|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
Hari jumaat sebelum krismas yang lalu, seawal jam 6.30 pagi zaza dh keluar rumah. Bertolak balik ke kampung. Pertama kali memulakan pemanduan solo jarak jauh. Sebab tu keluar awal2 untuk mengelakkan bersaing dgn banyak kereta.
Pagi2 buta dah buat lawak kt diri sendiri. Yelah selalunya naik bas ekspres, tk payah risau nak ingat jalan balik. Pertama kali balik memandu sendiri, tersasar pulak jalan ke tol duta. Heh heh heh heh, abihkan masa ½ jam pusing sana pusing sini sbb tersalah jalan untuk ke tol jalan duta.
Boringnya drive sorang2. mengantuk gilers terutama sebelum nak sampai tapah. Pasang radio kuat tk ingat dunia hanya semata2 untuk mengelakkan ngantuk. Mengantuk macam mana pun dan macam mana nak cepat sampai pun kena la jugak bawak kereta ikut had laju yang ditetapkan. Kelakar jugak bila difikir2kan sebab dulu2 zaza selalu ingat bila satu hari nanti zaza pandu kereta sendiri mesti masalah sebab tak berani bawak laju2. tapi sekarang bila dah pandu di lebuh raya, setakat had laju 110km/jam tu tak rasa apa2 sgt.
Perjalanan selepas tapah rasa lebih bersemangat. Lagi pun pemandangan makin bertambah cantik. Dengan kabus yg masih samar2 menutupi jalan raya, cuaca yg sejuk di laluan2 bukit….wah wah wah….damai sgt rasa hati. Dlm kepala tu teringat photographer yg kt ofis (cek sue). Rugi dia tk nak ikut zaza balik kampung. Kalu tidak mesti digital kamera dia tuh tk berhenti click.
Sampai kampung dlm jam 1030 pagi. 4 jam perjalanan. Aduih la letihnya. Tapi kira orite la tu. Berjaya jugak pemanduan solo kali pertama. Mak lega tk terkata. Dia sebenarnya tk baper setuju anak dara dia nih drive sorang2 jauh2 tapi kalu tk buat gitu macam mana.
Pagi2 ahad, hari ribut tsunami melanda, zaza bertolak balik ke kl. Sorang jugak. tapi perjalanan balik kali nih entah kenapa menjadi tak menentu. Rasa mengantuk tuh jadi berlebih2an. (mungkin kah itu disebabkan gempa bumi yg melanda?) sampai satu tahap tuh zaza jadi tk sabar2 nak sampai tempat rehat sebab dah mengantuk sangat2. bahaya betul. Berhenti banyak kali dlm perjalanan balik sebabnya mata tk boleh ditahan2 rasa nak pejam saja.
Akhirnya selamat sampai di kl jugak walaupun mengambil tempoh yg lebih lama sebab byk kali berhenti.
Semalam pertama kali memandu untuk ke meeting toastmaster. Sebab meeting semalam meeting terakhir 2004, jadi lambat habis dari biasa. Lepas tu kitaorg ramai2 pegi supper. Adui la lamanya diaorg borak2.
Buat pertama kalinya jugak zaza balik rumah drive kereta sorang2 lewat malam. Sampai rumah dah pukul 1230 pagi. Hissshhhh tak boleh diamalkan selalu. Nih kalu mak zaza tahu nih mesti org tua tu bising. Takpe mak, sekali sekala…..
Malaysia dikejutkan dengan trajedi tsunami. Zaza terkejut giler bila mendengar berita pertama jam 8 malam hari ahad. Terus zaza telefon adik yg berada di penang untuk mengetahui samada mereka selamat. Alhamdulillah diaorang sekeluarga terselamat, tidak terbabit kerana diaorg ada di kedah masa kejadian.
Rasa bersalah jugak di hati sebab masa org2 di kawasan terbabit terlibat dgn kesusahan bergelut dgn kepayahan, zaza pulak waktu tu sedang bergembira bersama rakan2 meraikan hari perkahwinan kawan ofis zaza. Bergelak ketawa bersama2 sedangkan org di daerah utara menangis kesedihan.
