam kepala nak merayau ke mana. Nak ajak cek sue, dia pi dating pulak. Bawak diri sengsorang lagi.
Ari ni pi bayaq utang2 je la kot. Dlm kepala dok terbayang hhhhmmmmm sedapnya kalau masak laksa ni. Kalau rajin, lepas settle bayar bil, pi singgah kat pasar chow kit beli bahan buat laksa….yum…yum…yum….
Agak2 kan sopping complex tutup tak ari khamis ngan ari jumaat? Pasar chow kit kalau esok mungkin tutup kot, kalau bukak pun mesti tak ramai yg meniaga. Tapi tak kisahla kan. Macam la zaza ni memasak kat rumah. Bagi zaza, org bujang pompuan selagi tak kawin, tak perlu susah2 nak masak kt rumah. Kedai makan kan banyak. Masak kt kedai je la. Org kawin pun ramai yg makan kat kedai.
Bukan apa……………..bukannya zaza ni tak pandai masak…..mak zaza dah ajar masak sejak zaza sekolah rendah lagi tau! Sebab dah pandai masak tu yg malas masak. Kalau masak sendiri, mesti sedap……….dah tentu makan banyak……alamat mmg akan bertambah2 la kemontelan zaza ni. Kalau beli kat kedai, dah tentu tak sesedap masak sendiri, jadiknya makan pun sikit la ( tapi tak jugak, badan montel jugak! Hehehehe).
Rugila org pompuan kalau tak tau memasak. Kita memasak bukan nak bagi org lelaki makan je………..kita memasak utk kepuasan diri. Lebih2 lagi bila tgk org makan makanan yg kita masak……uiihhhhh….puas hati. Walaupun zaza tinggal kat kl ni, tak memasak, tapi tiap2 bulan bila balik kampung, ambik alih tugas memasak. Kira tak karat la kebolehan memasak nih..
Sebenarnya zaza takdela terer masak sangat. Tapi setakat famili ngan sedara mara terdekat tu, kira lepas la. Masak yg simple2 je………tapi tak la terer masak yg dasat2 tuh…….. eden tak abih laie belajor memasak nih………[tu yg tk kawin-kawin tu ;-) ]
Eh! Dah dekat waktu balik. Apa la zaza merepek citer pasal masak ni. Org lain yg nak makan besar org lain yg sibuk citer pasal masak. Bukan apa, cuma dlm paper asik citer pasal makan je. Dlm metro the star, mesti ada citer hidangan tradisi sesebuah famili…..zaza suka baca ruangan ni……ye la dpt tgk apa hidangan kegemaran, mana nak tau kot2 boleh diaplikasikan ke famili sendiri suatu hari nanti.
GONG XI FA CAI!!!!!!!!!!!
Ni sambungan citer loya semalam. Tapi kali ni dah tak baper meloyakan. Heh heh heh……Zaza sekarang ni bab2 bau bangkai ni, hidung dah jadi sensitive. Cepat betul terbau….bau yg kurang enak. Balik rumah lewat petang semalam, masuk je ruang tamu, hidung dah terbau bau yg tak enak tu (bau bangkai cik ti la apa lagi). Dlm hati dah terasa tak seronok. La takkan ada lagi kot. Melilau-lilau mata mencari tapi tak nampak pulak.
Tanya pada ita, kau terbau tak bau bangkai. Ita kata takde pun. Dia kata agaknya angin dari luar yg bawak masuk kot. Takpe la…..agaknya hidung zaza yg sakit kot. Tapi dlm hati kuat mengatakan mmg ada yg dah kiok ni.
Kuar dari bilik mandi, ita ckp mmg hidung zaza ni betul. Dia kata dia dah terjumpak kat mana cik ti tu pilih tempat kiok dia. Bengong betul cik ti, pilih tempat yg tak sesuaiii. Kebetulan, cik kak yg tk penah basuh toilet tu pun ada jugak. Zaza ckp kt dia kali ni giliran dia pulak buang sebabnya zaza ngan ita dah buang sorang sekoq. Senyap je cik kak tu.
