home
login::signup
we::blog

Zaza's weblog

Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima 
YG PAHIT ITULAH UBAT........
 
 
Detik bermulanya hidupku 
Tika aku mengenali diri mu 
Sehingga terlupa 
Kaki berpijak di mana 
Kau membawa ku terbang 
Jauh dari nyata..................

last modified Jan 9, 2004 at 1:52


Saturday, February 28, 2004

kartun oh kartun..............

Kenapa ya org hanya kaitkan cerita kartun dgn budak2 aje. Bila org dewasa tgk kartun, mesti org dewasa lain rasa pelik, siap kutuk2 lagi tu. Zaza ni salah seorang peminat cerita kartun. Biarlah umur dah tua, tapi zaza masih tk jemu2 tgk kartun. Walaupun ada kengkawan kutuk bila tgk zaza asyik depan tv tgk citer kartun, zaza tk kisah. Kengkadang tu mmg la rasa nak marah. Suka hati org la nak tgk kartun ke tgk apa2 ke. Peduli apa diaorg. Dah tk suka sudahlah.

Selain cerita kartun sin chan…..(mmg jatuh hati betul dgn budak nakal ni!). citer kartun lain yg zaza suka tgk ialah “hamtaro” dan “the wild thornberrys”. Citer “rugrats” pun zaza suka tgk jugak. Tapi kartun ni hanya ada kt astro aje. So tk blh la tgk selalu. Hamtaro ngan the wild thorberrys disiarkan di ntv7.

Pagi2 tadi zaza sign in internet jap sbbnya nak baca blog kengkawan. Lepas tu rela off komputer sbb nak tgk hamtaro punya pasal. Sebabnya dah lama sgt zaza terlepas nak tgk citer nih sampai dah lupa pukul bape citer ni start. Jam 10 pagi, dah terpacak dpn tv. Siap dgn semangkuk magi lagi. Tunggu punya tunggu, sampai maggi pun dah abih dimakan, hamtaro tk muncul2 jugak. Kira2nya mcm dah frust jugakla sbb ingat citer tu dah tk ditayang lagi. Alih2 rupa2nya citer tu pukul 11 pagi. Yahoo! Dpt jugak tgk hamtaro. Zaza suka tgk hamtaro sbb ia pasal kisah hamster yg nakal2. cute sgt rupa diaorg. Tapi zaza suka kartun aje, kalau hamster yg betul, zaza tk suka. Sbb ia mengingatkan zaza pada “cik ti” (makhluk penyemak kt rumah).

Hari ahad kul 12 tengahari pulak time zaza tgk the wild thornberrys. Citer pasal budak pompuan ni yg dpt mengembara ke merata tempat di dunia mengikut ibubapanya. Budak ni pulak pandai bercakap bahasa haiwan. Best citer nih!

Tgk citer kartun bukannya bermakna melemahkan fikiran. Citer kartun ada jugak yg memberi pengetahuan berguna. Di samping dpt meringankan kepala, enjoy, gelak2……tak payah pikir banyak2. kira2nya tidakla menyerabutkan kepala macam bila tgk citer secreto di amor tu. Yg itu mmg menyesakkan kepala.

92239 | posted by zaza at 1:15 | 4 comments

Tengahari semalam waktu lunch hour 2 jam tu zaza gunakan utk pegi bank, dr bank zaza pegi jln ampang. Bayar hutang. Zaza singgah jap kt ampang park. Pegi pasaraya kt situ ingatkan nak beli fail, mmmmphhhh. Benda lain yg nak dibeli, benda lain yg dibeli. Ntah angin apa ntah, bila lalu deret mee segera, tetiba aje nampak macam sedaaappp sangat. Ringan aje tangan amik mee segera. Pulak tu bukannya sikit2 beli. Beli sampai 2 peket pulak tu. Tak tau la bila akan dihabiskan tu. Bila dah sampai ofis balik, rasa menyesal pulak beli mee segera tu. Siap beli 2 perasa. Kari dan sayuran. Cehhh!!!!