Lewat petang semalam zaza tidak pergi ke kelas mengaji kerana nak menghabiskan kerja pejabat yg hampir tiba deadline nya. Tapi hajat tk kesampaian. Dalam jam 6.15 ptg housemate zaza call beritahu rumah sewa kitaorg di masuki pencuri. Dia suh zaza balik untuk check barang apa yg hilang sebab setakat mata kasar bilik kawan zaza aje yg hilang barang. Bilik zaza dan yg sorang lagi seolah2 tkde barang yg hilang. Masa on the way balik rumah, dalam hati dah berkata, tak apa la, aku redho jika duit hilang. Dah bukan rezeki.
Bila zaza balik, terus check duit dan cincin yg seurat dua samada selamat atau tak. Alhamdulillah barang2 tu selamat. Dan memang bilik zaza mcm takde kesan geledah. Yg teruk ialah kawan zaza. Barang kemas dia dan kamera digital hilang dikebas org. yg peliknya pencuri hanya ambil barang2 tu aje. Tv, radio dan yg paling senang dibawa, dvd semua tak disentuh. Dari gaya org tu curi barang seolah-olah dia hanya pilih bilik kawan zaza sahaja.
Pada mulanya zaza dan kawan zaza sepakat kami malas nak membuat repot polis. (to say it is stupid thing to do but based on experience dealing with police, we are reluctant to faced them). Tapi boypren kawan zaza yg hilang barang kemas tu tegaskan kitaorg patut repot pada polis. So diaorg pegi la buat repot. Zaza plak tinggal di rumah, konon2 jaga rumah la. (tapi sebenarnya ada sebab lain jugak!)
Masa tunggu diaorg balik, zaza tengok berita jam 8pm. Sedih dan sebak melihat keluarga mangsa tsunami. Yg zaza paling sedih bila melihat seorg suami dan bapa yg tenang dan menerima kehilangan isteri dan anak2nya. Dia hanya berkata semua itu pinjaman dari tuhan, tiba masa Dia ambil mereka kembali. Zaza menangis menonton berita tu. Dugaan yg zaza terima hanya sekecil kuman berbanding dugaan yang mereka terima.
Zaza membuat keputusan untuk menghadiahkn surah yassin pada yg meninggal dunia. Bila sudah sembahyang baru zaza perasan yang zaza pun ada hilang barang jugak. masa kecoh2 tu, benda ni terlepas pandang. Bila dah reda kelam kabut di hati, baru mata dapat melihat dgn terang. Duit rumah yg zaza simpan untuk buat bayaran api air, zaza letak dlm beg kecil bersama beberapa barang peribadi. Beg tu dah diambil oleh pencuri rupa2nya. Ada la dalam rm200.
Polis datang rumah dan settlekan semua proses mengambil jari. Hampir jam 10.30pm baru mereka pulang. Tak tahu la samada cap jari yg berjaya diambil itu adalah cap jari pencuri. Harap yg terbaik aje la.
Pagi nih sebelum pegi kerja zaza perasan satu lagi benda. Memang almari zaza kena geledah jugak tapi dia tk geledah beria2. ada barang yg diubah kedudukannya. Kalau tgk mata kasar mmg tk perasan la. Dia geledah bekas2 kecil yg boleh digunakan utk menyimpan barang kemas. Tapi nasib la. Zaza nih mmg tkde barang kemas yg disimpan pun. Sebab zaza bukan jenis yg suka barang kemas. Yg ada hanya se urat kecil rantai, seurat kecil rantai tangan dan cincin. Tapi zaza pakai semua tuh kecuali cincin yg disimpan di tempat yg tak dijangka.
Satu pengajaran yg diperolehi ialah jangan menyimpan barang kemas dan duit setempat dan di tempat yg senang dijangka. Itu yg berlaku pada kawan zaza yg hilang cincin, gelang dan kamera digital. Sebab semuannya di satu tempat di dlm bekas yg memang senang di agak.
Satu kelalaian zaza ialah meletakkan duit rumah di tempat yg senang diambil padahal benda yg lain memang zaza selalu pastikan kedudukannya merata dalam bilik di tempat yg tk dijangka sampai kengkadang zaza sendiri kena punggah satu bilik utk mencari barang2 tu balik.