Sejam kemudian zaza tgk dia tk buang lagi. Siap pi mandi pi basuh kain dulu. Org buang la benda tu sblm mandi, takde la bau busuk byk kali. Takpa kita tunggu……. Yg zaza ni nak tgk tv kt ruang tamu, rasa tak selesa la sebab dok bau benda alah tu. Hissshhhhhhh…… geram betul. Lepas cik kak tu abih mandi, zaza kata kt dia buang benda tu malam ni jugak, dia kata ok.
Dah nak dekat kul 10 mlm dia tak pi buang lagi. Yg kita ni nak melepak tgk tv kt ruang tamu. Kembang kempis hidung bau benda alah tu. Last sekali……………zaza pi buang jugak la benda tu. Nasib baik tak berulat lagi…….hehehehe……. Elok je lepas kita dah settle baru cik kak kuar bilik, siap tanya eh! Akak dah buang yek…….?
Itula asam garam hidup menyewa ngan org-org. itu yg bila bab2 gini rasa mcm nak sewa rumah sorang2, senang sikit, kotor pun kita yg buat, bersih pun kita la yg kena. Tak kacau org lain. Nasib tak berkemampuan je………..kalau tidak dah lama dah…………..
Ni nak citer pasal benda geli lagi meloyakan. Buat sesape yg lemah semangat tu tak payah la meneruskan pembacaan. Takut nanti ada pulak yg terbayang2 sampai tak lalu makan pulak kang.
Jeng…jeng…….jeng…….Kat rumah zaza ada beberapa ekor cik ti. Lepas kemas dapur ari tu, cik ti-cik ti tu dah takde tempat nak menyorok lagi. Apa lagi, tiap kali nak ke dapur atau bilik air, bukak je lampu, alamat bercempera, berlumba lari la si cik ti-cik ti tu menyorokkan diri.
Rumah zaza ni walaupun ada 4 org penghuni, tapi bila masuk bab menghapuskan cik ti2 ni zaza la yg kena. Biasala yg lain tu tak penah hidup susah, agaknya kat rumah, kerja2 kotor semuanya di buat oleh mak ayah masing2. jadi bab2 pembersihan ni kureng sikit. Zaza pun malas nak menegur. Bila terserempak ngan cik ti, tahu komplen aje.
Baru2 ni zaza beli ubat tikus. Yg kasi mati punya. Kalu hidup tak berani nak ketuk bagi mati. Zaza mengarahkan ita (cewah! Arahan) ye la! Kalau tak suh tak buat. Suh ita letak ubat tu atas roti pas tu biar je kt dapur. Ubat tu kalu cik ti makan, kiok la dia. Masalahnya sepatutnya bila dah mkn ubat tu, cik ti tu kena kiok kt tempat yg ada air (bilik air la tu). Tapi ada satu cik ti ni, sesuka ati dia aje nak kiok kat mana.
Mula2 berdasarkan kepada bau bangkai kitaorg cari2 jumpa la satu ekor sudah kiok. (ita yg cari, zaza tukang buang). Ingatkan dah boleh lega la sebab mission accomplished. Tapi bila pegi dapur masih terbau2 lagi bau bangkai. Cari punya cari masih tak jumpa. Rasa mustahil pulak. Bangkai takde, tapi bau punyala kuat. UWEKKKKKK!!!!.
So, malam tadi rasa tak puas hati. Carik lagi. Sebenarnya planning nak tido awal sebab hajat di hati nak bangun sepertiga malam. Tapi selagi tak dpt dikesan di mana bangkai cik ti tu berada selagi tu tak puas hati. Tiba2 terlintas di pikiran, ada satu tempat yg belum dicari. Dlm hati dah rasa cuak…….ye la kalau cik ti tu kiok kt situ, jenuh la nak buang. Nak tau kt mana?
