|
Zaza's weblog
Kenyataan........bagaimana pahit pun ia, ia tetap satu kenyataan yg harus diterima YG PAHIT ITULAH UBAT........ Detik bermulanya hidupku Tika aku mengenali diri mu Sehingga terlupa Kaki berpijak di mana Kau membawa ku terbang Jauh dari nyata..................
last modified Jan 9, 2004 at 1:52
Hahahahaha………… ari ni 1 april zaza tukar langsir baru. Ucapan terima kasih daun keladi tak terhingga kepada cek sue yg menolong zaza buat renovation nih.
Eh! Bukan tukar langsir, susun perabot je pas tu tambah perabot baru sikit. Ye la, bila kengkawan dtg menyinggah takdela boring asik tgk rupa yg sama je. Nak beli langsir, eden tak mampu, buat susun atur je la.
Sehari dua ni takde berita yg menarik sgt. Sebab tu tak diupdate blog ni hah. Tapikan minggu ni dah 3 kematian yg zaza dgr dari teman sekerja. Kematian bapa, kematian datuk dan ari ni pulak berita kematian bapa saudara……. Takziah buat semua kawan sekerja.
Dah lama tk pegi mtg toastmaster, ptg ni kena pegi la.
p/s : susun atur ini di tujukan khas buat dandai yg selalu singgah masa org takde kt rumah. Pas ni kao msg la dulu sblm singgah. Boleh la eden poie beli laksa ke mee bandung ke, air sirap ke nak hidangkan kat ekau. Eden tak kuasa masak memasak nih.
Ptg semalam mizi dpt berita. Kucing dia mati. Kesian kat mizi. Dia dah hilang kawan. Zaza ngan cek sue terkezut jugak masa dpt berita tu. Agaknya mmg dah ditakdirkan kucing tu mati muda kot. Sebenarnya ada citer di sebalik kemunculan kucing tu.
Kucing tu bukannya dibeli. Mizi jumpa dia kat tengah jalan. Betul…..kt tengah jalan bukan kt tepi jalan. Kisahnya ada satu pagi ni dia dlm perjalanan ke opis. Lalu kt lebuhraya akleh tu…….sampai aje kt one jalan tu……ada anak kucing ni terkial-kial nak lintas jalan. Dah la kereta banyak. Kebetulan masa dia nak lintas tu, depan kereta mizi. Apalagi, si mizi ni berhentikan kereta dia …… gi ambik kucing tu bawak masuk kereta dia. Panjang jap umur kucing tu.
Mizi bawak kucing tu pegi opis. Gempak jap la kitaorg kt sini. Jadinya sepagi hari tu kira distract la sikit keja sbb kejap2 pegi jenguk anak kucing tu. Bila mizi dah bawak blk rumah dia, selalu jugak la bertanya khabar kucing tu. Oh ya! Mizi taruk nama kucing dia “coco”. Teringat zaza ngan cek sue tolong mizi pilih botol susu utk si coco. Sbbnya si coco tak reti nak minum sendiri.
Zaza ni tak minat langsung dgn kucing tapi bila dgr coco tu mati rasa sedih jugak. Sian kt dia ………. Mmg takdir umur dia tk panjang. Tak sampai setahun dia diselamatkan, dia mati jugak. Takziah ye mizi!
Ari ahad semalam sibuk dari awal pagi sampai ke malam. Penat sungguh rasanya. Seawal 6.30 pagi zaza dah keluar rumah.
Heh heh heh…….. first time join kempen jalan sebatu (walk-a-mile campaign) yg dianjurkan oleh national heart foundation. Ialah nak join marathon, tak larat pulak nak lari bawak badan, jadinya join ajela kempen berjalan kaki. Best jugak jalan ramai2 nih. Zaza pegi ngan ita. Dapat la tshirt sorang sehelai. Keluar 6.30 pagi, pegi berjalan kaki ke tasik. By the time sampai tasik, peluh dah mencurah2. zaza ngan ita tak tunggu program tu sampai habih. Kitaorg join masa jalan kaki tu je. Lepas makan yogurt free, terus angkat kali, blah balik. Sebab balik cepat sebab dah ada program lain yg menunggu. Waduh waduh penatnya………… org lain jalan sebatu, zaza jalan lebih dari 2 batu….. ialah pegi tasik jalan kaki, nasib baik on the way balik tu kebetulan ada teksi lalu. Kalau tidak menapak lagi balik rumah.