Dugaan datang tidak boleh dijangka. Selepas 6 tahun tinggal di situ, ini pertama kali kejadian nih berlaku. Mungkin sebab diri sudah menjadi terleka sebentar.
Satu benda yg zaza rasa tk tahu samada patut atau tidak, masa kwn zaza call beritahu rumah dimasuki pencuri dan barang2 besar tkde yg hilang, zaza rasa keberatan aje untuk pulang sebabnya zaza nak sudahkan kerja pejabat dulu. Dan masa zaza tunggu kawan2 zaza balik dari balai polis, zaza sempat lagi menyambung kerja2 ofis yg terbengkalai tadi. Nampaknya kerja pejabat menduduki tangga teratas di dlm hati dan kepala. Mungkinkah kerja menjadi lebih penting dalam hidup zaza sekarang? Entahla………… Yg bermain2 di fikiran, kerja nih perlu disiapkan. Kalau tidak, aku kena marah dgn bos lagi. Ini merupakan periuk nasi aku. Dgn kerja inilah aku dapat memenuhi impian mak aku dan aku sendiri……………..
Duit hilang dapat dicari Cuma harus lebih berhati2 jangan sampai diri yg terkena.
Bangun pagi ni dgn semangat yg sungguh berkobar2 tapi bila nk drive pegi keja …. ada plak benda yg menyebabkan mood tetiba hilang hingga diri menjadi marah, geram, hampa, ralat…. dan macam2 lagi. Terpaksa duduk lama sikit di dlm keter sblm memandu. Yelah nak tenangkan fikiran. Mana boleh memandu dlm fikiran yg kacau bilau.
Satu benda yg zaza bersyukur bila zaza dh bertambah umur ialah zaza menjadi bertambah matang. Biar pun masih mudah marah tapi mudah jugak cool down. Bila setiap kali terjadi sesuatu, zaza tak mudah lagi cepat melenting. Zaza berbicara balik dgn diri sendiri, bertanya samada zaza perlu marah atau tidak. Penting sangat ke benda tu sampai nak marah2. bukankah setiap benda yg terjadi tu merupakan dugaan dari tuhan. Bila tuhan duga kita bermakna dia sayang pada kita. Kalau kita marah2 maknanya kita marah pada Dia yang memberi dugaan tuh. Setiap yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.
mmm….. bila dh tanya solan mcm2 tuh, tak secara langsung hati pun menjadi sejuk balik….. hati menjadi lebih bersabar.
Tingat dulu2 bila zaza membebel2 bila ada orang atau benda yg sebabkan zaza marah2…. Kalu mak dengar dia mesti tanya zaza balik….zaza nih marah pada siapa? Pada Tuhan? Dan tetiba jugak zaza terus terdiam…..
Sejak dh berani bawak kereta, satu benda yg selalu dirisaukan ialah bila kena side parking di antara kereta lain, lepas tu masa tu sorang2. Tapi alhamdulillah nasib selalu menyebelahi, bila nak parking kereta selalunya tempat tu besar ataupun kereta tak banyak.
Tapi semalam balik dari kelas mengaji, sampai kt rumah tengok parking spot yg tinggal memang yang dirisaukan. Takkan nak parking kereta kat tempat yg jauh dan sunyi kot. Senangnya kalau nak mengalah kan. Tapi sampai bila?
Tanpa fikir panjang, maka terus kan ler operasi parking kereta. Hisshhh….berpeluh jugak. Tapi!!! Yeeeiiiiii berjaya berjaya berjaya.
Masa separuh jalan dlm usaha mem parking kan kereta tuh…zaza perasan tetiba ada sorang nih duk tertinjau2 tgk zaza dgn bersusah payah mem parkingkan kereta. Rasa2nya dia nih tuan punya keta yg parking kt belakang. Muka mcm risau jek. Eleh…mcm dia sorang aje risau. Zaza nih lagi la. Nak jaga keta sendiri, keta orang lagi. Apa2 pun masa tgk org tu dok tertinjau2 mmg rasa dah nak give-up. Tapi buat apa kita mengalah disebabkan pandangan orang kan? Usaha tangga kejayaan. Pandangan orang memang diperlukan jugak dlm satu2 perkara tapi keputusan yg dibuat mcm mana pun mesti datang dari pertimbangan diri sendiri.