Dekat bawah singki. Batu tempat tampung singki tu mmg ada ruang utk cik ti menyorok. Bila zaza jengok kt situ…….uwwweeekkk…….dah ternampak ekor dia tergantung2. cuba2 tarik ekor dia (guna paper lama tarik ekor dia) ish………tk nak kuar pulak. Eeeeeeeee…….geli geleman rasa. Tapi terpaksa buat, dah org lain takmo buat. Pikir2 nak guna apa, ternampak ada satu besi ni. Apa lagi cuba la jolok2 guna besi tu. But instead of the bangkai yg jatuh, tapi ulat-ulat pulak yg jatuh………….eeeeeee terasa nak muntah pulak bila citer ni……bkn apa dok terbayang2 malam tadi……….punya la byk ulat2 bangkai tu jatuh……besau-besau plak tu.
Zaza sebelah tangan jolok benda tu kasik kuar, sebelah tangan lagi tutup hidung. Mulut plak terjerit2 sengsorang sebab geli geleman sangat……..yuck! yuck! Yuck! Ada la dekat 15 minit baru la settle…………….habih berpeluh satu badan. Terpaksa mandi balik………….eeeeeeeeeee nasib baik zaza ni bukan jenis geli sangat…….kalau tidak ada yg 3 bulan tak lalu makan. (tapi kalau tak lalu mkn bagus jugak yek! Kurus sikit badan yg montel ni).
p/s : boring la bila tinggal ngan org yg tak biasa buat kerja nih. takkan semuanya nak kena suruh..... yg sorang tu, cuci toilet pun tk penah, guna toilet tahu plak.......susah...susah...
Ari ni hari ahad. Tak pegi kemana-mana. Pagi2 td zaza ngan ita pegi exercise. Cewah! Exercise konon. Bukannya berjoging. Berjalan je. Kitaorg round kg. Baru. Masuk ke jalan2 yg tk penah kitaorg terokai sebelum ni. Ye la kg. Baru ni kan besar. Dekat2 sejam berjalan, kitaorg stop breakfast dulu. Teh tarik ngan roti canai….(hampeh, ponat aje exercise. Ye tak!) tapi lepas breakfast, sambung lagi jalan. Kali ni mengatur langkah ke chow kit. Nak pegi beli buah limau. Balik dari chow kit pun kitaorg jalan kaki jugak. Bila dah nak sampai, rasa penat sangat. Dah la tu, kena menapak naik tangga pulak. 2 jam keluar beriadah……puas hati peluh kuar.
Citer pasal buah limau ni, benda yg paling zaza suka masa tahun baru cina, buah limau la. Zaza suka sgt mkn buah limau. Bila tahun baru cina, buah limau berlambak dlm pasaran. Harga jadik murah. So zaza boleh makan sepuas2 hati. Kat opis pun dapat free. Housemate zaza pun asik bawak blk buah limau cox diaorg pun byk dpt free kt opis masing2. everyday makan limau. Hujung minggu mcm ni, duduk rumah tak buat apa2, apa lagi, melantak buah limau aje la. Cuci perut.
Bila ari cuti, duduk kat rumah zaza tk suka sgt tido siang, rasa rugi pulak kalau tido. Tapi siaran tv takde yg best2 sgt. Puas la zaza ke depan ke belakang, kutip baju, basuh baju, mkn buah limau, tgk tv, baca paper, baca magazine, baca novel and last sekali meng update blog. Apa2 saja asalkan jgn tido. Ari ni first time pinjam laptop baru ita. Guna buat update blog. Boleh menaip sambil baring, sambil menyandar kat lemari….. kalau bukak desktop kena duduk atas kerusi. Tak leh lama2. sakit pinggang sakit bontot.
Semalam hari sabtu, sehari suntuk zaza ngan ita menghabiskan masa kitaorg kt luar. Dari tengahari sampai lewat ptg kitaorg ada di pandan indah. Melaksanakan satu misi rahsia. Sampai sekarang it still amused me, I had done it. Never thought that one day I’ll be doing it. But I had done it. In a way, I’m glad I did it but ……………will I be succeed? What did I do? Hehehehehe…..rahhhhhhhhhsssiiiiaaaaaaaaa.