Sampai rumah, duduk rehat jap kasik peluh kering pas tu mandi dan bersiap2 pulak pegi auditorium dbkl jln. Raja laut. Semalam toasmaster division w anjurkan international speech contest dan table topic contest. Pertandingan kali ni adalah antara kawasan-kawasan. Berkobar2 kitaorg pegi sebab presiden kelab zaza menang antara kelab dan menjadi wakil utk prtandingan antara kawasan ni. Pertandingan habis dalam pukul 1.30pm. wahhhhh…..bestnya tgk org2 yg ambik pertandingan tu. Semuanya dasat2. bertanya diri sendiri, bolehkah aku ni suatu hari jadi seperti mereka. Delivering speech confidently, think on feet and present a quality answer in front of more than 500 people. Setakat ni tak nampak lagi diri boleh lakukan itu.
Apa2 pun, presiden kelab zaza dpt tempat no. 3. bangganya kitaorg. Yg bestnya……lepas habih pertandingan, bila zaza bangun aje dari tempat duduk, nak keluar dari dewan …….aaaaaaaahhhhhhh sakitnya tumit kaki. nak berjalan pun tak boleh sebab sakit sangat kaki. terhenjut2 aje berjalan. Kesian kaki-kaki zaza nih. Yelah selalu berjalan dalm 20-30 minit aje…. Kali ni sekali harung 2 jam berjalan tanpa henti……mana kaki tak terkejut.
Dari dbkl, zaza n the geng pegi lunch sama2 kt quality hotel. Dah lama tak pegi buffet pas tu borak2 dgn member kelab yg dah lama jugak tak jumpa. 2 ½ jam berlalu tanpa disedari. Keluar dari hotel…… dah pukul 4.30 ptg. Kejapnya masa berlalu.
On the way balik rumah, call ita, confirm pegi carrefour tapi tunggu ita balik dari shopping ngan kengkawan dia. So, sementara tunggu ita balik, zaza kt rumah sibuk mengemas membasuh itu ini. Ita sampai aje rumah terus kitaorg kuar pegi carrefour. Konon pegi carrefour nak beli penyidai baju. Tapi semuanya dah habih diborong. Frust jugak tk dpt beli benda tu. Cuci mata aje la.
By the time zaza sampai rumah balik, jam dah pukul 10.00 mlm. Cepatnya hari ahad berlalu. Ari isnin dah keja balik. Kan best kalau cuti hujung minggu dinaikkan ke 3 hari!
Dlm sejam yg lalu, my dear ofis mate, ada buat/tak buat sesuatu yg membuatkan zaza rasa marah sangat pada dia. Zaza pun tak faham kenapa zaza rasa marah sangat pada dia. Marah yg tak dpt dikontrol. Padahal kesalahan dia bukanlah besar sangat. Kesalahan yg tidak disengajakan.
Tapi perasaan marah yg timbul mmbuatkan zaza terpaksa duduk, minum air lepas tu istighfar banyak2. marah sangat sampai air mata mengalir keluar. Semasa zaza memujuk hati tu, zaza sendiri pun tertanya ‘kenapa aku nak marah sangat ni? benda tu kecik aje. Sudah2la marah tu.” Puas memujuk hati, zaza pergi sembahyang. Kebetulan belum sembahyang zohor lagi.
Lepas sembahyang lama zaza berteleku. Mencari di mana asalnya. Kenapa zaza tetiba rasa begitu marah sampai menangis. Biasanya kalau benda macam ni berlaku, sebelum tu ada la sesuatu yg dah lama zaza pendamkan. Tapi kali ni bila difikir2 kan zaza rasa ok je. Padahal beberapa minit sebelum tu sempat bergelak ketawa dgn sahabat yg lain.
