|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
Ada setengah benda org lain nampak senang tapi bg kita susah. Ada setengah benda org lain nampak susah tp kita plak nampak senang. Itu la hukum alam. Ada yg kita kurang org lain lebih. Ada yg kita lebih tp org lain kurang.
Setelah sekian lama, akhirnya berjaya juga zaza atasi rasa takut nak memandu kereta. Tapi tkde la hilang terus takut tuh. Ada jugak la sikit2. yg pasti bab bawak kereta manual mmg tk lepas la. Tapi kalu bwk kereta auto tuh boleh la.
Sbb nak balik raya kali nih, tiket bas ekspres dah abih, barang pulak byk betul yg perlu dibawa balik. Ngan baju raya la, kuih raya la… jadi mahu tak mahu terpaksa la zaza beranikan diri bawak kereta. Semalam seawal 10 pagi zaza dh bertolak dr rumah. Ye la. Takut kereta byk sgt kt lebuh raya tuh lagi pun takut hujan gak. Zaza tk drive sorang. Ada la sahabat menemani di sebelah.
Dasat jugak. 1st time 2nd time drive bawak keliling bandar aje. 3rd time drive terus bawak jarak jauh. Dari utara ke kl, adui la….ponat kaki tekan minyak. Mengantuk pun ya jugak.
Ari ni bwk keta ke opis. Kuih raya yg banyak2 kt opis tu kena la bwk blk. Kengkawan semua dh tk sabar2 nak tumpang keta. Sengih aje la. Takut diaorg kecut aje kalu naik keta ngan zaza.
Apa2 pun salah satu azam tahun nih dh pun tercapai. Yakni… memberanikan diri memandu kereta. Alhamdulillah tahun nih byk jugak azam zaza yg dh tercapai.
Ari deepavali nih, seawal subuh zaza dh nak chow balik kg. Harap2 keta tk byk lagi kt jalan raya waktu tuh. Balik kampung …. Oooo..balik kampung ….. oooo…..balik kampung……
Semalam dpt satu berita kematian. Tak pasti samada patut rasa sedih atau pun lega. Semlm kwn zaza beritahu, ex tunang kwn zaza yg baru dpt baby ari tu sudah meninggal dunia. Mula-mula dpt perkhabaran tuh rasa terkejut jugak. Dah lama tk dengar berita dr mamat tuh. Sejak dia putus tunang ngan kawan zaza nih. Kira nya putus kawan la lebih kurang.
Berita kematian dia memaksa zaza mengingati balik kisah lampau. Zaza boleh ingat dia sbb dia lah yg menelefon zaza di pagi tu memberitahu tentang kesayangan zaza yg pergi selamanya. Masa dulu2 tu, zaza dan kawan zaza sama2 dlm alam bercinta. Saling kenal mengenali. Tunang dia dan kesayangan zaza la yg susah payah tolong kitaorg pindah dari sini ke sinun dari sinun ke senin dan balik semula ke sini. Semuanya dlm masa sebulan. Masa tu walaupun penat pindah ke hulu hilir tp sebab masing2 ada buah hati, semua pun happy.
Masa kawan zaza nih bertunang, zaza siap pesan ngan arwah kesayangan supaya pegi ke majlis diaorg. Zaza tk dapat join sbb jauh sgt. Kebetulan arwah dan kwn zaza senegeri. Sian arwah kesayangan zaza tuh…sesat berjam2 dan bila sampai, majlis tunang kwn zaza pn dh abih tp sbb nak tunaikan hajat zaza dia sanggup cari rumah smpai jumpa semata2 menjadi wakil zaza.
Takdir menentukan dia bkn jodoh zaza. Dia pergi dulu. Tak lama selepas zaza kehilangan dia, kwn zaza pun menghadapi masalah dgn tunang dia. Org kata bila dekat di mata segalanya nampak baik, bila jauh di mata, keburukan tu pasti ada. Jodoh diaorg pun tkde. Putus di tgh jalan. Nmpaknya org yg penah kitaorg sayang pegi dulu dari kitaorg.
Yang berbeza, kawan zaza telah pun mendapat pengganti dan sekarang melayari hidup bahagia ditambah dgn cahaya mata. Zaza masih sendiri. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun berlalu. Sudah menjadi satu lipatan sejarah. 6 hari lagi cukup la 5 tahun dia pergi.
Dlm 5 tahun nih banyak sgt yg berlaku dlm hidup zaza. Eh! Banyak ke? Banyak yg berlaku, banyak yg pahit. Setiap dugaan tuh mesti ada hikmah di sebaliknya. Cuma masa dlm dugaan tuh rasa perit sgt nak menerima bhw ada hikmah disebalik setiap sesuatu tu.
Sekarang bila zaza renung balik ke belakang, zaza dpt melihat dgn jelas setiap hikmah yg ada.
zaza tk beritahu lg berita ni pd kwn zaza tuh. biar la dulu. yg pergi tu dh takkan balik semula. tumpu aje pd org yg masih ada.
|