Esok ari isnin. Minggu cuti tahun baru cina. Dah sah2 zaza akan keja 2 ½ hari je. Ari rabu dah tentu balik half day punya. Zaza buat keputusan tak nak balik kg. Sebabnya minggu lagi satu dah hari raya haji. Baik zaza balik raya haji je. Penat la berebut kat puduraya tu. Ramai sangat org. adik zaza yg kat shah alam tu mula2 tak nak blk cuti tahun baru cina, last minit buat decision nak blk pulak. Ni yg tk best ni. Zaza ckp ngan mak ngan adik, kalau ari khamis ni zaza rasa boring sgt duduk kl, mungkin zaza akn balik kg. Tapi besar kemungkinan, tak balik kot. This will definitely be the first time that I’m spending long holiday in kl. Kalau tidak, pantang ada cuti awam, mesti zaza balik kg punya.
Tapi, apa yg zaza nak buat yek! Kemas rumah la kot. Takkan hari khamis sampai ahad zaza nak kemas rumah. Rasa nak pegi mandi sungai….tapi nak pegi ngan sapa? Takde transport pulak.
P/s: I always miss him whenever there is a long holiday. If only the feeling is mutual. If only……
Yesterday, I did go to the steamboat restaurant. But not with ita but with suraya. Ita said she was very tired and suggested we go this Saturday. I said no problem. Since suraya does not want to go home early, so I suggest to suraya to go to the restaurant for our dinner and to catch on recent gossip.
Hahahaha…………she wanted to go by taxi but I managed to cajole her to take a walk instead to Sogo. Both of us need an exercise and walking 20 mins to Sogo will not be exhausted with so many stories to be shared along the way. Well! We had a good laugh along the way to Sogo.
Yes Sitinesta! This time the restaurant did opened. I agree with you, Johhny is much more expensive. Especially when we are on budget, sogo will be the next best solution to satiate our ever craving, hungry stomach. Do you know what! I did ask the cashier on what day the restaurant would be closed, he said the restaurant opened 7 days a week. Then I asked him, “last Sunday, are you opened?” He confidently answered Yes!. I asked him what time is your operating business and he said 11am – 10pm. I told him off…….I came here last Sunday and your restaurant was not opened. Then the cashier shrugged off and said…..”saya tak tau la kak, saya tak keja sini hari-hari”. Aaarrrggggggghhhhhhh……. I was angry but luckily since my stomach was full, the level of angriness is not that high. I just said to him, then you better know everything since people might want to know because they come here to eat. Then I’m off to lower ground floor to buy mcdonald ice cream choco top. This one is all suraya’s fault.hehehehehhe. She made me eat it. I’m the innocent party.
After the night’s rendezvous, both of us went back home. Suraya got hooked on walking, so she walked from sogo to masjid jamik putra station (hmmm…..i wonder whether she had wanted to go to the shoe shop, that’s why she wanted to walk). As for me, enough walking in a day, I reasoned to suraya since I walked 20 mins in the morning to the office and 20 mins to sogo, I had enough exercise. So I took a cab instead. Furthermore I still had a lot of chores to be done at home. Hahahahahaha……….me and my brilliant excuses………
Hhmmm………apa nak di cerita ya. my life goes on as usual. Ari sabtu ari tu ada training utk exco club toastmaster. Dari tengahari sampai lewat petang. Training dibuat di kolej latihn telekom jalan semarak. Nasib baik tak jauh dari rumah. Though I’m not feeling well, since I need an exercise, I decided to walk to that place. Berjujuran peluh keluar by the time I reached telekom. Tercungap-cungap jugak sebab hidung tersumbat terpaksa bernafas ikut mulut. Berebut2 udara keluar masuk. But mission accomplished…….. I got an exercise.
Boring jugak training tu. Asyik dengar org bercakap aje. Nasib baik dah cukup tidur malam sebelum tu. Kalau tidak mesti tersengguk2 menahan ngantuk sebab boring. Sepatutnya pukul 5.30 training dah habis. Biasala kan……… pukul 6.30 baru habis. Balik rumah pun jalan kaki. Kali ni tak berseorangan. Ada kawan sorang ikut. Jadinya perjalanan balik tak terasa jauh sebab dok asyik pot pet pot pet.