P/s : orang yg dah terer mesti kata “eleh, pasal berjaya parking pun nak citer”. Tapi orang tu tahu tak benda yg dia rasa senang tuh sebenarnya sangat2 susah bg sebahagian orang lain. Maka menjadi satu kejayaan besar bila dia berjaya. Ada kenal orang yg dh terer bawak keter bertahun2 tapi bila sampai bab parking….fail! hopeless! Heh heh heh heh heh heh
Hari nih assistant zaza masuk keja. Tk penah2 ada assistant selama keja nih, rasa pelik gak. Ye la semua pun dah biasa buat sendiri. Ke hulu ke hilir pun semua buat sendiri. Susah senang ku tanggung sendiri katanya…
Apa2 pun harap2 zaza boleh bekerjasama ngan dia. Lagi pun masa interview hari tuh, she’s the best that I could get. The rest, semua pun kureng.
Tapi kan….tapi…..jauh di sudut hati….sebenarnya terselit perasaaaaaaannnnnnnn….RISAU!!!!
Hari jumaat hari tu lepas kerja terus ambil bas balik kampung. Hari ahad sepupu zaza bertunang. Pakcik awal2 dah call. Suruh balik untuk sama2 memeriahkan majlis. Zaza siap apply cuti hari isnin lagi. Yelah, kenduri hari ahad, ingat hari isnin baru nak balik kl semula. Last2 minit terpaksa cancel cuti, dapat arahan pergi seminar pagi2 isnin.
Apa2 pun majlis hari ahad semalam berjalan dengan lancar. Sepupu zaza yang bertunang nih anak bongsu pakcik zaza. Umur baru 22 tahun dah pun bertunang. Aiseh….zaza jugak yang tak tunang2 lagi. Rumah pakcik zaza tu di batu kurau. Zaza, mak dan adik2 tk tidur pun kat rumah diaorg. Hari sabtu lewat petang kitaorg pegi utk tolong mana2 yang patut. Sampai aje rumah pakcik sinsing lengan baju terus tolong tolong makcik memasak. Anak dara kena la ringan tangan. Dah pukul 10 malam baru kitaorg bertolak balik. Pakcik suh tidur aje kt rumah dia tp kitaorg tk nak. Kesian pulak kalu ramai2 sgt kt rumah dia. Penatnya….
Dah sampai rumah terus sambung keja basuh kereta. Punya la kotor. Kereta asyik tk lekat kat rumah, mana tak kotor. Lagi pun zaza nak bawak kereta ke kl tu yang kena basuh dulu.
Hari ahad, malasnya nak bangun. Penat memasak hari sebelum tuh tak hilang lagi. Tapi memikirkan rombongan meminang sampai tengahari, terpaksa jugak paksa diri bangun. Sampai aje rumah pakcik, sekali lagi sinsing lengan baju tolong mana2 yang patut. Yang best kali nih, lauk utk kenduri kecil2lan nih semuanya anak dara yang masak. Zaza, adik zaza, sepupu zaza 2 beradik, kami yang masak semua lauk kenduri. Orang2 tua cuma siapkan bahan2. bab tumis menumis semua kitaorg yg buat. Pakai baju kurung lawa2 tapi duduk bawah rumah depan periuk besar. Tak sempat nak bergaya pun. Sepupu zaza jadi ketua sebab dia dulu pernah kerja kedai makan. Kitaorg sepupu2 nih mmg dah di ajar memasak dari kecik. Sebab tuh mak2 sedara pun boleh lepas tangan bagi kitaorg masak. Memang semua boleh diharap lah …….. ceeewaaahhhh!!!!! Kitaorg masak ayam masak merah, daging kicap, gulai ikan (paling laku) dan jugak nasik (terlembik sikit). Ada jugak ulam timun, pucuk paku, sayur kobis dan sambal belacan. Yg senang2 nih orang tua2 la yg buat hehehehhe