Lama berfikir dan mencari………. Akhirnya “ooo patutla pun, memang ada sebabnya ……sbelum tu mmg dah ada rasa gundah melanda hati……..”
Selalunya bila zaza dah lama pendamkan sesuatu, marah pada seseorng, geram pd seseorg, bila zaza tk lepaskan perasaan tu ………… pasti bila ada sedikit kesilapan yg berlaku, zaza akan senang menitiskan air mata. Bila benda kecik aje berlaku, mula lah senang nak menumpahkan air mata. Secara tak langsung sebenarnya sedang melepaskan perasaan yg terpendam.
Sebab tu org kata tak elok memendam perasaan nih …………… merosakkan diri sendiri. Kita mesti cari sesuatu atau buat sesuatu utk meleraikan kekusutan di hati. Satu caranya ialah ini lah…………. Menulis……….
Tengahari tadi tak tahu nak makan apa. Boring la bila tengok lauk kt kedai. Tanya cek sue dia nak gi lunch ke. Dia kata tak nak. Zaza pun maleh la nak pegi. Kul 12pm, tutup lampu, tutup pintu bilik, zaza tido. Bestnya. Sekejap je rasa sejam tu.
Kan best kalau tak lalu makan tak payah makan. Dah tentu dah lama zaza kurus. Masalahnya tak lalu pun kena makan jugak. Perut tak boleh kosong, kang masuk angin mula rasa nak muntah la …….. apa2 la. Sebab tu la sampai sekarang masih debab, dulu kini dan selamanya.
Dah pukul 1, pegi pantry…..masak mee segera mamee. Nak masak 1 bungkus rasa mcm tak cukup (tamak tu!) jadi masak la 2 bungkus. Mee maggi cepat dimasak tak sedap di makan. Org tamak selalu rugi. Banyak sungguh 2 bungkus tu. Akhirnya makan pun tak habis. Membazir aje.
Sampai dah petang pun kat tekak masih terasa2 maggi tu. Ish……loya la pulak. Rasa mcm nak termuntah balik aje. Tapi tahan……tahan……
Petang ni nak makan apa yek! rasa macam nak makan nasi lauk tomyam campur.....nyum...nyum...nyum
Hari isnin balik ke kl dr taiping. Ari selasa ,rabu rehat. Ari khamis malam zaza naik bas lagi. Kali ni perjalanan lebih jauh. Ke kelantan. Jeli lebih tepat. Nita kawin ari jumaat. Akhirnya tarikh yg zaza dan ita tunggu2 sampai jugak. Hari perkahwinan nita.
Kami bertolak jam 9.30. sebab lambat sgt beli tiket, yg tinggal hanya bas paling koman (ini semua ita punya pasal!) sempit sungguh tempat duduknya. Dah la zaza ni montel, sepanjang jalan terpaksa bersempit ngan ita. Bas balik taiping pun tk sesempit nih. Nasib baik duduk ngan ita, kalau sebelah dgn lelaki, habihla…..tk tido sepanjang jalan. Dahla kerusi sempit, drebar bas pulak pasang radio punya la kuat. Dahla speaker betul2 kena pd zaza. Sakitnya jiwaaaa. Cik kak dua org yg duduk sebelah lg satu pulak mcm dah lama tk jumpa. Pot pet pot pet…..suara diaorg je yg dgr dlm bas. Jenuh jugak menahan sabar. Dah la tk boleh tido, pas tu rasa mcm nak muntah la…..pening kepala la. Teruk betul dugaan perjalanan tu. Lg kesian kt ita. Sebab kerusi dia tk boleh adjust. Dia kena duduk tido tegak sepanjang perjalanan. Sepanjang jalan kami mengeluh sesama sendiri.