Ari ahad pulak tetiba teringin nak makan steamboat. Ajak Ita kuar pegi Sogo. Alih2 sampai je sogo, Kedai tu tutup pulak. Apa ra. Rasa ralat la pulak sebab isi hati perut dah teringin sangat nak makan steamboat. Mahu tak mahu terpaksa makan benda lain.
Pagi2 tadi ita tanya nak pegi makan steamboat tak petang ni cox dia takde class. Heh heh heh ………. Zaza ckp kat dia ptg nanti confirm balik. Tanya org pagi2 mana la terasa nak makan lagi. Zaza ni pelik jugak. Kalau terasa nak makan sesuatu tu, mesti tiba2 aje. Pas tu kena pegi terus. Nasib baik si ita tu ada, boleh buat teman. Kadang2 tengah jalan kaki balik ke rumah dari opis, tetiba je rasa nak makan sate. So apa lagi, terus msg ita ajak dia makan sate. Nanti ita pun tunggu la kt rumah, zaza sampai aje terus pegi makan.
Nanti bila tinggal sorang, dah tk boleh la kalau nak makan tu, waktu tu jugak pegi. Pegi makan kt luar sengsorang tak best sangat.
Ni sambungan citer ari tu. Ye la ye la……walaupun kita tak berapa setuju dgn keputusan yg diambil oleh kawan kita………….kawan tetap kawan. Mana boleh putus. Kalau marah pun kejap je… minggu pertama ari tu kan ke bank cuti. So zaza ajak la nita turun kl. Beli barang kawin. Lagi pun mak nita kalau boleh nak suh nita kawin ari raya haji ni. Dah dekat tu.
Lagipun beli barang kat JB tu mahal sebabnya ramai sgt org Singapura yg sopping kat sana. Lebih baik nita datang kl. Boleh jugak sahabat baik dia yg dua org ni tolong dia sopping (erti kata lain menghabiskan duit). Jadinya tengahari sabtu minggu tu nita pun sampai kl. Alkisah miza ngan ita dari pagi dah kuar rumah. Sebabnya si ita nak beli laptop. Sempat la tawaf plaza imbi tu. Ita antar balik dulu laptop dia. Ye la, lepas ni nak pegi ukur jalan tuanku abdul rahman (tar) plak. Mana nak larat angkut laptop lagi.
Nita sampai aje kl, ajak dia mkn dulu. Lepas tu apa lagi 3 dara pingitan pun mengatur langkah memasuki dari satu kedai ke satu kedai, memilih kain, tawar menawar, membandingkan harga……. Perrrrggggghhh……..penatttnyaa…….. sedar2 je jam dah pukul 9.00 mlm. Perut masing2 dah berdondang sayang. Barula kitaorg makan malam. Makan kat sogo. Sampai guard pun dah tarik pintu, nak tutup kedai. Pas tu kitaorg rushing balik nak tengok cerekarama gadis pasola.
Sebab dah lama tk jumpa, malam tu kitaorg tido kul 4 lebih. Pot pet pot pet dalam gelap. Catching up on news about each other… about other friends. Bangun pagi esoknya……. Sambung lagi pegi shopping. Jalan tar tu kan panjang. Kedai pulak tu beratus-ratus (ye ke beratus?) sopping punya sopping, jalan punya jalan………..sampai ke puduraya dah pukul 7.30pm. nita beli tiket balik jb pas tu terus kitaorg antar dia naik bas.
Zaza ngan ita rasa penat sangat2. 2 hari berturut2 pegi beli barang. Dari pagi sampai malam. Sampai naik lenguh tangan kitaorg menjinjing barang. Ita kata kalau dia kawin esok, taknak la buat macam nita. Masa 2 hari digunakan utk membeli segala barang perkahwinan. Barang hantaran lelaki dan perempuan, kain utk buat baju kawin, barang nak buat bunga telur……..dan segala mak nenek lagi lah. Sampaikan stoking pegi kerja pun tunang dia kirim beli kat kl. Apa la!
Kesimpulannya kawan tetap kawan. Kita mestila mendoakan yg terbaik utk dia. Good luck my friend. Tapi kenduri kawin ngkau, zaza tak janji boleh pegi atau tidak. Jauh sangat kat kelantan. Kalau buat ari raya haji, minta maaf ye, tak dapat pegi, bonda ku lebih memerlukan ku. Kalau buat ari lain…………..insyallah akan sampai kawan mu ini ke kelantan.