Mak zaza pulak jadi mcm mandur. Monitor anak2 dara nih masak. Awal2 lagi dia dh suh kitaorg semua standby ditempat masing2 utk jadi tukang ceduk lauk pauk. Tapi last2 minit mak jadi penyambut tetamu. Tinggal la anak2 dara terkebil2 jadi tukang ceduk lauk pauk. Zaza ambil alih jadi ketua. Mengarahkan pembantu2 zaza banyak mana yang perlu dihidangkan. Kami berempat sempat lagi gelakkan masing2 sebabnya masing2 dah pakai baju kurung cantik2 siap dgn lipstick bagai. Last2 duduk bersila bawah rumah jadi tukang ceduk ayam, gulai, ulam, sambal belacan dan sebagainya. Bila rombongan meminang sampai, kami yg duduk bawah rumah tertinjau2 nak tgk bakal tunang sepupu kami. Macam mana la rupanya lelaki yg bakal menjadi saudara kami tk lama lagi. Orangnya pun muda lagi. Baru berumur 23 tahun. Seorang warder penjara. Diaorg nih awal2 lagi dh kawin ya. Ialah…dh sampai jodoh… selamat bersaudara dgn kami yang kecoh dan meriah nih.
Majlis selesai dlm pukul 2.30ptg. sekali lagi anak2 dara ditugaskan pulak utk membungkus lauk pauk utk diberi kepada saudara mara terdekat. Zaza, adik zaza dan sepupu zaza terpaksa balik dahulu dari yg lain sebabnya zaza dan sepupu zaza kena balik ke kl jugak petang tuh. Ari isnin dh pelbagai tugas menanti. Lagi pun zaza drive kereta balik ke kl. Tak boleh balik lewat sangat. Alahai penatnya badan. rasa macam dh tak larat lagi nak drive balik ke kl.
Kami bertolak balik dlm jam 4.30 ptg. Banyak pulak kereta kat jalan. Hujan pulak hampir sepanjang perjalanan. Zaza sampai ke rumah dh pukul 9.30 mlm. Lambatnya. Itu pun sebab hantar sepupu zaza ke rumah dia di serdang. Kepala rasa sakit yang amat sangat. Mula2 tu malas nak makan ubat. Tapi bila dh tengah malam kepala masih lagi sakit sangat2, terpaksa jugak telan panadol.
Penat tu memang penat. Hujung minggu berlalu pergi. Tapi yg puas hati sebab dpt berkumpul bersama2 sanak saudara. Bergotong royong membuat kerja. Mmg susah nak sesekali berkumpul beramai2 nih. Masa ni sajalah dpt bertukar2 cerita. Selalunya kalau nak berjumpa pun masa kenduri la.
Lagi 6 bulan sepupu zaza nih akan berkahwin. Kojap aje bertunang. Jadinya kami sedara mara akan berkumpul beramai-ramai lagi bergotong royong, bergossip-gossip………….. Besh…besh….besh…besh…….. Tapi kali nih akan dipastikan, kami takkan jadi tukang masak lagi.
Hari sabtu lepas pegi buat blood test. Kebetulan ada dpt voucher dari company. Itu yg boleh pegi buat tu. Nak jugak tahu, macam mana agaknya kesihatan diri berbanding setahun yg lalu.
Bila tiba masa nak amik darah…..alamak..baru teringat ! zaza nya salur darah memang susah dicari.. maka terjadi balik mcm awal tahun nih. Kepayahan mencari salur darah. Apa la org kat lab tuh. Kata tempat buat ujian darah, patut dh mahir bab2 ambik darah orang. Punyala lama bila turn diaorg kena ambil darah zaza. Lepas sorang, sorang cuba carik salur darah. Bila orang ketiga cuba baru berjaya. Itu pun dh dekat 15 minit. Sampai dah merah2 tangan kena tampar. Tak dapat tangan kiri, cuba tangan kanan, tk dpt tukar balik….
Aarrrggggghhhh……boringnya.
Kejap lagi nak pergi ambil keputusan darah. Harap2 tkde masalah.
|