Sampai di tanah merah dah pukul 4.20 pagi. Plan kami sepatutnya menunggu adik dan adik ipar nita yg jugak menaiki bas malam tu tetapi dari kajang. Okla. Takpe kami tunggu. Lagipun zaza dah tk ingat rumah nita. So kena tunggu adik nita jugak. Selepas setengah jam menunggu, zaza call adik nita. Dia kata dah sampai machang. So lg ½ jam akn sampai tanah merah. Takpela. Tungu punya tunggu…….dah lebih sejam, zaza call balik adik nita. Bertuah punya budak. Dia boleh tido balik masa dh sampai machang. Pas tu tk sedar masa bas sampai tanah merah. Sedar2 dah terbabas kt pasir mas. Terpaksa patah balik.
Zaza rasa marah betul. Dahla kitaorg tgh kebulur campur mengantuk. Duduk kat bus stop sebelum subuh tunggu dia. Pas tu terpaksa pulak melayan borak drebar2 prebet sapu yg dok tunggu penumpang2 bas. Kalau la yg itu adik zaza, dah lama zaza tempikkan.
In the end kami sampai rumah nita dah pukul 7.00 pg. 2 jam melepak kt bus stop. Ish…..ish…..ish. sampai rumah nita, tanya dia pukul berapa dia akad nikah. Dia ckp lepas sembahyang jumaat. Lambat lagi. Apa lagi, zaza ngan ita terus tidur balik. Pukul 9 baru bangun. Org kampung tgh sibuk gotong royong memasak. Malas nak tengok. Duduk dlm rumah aje.
**************************************************
Masa di kelantan, ada satu perkara yg zaza rasa ralat. Zaza tk sempat melawat kubur abang. Sebab semua org sibuk masa kenduri nita, zaza rasa tk sampai hati nak minta tolong sesapa bawakkan zaza ke kubur abg. Lagi pun takkan nak hilangkan diri masa kenduri nita kot.
Kali terakhir zaza ke kubur abang ialah pada tahun 2000 yg lalu. Dah lama sangat. Ntah bila la zaza akan berkesempatan ke sana lagi.
Pada pagi sabtu on the way ke tanah merah utk balik ke perak……….zaza rasa sedih sangat bila tinggalkan kg abg. Sebabnya zaza tk tahu bila lagi akn ke sana. Bila tgk keluarga abg…. berjumpa semula keluarga abg, zaza rasa rindu sgt pd abg.
Zaza ingat zaza dah ok setelah sekian lama. Rupa2nya tidak juga.
Hari isnin ari tu, ala yg cuti ½ day tu la, sampai aje opis tgk dah ada keja urgent atas meja tu. Keja urgent tu ialah menaip mins yg bos tinggalkn. Dia ckp urgent sbb nak kena discuss dlm mtg ari selasa. Tetiba MD nak buat mtg ari selasa…..bos tk leh attend pasal dia gi holiday isnin selasa.
Waaaaaaaaaaaa………… zaza yg kena attend on behalf of da bos zaza. Gedebuk gedebak……. apa idaknya yg attend mtg tu sumua GM GM besau. Sebenarnya masuk mtg….catit minit mesyorat mmg la ada dlm job scope zaza tapi tk penah buat pun sbbnya mtg tk byk jadi bos la yg attend selama ni. Keja zaza hanyala baca tulisan dia yg “lawa” tu dan taip.
Alih2 kena attend plak. W/pun hati duk dak duk dak……buat muka selamba aje la. Mtg kul 2pm, kat 2.30pm baru start. Zaza jugak yg kena call semua sekretari 2-3 kali suh bos diaorg dtg mtg. Ntah2 hapa2 ntah……dtg mtg pun tk leh on time.