P/s: dah lama tak kembali ke kelantan. Jika ada rezeki ku utk ke sana, pasti pusara mu akan ku singgahi………..abang..
Hari cuti pada 1/1/04 ari tu dimulai dgn perkara berfaedah. Zaza rasa berpuas hati sbb hari baru bermula dgn baik sekali. Bagaimanapun beberapa jam sebelum masuk hari kedua baru, zaza dpt berita yg agak kurang menyenangkan. Berita yg membuatkan zaza terfikir kembali adakah tahun 2004 ini akan merupakan tahun yg mencabar buat zaza? Tahun yg penuh onak, duri, ranjau dan segala yg tidak enak?
Masa zaza di. Tingkatan 4 & 5 dulu, zaza belajar di sebuah sekolah berasrama. Tinggal di asrama bersama2 kengkawan dari pelbagai negeri, pelbagai tingkah laku merupakan kenangan yg tk dpt dilupakan. Kira2 dulu dari satu kelas tu, adala 2-3 geng. Geng zaza adala dlm 7-8 org. Walaupun kami tinggal di dorm yg berlainan, oleh sebab kami satu kelas, persahabatan menjadi begitu erat sekali. Sehingga pernah diasingkan meja study oleh warden asrama sebab asyik berborak aje. Biasala pompuan kan. Mana habis cerita.
Selepas SPM, persahabatan masih erat. Cuma makin lama kami makin jauh. Hinggalah 5-6 tahun kemudian hingga ke hari ini, yg tinggal masih rapat ialah kami bertiga. Zaza, ita dan nita. Ita dan zaza sejak setahun yg lalu tinggal sebilik sbb ita sdg menghabiskan degree dia. Nita pulak bekerja di Johor. Sebab nita tinggal jauh, kitaorg jarang berjumpa tapi tetap berkawan rapat.
Diantara kami bertiga, nita la yg paling byk boypren. Ita yg kedua. Dan zaza pulak biasala. Maintain takde boypren. Setiap kali berpeluang bertanya khabar nita, perkara pertama yg ditanya mestilah sekarang ni kau dgn boypren mana pulak.
Tiba2 ari tahun baru tu nita telefon zaza. Dia bagitahu dia dah bertunang. Rasa kecewa sekejap sbb dia tk bagitahu awal2 n tak jemput pun kitaorg. Tapi takpe, dia tetap kawan. Kemudian zaza tanya dia, kau tunang dgn pakwe yg mana satu? Yg eeemmmm…….. tu ke? Dia kata tak. Dia nak kawin dgn LAKI org. punyala terkezut zaza. Lebih 10 x zaza tanya dia betul ke kau nak kawin dgn laki org.? jgn bergurau bab kawin2 ni. Tapi kenyataan tetap kenyataan. Zaza tahu siapa lelaki itu. Sbb dulu nita penah citer yg lelaki ni selalu mengorat dia. Ajak dia kawin. Tapi zaza dan ita dah nasihat nita supaya larikan diri dari lelaki ini. Dan nita pun dah puas cuba larikan diri dari lelaki ini. Nita pun pernah bersemuka dgn isteri lelaki ini. Memberitahu beliau supaya menjaga suami dia dgn baik kerana dia asyik kacau nita aje.
Agaknya kalau dah ditakdirkan utk menjadi suami nita, walau mcm mana nita lari pun lelaki tu tetap mencari nita. Hingga akhirnya nita menyerah kalah dan setuju utk menjadi isteri beliau.
Zaza yg masa tu rasa tak puas hati sangat, bertanya pada nita. Kau ni menerima dia menjadi suami adake sebab kau memang sayangkan dia atau pun kerana terpaksa. Ialah sebab umur dah meningkat lagipun mak nita selalu tanya bila nita nak kawin. Nita hanya jawab, ialah dia nak tunggu apa lagi. Semua lelaki lain yg berkawan dgn dia semua takut untuk serius hanya kerana nita dah ada kereta, ada rumah. So takut la nak kawin dgn perempuan bergaji besar. Bodoh betul la lelaki2 tu.