Teringat ada one weekend tu, zaza ngan ita borak2 citer masa sekolah2 dulu. Citer masa kitaorg kt sek. Teknik. Biasala tinggal kt asrama. Makanan kt asrama bukannya sedap sangat. Lagipun makanan yg diberi tak cukup. Budak tgh membesar gitu…..mesti makan banyak punya. Dulu2 bila weekend aje pegi komtar, barang yg wajib dbeli……..”mee segera”.. pendek kata dulu2 jenama mee segera mana yg tk cuba, semuanya dicuba…perisa mana yg tk penah dirasa, semuanya penah dirasai…kari, ayam, asam laksa, lontong, sayuran…bla…bla…bla… menu wajib masa hujung minggu. Ialah…dulu2 mana mampu beli mcdonald, kfc….yg mampu mee segera je la. Dulu2 mana ada dengar kata tk elok makan mee segera nih,…..semuanya bantai makan. Ok je result exam. Agaknya effect makan mee segera tu….dah tua2 ni baru rasa kot.

92237 | posted by zaza at 0:55 | 0 comments

Thursday, February 26, 2004

Thanks sitinesta, dezie n zz for ur advice. Kadang2 bila kita dah tension sgt, terpaksa jugak luahkan. Itu pun setelah banyak kali fikir samada patut atau tidak zaza tulis tentang perasaan negatif zaza.

One of the thing yg zaza buat hari tu utk kurangkan perasaan marah zaza tu, lepas kerja zaza terus balik rumah. Jam 5.05pm zaza dah sign out. Benda yg sgt2 jarang zaza buat. Balik awal! Sampai rumah lepak2 jap, lepas tu zaza masuk tido. Yup! I had a very early night. Ita pun terkejut bila balik tgk zaza dah tido, dia ingatkan zaza demam. Siap offer panadol lagi. Tapi nama je tido, sebenarnya takde la lelap sepenuhnya. Puas pusing kiri, pusing kanan, kuak rama2, kuak lentang semua, dah tengah malam zaza bangun jugak dari katil. Mata dah puas rehat. Apalagi, siap menggosok baju lah, membasuh bajulah, melipat bajulah, tengok tv lah sampai penat balik pas tu sambung tido.

Bila bangun keesokkan harinya, rasa bertenaga sikit. Hilang gundah di hati. Memang kita sebenarnya tak patut ikut sangat keresahan hati, kemarahan…..dan segala rasa negatif ni. Tapi tu la kengkadang tu bila dah lama sangat pendam mula la nak meletup. Itu yg jenuh nak pujuk hati tu.

91828 | posted by zaza at 0:29 | 1 comments

Thursday, February 19, 2004

These few days, I was and still so enveloped in my own misery. Hati rasa sayu, mudah sangat tersentuh hati dgn gelagat, dgn kata2 org sekeliling. Terasa air mata senang aje nak menitis tapi zaza tahan kan aje. Penat la nangis-nangis ni.

I felt so alone in this world. Menjadi anak perantau berbelas tahun mengajar zaza untuk berdikari. Berusaha sendiri selagi mampu. Tidak mengharap pertolongan orang lain. Memang susah hendak meminta tolong dari org walaupun sahabat sendiri. Ada ego yg perlu dijaga, juga air muka sendiri. Zaza tidak diasuh untuk meminta-minta pada org.

Kadang2 rasa penat sangat menjaga diri sendiri nih. Semuanya harus difikirkan sendiri. Semuanya harus dilakukan sendiri.

Ada kala terasa sangat ingin menumpang bahu seseorg. Terasa sangat hendak melepas beban pada org lain pulak. Tapi org tu tak ada. Belum ada. Belum muncul. Mungkin tidak akan muncul. Mungkin tidak wujud.

90548 | posted by zaza at 1:42 | 3 comments

Tuesday, February 17, 2004

Setiap hari berjalan kaki ke tempat kerja, sering terserempak orang yg sama di jalanan. Tidak ada tegur menegur. Biasala tinggal di kuala Lumpur, org sebelah rumah pun kita tak kenal. Ditambah pulak sifat pemalu yg menebal makanya tidak ada la sapa menyapa. Cuma memandang dgn muka yg manis (kalau mood tk baik, muka toya) di dalam hati berkata, ooooo hari ni org ni pakai baju begiti begitu….org ini pulak nampak serius hari ini, org itu pulak berjalan seorang diri hari ini. Begitulah setiap hari.