Dlm mtg lenguh tangan nak menyalin apa yg diaorg bebelkan. Kan best kalau attend mtg…..duduk dengar dan cakap aje. Bila bab kena salin ni leceh sbb kena concentrate dr mula sampai habih. Dahla mtg tu pasal technical punya benda…….nak paham technical word diaorg lagi…..ish…ish…..ish…… ada sekali tu mtg jd 2 group….group hujung ni dok discuss sama sendiri….group hujung sana discuss sama sendiri ……. Zaza yg dok tengah2 ni tak tahu nk menyalin yg mana satu. Apa lagi….sandar kat kerusi……tunggu sampai diaorg habih discuss sama sendiri.
Abih aje mtg…….. cepat2 cek sue dan mizi dtg Tanya macam mana mtg zaza? Heh heh heh heh ni la kengkawan yg ambik berat…..tahu pasal first time zaza nih… kegabraran yg melanda…….…..
Yg pasti draft minit dah siap letak atas meja bos. Tapi dr apa yg zaza tinjau2 tu …….. uihhhhh byk jugak komen dia tu. Takpala….nama kan lg first time …….. budak baru belajar….eh silap! Org tua baru nak belajar
Ari jumaat minggu lepas, zaza amik ½ day cuti. Tengahari tu zaza balik kg. Adik zaza yg tinggal dgn mak sekrg nak pegi langkawi over the weekend. Jadinya zaza balik kg sebab nak temankan mak la. Mak awal2 dah ajak zaza kemaskan almari kat rumah bila zaza ckp zaza nak blk kg.
Sampai kmtg, hujan dah turun. Mak amik zaza kt stesen bas. Kami redah je hujan. Zaza ajak mak singgah beli laksa. Jadinya kami dua2 basah kuyup atas motor sebab tunggu org bungkus laksa.
Plan nak mengemas almari tak jadi sebab adik zaza yg kt penang tu suh zaza bawak mak pegi rumah dia. Dia tk boleh balik sebab isteri dia kerja sabtu ahad. Jadinya hari sabtu tengahari, zaza dgn mak berangkat ke penang. Naik bas lagi.
Best jugak lepak penang. Dpt jumpa anak buah kesayangan. Pas tu dpt lepak kt pantai sekejap. Pas tu sopping dgn mak kt kamdar. Takde2 duit pun, beli jugak kain. (Pinjam duit mak) heheheee…….. duk kt rumah adik pun tak buat apa. Baring tgk tv aje. Hajat hati tu rasa mcm nak ajak adik singgah sekolah lama. Kira2 mcm trip to memory lane la. Tapi sian pulak kt mak. So tak jadi la.
Ari ahad petang balik ke kmtg balik. Naik bas lagi.
Mula2 tu ingat nak amik bas terus dari komtar ke kmtg. Tgk2 tiket habis. So adik decide hantar kitaorg sampai ke seberang. Amik bas dari butterworth. Ala, bukan antar naik keta, dia temankan naik feri aje. Heh heh heh………dah lama tak naik feri. Teringat zaman sekolah dulu. Adik menyesal naik feri. Dia kata patut naik keta aje. Mana taknya, anak dara dia tak nak duduk langsung. Nak dukung aje, nak tgk laut. Adik zaza tu dah la gayat. Last2 isteri dia yg kena dukung anak sepanjang perjalanan. Nasib baik kejap aje.
Sampai ke kmtg dah pukul 8 malam. Kebetulan adik zaza pun sampai dr langkawi. Hujan lagi. Kali ni lebat sgt. So, terpaksa lepak kt stesen bas dulu. Bila hujan dah reda, baru la jalan kaki perlahan2 balik rumah. Adik zaza yg pegi langkawi tu, pegi 1 beg, balik dgn 2-3 beg, trpaksa tlg dia bwk barang. Aduih la……penatnya bila sampai rumah. Dah la penat, sampai rumah kena masak pulak. Kawan adik zaza yg pegi langkawi tumpang tidur kt rumah. Dah ada tetamu, takkan tk masak kot.
Pagi2 isnin tu…..malasnya nak bangun. Tapi kena bangun jugak sebab nak balik kl. Bas pukul 7.30 pagi. Amik cuti ½ day aje. Naik bas lagi……….