Malam tu, zaza ngan ita tak boleh tido. Org lain yg nak kawin org lain yg tak leh tido. Kami berdua asyik berborak pasal kehidupan kami sekarang. Ita kata selalu dia dengar org pompuan kalau umur dah lebih 30, kalau kawin pun mesti dgn suami org atau pun duda.
Apa teruk sgt ke pompuan kalau dia tak berkawin. Teruk sangat ke pompuan kalau dia memilih utk berkawin lambat. Apa pompuan tak boleh memilih ke dgn siapa dia nak kawin. Kalau dia dah lebih 30, dia dah takde pilihan ke?
Kadang2 zaza rasa kesian jugak dgn kengkawan yg tinggal dlm lingkungan masyarakat yg masih berfikiran sempit. Org pompuan tak boleh hidup berdikari seorang diri. Macam manapun org pompuan kena kawin. Tak kisahla dgn siapa pun asalkan dia berkahwin.
Zaza rasa bersyukur sangat yg zaza ni tak tinggal dlm lingkungan masyrakat yg masih berfikiran sempit. So, takdela zaza asyik dpt solan2 cepumas tu. “bila nak kawin”. Sekali sekala tu biasala.
Apa2 pun zaza hanya boleh wish goodluck pada nita. Semoga dia berbahagia dgn pilihannya. Nak marah sangat2 pun takut nanti2 terkena batang hidung sendiri. Tapi mak zaza pun dah pesan kalau boleh elak la seboleh2nya berkahwin dgn suami org. mmg dah ada contoh dekat rumah kitaorg. Cabaran tu sangat besar………cabaran pada hati dan perasaan…………..
Tahun 2003 sudahpun berlalu. Mula2 zaza rasa mcm tak byk je kenangan ataupun benda baik, happy yg terjadi pada diri zaza sepanjang tahun 2003 yg lalu. Rasa mcm byk yg tk best je yg dah happen. Itula manusia….cepat lupa pd benda2 yg elok….suka sgt mengingat benda2 yg tk elok.
Bila zaza renung-renungkan balik, sebenarnya tahun 2003 ni byk sangat kenangan nya pada zaza. Kenangan apa ya!
Antaranya :-
March 2003 – akhirnya benda yg zaza tunggu sekian lama akhirnya menjadi kenyataan jugak.belajar punya la lama………asik dpt berita tk best, akhirnya zaza dpt jugak berita baik. Zaza dah lepas penghadang yg terakhir. Paper yg terakhir, zaza berjaya lepasi. Masa dpt berita ni, tk terungkap rasanya perasaan di hati. Syukur sangat2.
March jugak merupakan bulan yg gembira. Adik zaza yg bongsu dapat keputusan SPM dia. Seperti biasa dia mengekalkan kecemerlangan dia. Almaklum, dia yg paling bijak di antara kami adik beradik. 10A dlm tangan.
May 2003 – majlis konvokesyen. dibuat di pwtc. Dari pagi sampai ke petang zaza ada kt sana. Yg bestnya cousin2 zaza yg bujang2 yg duduk kt kl ni pun turun ke pwtc, famili zaza pun semua ada kecuali adik zaza yg dah kawin tu, pas tu ada pakcik, ada mak tam. Semuanya berkongsi kegembiraan zaza. Inila hari yg zaza rasa paling lama zaza senyum. Sepanjang hari! (zaza ni payah sikit nak senyum. Sbb tu org kata zaza ni garang)
June 2003 – birthday yours truly. Seperti biasa mak dan adik2 tk pernah melupakannya. Pagi2 lagi dah beratur sms dr diaorg.
jugak sms dari kengkawan. cek sue kasi handbag. si mizy plak kasi jug. ada ka patut. kasi jug! mcm hadiah bg kt org kawin je. apa2 pun tima kasih la kengkawan.
July 2003 – adik zaza yg ke 3 dpt berita dia posting ke sabah. Mak sekali lagi berangkat ke majlis konvo. Kali ni adik zaza. Lepas konvo, terus dia terbang ke sabah.