Di dalam perjalanan zaza ke opis akan melalui sek. Ren. Agama. Bermacam2 ragam yg dpt dilihat. Ada yg dihantar dgn kereta, ada yg membonceng motosikal, ada yg berbasikal dan juga ada yg berjalan kaki. Zaza selalu perasan kakak ni dia hantar anak dara kecik dia ke sekolah dgn brjalan kaki. Selain anak dara kecik, dia jugak membawa adik kpd si kakak, yg memakai unifom sek. tadika. Keluarga ini menarik perhatian zaza sebab kakak tu berjalan agak lambat dgn kaki sebelah diheret perlahan. Mungkin tempang mungkin jugak cedera sementara menanti sembuh.

Oleh kerana dia berjalan agak lambat, si anak sering meninggalkan ibu di belakang mengekori sementara kedua2 anak kecil jauh di hadapan. Apabila si ibu rasa si anak tinggalkan dia terlalu jauh, akan dilaung si kakak agar berhati2 menjaga adik, tidak berjalan terlalu cepat. Kasihan zaza tgk kakak ni. Zaza selalu teringat diri sendiri, tak sampai hati tinggalkan ibu berjalan seorang diri.

Suatu pagi zaza lihat si ayah pulak yg menghantar. Mungkin sebab si ayah cuti atau pun mungkin si ibu kurang sihat. Senario yg berbeza berlaku. Si ayah berjalan laju di hadapan meninggalkan kedua2 anak berlari2 mengekori si ayah. Zaza tersenyum sendiri. Dlm hati berkata “typical men”. Org lelaki mmg begitu. Seolah2 tidak mementingkan keselamatan anak-anak. Kalau zaza sendiri pun zaza rasa tak akan biarkan anak dibelakang. Biar mereka berjalan didepan atau disisi yg mana zaza boleh mengawasi mereka. Cuma sekarang zaza jaga diri sendiri aje.

Setiap benda yg berlaku di sekeliling kita boleh di jadikan panduan hidup. Cuma selalunya kita tiada masa utk berhenti dan berfikir sejenak di sebalik sesuatu. Sentiasa mahu cepat. Zaza pun begitu juga. I’m still learning………

90095 | posted by zaza at 0:10 | 5 comments

Sunday, February 15, 2004

Hari Sabtu ari tu Nita datang dari Johor. Dia ada kursus hari Isnin & Selasa, tapi datang awal boleh lepak dgn zaza ngan ita. Kitaorg tunggu punya tunggu, pukul 11pm baru dia sampai kg. Baru. Zaza dan ita kebulur tunggu dia sebabnya nak la mkn malam sekali. Nita dtg rumah org bujang yg tak memasak, so apalagi menapak la kitaorg malam2 buta pegi cari kedai makan. Nasib baik kg. Baru ada banyak kedai makan. Pukul 12 lebih baru settle makan. Sampai aje rumah, rehat 5-10 min, zaza terus tertidur. Ingatkan nita dan ita tidur jugakla, rupa2nya diaorg berborak sampai pukul 5 pagi. Entah apa yg diaorg borakkan.

Plan nak bangun awal pegi beli buah kt chow kit pun tak jadi. Terkulat2 la zaza sengsorang tunggu diaorg bangun tido. Kalau dah pukul 5 pagi baru tido, pukul 9 pagi pun tak boleh lagi jaga. Puas la zaza tgk tv, baca buku, menung, sebab nak tunggu diaorg bangun. In the end sebab dah tgh hari, perut pun dah nyanyi macam2 lagu, zaza jerit la kat ita suruh dia bangun sebab nak pegi makan. Lepas zohor baru la kitaorg keluar. Bab makan pun problem sebab tak boleh buat keputusan nak makan apa. Dekat 10 minit berdiri tepi jalan bincang nak mkn kat mana, akhirnya kitaorg decide pegi carrefour wangsa maju. Jadinya waktu makan pagi dan tengahari kitaorg jam 2.30 ptg.

Kitaorg sampai balik kg. Baru dah jam 5.30 ptg. Tempat kursus nita dkt bangi. Nita kena pegi sana sblm pukul 12.00mlm. dah sampai rumah2 sambil rehat2, bincang lagi. Kali ni bincang cara terbaik nita nak pegi bangi. Almaklum la zaza ngan ita takde kereta. Nita pulak kalau turun kl tak penah bawak kereta, naik bas je. Jalan kat kl pulak byk yg ditutup mungkin sebab le tour de langkawi. Bincang punya bincang, sebab zaza ngan ita ni kawan yg baik (cewah!!!!) kami pun buat keputusan antar nita sampai stesen lrt kg baru. Stesen ni jauh jugak dr rumah, adala dlm 15-20 min jln kaki. Sian pulak nita nak bawak beg dia yg berat tu. Makanya bergilir2 la kami bwk beg dia jalan kaki sampai stesen lrt kg. Baru.