Sepanjang perjalanan, zaza tido aje. Katanya penat berjalan2 tk hilang2 lagi.
Sampai kat opis, tgk atas meja dah ada kerja urgent. Allaaaaaaaaaaa………..lemah semangat.
Gitu la aktiviti zaza ari minggu yg lalu.
Ari minggu akan datang ni kena naik bas lagi……tapi tu lain cerita pulak. Pinggang ni asik lenguh aje skrg. Banyak sgt duduk……..
Semalam dapat pujian dari bos zaza. Tapi masa terima pujian tu zaza tak rasa gembira, kembang kempis hidung malah zaza rasa biasa aje. Sampaikan zaza kata kat diri zaza sendiri “eh! Patutnya kau gembira la…….apa la!”
Nak tau apa pujian dia? Dia kata “wah zaza, sekarang ni dah terer baca tulisan tangan saya, salah sikit aje, sy pulak yg risau takut zaza tk faham tulisan saya.” Zaza senyum aje masa dia cakap macam tu.
Mana la zaza tak rasa biasa aje……. Setelah hampir 5 tahun, setiap hari zaza kena menatap tulisan dia, membaca tulisan dia, cuba memahami apa yg dituliskan, supaya zaza boleh taip apa yg dia tulis tu……….. kira tak mustahil la kalau sekarang ni dah terer. Dari mata tak rabun, sekrang ni dah kena pakai cermin mata, mmg zaza dah faham sangat tulisan bos zaza nih.
Kalau nak tahu, dalam company zaza ni, zaza sorang aje yg boleh baca tulisan bos zaza. Dia sendiri pun tak faham apa yg dia tulis. Sekarang ni lagi la teruk sebab setiap minggu dia ada 2 meeting. Jadi minutes yg dia kena tulis banyak la jadinya. Setiap kali zaza kena menaip minutes yg dia tulis tu dlm 7-8 pages. Juling mata eden nak memahami apa yg ditulih nya tu.
Tapi apa2 pun walaupun tulisan bos zaza ni payah dibaca, he’s still the best boss I’ve ever had. Sebab tu walaupun dah hampir 5 tahun kerja bawah dia, zaza masih bertahan. Mungkin sebab umur we all tak jauh beza so perangai masing2 tu dah boleh faham.
All my friends who have had the chance of meeting him said I was lucky, he’s ok and some more handsome too. Hahahahahaha……… dah lama kerja dgn dia dah tk perasan kehenseman dia tu. Anyway………he’s married already la.
Zaza boring betul la dgn tea lady kt ofis zaza nih. Setiap hari zaza antara yg terawal sekali dtg ofis. Selalunya bila dah sampai tu zaza akan terus breakfast dan zaza mesti nak minum air panas punya, dah minum air teh ke milo ke, lps tu mesti nak minum air suam pulak. Masalahnya tea lady tu bila datang, dia pegi buat air kt tingkat lain dulu. Jadinya setiap pagi zaza akan masak air dan bancuh sendiri. Ye la kalau nak tunggu dia datang, lambat la pulak. Ok la. Mcm kt rumah sendiri, sendiri nak minum sendiri yg bancuh, so no problem la kalau kena bancuh sendiri air kt ofis. Jadinya by the time tea lady ni dtg, utk zaza dia tk payah bancuh air panas lagi kecuali kena tambah air suam dlm jug atas meja zaza.
Tp yg buat tak puas hati nih, bila tea lady ni dtg kt tingkat zaza, dia boleh bancuh air untuk semua org dulu (org2 ni pulak yg dtg lammmbat dr zaza). Yg air suam utk zaza ni selalunya dia akn isi last sekali atau pun most of the time dia akan lupa. Maknanya zaza kena gi amik sendiri. Rasa nak marah betul. Dia ingat air suam tak payah bancuh, boleh minum lambat sikit la. Org yg minum air suam ni lambat dahaga ke? air teh, milo kena kasi dulu, sebab org lain dahaga dulu?