November 2003 – dapat surat yg tak disangka-sangka. Akan ada sekali lagi majlis konvo. Kali ni diadakan pulak oleh kolej. Heh heh heh. Alang2 dah abih belajar, konvo byk kali pun tak apa. Mak pening nak jawab bila org tanya dia kenapa zaza ada konvo banyak kali.
Disember 2003 – majlis konvo kali ke 2 diadakan di Pusat Islam. Jika yg pertama agak kebaratan. Kali kedua lebih bersifat islamik. Majlis bermula pagi habis tengahari. Sempat bawak mak dan adik pergi shopping lagi sesudah konvo selesai.
Panjang pulak list kenangan 2003 zaza. Kenangan yg pahit pun ada jugak. Tapi nantila..bila rasa nak citer, zaza citer la. Tapi zaza rasa yg paling best sekali mesti la mak zaza sebabnya dia dpt pegi majlis konvo 3 kali. 2 di KL. 1 di kedah. Anak bongsu dia pulak lulus spm cemerlang. Mak kata…..dulu masa kami kecik2, dia tk mampu nak kemana-mana. Tak dpt peluang berjalan2. sekarang ni KL tu dah mcm dekat. Dah boleh ulang alik. Pegi kedah utk konvo. Turun ke johor antar adik ke kolej matrikulasi. Pas tu ke shah alam pulak bila adik tukar jurusan. Dia asyik berjalan aje tahun ni. Takpe la mak. Nanti bila zaza dah berani bawak kereta, lagi kerap la mak dapat makan angin.
P/s : bila nak berani bwk kereta nih
Dah selamat pun kita masuk ke tahun 2004. malam tahun baru zaza dihabiskan di depan tv sahaja. Bila tiba je detik 12 mlm, berdentum-dentam bunga api kedengaran. Berlari ke bilik, melihat dr tingkap, boleh nampak bunga api kat klcc dan bukit bintang. Berlari ke balkoni di dapur pulak, boleh tengok bunga api dekat dataran merdeka. Penat berlari ke hulu ke hilir, duduk depan tv tgk kt tv je. Tapi bunyi tv diperlahankan, sebab boleh dengar bunyi secara live. Hehehehe………semangat tahun baru tu tetap tempias w/pun zaza tk menyambutnya di tempat2 terbuka. Bunyi dentuman bunga api je dah cukup.
Dah boring tgk tv, zaza online. Ingat nak update blog. Tapi akhirnya tak ter update pun. Sibuk baca blog org lain, sibuk tinggalkn jejak kt blog org. kebetulan….cek sue pulak online. Borak punya borak…..sampai pukul 3 pagi…..mata dah mengantuk. Terus sign out dan pegi tido. Blog sendiri tak di updatekn.
Hajat di hati sebenarnya nak bangun tido awal pagi…di hari baru tahun baru. Hajat tinggal hajat sebab dah tido lewat…..sedar2 matahari dah tinggi. Nak bangun awal pun sebab nak melaksanakan azam yg tahun lepas. Tapi w/pun bangun lewat kena teruskan jugak misi yg dah tertangguh berkurun2 lama. Misi apa yek!
Misi utk membuat kerja pembersihan besar2an kat dapur rumah zaza. Aduiiiiiii ….punya la penat tapi puas hati sebab misi terlaksana akhirnya. Sekarang ni dapur dah bersih…… ini semua angkara “cik ti” la nih. Sesuka hati je berak rata2, kencing rata2. Dah tk tertanggung ngan baunya. Sekarang dapur zaza dah bau segar…bau dynamo. Yaaahhooooo………
Yg pasti hari khamis 1/1/04, iaitu hari ini zaza habiskan dgn begitu bermanfaat. Tapi bagaimana pulak hari esok….lusa……tulat……tunjang……tonggek……..kelak? adakah zaza akn habiskannya dgn begitu bermanfaat sekali. Apa2 pun (bak kata iklan susu kt tv) kita minum dulu. Tunggu dan lihat.
9.50pm 01/01/04
|