Dah sampai stesen kg. Baru, sebab sian kt nita nk kena pegi sengsorang kami pun buat keputusan, ok la antar nita sampai stesen kl sentral. Pas tu nita kata alang2 dah sampai stesen kl sentral, tolong je la antar sampai kajang. Kitaorg kata ok je tapi dia kena la belanja tambang komuter sekali. Akhirnya, plan antar nita sampai stesen kg. Baru bertukar menjadi menghantar nita sampai stesen komuter kajang. Dahla zaza ngan ita pakai sempoi aje. Muka pun tak letak bedak, pakai selipar buruk, handphone pun tinggal kt rumah, katanya sampai stesen kg baru je. Bawak duit pun sepuluh dua puluh ringgit je. Nasib baik bwk IC.

Sampai kajang, adik nita yg tinggal kt kajang amik kitaorg pegi makan malam. Borak punya borak, sampai balik stesen kajang dah pukul 9.45 mlm. Kitaorg sampai stesen lrt kg. Baru dah pukul 11 mlm. Nasib baik berdua, redah je la jalan kaki malam2. punya la penat. Rasa mcm nak merangkak aje balik rumah. Sampai rumah tgk ada miss call dr nita. Bila call dia balik, dia cakap kat tmpat kursus dia dpt bilik tingkat 3 tapi dia sengsorang aje kat tingkat tu, so dia kata dia nak tgk dulu sapa yg akan sampai lagi kalau tidak dia akan call adik dia suruh ambik dia balik dan tido kt rumah adik dia. Tak tau la lepas tu apa jadi. Zaza ngan ita tido lena sampai ke pagi.

Bila kita dah berkawan lama nih, kita akan sanggup buat apa saja untuk kebaikan kawan kita. Tetapi bila kawan kita dah berkahwin, keadaan dh tak akan sama seperti dulu. Sehingga sekarang zaza masih bertanya kepada diri, kawan aku yg dah aku bersusah payah masa diaorg belum kawin dulu tu, bolehkah diaorg bersusah payah balik untuk aku bila aku susah nanti. Jauh di sudut hati, zaza dah tahu jawapannya. Dah tentula TIDAK! Alasan yg diberi, susah la, anak buat perangai la, suami tak kasi la, ialah keluarga lebih penting dari segala-galanya. Bukan mengharap balasan, cuma…………..

monday 12.00pm

89877 | posted by zaza at 20:37 | 1 comments

Thursday, February 12, 2004

i'm backkkkkk.........

Wahhhhh……..it has been quite sometime I didn’t update my blog. Cek sue dah sindir2 pun. Well! It has been a busy week for me. Especially last Wednesday and Thursday.
I’ve been rushing doing office work, part time work as well as my toastmasters thing. Last week, my friend approached me to help him incorporate a company and he needs it urgently. On toastmasters thing, the club is organizing an international speech contest as well as table topics contest for club level and the organizing chair has persuaded me to take on the heavy task of being the contest chair for that both contests.

The contests were held last night. At last! I can breath a heave sigh of relief. It was a successful night. I was so happy it has ended well. And I congratulate myself for taking up the challenge of being a contest chair. In fact personally I’ve seen myself improved a lot since I joined toastmasters 3 years ago. I am a quiet person by nature (hehehehee..) to strangers………..Since school days, I’ve never raised my hand to ask question…don’t dare to….lack of confidence….in school.. I am a person who other students do not realized that I existed. The same thing happened when I was in college.

Joining the corporate world…..means I have to be more outspoken but I lack confidence in my English. That’s why I joined toastmasters. To learn, to improve my public speaking skills as well as my leadership skill. Slowly I did it, eventhough I still have the lack of confidence but slowly it diminishes.

And last night, I improved myself further. There is still a lot of room for improvement but I know I can do it if I persist.

My part time work, well I need the extra money. Though the work comes rarely but I grab the opportunity when it comes. I almost finish incorporating the company. The money coming in is not much but still it’s money…….(so many thing to pay….to settle…money so little………) anyone out there wanna incorporate a company?????????