Bukannya zaza ni mengada2 sgt. Most of the time pun zaza bancuh air sendiri, basuh cawan sendiri. Tapi tea lady di ambil bekerja untuk membuat semua nih. Tambah2 kalau time zaza byk keja, nak pegi bancuh air, amik air pun tak sempat. Sebab tu la tea lady ni diperlukan. Susah…….susah……sabau aje la.
Hari ahad kelmarin zaza habiskan di rumah jugak. Tetapi bukan kt rumah sendiri. Lepak kt rumah org lain. Rumah kawan zaza, ton. Seawall 8.30 pagi zaza dah keluar rumah. Pegi kelana jaya. Dr sana ton amik zaza dgn keta dia. Kitaorg pegi melawat kawan kt subang yg baru aje melahirkan bayi dia yg no. 2.
Duduk kt rumah dia dlm sejam aje. Masa nak balik, zaza ckp kt kwn zaza, ntah bila pulak kita boleh jumpa. Silap2 bila kau dpt anak ke 3 pulak baru zaza dtg rumah dia. Dia sibuk tanya ton ngan zaza tentang prkembangan kengkawan yg lain. Ada yg baru bertunang, ada yg baru brkahwin, ada yg tgh sibuk mencuba nak dptkan baby. Bila sampai turn perkembangan zaza……….. ala malasnya nak jawab.
Balik dr subang, ton ajak singgah rumah dia. Makan tengahari. Kebetulan suami ton kerja, apa lagi zaza buat mcm rumah sendiri la. Baring atas sofa sambil tgk tv sambil temankan ton masak. Hahahahaaa…….. tetamu mana ada kena buat kerja. Dia duduk rehat aje.
Yg best tu ton masak laksa utara. Mmmmmmmm ….. sedapnya makan laksa. Puas jugak la lepak rumah ton. Kitaorg citer2 pasal kehidupan masing2 sekarang. Citer pasal sentiasa ketidakcukupan duit. Almaklum jarang sekali dpt berjumpa.
Pukul 4.30 ptg baru la zaza balik. Dah la masak laksa utk zaza. Ton siap bekalkan sup tulang utk makan malam. Sayang ton! Selamat duit makan malam. Balik pun ton kena antar kan zaza. Ton tinggal kt kota damansara. So dia tolong antarkan zaza ke stesen lrt kt kelana jaya. Sampai rumah dah dekat pukul 6.00pm. penatnyyyyyaaaaaaaaa……..
Oh ya! masa kt rumah ton, kami dpt berita dr seorang lagi kawan baik. Kawan kami, TI, yg tinggal kt kelantan, dia yg sudah 2 tahun lebih berkahwin akhirnya dpt berita gembira. Dia dah mengandung. Tahniah kawan ku. Gembira kerana semua kengkawan sudah berjaya melalui dari satu tahap ke tahap yg lain dlm kehidupan masing2. terdiam dan terfikir kehidupan sendiri……………………. tiada bezanya………..
Today…I was home for most part of the day. Early morning, I went out to buy breakfast and also bought things to cook tomyam for my lunch. So what did was………watching tv…..reading…..watching tv … reading … reading … watching tv. Wow! What a fun!!!! Aaaaaaarrrrrrrrgggghhhhhhh……….. Late evening…… to force myself doing some exercise after so much of lazing around the whole day…… I switch on the tollgate girl movie….. hahahahaha…watching the movie while doing some exercising…. What a motivation! I was really looking forward to watch crayon sinchan ….. eagerly at 7.00pm sits in front of the tv. My face turn into an incredulous stare at the box….. instead of my little boy…. Akademi fantasia was what being shown. I felt like throwing out my tv. What’s wrong with this ntv7……..? cant they know that not every person in Malaysia are crazy about akademi fantasia. Urrghhhhghhhhhhhhhh………… Anybody out there know where to get the vcd of sinchan….. in bahasa Malaysia dubbing!!!!! Not Indonesia…..