Yesterday also I had a follow up….with doctor…regarding my sinus……well! Good news…..it’s manageable. I just had to control my food intake….the type of food that I took. Doctor also suggested I took up exercising class. Aiyoh! Dr…. the fees for that class is so high….cannot afford with my meagre income. I walk to the office everyday. But the extra fat just refused to be burnt.
Heh heh hehe hehe…………..alasan….alasan….
When I am happy…….i eat….when I am depressed…….i also eat…… so how????

friday....12.50pm

89479 | posted by zaza at 21:33 | 3 comments

Monday, February 9, 2004

ajal maut di tangan tuhan.............

Org tua2 kata bila ada sesuatu kematian di sesebuah tempat, selalunya ia akan disusuli lagi kematian yg berikutnya sehinggalah 3 kali berturut2 di daerah / kawasan / kampung …etc itu.

Bagi generasi sekarang, cakap / petua org tua2 dulu ramai yg sudah tidak mempedulikan. Namun sebenarnya ada benar jugak di sebalik cakap org tua2 dulu.

Selepas arwah abah meninggal tahun 2002 dulu, kami tertanya2 dan jugak tertunggu2 siapa pulak akan meninggal selepas ini. Bukannya meminta untuk ada org meninggal. Cuma utk melihat kebenaran kata org tua2 dulu. Tahun 2002 berlalu, masuk tahun 2003. Genap setahun selepas abah pergi, pakcik man yg tinggal bersebelahan rumah pula menyusul pergi. Siapa pula akan menyusul selepas ini. Tahun 2003 berlalu, tahun 2004 menyusul. Hari ahad yg lalu, menerima panggilan dari mak. Mak kata pakcik yg tinggal di rumah hujung pulak meninggal selepas koma beberapa lama.

Maka cukup lah sudah 3 kematian yg berlaku. Semuanya berdekatan di antara satu sama lain. Zaza tinggal di kawan perumahan itu sudah 24 tahun. Anak-anak yg dulu kecil semuanya sudah besar sudah berkahwin. Semua merantau mencari rezeki di tempat lain. Yang tinggal di kawasan perumahan itu hanyalah org2 tua sahaja, ibu bapa, datuk nenek. Pakcik-pakcik, makcik-makcik yg dulu kuat2 belaka sekarang semuanya uzur. Putaran masa tak pernah berhenti. Mungkinkah kami akan mendengar berita kematian lebih kerap selepas ini?

89057 | posted by zaza at 18:11 | 0 comments

Thursday, February 5, 2004

CUTI RAYA DAH ABIH.........

Seminggu bercuti di kampung, rasa malas sangat nak balik KL. Tapi nak buat camna, tempat mencari rezeki, tak boleh la ditinggal lama-lama. Hari pertama bekerja semula takde la sibuk sangat sebab bos masih bercuti. Esok, Jumaat bergelut balik la dengan kerja.

Entah kenapa sampai aje ofis pagi2 tadi, mood tiba2 bertukar jadi tak tentu arah. Rasa nak marah, rasa sedih, rasa nak menangis. Ntah apa-apa ntah. Jenuh jugak memujuk hati agar tenang kembali. Nasib baik tak lama.

Ari ini sorang lagi kawan zaza bertunang. Setakat awal tahun ni dah ada 3 undangan perkahwinan. Semuanya rakan sebaya. Ini yg tak best ni. Sorang2 kawin. Makin kurang member bujang. Mak kat rumah sebenarnya risau tapi dia cuba nak sorokkan, tapi setakat mana aje dia nak sorok, anak dara dia ni pandai membaca gerak kata dan laku. Zaza buat selamba je la. Nak buat apa lagi kan. Dah jodoh tak datang2.

Kat KL ni zaza ada 3 orang lagi sepupu yg bujang. Mak dan pakcik suruh kitaorg tinggal serumah, senang duduk adik beradik. Senang jugak mak dan bapak sedara dan mak sedara nak datang melawat. Tapi masalahnya kitaorg bukannya keja dekat2. Best ke duduk adik-beradik serumah ni. Senang sikit sebab dah satu kepala Cuma susah sikit nak buat tk tentu arah, almaklum tukang repot ada.

Daripada tinggal dgn org yang tak dikenali, yg susah untuk ditegur, diarah, baik tinggal dgn adik-beradik kan!

88502 | posted by zaza at 1:55 | 1 comments