Selalunya orang yg pertama bangun pagi kat rumah ialah zaza. Sebabnya zaza yg paling awal masuk kerja. Pagi2 semalam bila zaza dlm bilik air, terasa mcm ada satu bunyi yg hilang. Hati dah mula rasa tak sedap. Berdoa mintak apa yg zaza syak tu supaya tak berlaku. Kemudian ita jerit dari luar bilik air, “zaza, air takdela”. (Rupa2nya bunyi air masuk ke tangki yg tk kedengaran) Alaaaaaaaa…………boringnya………..apsal takde air pulak ni.
Rancangan nak membasuh kain tertunda……. Nak mandi lama2 pun tak boleh. Terpaksa la mandi ala kadar aje sebab nak jimat air utk kengkawan yg lain. Lepas sembahyang subuh mintak tolong ita check kat bawah, mungkin ada org yg gatal tangan pegi tutup paip utama. Zaza tunggu kat atas check air naik ke tidak. Habih semua paip yg ada kt bawah tu ita bukak. Tapi air tak naik jugak. So….. mintak tolong ita call PUAS pulak (heh heh heh…….sian ita kena buli)….. ita siap tinggalkan no. h/p dia pd diaorg in case ada apa2 berita.
Elok je lepas ita call, tgk2 air dah masuk ke tangki. Punya la seronok dengar bunyi air. Suh ita call balik PUAS cakap ngan diaorg air dah ada. (nasib baik kot telefon tk nampak muka, buat malu aje). Ita berlagak kat zaza. Dia kata………”eden boleh mandi lama”. Zaza pulak dok pikir samada patut zaza mandi semula atau tidak. Kang mandi, lambat pulak sampai ofis (ala……sampai lambat pun takde masalah). Tapi sayang pulak nak pecah rekod sendiri…. dtg awal setiap hari. akhirnya zaza amik keputusan pegi je la ofis. Bukannya tak mandi langsung.
Masa air takde lepas tu ada balik, zaza rasa marah sangat. Mmg panas betul hati. Tapi bila dlm perjalanan ke ofis tu, terfikir sendiri, kenapala zaza marah2 sangat ni. Buat rosak mood sendiri pagi2. lagipun ni kan salah satu dugaan dari tuhan (dugaan takde air ni dah byk kali jugak).
Automatically hati rasa sejuk balik, dah boleh senyum. Air kan dah ada. Nak marah apa lagi. Hehehehee…….”senyum umpama titian dlm kehidupan”…………. Muka cheq dah manis balik. Harap2 org yg terserempak dgn cheq masa dlm perjalanan ke ofis pagi semalam pun rasa gembira sebab dpt tgk muka cheq yg manis ni……..
Hari ni makan pagi zaza ialah nasi lemak. Doktor ada larang zaza makan nasi lemak. Tapi sebab dah teringin sangat zaza beli jugak. Dari semalam lagi dah planning nak breakfast dgn nasi lemak. Siap bangun dan bersiap awal dari hari biasa. Semuanya kerana tak sabar2 nak beli nasi lemak.
Tapi entah kenapa bila dah sampai ofis, tgk aje nasi lemak tu terus rasa tak lalu nak makan. Agaknya sebab teringat larangan tk boleh makan kot. Tapi yg pasti agak lama jugak la nak habiskan nasi lemak tu. Sambil2 baca blog kengkawan, sambil2 paksa diri habiskan nasi lemak tu. Tak baik membazir. Kang kalau tak makan kang perut masuk angin pulak.
Lagi satu sekarang ni bila tengahari aje, tak lalu nak makan. Tapi masalahnya perut ni tak boleh kosong sikit. Mulala kang meragam satu badan. Masalah besar sebab bila tk makan tengahari, bila dah petang rasa lapar sangat. Jadinya semua benda nak makan. Macam org kebulur. Org kalau nak jaga badan, tengahari makan, petang/malam yg tak payah makan. Macam mana zaza nak jaga badan kalau tengahari tak lalu, petang macam org kebulur. Ish…ish…….ish………ish
|